Iklan Penaja 1

Picture

Jumaat, Mac 29, 2019

Perbezaan pendapat dalam PKR tidak jejaskan PRK Rantau

Perbezaan pendapat dalam PKR tidak jejaskan PRK Rantau

Perbezaan pendapat dalam PKR ketika ini hanyalah isu kecil dan tidak akan menggugat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Benda kecil, kita tumpu pada pilihan raya, perbezaan pendapat kecil boleh, diizinkan… beza pendapat sikit ok tetapi sekarang perlu tumpu PRK Rantau dan ekonomi, saya konsisten bab ini.
“Semua pun sudah setuju datang berkempen, usahlah laga-lagakan lagi, yang penting adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat, pastikan ekonomi berkembang dan bekerja sebagai satu pasukan,” katanya selepas program Pertemuan Bersama Jentera PRK Dun Rantau.
Pada 22 Mac, Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan peletakan jawatannya itu dibuat susulan ketidaksefahaman Pakatan Harapan mengenai pemilihan kepimpinan PAC.
Terdahulu Anwar dalam ucapannya berkata penyakit ‘over confident’, sombong, rasa sudah kuat dan tidak perlu banyak bekerja apabila sudah berjawatan hanya akan menyebabkan sesebuah parti ‘terlungkup’.
PRK Dun Rantau 13 April ini diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Timbalan Presiden Umno  Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 Nov lepas yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi Dun berkenaan pada PRU14, terbatal dan tidak sah.- BERNAMA
Picture

Isnin, Mac 25, 2019

Khamis, Mac 21, 2019

Nurul Izzah percaya PM akan serah jawatan kepada Anwar Ibrahim

Nurul Izzah percaya PM akan serah jawatan kepada Anwar

Ahli Parlimen Permatan Pauh Nurul Izzah Anwar berkata, beliau percaya Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dua tahun selepas memegang jawatan itu.
“Saya rasa beliau akan menunaikan janji sebab ini bukan soal peribadi. Masa depan negara bergantung kepada kestabilan politik dan sama ada kami menunaikan janji.
“Kami berjaya menggulingkan kerajaan yang sudah memerintah 60 tahun, ia bukan atas jasa saya atau Dr. Mahathir, tetapi jasa setiap orang.
“Pengundi korbankan masa untuk tujuan ini, malahan mereka mengambil risiko untuk tujuan ini,” katanya Nanyang Siang Pau seperti dipetik MG hari ini.
Ketika ditanya mengenai khabar angin bahawa beliau pernah ditawarkan jawatan menteri, Nurul berkata, beliau lebih mencintai tugasnya ada disandang sekarang dan tidak bercadang untuk kembali sebagai pemimpin pusat PKR.
“Nurul Izzah berkata, beliau menggunakan statusnya sebagai Ahli Parlimen untuk melaksanakan pelbagai kerja yang berorientasikan pembangunan dan reformasi.
“Kenapa mesti ambil kisah tentang jawatan Kabinet? Tindakan memandang hanya kepada jawatan Kabinet akan menyempitkan pemikiran dan saya tidak kisah tentang jawatan itu,” katanya seperti dipetik.
Picture

Isnin, Mac 18, 2019

Rabu, Mac 13, 2019

Propaganda Umno-Pas buat orang bukan Islam rasa tidak selamat, kata Menteri

Propaganda Umno-Pas buat orang bukan Islam rasa tidak selamat, kata Khalid

Ungkapan propaganda yang digunakan Umno dan Pas mengakibatkan orang bukan Islam berasa tidak selamat di negara ini kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad.
Beliau berkata, kerjasama Pas-Umn yang sering melaungkan Melayu dan Islam memberi konotasi seolah-olah kedua-dua parti itu boleh melahirkan bibit kebimbangan kepada bukan Islam.
“Mereka menggunakan ungkapan negara bahaya, terancam oleh orang bukan Islam, maka seruan mereka adalah seruan menyatukan Melayu dan Islam untuk menghadapi ancaman bukan Islam.
“Kalau mereka menggunakan seruan sedemikian, tidak salah bagi orang bukan Islam menganggap ia merupakan satu kesatuan yang berasaskan kebencian terhadap bukan Islam,” katanya kepada media ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming bahawa kerjasama Umno dan Pas akan menjadikan negara seperti Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya kedua-dua parti berjaya membentuk kerajaan sekali gus memecah-belahkan rakyat.
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen pula senada dengan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming.
Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi, kempen kedua-dua parti negatif dan terarah kepada melahirkan rasa ketakutan dan kebencian diantara orang Islam dan bukan Islam.
“Jadi tidak salah jika bukan Islam terasa terancam kerana kempennya selalu kempen kebencian dan ketakutan itu yang mereka buat, ia tidak normal dan natural.
“Kita perlu ajak rakyat menganggap negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, kembali kepada asas Malaysia, hormat agama dan budaya sesama sendiri,” ujarnya lagi.
Katanya Umno-Pas bukan sahaja mengancam Pakatan Harapan malah keseluruhan negara.
“Pas dan Umno bukan hanya ancam PH tapi juga seluruh negara kerana kamu lihat propaganda yang dilakukan. Menggunakan isu perkauman dan agama jadi saya setuju dengan komen saudara Nga Kor Ming,” ujarnya.
Picture

Rabu, Mac 06, 2019

Tiada simpati dari pihak yang ditolong, kata isteri Rameli Musa

Tiada simpati dari pihak yang ditolong, kata isteri Rameli Musa
Rameli dan isterinya yang dikenali sebagai usahawan berjaya yang suka menolong mereka yang memerlukan pertolongan.
Ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Pengerusi KTMB, Datuk Rameli Musa berkaitan wang RM1.4 juta yang dibayarnya kepada Editor Sarawak Report, isteri beliau mencatatkan kisah sedih mereka sekeluarga.
Datin Norlella Md Akram kesal apabila tiada sebarang simpati yang dihulurkan kepada suaminya yang ditimpa kesusahan ekoran pertolongan itu.
Keratan dari FB isteri Rameli Musa.
“Kami disini. Doakan untuk lelaki kesayangan kami. Tuhan yang maha besar ingin menaikkan darjat suami kesayanganku,” tulis Norlella sambil meletakkan gambar beliau, suami serta anaknya di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Norlella mempersoalkan, adakah ajaran Islam untuk membiarkan orang yang banyak menolong dibiarkan dalam kesusahan.
Rameli terkenal di kalangan  pelbagai pihak sebagai seorang usahawan genuin yang sangat suka membantu orang. Sesiapa sahaja yang datang berjumpa untuk meminta pertolongan tidak pernah hampa.
“Adakah ajaran Islam untuk membiarkan orang yang banyak menolong kita ditimpa kesusahan oleh kerana pertolongan itu.
“Dan tiada sebarang simpati maupun bertanya kabaran dari pihak yang ditolong,” tulis beliau.
Selepas pecah cerita bahawa Rameli adalah pihak yang membayar wang kepada Claire Recastle Browm dalam penyelesaian di luar mahkamah itu, Pas menafikannya.
Malah pemimpin Pas berkata, Rameli rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya dengan mereka.
Tidak cukup dengan itu, bekas orang rapat dengan Anwar, Mohamad Ezam Mohd Nor tampil dan membuat kenyataan kononnya Rameli rapat dengan Anwar termasuk membantu Anwar ketika didakwa dahulu.
Sarawak Report menjelaskan, pihaknya bersetuju saman yang dibuat oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang diselesaikan diluar mahkamah dengan syarat kos guaman yang mereka tanggung akibat saman itu ditanggung oleh pihak plaintif.
Ekoran itu, peguam Sarawak Report menerima sekeping cek bernilai lebih RM1.4 juta yang kemudiannya disahkan dibayar oleh Rameli Musa.
Namun Pas sehingga kini menafikan membuat sebarang bayaran kepada Claire Recastle Browm.
Bahkan pemimpinnya membangkit apakah mereka patut lebih percaya kepada Claire yang bukan Islam dengan kenyataan pemimpin mereka sendiri yang beragama Islam.

Picture

Isnin, Mac 04, 2019

Sabtu, Mac 02, 2019

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive