Iklan Penaja 1

Picture

Sabtu, Disember 22, 2018

Parti komponen PH perlu hormati 3 prinsip utama yang disepakati

Parti komponen PH perlu hormati 3 prinsip utama yang disepakati

Tidak boleh ada penyimpangan daripada tiga prinsip utama yang disepakati parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) kerana ia merupakan asas kepada penyatuan kerjasama pakatan itu sekali gus berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiga prinsip yang merupakan hala tuju pakatan itu merangkumi komitmen mempertahankan segala ketetapan dalam Perlembagaan Persekutuan, komitmen terhadap agenda reformasi dan kerjasama PH berasaskan saling menghormati serta mempercayai satu sama lain.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kelengkapan persekolahan peringkat Parlimen Kulim-Bandar Baharu di Sekolah Kebangsaan Terap dekat sini hari ini.
“…institusi raja, kedudukan Islam, kebebasan beragama, kedudukan istimewa (orang Melayu dan Bumiputera) dan kedudukan istimewa Bahasa Melayu merupakan asas yg menyatukan kerjasama Pakatan Harapan.
“Keduanya komitmen terhadap agenda reformasi untuk institusi awam, institusi penguatkuasa, institusi Parlimen ini merupakan tunjang kepada hala tuju Pakatan Harapan. Kemudian perkara ketiga kerjasama Pakatan Harapan bertunjangkan satu pakatan yang saling menghormati dan mempercayai,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam catatan laman blognya semalam yang menyatakan pemimpin parti itu tidak teragak-agak keluar daripada gabungan kerajaan sekiranya objektif Malaysia baharu diketepikan.
Saifuddin Nasution yang juga Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata sehubungan itu konteks yang dimaksudkan Lim itu adalah sekiranya terdapat penyimpangan terhadap tiga prinsip berkenaan.
“Saya sebut tiga perkara itu adalah prinsip membentuk Pakatan Harapan baik sebelum menjadi kerajaan mahupun selepas jadi kerajaan…parti politik itu dinamik. Mana ada parti politik statik…perbezaan pendapat dan pandangan itu lumrah biasa. Tetapi asas prinsip ini tidak boleh berbeza sebab telah disepakati,” katanya.
Picture

7 ulasan:

  1. Ada komponen parti dlm haprak rasa diri terlalu besar.Kena tegur sikit dh melenting.Dia tegur org tak apa.
    Mentang2 bnyk menang kerusi....hehehehe

    BalasPadam
  2. Dlm kepala tua kutuk tu tiada makna mghormati prinsip parti.
    Yg perlu dihormati ialah perjuangan meneruskan legasi 22tahun mgkaya_kan anak..waris..proksi dan kroni.
    Sblm pru14 dia rela dianjingkan menerima segala arahan asalkan dpt menjadi peeM.
    Skrg bila dia dh mengetahui kelebihan dan kekurangan kwn dan lwn...dia berusaha mencaturkan agar kuasanya berterusan dan bakal mengenepikan segala janji2.
    Kenapa?????!!!!!
    Dia seorg optimis..sekular dan sgt bijak berkata2 utk mempertahankan dirinya dan sekutunya.Bijak juga menyalahkan dan memburukkan org lain.Klu dia jujur buat apa menarik 'sampah2' ke dlm partinya.Membina kereta ke3 yg tiada dlm manifesto demi menyelamatkan vendor2 kaum kerabat yg mengejutkan pihak geely dari segi kos.
    Tua kutuk tu bijak dlm penentuan kuasa tapi dari segi ekonomi agak lembab.
    Buat mrk yg pernah memgimpikan bekas banduan sebgai peeM....berdoalah bnyk2 agar impian tu tercapai kurang dpd 2 tahun ini spt dijanjikan.Bukannya apa...parti bunga dh bertambah...pgayR dijangka terbahagi 2...PANxxx umpama hamba menurut shj...
    Tggl dapigs sama ada msh syg dgn bekas banduan atau ada perjanjian tepi dgn atok....hehehehehe
    Hanya Tuhan yg menentukan...kita cuma merancang.....hehehehehehe

    Apa pengajaran????
    Banyak2kan membaca....
    Atok rajin membaca....sebab itu dia bijak dlm mencatur kuasa.....hehehehehe

    BalasPadam
  3. bagaimana pula janji-janji lunak kepada rakyat sebelum pilihanraya TAK perlu dihormati ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg ada agama jer percaya dgn janji...
      Yg gila kaya dan kuasa...peduli apa dgn janji....

      Padam
  4. DamQQ - Agen Poker Online
    Daftar Sekarang GRATIS!!!
    Daftar DamQQ
    Minimal Deposit Rp. 10rb
    Bonus Turnover 0.5% Dibagikan Setiap Hari

    Tersedia Permainan 8 Permainan Dalam 1 User ID
    Poker Online | Sakong Online | BandarQ | AduQ | Domino 99 | Capsa Susun | Bandar Poker | Bandar 66

    Kontak :
    BBM : Damkiukiu
    WA : +85516776417
    LINE : damqqpoker

    BalasPadam
  5. Dewancash - Agen Bola Terbaik Dan Terpercaya
    Daftar Sekarang GRATIS!!!
    Daftar Dewancash
    Minimal Deposit Rp. 10rb
    Bonus Cashback 5%
    Bonus Turnover 1%

    Tersedia Permainan
    Sportbook (AFB, SBOBET, IBC) | Live Casino (9 Server) | Sabung Ayam | Togel Online | Forex | Slot Online | Poker | Dan Permainan Lainnya.

    Kontak :
    BBM : D8DE6D50
    WA : +855966043742

    BalasPadam
  6. Kabar Gembira Buat Para Pecinta Sepak Bola Dimanapun Kalian Berada
    Ayo Dukung Tim Favoritmu Dan Pasang Taruhanmu Sekarang
    Bolavita Bandar Sportsbook Terbesar Di Indonesia
    Nikmati Bonus Berlimpah Setiap Hari

    Mari Kunjungin Segera Website kami :
    www(titik)bolavita(titik)vip
    www(titik)sateayam(titik)club
    www(titik)pokervita(titik)live

    Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
    Live Chat Online 24 JAM NONSTOP !!!
    WA : +628122222995
    Pin BBM : BOLAVITA / D8C363CA (NEW)


    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive