Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) membuat laporan polis di Balai Polis Sentral Johor Bahru berkenaan kehilangan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan.
Menurut Pengerusinya Mazlan Aliman, isu ini telah lama dibangkitkan sejak 2014.
“Isu ini telah saya bangkitkan pada hujung 2014 kerana saya telah mendapat maklumat, Lembaga Pengarah FELDA berhasrat untuk membangunkan tanah seluas 22 ekar itu,” katanya.
Menurut Mazlan, beliau pernah membangkitkan keperluan Felda untuk membangunkan Wisma Felda di Jalan Semarak sedangkan Menara Felda bernilai RM660 juta baru sahaja siap dibina.
Beliau turut mempersoalkan mengapa syarikat terbabit secara begitu mudah mendapat tender membina Wisma Felda dan kemudian diakui Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad mendapat hak pemilikan tanah.
“Saya juga ingin persoalkan jika ahli lembagai Felda telah membuat keputusan saya yakin Perdana Menteri mengetahui akan perkara ini, namun yang menjadi persoalan mengapa Perdana Menteri tidak menegur perkara tersebut,” katanya.
Sehubungan itu, Mazlan mahu pihak polis segera membuat siasatan.
Pihaknya juga akan membuat laporan kepada SPRM, 26 Disember ini di ibu pejabat SPRM Putrajaya.
Dalam sidang media yang sama, Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor Aminolhuda Hassan menyatakan rasa kesal dengan apa yang berlaku.
“Saya berasa amat dukacita dengan perkara yang berlaku pada harta milik bangsa Melayu sehingga tergadai.
“Peneroka perlu sedar apa yang dilakukan oleh pemimpin mereka yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat,” katanya.
Dalam pada itu, peneroka Felda Taib Andak yang turut hadir, Tosrin Jarvanthy menuntut mereka yang bertanggung jawab agar meletakkan jawatan.
WAHAI ORANG FELDA...
BalasPadamINI SEMUA SALAH DAP!!!
Zaman PM Najib sahaja, Felda khianat sama Peneroka. Useless PM. Low class PM.
BalasPadamduit dan harta yg sepatutnya diberi dan dinikmati peneroka..rupanya dirompak oleh lanun2.
BalasPadamGagasan Sejahtera pilihan kita
PadamMasalahnya gagasan ini tidak ada calon yg berkarisma dan layak untuk menjadi pemimpin... yg ade pun hanya dok hangguk, tak hadir dlm dewan.. lepas tu bila undi boleh pulak berkecuali... langsung tak de pertimbangan... lantak kau lah kalau nak pemimpin cam ni utk perintah negara.... alamat menuju kehancuran.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamAlhamdulillah, apa yang kamu tuduh itu berlaku dalam PH iaitu sehinga 26 org ponteng serentak.. kalau setakat berkecuali, itu hanya masa jadi pembangkang ngok.. kalau dah jadi pemerintah dah tentu akan jadi penyokong, kan?
PadamMalah tiada tuduhan rasuah dan moral kamu bangkitkan pun kpd pimpinan PAS.. tidak spt pimpinan PH yg tak banyak bezanya pun dgn BN.. kalau tak BN lebih PH lebih.. main kot situ je..
najib kecut telo nak menegur kesalahan konco2 nya. najib x layak menjadi pemimpin... chicken.
BalasPadamSya kerja di Taichung Taiwan 4 THN 5 bulan. dlu Amat trsiksa Majikan gak baik Tiap hari di marahin kerja terus 24 jam jarang istrahat. waktunya tidur mlm Kerja sampe subuh pgi apalagi libur sekolah sibuk masak" boro" bisa istrirahat, pokoknya kerja.. kerja truss... jd TKW Bikin kapok tersiksa batin 4 THN lebih., kebetulan wktu itu ada teman Q kenal namanya Mbah Suroto di facebook, awalnya sya ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa..!! katanya sering di bantu sm beliau. ternyata dia seorang guru spritual Pesugihan Anka Togel 2D sampai 6D dan Pesugihan Dana Ghaib , tp sya beranikan diri coba telpon beliau. dan sya memilih Pesugihan Dana Ghaib nya. Alhamdulillah benar2 terbukti nyata hasilnya, sya di Taiwan bisa pulang ke indonesia degan selamat jg dah Alhamdulilah.. jika sampean minat ingin tlpn beliau ini nmr nya +6282291277145 smg bisa di bantu sprti sya. Amin...
BalasPadam