Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Mac 19, 2016

PANAS!! : NAJIB SYOK SENDIRI..SERANG DR MAHATHIR



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertekad untuk terus berjuang mempertahankan kepimpinannya demi pembangunan ekonomi negara dan kebajikan rakyat.

Najib berkata beliau bukanlah seorang pencuri harta rakyat seperti yang digambarkan oleh pihak yang ingin menjatuhkannya, yang disifatkannya sebagai sengaja dilakukan untuk memburukkan imej beliau sebagai pemimpin nombor satu negara.

"Tuan-tuan dah kenal saya. Saya ini bukanlah (seperti) apa yang dikatakan oleh orang belah sana (yang ingin menjatuhkannya). Saya bukanlah macam itu. Saya telah jaga Pahang (dan negara) dengan sebaik-baiknya.

"Kalau saya nak rompak dah lama saya rompak hutan (balak) sini (Pahang). Saya tidak ambil seinci pun, sebatang pokok pun saya tidak ambil, saya tidak ambil lombong bauksit, saya tidak ambil apa-apa.

"Bila saya jadi perdana menteri saya tidak ubah pendirian saya, saya tidak akan ambil harta rakyat, jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat, saya perdana menteri untuk rakyat," katanya di majlis Himpunan Solidariti di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, di Kuantan hari ini.

Himpunan itu diadakan bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Najib dan dihadiri lebih 5,000 anggota dan pemimpin Umno dan BN daripada 14 Umno bahagian di negeri ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Selain itu, perdana menteri turut meminta rakyat di negara ini khasnya anggota parti supaya tidak memperdulikan kerjasama politik bekas pemimpin Umno dan pihak pembangkang kerana ia tidak mendatangkan manfaat berbanding langkah kerajaan selama ini yang telah banyak membuat kebajikan untuk rakyat.

"Kita (pemimpin kerajaan) buat kerja, kita jaga ekonomi, kita nak orang muda ada pekerjaan, memperkembangkan ekonomi, kita nak jaga orang kampung, kita nak bangunkan kawasan bandar, pinggir bandar, pesisiran pantai, gunung, semua kita kena jaga," katanya.

Dr M dulu kata lain, sekarang lain

Dalam masa yang sama Najib turut menempelak tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melancarkan deklarasi bersama-sama pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinannya.

Beliau berkata tindakan itu jelas bertentangan prinsip yang dipegang oleh Dr Mahathir selama 22 tahun menerajui kepimpinan negara apabila cuba menjatuhkan kerajaan dan menukar perdana menteri dipilih rakyat dengan cara tidak demokrasi.

"22 tahun kutuk parti DAP... kata Kit Siang (veteran DAP Lim Kit Siang) rasis...kata DAP parti cauvinis, menidakkan hak orang Melayu, menekan Islam, kita dah dengar ucapan-ucapan dia.
"Ini bukan saya kata, ini Dr Mahathir sendiri kata selama 22 tahun ... hari ini dia duduk sebelah siapa, dia 'sign' (tandatangan) deklarasi rakyat dengan siapa?" soalnya.

Najib berkata Dr Mahathir, beberapa bekas pemimpin UMNO dan pembangkang tidak wajar menjatuhkan kerajaan dengan cara demonstrasi jalanan dan tunjuk perasaan seperti yang dirancang oleh pihak berkenaan sebelum ini.

"Dulu (Dr Mahathir) kata demonstrasi jalanan salah di sisi undang-undang. Dulu kata salah dari segi prinsip demokrasi. Tapi sekarang ini lain pula," katanya.

Pada 4 Mac lepas, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan dan Lim adalah antara lebih 50 individu menandatangani deklarasi menyokong penyingkiran Najib, diketuai Dr Mahathir.

I'm not alone

Dalam pada itu, Najib mengucapkan terima kasih kepada rakyat Pahang yang hadir pada Himpunan Solidariti hari ini untuk menyatakan sokongan terhadap kepimpinannya.

Perdana Menteri berkata beliau berasa gembira dengan keadaan itu kerana ia menggambarkan beliau tidak keseorangan dalam menghadapi pelbagai ujian dan cabaran dalam memimpin negara.

"Sebagai anak watan Pahang hati ini terubat hari ini. Walaupun diserang daripada mana-mana pun, tetapi kalau 'askar' saya ini seperti hari ini, saya tidak keseorangan, I'm not alone," katanya.

mk

IKLAN PENAJA

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan. Anda nak tahu?

Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement

Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini.

Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

 klik link sini : http://autod9.com/army


 
http://iklanviral.blogspot.my
 
 http://www.kelabsimkad.com/

5 ulasan:

  1. Hadi dan barua hadi sokong najib

    BalasPadam
    Balasan
    1. 016 8:27 PG

      Mungkin kena buat ceramah "Selamatkan Penang" jgk memandangkan ada seseorg dapat membeli rumah banglo dgn harga diskaun jutaan ringgit dgn begitu mudah sekali...

      Padam
  2. "Aku tak curi balak walau pun sebatang. Aku tak mengusaha kan bauksit sehingga banyak kawasan di Pahang menjadi merah".
    Apa tanggapan saya bahawa yngapan itu di tujukan kepada seseotang. Mengapa tak berterus terang sahaja dengan memgumumkan mereka yang terlibat. Jangan cakap sedap mulut aja dan tak payah lah di tutup segala kesalan yang kau telah lakukan dengan nyiru, orang kampong ramai yang sudah tahu. Tunggu sahaja PRU ke 14 nanti. Kalau kau di sukai ramai mengapa hanya 5,000 orang sahaja yang hadir?

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Muka chat tak tahu malu,seluruh dunia dah tahu you punya keladak

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...