Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Jun 20, 2016

WALAUPUN DISERANG OLEH UMNO DAN PAS, AMANAH TETAP MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT.

Amanah berjaya buktikan kemampuannya meraih sokongan rakyat

Pengarah komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata keputusan PRK serentak semalam menunjukkan parti itu telah berjaya membuktikan ia mampu mendapat sokongan yang membanggakan selain memberi saingan sengit kepada lawan dalam pilihanraya kecil ini walaupun baru ditubuhkan.

“Hasil kerjasama PKR dan DAP, kita telah dapat keputusan yang membanggakan bagi sebuah parti yang hanya berusia sembilan bulan.

“Kita telah berjaya mengasaskan keberadaan Amanah dan Pakatan Harapan dalam arena politik negara. Tak ada orang yang boleh kata kita ini parti nyamuk atau kita ni parti yang tak ada sokongan dan kekuatan,” katanya.

Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pengundi dan semua yang terlibat menjayakan kempen Amanah dalam PRK ini.

Menurut beliau, politik ugut dan serangan perkauman berterusan antara punca yang menyebabkan pola pengundian masyarakat Melayu tidak banyak berganjak berbanding pilihanraya lepas dan menyebelahi Barisan Nasional (BN).

Tambahan pula, dalam pilihanraya kecil kali ini, Barisan Nasional (BN) menggunakan seluruh jentera kempen yang ada bagi menabur pelbagai janji dengan niat melencongkan rakyat dari isu sebenar yang melanda negara.

Menurut Khalid, mainan perkauman dengan menuduh bahawa parti itu khadam DAP bukan sahaja dilemparkan terhadap Amanah oleh BN malah ia turut dilakukan oleh PAS.

“Kita diserang begitu teruk dan itu antara sebab undi Melayu tak seperti yang kita harapkan.
“Dulu, PKR diserang oleh Umno, tapi ia dibantu oleh PAS. Parti Semangat 46 juga diserang oleh Umno, ia juga dibantu oleh PAS. Tapi, Amanah sekarang satu-satunya parti diserang oleh kedua-dua UMNO dan PAS,” katanya di Ibu Pejabat Amanah Sungai Besar selepas keputusan pilihanraya diketahui malam tadi.

Khalid dalam masa yang sama mengakui bahawa kempen oleh Tun Dr. Mahathir dalam PRK ini telah gagal diterjemahkan sebagai protes terhadap kepimpinan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

“Kempen oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad masih belum mampu mendatangkan keberanian orang Melayu untuk melakukan perubahan walaupun ada yang tidak puas hati. Kita pun tak tahu apa sebabnya.

“Keberanian Melayu untuk bawa perubahan tak dapat diwujudkan,” ujar beliau.

mdl

IKLAN BERBAYAR

PENCEN AWAL DENGAN TONE EXCEL !!!

Buka mata anda, kerana peluang yang kecil boleh memberi pulangan yang besar sehingga boleh di warisi! Sertai kami untuk mendapatkan sim kad Tone Excel . Sesi penerangan percuma melalui telefon disediakan. Jangan lupa taip "Ya! Saya ingin menjadi jutawan Tone Excel " Sila sms atau whastup ke nombor telefon 010-7898637. Kami akan menghubungi anda melalui telefon untuk memberi maklumat lengkap. Bertindak segera!!!

Cara gandakan simpanan wang

13 ulasan:

  1. Nampak sgt piss jd macai umno utk serang Amanah. Hadi Penasihat setia btl pada tuan nya...

    BalasPadam
  2. haha...PAS jugak yg salah....dap pun dh mngkir janji nk bg putrajaya tau...korang dpt 50% undi je dr dap...agak2 pru nnti korang nak tanding kat mane...melayu kompom xsuka...cina pun xberape berahi...haha...aku cdngkan korang cabut je kerusi parlimen yg korang curi dr PAS ari tu dn bawak balik rumah...pastu framekan...boleh buat cerita penglipurlara pd anak cucu nnti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tolonglah...tolong kami PAS....marilah bergabung dengan kami.....kami mohon pertimbangkan....... pelawaan kami yang ikhlas....bergabunglah dengan kami..... dibawah PH....sebelum terlambat....sebelum pru 14....mungkin tahun depan....lambat bertindak...habislah kami....Penang dan Selangor....

      Padam
    2. Laaa.pas kan kuat hebat ada keris pjg x yah tolong2....keris tolong sama keris lah.kahkahkah

      Padam
    3. Pis mana ada salah.pis kan maksum.pis sebuah agama baru, sape keluar pis jd kapir masuk neraka.kahkahkah

      Padam
  3. Kat mana agaknya puak2 PAN ni nak bertanding nanti....undi cina je....kesian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puak2 pis pulak nk bertanding kat mana nt.undi melayu je dpt itu pun xsmpi separuh...kesian

      Padam
  4. Pada pandangan saya pula kedua2 PRK benar2 membawa rahmat kpd PAS.. di mana diharap PAS tidak perlu menoleh ke belakang lagi kerana bimbang akan dibuli lagi oleh PR.

    Spt yg kita dah jelas, PAS lebih kuat bersendirian jika dibandingkan dgn DAP bersendirian dan PKR bersendirian.. tak mahu komen pasal PAN bersendirian sbb semua org dah tahu..

    Begitu juga bilamana PH telah mewujudkan precedent iaitu dgn melanggar kawasan PAS.. jadi PAS tak perlu malu2 alah lagi utk langgar kawasan PH pula pd PRU 14 nanti..

    Saya ingin mencadangkan agar PAS bertanding di kawasan PAS yg sediada dan juga kawasan PKR yg pernah dipinjamkan kpd PKR sebelum ini.. manakala bagi kerusi2 PKR yg lain dan kerusi DAP, PAS letaklah calon parti gabungan Blok ke 3 tapi masih guna lambang PAS. Yg ada buat masa ni ialah parti Ikatan.. pastikan setiap jentera cawangan dan kawasan PAS di kawasan parti Ikatan bertanding digerakkan seluruhnya utk berhadapan dgn jentera BN. ini adalah bagus utk latihan kpd parti Ikatan atau parti gabungan yg lain kelak..

    Tidak lupa juga kpd ahli2 bersekutu dlm Dewan Himpunan Penyokong PAS.. mereka ini jg boleh bertanding di kawasan DAP dan PKR utk berdepan dgn BN!

    Itu shj yg dapat saya fikirkan buat masa ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah.laaaa kata kuat hebat dasyat boboboy tp ngape undi lebih kurang sama dgn Amanah je.pastu plak kat selangor kalah pulak tu ngan Amanah. Kahkahkah. Amanah parti nyamuk je xkan blh kalah ngan parti nyamuk kot.kahkahkah

      Padam
    2. Itu je fikiran wanrosli. Alahai singkatnye kepala otak.dah minum susu omega ke belum nih

      Padam
    3. Laaaa.apa ke bodoh sgt ulasan wanrosli mcm budak2 pas hilang undi 60-70% tp membuktikan pas kuat kahkahkah. Walaun mcm ni kalau pas hilang deposit pun mesti kata pas kuat tu sbb hilang deposit.kahkahkah. Otak walaun penuh ngan dedak xleh bpikir waras dah.kahkahkah

      Padam
    4. Syukur alhamdulillah.. undi Melayu yg mengundi PAS masih kekal.. Tak silaplah kami menyingkirkan G18 dari tampuk kepimpinan PAS.. mereka hanya boleh tarik undi Cina spt yg mereka dambakan..

      Padam
    5. Kekal hapa nye hilang 60% undi drp pru lepas lagi kata pas kekal undi.kahkahkah lawakla wanrosli ni mst Mathematik fail spm.oops. Ntah2 spm pun xda.upsr je kot sbb ulasan pun mcm budak tadika pastu kena minum susu omega pulak tu baru blh bpikir tp pikir pun bebal sgt.kahkahkah

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...