Iklan Penaja 1

Picture

Sabtu, April 27, 2019

Interaksi konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ dengan masyarakat capai 50 peratus

Interaksi konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ dengan masyarakat capai 50 peratus

Interaksi Jabatan Perdana Menteri terhadap konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ dengan masyarakat sudah mencapai 50 peratus, kata menterinya Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
Beliau berkata kebanyakan interaksi tersebut berlaku dengan jabatan dan agensi kerajaan agar penjawat awam dapat memahami dengan sebaiknya konsep yang cuba diterapkan dalam citra Malaysia Baharu.
“Baki 50 peratus lagi kita akan cuba berinteraksi dengan masyarakat pula dan saya yakin ia mampu dicapai pada hujung tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Karnival Ambang Ramadan di Sekolah Kebangsaan (SK) Mentuan di sini, malam tadi.
Hadir sama Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Nik Omar Nik Abdul Aziz.
Mengulas lanjut, Mujahid berkata bagi menyampaikan mesej ‘Rahmatan Lil Alamin’ dengan lebih jelas, pihaknya akan mengadakan Karnival Rahmah peringkat kebangsaan pada Julai ini.
“Karnival tersebut akan menggabungkan kementerian-kementerian dan akan diadakan selama tiga hari sebelum bergerak ke peringkat negeri.
“Setakat ini Melaka, Johor dan Perak sudah menyatakan mereka berminat mengadakan karnival yang sama,” katanya.
Ditanya mengenai kekeliruan yang timbul berhubung konsep tersebut, Mujahid berkata Jabatan Perdana Menteri menggunakan pelbagai kaedah bagi menerangkannya kepada orang ramai.
“Kita mempunyai banyak cabang. Media konvensional kita guna selain media sosial. Apabila ada orang yang timbulkan kekeliruan mengenai isu ‘Rahmatan Lil Alamin’, kita ada Unit Komunikasi Strategik yang akan memberi penerangan mengenai perkara sebenar.
“Alhamdulillah dengan cara berkenaan, kita dah berjaya jelaskan kepada masyarakat mengenai konsep tersebut,” katanya.
Picture

Khamis, April 25, 2019

Isnin, April 22, 2019

Pendekatan AMANAH lebih kepada akhlak, Pas pula menghukum

Pendekatan AMANAH lebih kepada akhlak, Pas pula menghukum
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad menegaskan parti itu mengamalkan pendekatan yang mementingkan akhlak berbeza dengan Pas yang lebih kepada menghukum.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, pendekatan akhlak adalah yang lebih baik dan tepat sesuai dengan nilai Rahmatan Lil Alamin.
“Pendekatan AMANAH adalah pendekatan akhlak yang lebih baik dan tepat. AMANAH berbeza dengan hala tuju Pas yang lebih kepada pendekatan hukum.
Khalid Samad
“Untuk kita datangkan rahmat kepada suluruh alam caranya bukan melalui hukum dan undang-undang tetapi melalui akhlak,” katanya dalam majlis Sepetang Bersama Pimpinan AMANAH di Summit Hotel KL City Centre, Jalan Raja Laut di ibu negara semalam.
Menurut Khalid, rahmat akan dapat dinikmati dan dirasai apabila manusia itu amanah, menunaikan tanggungjawab, adil dan telus.
“Akhlak mulia akan mendatangkan keadilan, kebajikan, manfaat dan kebaikan. Tapi kalau kita hanya tekankan hukum semata-mata tanpa adanya akhlak maka timbul perbalahan, takfiri, fasik, munafik dan pelbagai lagi kerana pendekatan mahu menghukum
“Bagi AMANAH, penekanan kita kepada kepimpinan berakhlak dan beramanah,” tegas Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi.
Picture

Rabu, April 17, 2019

Malaysia cari jalan buka pejabat kedutaan Malaysia di Palestin

Malaysia cari jalan buka pejabat kedutaan Malaysia di Palestin
Malaysia berusaha mencari jalan kemungkinan membuka pejabat kedutaan di Palestin, meskipun sedar ia bukanlah satu perkara mudah, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata walaupun pada masa sekarang dari segi praktikalitinya usaha itu bukanlah mudah, namun ia penting bagi membolehkan Malaysia terus membantu rakyat Palestin yang sejak berdekad lalu dicengkam kezaliman rejim Tel Aviv.
“Bila? Itu soal kedua. Tetapi cita-cita mesti ada, komitmen mesti ada dan persiapan atau usaha mesti dimulakan.
“Ia tugas dan tanggungjawab sebuah negara berdaulat (seperti Malaysia) membantu negara yang berdepan masalah, menolong rakyat mana-mana negara yang telah bertahun-tahun dizalimi iaitu sejak 1948 (apabila Israel dibentuk),” katanya kepada Bernama selepas rakaman program Ruang Bicara Bernama News Channel (BNC) di sini Isnin.
Ujar Saifuddin buat masa ini pihaknya masih belum berhasrat membawa cadangan itu ke peringkat kabinet.
Namun, katanya kaedah yang akan digunakan untuk menjayakan pembukaan kedutaan itu sudah semestinya tidak melibatkan Israel.
“Ada negara lain membuka kedutaan (di Palestin) seolah terdapat persetujuan daripada Israel sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kita tidak mahu ikut cara seperti itu. Sudah tentu pendekatan yang kita gunakan mengikut kaedah Palestin,” jelas beliau.
Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
Saifuddin berkata cadangan itu bukan sahaja penting sebagai sokongan moral kepada rakyat Palestin, tetapi juga diharap dapat membantu memudahkan proses untuk rakyat Palestin di Malaysia yang ingin pulang ke negara asal mereka di masa hadapan.
“Pada kita, buka kedutaan itu biasa. Tetapi bagi orang tertindas, ia suatu kemenangan moral luar biasa. Membuka kedutaan suatu pengiktirafan (kepada mereka),” katanya.
Ditanya andai cadangan itu bakal mencetuskan konflik dengan negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat yang telah memindahkan pejabat kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, Saifuddin berkata sebarang keputusan mengenai perkara berkenaan akan mengambil kira kepentingan nasional dan bukan atas faktor “favour” atau takut kepada negara lain.
Cadangan membuka pejabat kedutaan Malaysia di Palestin diutarakan Saifuddin dalam jawapannya kepada soalan lisan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson), minggu lepas di Dewan Rakyat.
Dalam jawapan itu, Saifuddin berkata pihaknya sedang memulakan usaha mengumpul semua maklumat penting berhubung cadangan berkenaan, selain mendapatkan pandangan pihak yang mempunyai pejabat atau wakil di Palestin.
Sehingga kini terdapat lebih 30 pejabat diplomatik dan organisasi antarabangsa dibuka di Palestin sama ada di Ramallah atau Gaza.
Ramallah terletak di Tebing Barat merupakan pusat pentadbiran Pihak Berkuasa Palestin. Namun demikian Ramallah dan Wilayah Tebing Barat serta Gaza masih merupakan wilayah diduduki Israel.
Kebanyakan negara yang membuka pejabat di Ramallah terdiri negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel atau sebelum ini pernah menjalin hubungan terhad dengan rejim zionis itu.
Terdapat juga negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik secara rasmi dengan Israel seperti Emiriah Arab Bersatu mempunyai pejabat diplomatik di Ramallah.
Ketika ini, Palestin mempunyai kedutaan di Kuala Lumpur. Sebaliknya, Duta Malaysia ke Mesir ditauliahkan serentak ke Palestin. -Bernama
Picture

Sabtu, April 13, 2019

Polis ada bukti pembelian berlian merah jambu guna wang 1MDB

Polis ada bukti pembelian berlian merah jambu guna wang 1MDB

Walaupun berlian merah jambu bernilai US$23 juta (RM95 juta) yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor gagal ditemui sewaktu serbuan polis, namun terdapat bukti menunjukkan wujud transaksi pembeliannya menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad(1MDB).
Dalam satu kenyataan Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Urus Setia Ketua Polis Negara(KPN) Bukit Aman SAC Datuk Khalil Azlan Chik berkata, jejak kewangan (money trail) menunjukkan transaksi pembelian itu juga melibatkan seorang peniaga barang kemas di New York.
Kenyataan akhbar itu merujuk kepada penafian Rosmah, isteri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pembelian itu.
Baru-baru ini tular di media sosial tentang pembelian rantai leher dengan pink diamond 22-carat oleh Rosmah sehingga menimbulkan pelbagai dakwaan oleh netizen.
Picture

Jumaat, April 05, 2019

Apabila saya berhenti, Anwar akan ambil alih-Tun M

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD


KUALA LUMPUR 3 April - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi memberi jaminan tempatnya akan diambil alih Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila sampai waktunya nanti.
Ia sekali gus menangkis dakwaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bahawa beliau tidak mahu Anwar menggantikannya sebagai Perdana Menteri.
Kata beliau, semua pihak mempunyai hak untuk memberikan pendapat namun beliau kekal dengan pendiriannya untuk memyerahkan kuasa kepada Anwar.
"Dia (Asyraf Wajdi) ada hak buat pendapat dia tapi saya dah buat penyataan bahawa apabila saya berhenti, maka Anwar akan ambil alih," katanya dalam sidang akhbar di Menara Yayasan Selangor, di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Picture

Rabu, April 03, 2019

PRK Rantau: Jangan takut calon bukan Melayu, kata Anwar


Tidak ada masalah untuk mana-mana bangsa menjadi pemimpin negara asalkan mereka pemimpin yang baik, bersih dan tidak mengamalkan rasuah, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang mempertahankan pilihan PH meletakkan calon berbangsa India pada PRK DUN Rantau, Dr S. Streram berkata, tidak timbul soal risiko kepada survival Melayu dalam PRK berkenaan sekiranya sokongan diberikan kepada PH.

“Kaum Melayu akan ‘survive’ kalau kita ada pemimpin yang baik, bersih, serta tidak korup, dan bukan setakat kaum Melayu sahaja, kaum lain juga.. Cina, India, Kadazan pun akan survive.

“Tetapi kalau lantik (pemimpin) dari kaum Melayu korup, zalim.. kaum India, Cina, Melayu pun takkan survive. Jadi tak perlu takut pilih calon bukan Melayu,”katanya di ceramah sempena kempen PRK berkenaan di Taman Angsamas, Seremban, malam tadi.
Turut hadir pada ceramah berkenaan ialah Presiden Amanah Mohamad Sabu, yang juga Menteri Pertahanan.

Mohamad dalam ucapannya turut mengkritik propaganda sesetengah pihak yang menurutnya tidak bertanggungjawab yang dilihat sengaja memainkan isu survival Melayu, malah menurutnya sehingga ada yang menuduh parti komponen PH sebagai barua DAP.
Katanya tidak mungkin Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri yang dahulunya juga dikenali sebagai pro Melayu dan pernah menulis buku The Malay Dilemma akan berbuat demikian.

“Macam itu juga Anwar Ibrahim, yang keluar masuk penjara, duduk di penjara lagi lama (daripada) berada di luar (penjara), takkan dia nak mempersia-siakan perjuangannya,” katanya

PRK Rantau pada 13 April ini menyaksikan persaingan empat penjuru antara calon PH Dr S Streram, calon BN yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon bebas iaitu bekas pensyarah Mohd Nor Yassin dan suri rumah R Malarvizhi.

PRK berkenaan diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad Hasan yang juga penyandang DUN Rantau untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 November tahun lalu, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi berkenaan pada PRU14 terbatal dan tidak sah.

Sementara itu bercakap kepada pemberita di satu majlis lain, Presiden PKR yang juga Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata beliau akan memastikan limpahan pembangunan yang dinikmati Port Dickson akan turut dirasai penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Anwar berkata ini memandangkan DUN Rantau terletak bersebelahan dengan kawasan yang diwakilinya.

“Sejak saya menjadi Ahli Parlimen Port Dickson, ada beberapa projek baharu seperti pelancongan, dan syarat (yang ditetapkan) mereka (pelabur) mesti memberikan latihan kerja kepada anak tempatan.

“…saya ingat pembangunan ini harus diperluaskan supaya tidak hanya tertumpu kepada suatu daerah tertentu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas program ceramah umum di Taman Sri Ramai, Rantau di sini malam tadi.

Mengulas pertanyaan pemberita bahawa terdapat dakwaan kononnya Dr Streram, yang menjadi calon PH di PRK Rantau tidak dikenali penduduk tempatan, Anwar menafikannya dan menyatakan pakar bius itu sudah bekerja di situ sejak beberapa tahun lepas.- Bernama.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/prk-rantau-jangan-takut-calon-bukan-melayu-kata-anwar/


Picture

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive