Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Jun 25, 2016

PANAS!! : ANWAR IBRAHIM DIPENJARA KERANA NAJIB

Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri)  dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau tidak ada sebarang masalah dengan mantan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang.

Ini kerana  desakan supaya beliau menyokong tuntutan pembebasan Anwar dari penjara Sungai Buloh sebagai sebahagian daripada gerakan Deklarasi Rakyat seperti  dilapor Malaysiakini.
Bagaimanapun dalam temu bual dalam program hal ehwal semasa Al Jazeera 'UpFront', Mahathir berkata beliau tidak menyesal memecat Anwar sebagai timbalannya pada 1998.

"Saya tidak ada kuasa untuk mengarahkan sesiapa dibebaskan... Saya tidak ada masalah dengannya sekarang. Itu dulu," kata Dr Mahathir dalam temubual yang akan disiarkan lewat malam ini.

"Pemenjaraannya sekarang bukan kerana saya, ia kerana Najib," katanya, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Mahathir memecat Anwar pada 1998 sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran, yang mencetuskan gerakan Reformasi yang diikuti dengan pemenjaraan pertama Anwar atas tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas beliau disabitkan pada 10 Februari 2015, berhubung tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam temubual itu, Mahathir turut mengulas mengenai masa depan politiknya sendiri, selepas keluar Umno dan menerajui desakan supaya Najib berundur.


Ditanya sama ada beliau mungkin mempertimbang kembali ke pangkuan Umno, Mahathir berkata beliau tidak menolak sebarang kemungkinan dan apa sahaja boleh berlaku.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Beli simkad toneexcel harga bajet RM80.00 berbanding harga biasa RM98.60! Siapa cepat dia dapat! sms atau whastup " ya saya ingin membeli toneexcel dengan harga promosi! " kepada 010-7898637. Kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat....tungguuuuuuuuu..!!!!!!

Cara gandakan simpanan wang

11 ulasan:

  1. Semua org tau kerana apa.

    BalasPadam
  2. Hanya kebodohan dan kegilaan je yang percaya dengan tun dr mahafiraun....macam PH....selagi ada mahafiraun berasama PH selagi itu PH akan dilanda kebodohan dan kegilaan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi bodoh pis percaya bn nk laksana hudud.bodoh dulu kini dan selamanya..

      Padam
    2. Lebih baik percaya BN nak laksana hudud dari percaya PH nak laksana hudud pabila DAP dah terang2 kempen tolak hudud di kalangan masyarakat Cina masa PRK baru baru ni..

      Padam
    3. Mmg sah bodoh bertingkek tingkek. Bn nak laksana hudud skrg juga blh laksana.tp jelas pas kena perbodohkan kan je.nik aziz dah pesan jgn percayakan bn.bagus2.kena tipu lagi. Pastu pas kene tipu lagi berkali2.itulah kitaran hidup pas.kahkahkah

      Padam
    4. Ala wanrosli kata matsabu tolak hudud kan.mana video nya?????

      Padam
    5. Lagi bodoh orang yang menentang perlaksanaan hudud.....

      Padam
    6. Siapa yg menentang perlaksanaan hudud??

      Padam
    7. Hah....senyap pulak walaung...

      Padam
    8. Sian wanrosli kena gasak terus lari xberani nk komen sini.kahkahkah

      Padam
  3. Pi mai Pi mai... tang tu jugak....
    Rakyat dok kena melangut tengok layan drama..
    Yang untungnya depa
    Yang susahnya kita..

    Sertai peluang menambah pendapatan dan memulakan perniagaan di

    www.dananiaga2u.com/bizzfarhana

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...