Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Jun 14, 2016

KENYATAAN PANAS!! : YB PAS, CEPATKAN PENYATUAN PAS DAN UMNOBN.


Pas dan Umno semakin rapat


Hasrat saya sebelum ini dalam kenyataan saya bertarikh 10 mei 2016 mengharapkan atas nama pembangkang menyarankan Pas Dan Amanah berunding untuk memastikan agenda satu lawan satu dalam PRK Sg Besar dan K.Kangsar yang menjadi hasrat rakyat Malaysia untuk mengalahkan Umno BN.Namun hasrat saya itu ditolak oleh pimpinan Pas atas alasan tiada kerjasama dengan pengkianat.

Kini dengan Kenyataan Ustaz Nik Abduh Nik Mat Ketua Pemuda Pas barulah saya faham kedudukan sebenar. Nik Abduh yang menekankan *Pas bukan sahaja berniat tetapi berazam untuk bersatu dengan Umno*. Ini bermakna usaha telah,sedang dan terus dilakukan oleh Pas bagi merealisasikan niat dan azam untuk memastikan Pas dan Umno bersatu menjadi kenyataan.

Saya percaya pertemuan, perbincang dan perundingan dua belah pehak telah diadakan. Walaupun berkali kali dinafikan oleh pimpinan Pas, tetapi dengan kenyataan Nik Abduh cukup meyakinkan cuma keberanian berterus terang sahaja yang masih diselubungi dengan ketakutan. *Saya mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang menunjukan usaha kearah itu digerakan*.

Saya percaya *Nik Abduh mempunyai keberanian luar biasa berbanding dengan pimpinan Pas yang lain. Sikap suka berterus terang dan tidak suka berselindung dalam tindak tanduknya dan Pas menjadikan kepimpinan Nik Abduh dipuji dan disenangi oleh ahli Pas dan pimpinan Umno*. Apa yang dinyatakan oleh Nik Abduh tidak boleh dianggap itu pendapat peribadi, kerana Nik Abduh dipercayai terlibat dalam mewakili Pas dalam perbincangan penyatuan dengan Umno sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Persoalannya *sampai bila Pas dan Umno akan bermain dengan kenyataan penyatuan tanpa ketentuan*. Tidak cukup sekadar berbalas kenyataan menyambut baik penyatuan sedangkan tiada keberanian yang nyata. Saya faham *penyatuan yang dimaksudkan bukanlah menyertai atau bergabung dengan Umno tetapi sudah pasti yang dimaksudkan ialah kerjasama politik dan dakwah yang memerlukan satu ikatan janji yang konkrit untuk kelangsungan kuasa politik Melayu Islam dipertahankan*.

 *Inilah yang ditegaskan oleh Presiden Pas 40% orang bukan Islam tidak boleh menguasai 60% orang Islam apabila memberikan amaran untuk DAP menghentikan usaha menguasai pemerentahan*. Saya pun tak tahu bila pula yang DAP hanya bertanding tak lebih 60 kerusi Parlimen mampu menjadikan Cina boleh menguasai Malaysia. Tak apa lah mungkin itu satu amaran dan peringatan. Tetapi Selepas Pas mengambil jalan meninggalkan rakan pembangkang sewajarnya *Pas dan Umno tidak boleh lagi membiarkan kedua dua parti ini berebut pengaruh undi di kalangan pengundi Melayu Islam tetapi sebaliknya perlu berkongsi sokongan pengundi Melayu untuk servival parti dan kuasa politik Melayu Islam*. Soalnya bila mahu dimulakan.

Pada saya sebaiknya dua PRK Sg Besar dan K.Kangsar sebagai medan permulaan untuk penyatuan apa yang sering disebut demi kuasa Politik Melayu Islam.Oleh itu bagi saya masih belum terlambat *sebelum hari mengundi awal pada selasa 14 Jun atau hari mengundi pada 18 jun untuk kedua dua parti Pas dan Umno Bn membuat kesepakatan yang terang dengan mengorbankan satu kerusi PRK yang ditandingi kali ini*.

Contohnya Pas membuat pengistiharan menarik diri dan melepaskan kerusi Sg Besar untuk Umno BN terus berlawan dengan Amanah dan menggerakan pengundi Pas untuk mengundi dan menangkan calon Umno Bn dan Umno Bn menarik diri serta melepaskan kerusi Kuala Kangsar kepada Pas untuk berlawan dengan Amanah dan mengerakan pengundi Bn mengundi dan menangkan calon Pas.Ini akan lebih mudah difahami dari isyarat isyarat yang sukar kepada pengundi.Dan ini akan lebih menguntungkan dari kedua dua parti terus berlawan yang berkemungkinan ada parti tak menang langsung pada PRK ini.

Kata Ramli Sarip Papa Rock bersama kumpulan Sweet Charity *Jangan tunggu lama lama nanti lama lama dia diambil orang*.

Hanya ketakutan Pimpinan Pas dan Umno sahaja yang menghalang cadangan saya untuk PRK ini.*Mungkin selepas PRK mereka kena berniat dan berazam buang ketakutan untuk bersatu*.
Sedap pula senikata lagu *Bersatu Bersetia Berkhidmat*.Senyum!!.


DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR adalah Ahli Parlimen Pokok Sena

IKLAN BERBAYAR

PENCEN AWAL DENGAN TONE EXCEL !!! 

Buka mata anda, kerana peluang yang kecil boleh memberi pulangan yang besar sehingga boleh di warisi! Sertai kami untuk mendapatkan sim kad Tone Excel . Sesi penerangan percuma melalui telefon disediakan. Jangan lupa taip "Ya! Saya ingin menjadi jutawan Tone Excel " Sila sms atau whastup ke nombor telefon 010-7898637. 
Kami akan menghubungi anda melalui telefon untuk memberi maklumat lengkap. Bertindak segera!!!


dana-100-all

9 ulasan:

  1. mahfuz ni ibarat sesumpah cakap dia tak boleh percaya harumanis lah katakan. dia tahu dasar dan perjuangan pas dan dia boleh terus cadangkan dalam msyuarat harian pas sebab dia bukan ahli biasa tapi kenapa dia buat cadangan di peltfom musuh parti sendiri. takkan orang macam ni nak disanjung sebagai orang yang amanah. kalau dia betul iklas untuk membuat apa yang dia nyatakan buatlah betul2 kalau dengan niat untuk memberi kredit pada musuh untuk guna isu ini maka dia dah dikira penghianat atau orang yang tidak bertanggungjawab atas amanah yang diberi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab dia takut cadangan dia tidak diterima. rupanya mahfuz orang yang mesra umno patutlah asyk mahu pas bergabung dengan umno.

      Padam
    2. Haik.pelik cara kepala otak walaung berpikir.nik abduh yg kata nak berbaik2 ngan umno, harini hadi pun kata mengaku mahu berbaik2 dgn umno tetiba mahfuz pulak salah.Kahkahkah...mcm kes hududla.hudud xjalan salahkan dap.Kahkahkah.alahai otak walaung

      Padam
  2. Walaun mana ada otak..cakap pakai siku lutut jer..

    BalasPadam
  3. Kita biar je Mahfuz merapu sorang2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana video matsabu tolak hudud?kahkahkah.

      Padam
    2. PAN hilang deposit angkara taksub pd DAP!

      Padam
    3. Kahkahkah.aik.belum keputusan pun dah meroyan.tgula keputusan dulu wanrosli walaung. Kahkahkah

      Padam
    4. Kahkahkah.padan muka pas kalah teruk 60-70 kalah undi drp pru lepas.kahkahkah... Hebat konon.kahkahkah

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...