Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Disember 03, 2018

Skandal 1MDB akan dijadikan silibus pembelajaran sejarah di sekolah

Skandal 1MDB akan dijadikan silibus pembelajaran sejarah di sekolah, kata Maszlee
Kementerian Pendidikan akan memastikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan silibus pembelajaran Sejarah.
Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, tindakan tersebut diambil bagi memastikan pemimpin pada masa hadapan tidak mengulangi kesilapan sama.
“Saya boleh memberikan jaminan bahawa isu 1MDB akan dimasukkan dalam buku Sejarah Malaysia supaya generasi ke depan tidak akan mengulangi.
“Begitu juga jenayah besar yang dilakukan oleh ahli politik dalam menyamun,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN – Pontian) di Persidangan Dewan Rakyat, hari ini, lapor Utusanonline.
Sebelum itu, Ahmad bertanya apakah 60 buah sekolah persendirian Cina mempelajari mata pelajaran Sejarah dan berapa tahun diambil sesuatu perkara dianggap sebagai sebahagian daripada Sejarah.
Dalam perkembangan lain, Maszlee berkata, Kementerian Pendidikan akan menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan Kurikulum dan Buku Teks Sejarah dalam masa terdekat.
Katanya, jawantankuasa itu akan berkerjasama dengan jawatankuasa sedia ada termasuk pakar rujuk daripada pelbagai tokoh akademik dalam ilmu sejarah sama ada di dalam mahupun luar negara.
Beliau berkata, kementerian itu juga akan mengadakan beberapa siri wacana dengan tokoh-tokoh sejarawan bagi mendapatkan perspektif sejarah dengan naratif yang lebih segar dan produktif.
“Kementerian prihatian dengan pandangan pelbagai pihak tentang mata pelajaran Sejarah. Kurikulum standard Sejarah digubal dengan tujuan untuk murid memperoleh perspektif yang lebih luas tentang perkembangan dunia serta memperkukuhkan semangat jati diri dan setia kepada negara,” katanya.
Maszlee berkata demikian dalam sesi soal jawab lisan terhadap soalan Hasanuddin Moh Yunus (PH-Hulu Langat) yang ingin tahu sejauh mana usaha kerajaan menggubal semula subjek Sejarah kerana terdapat fakta yang ditokok tambah.

Picture

4 ulasan:

  1. Masukkan sekali skandal2 tua kutuk tu termasuk skandal terowong laut gone end....hehehehehe
    Masukkan juga bgmana mrk kaya kan anak...waris..proksi dan kroni dgn salahguna kuasa dan rasuah.
    Dgr cerita saham petronas nak dijual kpd syarikat asing sambil puluhan billion rm wang petronas nak dijarah krn kebodohan pak menteri dan peeM haprak.
    Keta nasional ke3 yg mulanya dibantah bukan shj oleh pak2 menteri haprak ttp juga oleh rakyat dgr cerita akan dimulakan.Dulu jaga proton..hutang keliling pinggang.BANGANG!!!!
    Nampak sgt pak2 menteri haprak kecut tulur dgn tua kutuk tu....hehehehehe
    Mgkin takut jwtn menteri kena lucut atau ada kawtim....hehehehehe
    Takut juga mrk dgn kuasa tua kutuk yg tak seberapa tu.Tak sabar klu si mantan banduan jd peeM.Mgkin mampu mengubah sikit legasi 22tahun yg sial celaka tu....hehehehe

    Sblm ini pegi ke jepun mtk hutang dan diberi pingat kebesaran.Apa logiknya nak pinjam dgn negara yg hutang mrk berkali ganda dpd negara kita????
    Bangang!!!!

    Yg pak menteri perpecahan bangang hindraf tu tak kena siasat ker????
    Dah lah kaki fitnah...rasis tapi msh mndpt pujian dpd tua kutuk tu...bangang!!!!!!
    Apalah nak jadi dgn negara lps nie...asyik menakutkan rakyat dgn hutang besar..tapi merasmikan parti bunga di swk boleh guna jet yg dibeli dgn wang rakyat?????!!!!!

    Hrp menteri kasut hitam yg pernah berjanji tiada lagi tol di spg renggam jgn berat sblh dlm merencana silibus baru....hehehehehe

    Hrp dia jenguk2 sejarah sklh2 yg sgt daif di sbh dan swk krn sikap tamak dan tidak peduli peeM ke4 yg lalu.Hrp peeM ke7 ambil peduli sikit.Dpd berkunjung ke jepun..jenguk2lah negeri2 daif yg tiada dlm kepala hotak dia sblm ini....hehehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab 3 Skandal Forex
      1.0 Pengenalan
      2.0 Punca
      3.0 Penglibatan proksi

      Bab 13 Insiden Liwat
      1.0 Pengenalan
      2.0 Fitnah atau konspirasi
      3.0 Tilam di mahkamah

      Bab 21 1MDB
      1.0 Pengenalan
      2.0 Siapa Jho low?
      3.0 2.6b

      Bayangkan kalau semua melayu di atas menjadi isi kandungan subjek.

      Teruskan

      Padam
  2. Hahaha.... seronok layan pembangkang sekarang ni, mereka kehabisan isu terpaksa bangkang semua perkara tanpa fakta sahih.... hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila terus layan, bila dah tersepit nnt baru melalak, sbg rakyat usah terlalu taksub dgn gelagat ahli politik yg semakin hilang arah tuju,negara semakin bermasalah tp pemimpin berterusan berpolitik tanpa ada penghujung

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...