Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, April 03, 2019

PRK Rantau: Jangan takut calon bukan Melayu, kata Anwar


Tidak ada masalah untuk mana-mana bangsa menjadi pemimpin negara asalkan mereka pemimpin yang baik, bersih dan tidak mengamalkan rasuah, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang mempertahankan pilihan PH meletakkan calon berbangsa India pada PRK DUN Rantau, Dr S. Streram berkata, tidak timbul soal risiko kepada survival Melayu dalam PRK berkenaan sekiranya sokongan diberikan kepada PH.

“Kaum Melayu akan ‘survive’ kalau kita ada pemimpin yang baik, bersih, serta tidak korup, dan bukan setakat kaum Melayu sahaja, kaum lain juga.. Cina, India, Kadazan pun akan survive.

“Tetapi kalau lantik (pemimpin) dari kaum Melayu korup, zalim.. kaum India, Cina, Melayu pun takkan survive. Jadi tak perlu takut pilih calon bukan Melayu,”katanya di ceramah sempena kempen PRK berkenaan di Taman Angsamas, Seremban, malam tadi.
Turut hadir pada ceramah berkenaan ialah Presiden Amanah Mohamad Sabu, yang juga Menteri Pertahanan.

Mohamad dalam ucapannya turut mengkritik propaganda sesetengah pihak yang menurutnya tidak bertanggungjawab yang dilihat sengaja memainkan isu survival Melayu, malah menurutnya sehingga ada yang menuduh parti komponen PH sebagai barua DAP.
Katanya tidak mungkin Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri yang dahulunya juga dikenali sebagai pro Melayu dan pernah menulis buku The Malay Dilemma akan berbuat demikian.

“Macam itu juga Anwar Ibrahim, yang keluar masuk penjara, duduk di penjara lagi lama (daripada) berada di luar (penjara), takkan dia nak mempersia-siakan perjuangannya,” katanya

PRK Rantau pada 13 April ini menyaksikan persaingan empat penjuru antara calon PH Dr S Streram, calon BN yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon bebas iaitu bekas pensyarah Mohd Nor Yassin dan suri rumah R Malarvizhi.

PRK berkenaan diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad Hasan yang juga penyandang DUN Rantau untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 November tahun lalu, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi berkenaan pada PRU14 terbatal dan tidak sah.

Sementara itu bercakap kepada pemberita di satu majlis lain, Presiden PKR yang juga Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata beliau akan memastikan limpahan pembangunan yang dinikmati Port Dickson akan turut dirasai penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Anwar berkata ini memandangkan DUN Rantau terletak bersebelahan dengan kawasan yang diwakilinya.

“Sejak saya menjadi Ahli Parlimen Port Dickson, ada beberapa projek baharu seperti pelancongan, dan syarat (yang ditetapkan) mereka (pelabur) mesti memberikan latihan kerja kepada anak tempatan.

“…saya ingat pembangunan ini harus diperluaskan supaya tidak hanya tertumpu kepada suatu daerah tertentu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas program ceramah umum di Taman Sri Ramai, Rantau di sini malam tadi.

Mengulas pertanyaan pemberita bahawa terdapat dakwaan kononnya Dr Streram, yang menjadi calon PH di PRK Rantau tidak dikenali penduduk tempatan, Anwar menafikannya dan menyatakan pakar bius itu sudah bekerja di situ sejak beberapa tahun lepas.- Bernama.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/prk-rantau-jangan-takut-calon-bukan-melayu-kata-anwar/


Picture

4 ulasan:

  1. KEMPEN RASIS DAN ISU SENSITIF WAJIB DITOLAK.

    MALAYSIA NEGARA BERBILANG BANGSA DAN AGAMA.

    KITA TAK MAHU PENGGANAS TALIBAN DAN PELAMPAU AMBIL PELUANG.

    MANGSA KORBAN POLITIK RASIS DAN ISU SENSITIF IALAH RAKYAT.

    AHLI POLITIK RASIS DAN PENYOKONG PARTI RASIS WAJIB DITOLAK.

    KITA RAKYAT MALAYSIA YANG BERSATU TOLAK BUDAYA RASIS.

    LET'S KICK RACISM OUT OF MALAYSIA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu mahdey yg suka sebut perkataan rasis nie. Skrg bgmana pulak caranya dia nak putarkan balik senikata lagunya itu sejak berkwn dgn si rasis...hihihi

      Kpd rakyat malaysia...jgn mudah terpengaruh dgn mulut kaki2 kencing nie.
      Rasis atau tidak adalah kpd mrk yg tidak mghormati perlembagaan yg asal. Simple...
      Kenapa perlu takut dgn bayang2 sendiri. Harap jgn tabur fitnahlah macai2 haprak oiii...
      Rakyat tak bodoh...
      Rakyat sedar mrk ditipu dgn sandiwara dan putar belit puak yg gila nak berkuasa jer....

      Ambik cth mahdey....siap dia kata manifesto haprak bukan kitab injil yg perlu dipatuhi. Dia beriya2 pulak nak buat keta nasional ke3 dlm dia kata negara nak bangkrap. Kemudian negeri kelahiran dia yg diterajui oleh anaknya boleh diberi 11 projek mega termasuk pengumuman bina airport baru. Konon duit syarikat swasta. Betul ker???
      Bagaimana dgn perjanjian??
      Menguntungkan rakyat atau tidak??
      Jgn jadi spt erl dpd airport sepang ke kl sentral...ada ker tidak ada penumpang..mahb terpaksa byr kpd erl ikut jumlah penumpang yg tiba. Belum lagi yg beli tiket sebenar. Bermakna kroni akan sentiasa senyum dgn terma perjanjian jika caranya sama dgn pm ke4.
      Rakyat tak bodoh....rakyat skrg sedang memerhati.

      Keta nasional ke3 utk apa???
      Adakah utk membantu kroni dan proksi yg akan terjejas sejak geely mengatakan mrk mampu buat komponen lebih murah tapi berkualiti dpd vendor2 asal proton?
      Keta ke3 bukan suatu yg mendesak dgn kos lebih rm6b wlpun dikatakan wang syarikat swasta.

      Jika gagal...adakah kaedah bailout era pm ke4 akan digunakan sepenuhnya???

      Pelik...dilaung2kan hutang trillion2 tapi benda yg tak patut ada...diadakan.
      Jika gagal...bailout?!!!

      Maka...jangan salahkan rakyat
      Jgn asyik menyebut kesalahan org lain jika di hati pon belum tentu suci.

      Padam
  2. Satu untuk ekau. Satu untuk aku. Duo untuk ekau. Duo untuk aku. Lopaih kiro sampai duo Badan dan Nyawo dipancung Pak Belalang Ahli Nujum Negaro. Kito hukum perompak sobolum kito dirompak. Hihihi.

    BalasPadam
  3. Tercungap Mat Hassan nak menipu Perpaduan Ummah untuk dapat undi Orang PAS. Begitulah retorik orang politik. Bila sudah tersepit nak undi PAS baru nak lembut lidah. Dahulu, kalau ada pembangkang dalam kedai kopi cerita buruk tentang UMNO-BN, ganyang dia, terbalikkan meja dia, belasah dia. Kalau Polis datang tangkap takda masalah. Saya MB. Boleh datang jamin samseng UMNO-BN semua. Ada tak dia fikir Perpaduan Ummah dalam kedai kopi masa jadi MB? Yillek. Kencing. Perpaduan Ummah cuma agenda politik hancing UMNO-BN minta undi simpati ahli PAS. Mat Hassan menang dia terbalikkan PAS guna samseng tarik leher. Hihihi.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...