Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Disember 26, 2017

Hot!! : 300 ahli Umno sertai Bersatu, 6 cawangan ditubuhkan serentak di Permatang Pauh

300 ahli Umno sertai Bersatu, 6 cawangan ditubuhkan serentak di Permatang Pauh
Dalam kesungguhan Umno dan BN untuk merampas kembali Pulau Pinang dari Pakatan Harapan (PH) menjelang pilihan raya umum (PRU) yang akan datang, tiba-tiba usaha tersebut tergugat apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Permatang Pauh berjaya membuka enam lagi cawangan Bersatu khususnya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Jaya.
Penyertaan hampir 300 ahli ini membuktikan Bersatu semakin mendapat tempat terutamanya dikalangan orang Melayu.
Menurut Pengerusi Perhubungan Bersatu Negeri Pulau Pinang, Marzuki Yahya, kemasukan begitu ramai orang Melayu khususnya bagi Parlimen Permatang Pauh pada kali ini membuktikan Umno semakin hilang sokongan.
“Secara jelas ia membuktikan Bersatu mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai salah sebuah parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu.
“Sekaligus memperlihatkan kesungguhan Bersatu bersama-sama dengan PH untuk menyahkan Umno dan BN dari terus menguasai kepimpinan negeri maupun negara.
“Membiarkan Umno dan BN terus menguasai negara, akan menyebabkan lebih banyak kerugian kepada orang Melayu dan juga rakyat negara ini, ” jelasnya ketika merasmikan penubuhan enam lagi cawangan Bersatu bagi kawasan Dun Seberang Jaya semalam.
Beliau juga berkata, dengan penyertaan enam lagi cawangan pada hari ini iaitu cawangan Pauh Jaya, Taman Sutera, Taman Pauh, PPR Ampangan, Bandar Perda dan Tuna, Bersatu Pulau Pinang berjaya menarik lebih 11,000 ahli hingga kini.
“Dikalangan mereka yang menyertai Bersatu Dun Seberang Jaya pada kali ini, 80 peratus daripada mereka adalah ahli Umno yang telah sanggup meninggalkan parti lama mereka.
“Dengan kemasukan mereka membuktikan jumlah ahli Umno dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh semakin menguncup dan susut.
“Malah Bersatu dengan kerjasama PKR, AMANAH dan juga DAP mempunyai kerjasama erat dengan satu tekad untuk membebaskan negara ini dari cengkaman pemerintahan Umno dan BN, ” ujarnya lagi.
Marzuki Yahya (kiri) ketika merasmikan enam cawangan baharu Bersatu.
Tegasnya lagi, membiarkan Umno memerintah akan memberi kesan yang lebih buruk sepertimana yang berlaku kepada tanah milik Felda yang hilang di Jalan Semarak,Kuala Lumpur.
“Sekiranya tanah milik Felda sendiri tidak dapat mereka jaga dan kawal selia dengan begitu baik, apa lagi yang boleh diharapkan kepada tanah-tanah orang Melayu yang masih ada.
“Tidak dapat dinafikan banyak lagi tanah-tanah milik orang Melayu akan menjadi mangsa kepada ketamakan pimpinan Umno sehinggakan terdapat tanah yang dijual tetapi tidak dalam pengetahuan pihak berkuasa.
“Oleh kerana itu katanya, orang Melayu harus segera sedar, tidak lagi lena serta bermimpi di siang hari,” tegasnya.
Tambahnya lagi, dalam PRU yang akan datang, Bersatu dan PH akan tetap mempertahankan Permatang Pauh dari dirampas oleh Umno dan BN maupun yang sekutu dengannya.
“Setakat ini telah jelas Bersatu mampu untuk menggantikan Umno bagi membela nasib orang Melayu dan hak-hak yang diperjuangkan.
“Begitu juga dengan komponen dalam PH tetap meletakkan aspirasi yang amat tinggi untuk menyahkan Najib dari kepimpinan kerajaan sedia ada.
“Hanya dengan mengundurkan Najib, Umno dan BN sahaja dapat menyelamatkan negara ini dari terus dibelenggu dengan seribu satu macam kekalutan yang amat merugikan rakyat sepertimana yang berada di hadapan mata, ” katanya.
mdl
Picture

17 ulasan:

  1. Jangan risau PAS akan ambil alih Permatang Pauh..

    BalasPadam
  2. Jgn risau, dgn adanya walaun2 bodoh piang mcm wanrosli, PAS akan melePAS.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum lagi wanrosli pandai korang dah tak boleh jawab hujah tuntas dia.. bayangkanlah kalau dia bijak, tak terjawablah korang hujah cukup bernas dia tu..

      Padam
  3. Dah intai ke kawasan strategi kat PD untuk serah kepada Israel?

    BalasPadam
  4. Tahniah Bersatu!!!
    Klu mng nanti hrp2 tak ada ISA..perjanjian2 yg menguntungkan kaum kerabat..sukati bailout guna wang rakyat..kontrak tanpa tender..hakim dipecat..kemajuan kwsn/negeri tertentu shj..mengutuk..mengata dan mencaci spt dahulu.
    Semoga makin ramai masuk bersatu...hmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayang seribu kali sayang.. slogan Kepimpinan Melalui Tauladan telah diperkenalkan oleh Tun Mahathir.. kalaulah slogan tu diperkenalkan oleh Tun Razak, alangkah Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan kepada negaraku yg tercinta!

      Padam
  5. Pelik..pelik..makin Tun M dianiaya puak zalim macam Najib dan Hadi Awang, makin ramai lari daripada mereka. Dalam kajian terbaru kesan kemesraan dan gandingan politikus terburuk = Najib dan Hadi Awang, 51% Ahli Pas di Kelantan juga rupanya akan undi PH!

    Bayangkanlah % ahli Umno yang akan undi PH - sejak Tun M jadi pimpinan bersama DSAI. Mereka mungkin terbayang kembali kegemilangan Malaysia bagaikan satu-satunya kemenangan Piala Thomas pada tahun 1992!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita sebagai umat Islam tidak digalakkan untuk mempercayai ramalan dan kajian, kalau Najib aku setuju dia tu zalim, tapi TGHA kat mana pulak zalimnya? Fitnah pun zalim.

      Kajian yang dibuat keatas makhluk manusia tidak boleh dijadikan ukuran, manusia ni sifatnya berubah-ubah, hari ni kata lain esok mereka akan berkata lain pula, melainkan kalau kajian tu dibuat keatas robot-robot yang dikawal sepenuhnya oleh manusia

      Sebelum kembali kepada tahun 1992, elok berhenti dulu pada tahun 1998, imbas kembali dimana Madey menzalimi DSAI dengan fitnah MELIWAT, takkan nak kenang kemenangan piala thomasje dan melupakan terus sejarah pahit bagi DSAI, keluarga dan rakyat keseluruhan, 1998 kata lain hari ini 2017 mereka berkata lain pula

      PH kerjanya hanya kajian dan ramalan, hari-hari buat kajian dan hari-hari beramalan, buat juga kajian jika PH menang putrajaya apa akan jadi pada Malaysia?

      Terutama kajian terhadap kemaraan ejen Israel iaitu DAPigs.

      Padam
    2. Setuju.. kaji juga jika PH menang, PD tu betul2 sesuai tak jadi Pengkalan Tentera Laut Israel..

      Padam
    3. Fitnah pil kuda tak zalim? Fitnah Lim Kit Siang jadi PM tak zalim? Amanat Haji Hadi tak zalim? Allahu.

      Padam
    4. Zalim sungguh pemfitnah tegar 754 An Anonymous. Menyambung lidah pemfitnah dan menyebarkan pula.

      Kezaliman fitnah akhir zaman yang menyebabkan Umno dan Pas serasi bersama. Ulama suu dan umarak zalim yang menggigit umat Islam di Malaysia.

      Padam
    5. Semua tahu LKS berangan nakkan jawatan PM, amanat TGHA untuk mereka yang faham je, kalau tak faham belajar biar faham, pil kida mahkamah dah kata TGHA tidak bersalah

      Padam
    6. Pemfitnah itu memang zalim, tapi kenapa DAPigs tak mahu saman si Razali yang membawa fitnah mengatakan DAPigs adalah ejen Isarel, kebiasaan PH la kalau tak saman memang perkara itu sah dan betul

      Pemfitnah yang paling zalim ialah Madey yang memfitnah DSAI, kenapa kamu memilih pemfitnah menerajui PH? Apa alasan kamu sebenarnya? Mana pendirian dan kejantanan kamu?

      Padam
    7. 11:24, memang pedih kan utk terima KEMYATAAN? Namun lebih perit lagi bila pas diFITNAH bersama umno.. bukan ke pas dah ada GS?.. dan pan pula dah ada dap dlm ph? So, mana satu fitnah (pas bersama umno) dan mana satu kenyataaan (pan bersama dap)?

      Padam
  6. Benarlah penyambung lidah syaitan yang menaburkan fitnah. Langsung tiada mampu memberikan fakta dan bukti. Hidup memfitnah setiap hari tanpa rasa berdosa. Insaflah. Fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh.

    Tetapi manusia seperti kamu An Anonymous langsung tak peduli dosa pahala. Jadi memfitnah seperti makan minum sahaja. Semoga RAKYAT dijauhkan daripada fitnah besar seperti kamu.

    BERSATU semakin mendapat tempat di Utara dan Selatan tanahair. AMANAH mula kukuh di Kelantan. PKR dan DAP menerajui Kerajaan Negeri dengan dicontohi sendiri oleh PM kita. Terutamanya dalam Bajet 2018 dan juga pelaksanaan harga minyak mingguan.

    Jika kita sekadar berkecuali dan tiada idea pembangunan seperti contoh Najib dan Hadi Awang, sebaiknya kita undi Pakatan Harapan untuk Kerajaan Malaysia.

    Selamatkan Malaysia daripada...

    KLEPTOKRASI
    TAKFIRI
    FITNAH POLITIK TOKSIK
    SKANDAL DAN PENYELEWENGAN

    Undi PH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. “Sayang seribu kali sayang.. slogan Kepimpinan Melalui Teladan telah diperkenalkan oleh Tun Mahathir.. kalaulah slogan tu diperkenalkan oleh Tun Razak, alangkah Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan kepada negaraku yg tercinta!”

      Takkan kenyataan di atas dikatakan fitnah kut?

      Harap LKS samanlah Razali seperti yg telah dijanjikan supaya dapatlah disahkan samada tuduhan razali pasal PD tu fitnah atau sahih..

      Sebab perlaksanaan harga mingguanlah dalam 10 minggu purata hanya 2 minggu harga minyak turun.. bongok punya idea..

      Jika kita asyik membangkang termasuk membantah pembayaran gaji kpd kakitangan kerajaan lebih baik suruh LKS jadi PM... bolehlah dia laksanakan konsep Malaysian Malaysia di mana jika tak ada dana bayar gaji kakitangan kerajaan, boleh kerajaan mintak bantuan kat israel macam yg si Razali cakap tu..

      Padam
  7. Sya kerja di Taichung Taiwan 4 THN 5 bulan. dlu Amat trsiksa Majikan gak baik Tiap hari di marahin kerja terus 24 jam jarang istrahat. waktunya tidur mlm Kerja sampe subuh pgi apalagi libur sekolah sibuk masak" boro" bisa istrirahat, pokoknya kerja.. kerja truss... jd TKW Bikin kapok tersiksa batin 4 THN lebih., kebetulan wktu itu ada teman Q kenal namanya Mbah Suroto di facebook, awalnya sya ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa..!! katanya sering di bantu sm beliau. ternyata dia seorang guru spritual Pesugihan Anka Togel 2D sampai 6D dan Pesugihan Dana Ghaib , tp sya beranikan diri coba telpon beliau. dan sya memilih Pesugihan Dana Ghaib nya. Alhamdulillah benar2 terbukti nyata hasilnya, sya di Taiwan bisa pulang ke indonesia degan selamat jg dah Alhamdulilah..  jika sampean minat ingin tlpn beliau ini nmr nya +6282291277145 smg bisa di bantu sprti sya. Amin...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...