Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Jun 10, 2016

KEJUTAN!! : PARTI ISLAM (AMANAH) MENDAPAT SOKONGAN PADU.

Salahudin bersama masyarakat Cina di Taman Kenas, Kuala Kangsar malam tadi memberikan sokongan penuh kepada Termizi. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Salahudin bersama masyarakat Cina di Taman Kenas, Kuala Kangsar malam tadi memberikan sokongan penuh kepada Termizi. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditahan di Penjara Sungai Buluh ketika ini turut bersetuju Amanah mewakili Pakatan Harapan bagi bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala kangsar dan juga Sungai Besar, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, keputusan meletakkan Dr Ahmad Termizi Ramli yang merupakan anak tempatan dipersetujui semua parti dalam Pakatan Harapan bagi memastikan perjuangan untuk membela rakyat semua kaum dapat diteruskan.

Kemesraan Termizi diterima oleh pelbagai pihak. Termizi bersalam dengan orang ramai di Taman Kenas malam tadi. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Kemesraan Termizi diterima oleh pelbagai pihak. Termizi bersalam dengan orang ramai di Taman Kenas malam tadi. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.“Kita letakkan Dr Ahmad Termizi Ramli kita putuskan bersama dengan pimpinan Pakatan Harapan termasuk Datuk Seri Anwar di penjara Sungai Buluh anwar telah beri persetujuan bahawa Amanah mewakili Pakatan Harapan mewakili bertanding di kuala kangsar,” kata beliau dalam ceramah di Taman Kenas Jalan Sultan Iskandar Shah, Kuala Kangsar malam tadi.

Kenyataan Salahudin melengkapkan kedudukan bahawa Dr Termizi mendapat sokongan semua pihak kecuali Barisan Nasional (BN) dan Pas.
Sebelum ini, Presiden Amanah, Mohamad Sabu memaklumkan, bekas perdana menteri paling lama,  Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin NGO dan parti politik yang menyertai Delarasi Rakyat yang memilih Dr Termizi.

Pemimpin Deklarasi Rakyat termasuk Dr Mahathir dijangka akan turun ke Kuala Kangsar dan Sungai Besar hujung minggu ini.

Ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail adalah pihak yang menyerahkan watikah pemilihan Dr Termizi sebagai calon yang disokong oleh Amanah, PKR dan DAP. Beliau turut berada di Kuala Kangsar malam tadi untuk berkempen.

AMANAH PERLU KAWAN

Dalam pada itu, Salahudin menegaskan, Amanah memerlukan kawan dalam parlimen untuk melawan Barisan Nasional (BN) kerana kemenangan sukar dicapai jika sesebuah parti bersendirian.

“Kita perlu kepada kawan dalam parlimen. Politik kalau seorang memang sukar. Kita mudah untuk dikalahkan. Bila kita bersama kita telah buktikan kita kuat dan boleh kalahkan kerajaan negeri dan inilah yang kita sedang lakukan untuk Pakatan Harapan mengambil alih kekutan kita yang diinggalkan Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

Termizi bersalam mesra dengan penduduk Taman Kenas, Kuala Kangsar malam tadi. Beliau dijangka membuat kejutan dalam pilihan raya kecil ini. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Termizi bersalam mesra dengan penduduk Taman Kenas, Kuala Kangsar malam tadi. Beliau dijangka membuat kejutan dalam pilihan raya kecil ini. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Beliau berkata kemenangan Amanah di Kuala  Kangsar akan membuktikan Amanah dan Pakatan Harapan akan menang dalam pilihan raya umum ke-14.

“Kenapa penting untuk menang? Ada orang kata kalau Pakatan Harapan menang pun tak lama. Mungkin enam bulan, mungkin setahun sahaja bertahan. Enam bulan, satu tahun tidak penting.
“Yang penting rakyat telah beri satu signal untuk Pakatan Harapan menang dalam pru 14. Jangan izinkan parti yang tidak mahu membela rakyat menang,” tegasnya.

KEJUTAN

Sementara itu Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah yang turut berkempen untuk Ahmad Termizi memberitahu, kemungkinan rakyat Kuala Kangsar akan membuat kejutan pada 18 Jun ini dengan memberi undi kepada Amanah.

Ini kerana katanya, fasa awal kempen, ramai pengundi yang tidak berani menzahirkan sokongan kepada Amanah dan Pakatan Harapan kerana takut bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) akan dihentikan.

Namun katanya ada pengundi yang secara sembunyi-sembunyi menyatakan bahawa mereka akan mengundi Amanah.

“Saya pergi kempen ke kampung-kampung, turun ceramah, ada pengundi yang datang berbisik kepada saya bahawa mereka menyokong Amanah tapi takut untuk tunjuk terang-terangan, takut orang BN nampak.


“Saya yakin mereka akan memberi undi kepada Amanah pada 18 Jun ini dan kita akan terus mendekati golongan atas pagar ini,” katanya yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu ketika ditemui di pejabat Amanah Kuala Kangsar semalam.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 

18 ulasan:

  1. Pas pun dapat sokongan padu daru umno. Sama2 bwk keris.Kahkahkah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xlupa juga sokongan dr ikatan punya ahli seramai 79 org kahkahkahkahkah

      Padam
    2. Main politik sgt tak cerdik khije nok mapuh org je

      Padam
    3. Main politik sgt tak cerdik khije nok mapuh org je

      Padam
    4. Main politik sgt tak cerdik khije nok mapuh org je

      Padam
    5. Mu tulih gapo ni mace buduh jo walaung pah ni.Kahkahkah

      Padam
    6. moga islam akan lebih bersinar di sg besar dan k.kangsar. umat islam perlu bersatu mendaulatkan islam dan kuatkan iman dari fitnah2 musuh islam besama2 kita bermohon pada allah swt moga hukum hudud dapatdilaksanakan dimlaysia sebagai hukum pada umat islam yang melakukan kemungkaran. hanya pada
      mu maha pemberi hidayah allah swt.amiin

      Padam
  2. Senyap terus wanrosli.Kahkahkah.

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Pas parti angkut sampah @ fasik @ pasikatan.kahkahkah

      Padam
  4. Mmg tergezut oooo tgk keris hadi panjang.kahkahkah. Kalah keris taming sari.rsnya tu keris terpanjang didunia blh masuk world book of record.blh diberi nama keris taming hadi.tp bukan utk berlawan sekadar potong kek Jer.Kahkahkah.

    BalasPadam
  5. Dasar manusia busuk hati semua benda hodoh mata kita ingat se jah kalu kita tgk hodoh adakah semua org akan tgk begitu so jangan tulis ikut sdp je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau mcmtu jgn masuk politik.g duk dlm utan sorg2 bwk keris.Kahkahkah.

      Padam
  6. Seronok la umno skrg ni sbb parti punahsihat nya ambil alih tugas umno hari2 hentam pan dap...manakala umno xperlu bersuara blh menang percuma

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi macai2 pan marilah kita sama2 doakan agar islam akan bersatu dimalaysia dan dapat melaksanakan hukum hudud. islam agama suci dicaci dihina sebab kita tak bersatu.ingatlah mereka tidak akan bersetuju selagi kita tidak ikut mereka. berdoslah moga allah swt memberi hidayah pada musuh islam agar dapat menerima islam sebagai pegangan.amiin

      Padam
    2. Laa.lambat pick up walaung ni.dlm muktamar dah pas tegaskan xda hudud2 ni akta 355 xda kaitan ngan hudud pun.nk laksana hukum islam mende bro.islam ke hapa nye 24 jam memgutuk mencaci je kejenya.dah jauh tersesat pas ni.elokla muhasabah dan kembali ke pangkal jalan

      Padam
  7. Pilihanraya ini hanya relevan untuk yg membela dan memahami kehendak rakyat dan penderitaan rakyat dgn ekonomi merudum, harga barang naik, hutang negara mencecah RM800++billion, pengangguran mahasiswa, penyelewengan dana dan aset negara dan kebebalan para menteri2 yg tak cakna penderitaan rakyat bawahan. Belalah rakyat jelata agar lahir negara Demokrasi sebenar yg cuba mendekati Islam.

    BalasPadam
  8. Pilihanraya ini hanya relevan untuk yg membela dan memahami kehendak rakyat dan penderitaan rakyat dgn ekonomi merudum, harga barang naik, hutang negara mencecah RM800++billion, pengangguran mahasiswa, penyelewengan dana dan aset negara dan kebebalan para menteri2 yg tak cakna penderitaan rakyat bawahan. Belalah rakyat jelata agar lahir negara Demokrasi sebenar yg cuba mendekati Islam.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...