Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Mac 04, 2016

PANAS!! : ANWAR IBRAHIM SOKONG NAJIB LETAK JAWATAN.


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong pendirian parti politik dan individu termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuntut perletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan, Anwar berkata pihak berkenaan harus menggembleng kekuatan dan persefahaman bersama dalam usaha menyelamatkan negara ini.

"Saya menyokong pendirian rakan-rakan dari masyarakat sivil, parti politik dan individu- individu​ termasuk Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan lain-lain untuk menggembleng kekuatan dan persefahaman bersama seperti disuarakan oleh ketua pembangkang baru-baru ini.

"Persefahaman bersama ini ​akan​ menumpukan untuk menuntut perletakan jawatan Datuk Seri Najib selaku perdana menteri yang telah nyata gagal mentadbir negara.

"Beliau bertanggungjawab meneruskan tindakan-tindakan politik rakus, merosakkan institusi pemerintahan dan membebankan rakyat dengan kegawatan ekonomi yang berterusan," kata Anwar.

Reformasi institusi utama negara

Menurutnya Anwar, skandal 1MDB yang melibatkan perdana menteri adalah skandal 'terparah' dalam sejarah dan turut menjejaskan imej negara.

"Ini hanya mungkin berlaku apabila terdapat pemusatan kuasa kepada seorang perdana menteri serta kegagalan institusi kewangan, keadilan dan penguatkuasaan menjalankan tugas dengan bebas," ujarnya.

​Pada masa yang sama, katanya, tuntutan perubahan ini harus melibatkan reformasi institusi utama negara yang disifatkannya sudahpun 'retak dan parah' di bawah pentadbiran perdana menteri.

"Tuntas dengan kesedaran ini maka hak rakyat harus dikembalikan melalui sistem pilihanraya yang bersih serta badan kehakiman dan media yang bebas.

"Dasar ekonomi harus diubah untuk mengutamakan semula usaha ke arah pertumbuhan yang segar dan pengagihan kekayaan yang saksama," kata bekas ketua pembangkang itu lagi.

Anwar pada Februari tahun lepas dihukum penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Ia mengulangi semula tuduhan pada tahun 1998 apabila Mahathir yang ketika itu perdana menteri, memecat Anwar sebagai timbalan perdana Menteri atas dakwaan salahlaku moral.

Anwar bagaimanapun mendakwa kedua-dua kes itu bermotifkan politik.

mk

IKLAN PENAJA

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan. Anda nak tahu?

Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement

Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini. Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

 klik link sini : http://autod9.com/army 

 
http://iklanviral.blogspot.my/ 
 
air-asia-free-ticket

7 ulasan:

  1. Hadi sokong najib kekal pm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..tapi sehingga PRU 14 shj.. lepas tu kita jatuhkan UMNO bersama2..

      Padam
    2. Bagus tu tp HADI masih kata pas sedia sokong umno...sepatutnye pas berkerjasama dgn semua utk jatuhkan umno..

      Padam
    3. Itu strategi kita bro.. kita tak bangkang pun gerakan selamatkn malaysia tuh..

      Mungkin elok juga ada strategi berbeza ni.. ibarat plan a dan plan b..back up each other..

      Padam
    4. Mungkin elok mungkin x elok.kalau ikut pepatah bersatu kita teguh,berpecah kita roboh..ni nampak hadi merobohkan...

      Padam
    5. Kalau nampak kita pun boleh nampak ada yg x kena di sebelah.. salah satunya bimbang pengganti najib nanti lebih kurang je..

      Padam
    6. tu sbb kena tukar krjn,kalo still bn sama je.hadi xptut sokong najib...

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...