Rabu, Disember 19, 2018

Ceroboh Darul Anuar: Polis dipohon bertindak sebelum pergaduhan berlaku

Ceroboh Darul Anuar:  Polis dipohon bertindak sebelum pergaduhan berlaku
Hazmi Hassan
Hazmi Hassan
Pemuda AMANAH Kelantan menggesa pihak polis mengambil tindakan wajar dalam menangani pencerobohan Maahad Darul Anuar (Mada) di Pulau Melaka semalam.
Menurut ketuanya,  Hazmi Hassan, pihaknya memohon pihak polis memberi penjelasan yang munasabah, mengapakah mereka tidak mengambil tindakan yang sewajarnya, iaitu membuat siasatan yang mendalam berkenaan isu ini.
“Adakah pihak polis hanya menunggu satu pergaduhan berlaku terlebih dahulu baru hendak mengambil tindakan?
“Adakah perlu kejadian sehingga berlaku rusuhan sebagaimana kes kuil di seafield berulang, baru pihak polis hendak bertindak?” soalnya dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini.
Menuritnya pada 16 Disember 2018, satu laporan polis telah dibuat oleh pekerja Mada berkenaan satu pencerobohan yg telah dan sedang berlaku di Mada dan memohon bantuan pihak polis.
“Berdasarkan dari rakaman cctv, terdapat ramai orang telah berkumpul di ruangan luar pejabat Mada, dan kemudiannya telah menceroboh ruangan Pejabat Mada.
“Pejabat Mada sentiasa berkunci, dan disyaki pihak tersebut telah memecah masuk pejabat Mada.
“Tidak cukup dengan tindakan pencerobohan tersebut, pekerja Mada juga dihalau keluar malah menyebabkan timbul perasaan takut kepada beberapa orang pekerja Mada sehinggakan tidak dapat bertugas,” katanya.
Sebahagian barang bukti menunjukkan tombol pintu yang telah dipecahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab memasuki Maahad Darul Anuar.
Setelah laporan tersebut dibuat katanya. pihak polis memaklumkan kepada pengadu, bahawa polis pihak tidak boleh mengambil tindakan kerana alasan perkara ini hanyalah melibatkan perbalahan keluarga sahaja kecuali berlakunya pergaduhan.
“Polis juga memaklumkan pihak penceroboh telah membuat laporan polis, yang mana di dalam laporan tersebut telah menyatakan pihak penceroboh telah mempunyai surat kebenaran dan mendapat persetujuan daripada pihak pengurusan Mada walaupun laporan polis tersebut tidak ditunjukkan oleh pihak polis,” katanya.
Beliau terkejut dengan alasan perkara ini melibatkan perbalahan keluarga dan pihak polis hanya akan bertindak sekiranya berlaku pergaduhan.
“Adakah kejadian jenayah dilakukan terhadap ahli keluarga sendiri kecuali pergaduhan, tidak dikira atau dianggap kes jenayah?,” soalnya.
“Dalam kes Madakatanya, ia bukan hanya sekadar perbalahan ahli keluarga, yang mana hari ini berbalah, esok boleh  berbaik semula.
“Ianya juga melibatkan pekerja Mada dan punca perbalahan ini adalah kerana perbezaan politik.
“Lebih-lebih lagi ianya melibatkan tokoh-tokoh di dalam parti,” katanya.
Isu kedua katanya, pihak penceroboh telah membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum menceroboh Mada.
“Penceroboh mendakwa pihak mereka mempunyai surat kebenaran dan telah mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan Mada.
“Adalah suatu yang pelik, bila pihak yang menceroboh membuat laporan polis sedangkan pihak menceroboh menyatakan telah mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan Mada.
“Kalau benar pihak menceroboh telah mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan Mada, apakah keperluan pihak menceroboh membuat laporan polis?
“Jelas sekali pihak penceroboh telah membuat satu laporan polis yang palsu,” katanya.

Picture

1 ulasan:

  1. Kabar Gembira Buat Para Pecinta Sepak Bola Dimanapun Kalian Berada
    Ayo Dukung Tim Favoritmu Dan Pasang Taruhanmu Sekarang
    Bolavita Bandar Sportsbook Terbesar Di Indonesia
    Nikmati Bonus Berlimpah Setiap Hari

    Mari Kunjungin Segera Website kami :
    www(titik)bolavita(titik)vip
    www(titik)sateayam(titik)club
    www(titik)pokervita(titik)live

    Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
    Live Chat Online 24 JAM NONSTOP !!!
    WA : +628122222995
    Pin BBM : BOLAVITA / D8C363CA (NEW)


    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng