Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Mac 30, 2016

PANAS!! : DATO HUSAM MUSA HARAP PARTINYA TIDAK TERMAKAN DEDAK

Penceramah di Pentas Selamatkan MalaysiaPenceramah di Pentas Selamatkan Malaysia

Datuk Husam Musa menggesa PAS agar segera membuat keputusan untuk bersama-sama dengan kebangkitan rakyat menolak kemungkaran yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya nasihatkan parti saya supaya cepat-cepat bersama dengan kebangkitan rakyat ini dengan menolak kemungkaran Najib dengan mempunyai pendirian yang tegas dan selari dengan rakyat," kata bekas naib presiden PAS itu di Pentas Muafakat Selamatkan Malaysia di Pandan Jaya malam tadi.

Husam Musa di Pentas Selamatkan MalaysiaHusam Musa di Pentas Selamatkan MalaysiaHusam yang juga Adun Salor, Kelantan hairan dengan pendirian presiden dan mursyidul am parti itu yang tidak tegas dalam membuat pendirian dalam sesuatu perkara.

"Cara presiden saya dan mursyidul am saya bercakap tonggang-langgang. Mereka kata Najib kena kekal sampai pilihan raya kerana takut huru-hara berlaku (jika Najib turun).

"Tun Mahathir dan Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) berhenti tiada huru-hara pun, takkan Najib lebih hebat dari Mahathir dan Pak Lah sehingga kalau dia berhenti Malaysia mesti huru-hara," kata Husam di majlis itu yang turut disertai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Siti Hasmah Mohd Ali.

Bagi Husam, kalau dibiarkan kemungkaran yang dilakukan oleh Najib ini ia bertentangan dengan prinsip Islam.

"Kita akan bercanggah dengan prinsip Islam iaitu tidak tegur kemungkaran yang dibuat. Mudarat kepada negara, pecah amanah dan salah laku ini kita biar kerana semata-mata ada sedikit sebanyak perkara yang saya tak tahu apa dia, yang saya yakin bukan kerana dedak.

"Saya harap parti saya tak makan dedak," kata Husam yang disambut tepukan gemuruh kira-kira 5,000 yang hadir.

Husam menegaskan, dia membuat teguran terbuka ini kerana mahu pemimpin dan ahli PAS turut bersama dalam arus perdana politik negara ini.

"Ahli dan pemimpin saya perlu bersama dan jangan ragu-ragu untuk menyertai kebangkitan ini kerana ia disokong oleh semua rakyat," kata Husam.

Beliau juga berdoa agar Mahathir yang sudah berumur 92 tahun itu panjang umur untuk melihat perubahan ini.

"Saya berdoa agar Tun Mahathir panjang umur supaya boleh melihat perubahan itu dan boleh bangga melihatnya nanti," kata Husam.

Bagi beliau,  semua rakyat sudah bosan dan jemu dengan apa yang berlaku dalam negara ini dan "kita perlu satu jalan keluar dengan satu formula baru untuk selamatkan negara di masa depan."

mdl

IKLAN PENAJA

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan. Anda nak tahu?

Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement

Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini.

Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

 klik link sini : http://autod9.com/army


 
http://iklanviral.blogspot.my
 
Image result for biz online terkini

13 ulasan:

  1. Husam dh terlambat... Tuan pesideng sendiri dah jadi pemakan dedak sejati..xyahla nk berharap2 lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengikutnya wan rosli kahkahkah

      Padam
    2. Wan rosli dh tukar nama pada an anonymous tp kantoi juga.hahaha

      Padam
  2. Husam ni sapo?.. ketua pemuda? naib presiden? timbalan?.. ke ahli biasa ja.. maaf tak kenal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah...dh jdi budus ar tu..kahkahkah..duduk je lah kat bontot hadi tu..kahkah

      Padam
    2. An anonymous makan taik hadi byk sgt otak pun dah sewel...husam anak didik nik aziz pun xkenal...makan la lagi taik hadi byk2 ya.kahkahkah

      Padam
  3. So kalau dia bukan sapa2 pun dlm PAS tak perlu aku nak buang masa melayan kerenah kuda tunggangan TM nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah sebaliknya tuang presideng jadi kuda tunggang iktan n umngok..kahkahkah.wan rosli jdi kaldai hj hadi,nik abudus,nasarudin porno..kahkahkah..

      Padam
    2. Hebat pas..kerana nk bsama ikatan sanggup buang hudud.syabas pas.. Blhla dikatakan pas ni barua ikatan

      Padam
  4. Macamana nak jatuhkan najib ..anwar pun tak sokong kau tahu.. tak tahan tak tahan tak tahan aku nak gelak.. hahahahhahahhahahahhaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Brita yg harakah putarbelit demi nk byar gji staff sbb harakah tak laku..huhuhu..kat sini crita husam dia tpksa wat klakar sndri.huhuhu kesiaaannn...

      Padam
  5. Malu ke dsai tolak deklarasi Tun M dan TGLKS??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xmalu la.lagi malu bila hudud xjalan tp salahkan dap.kahkahkahkah

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...