Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Disember 12, 2018

Bekas Adun Sekong dan AJK Batu Sapi umum keluar dari Umno

Bekas Adun Sekong dan AJK Batu Sapi umum  keluar dari Umno

Bekas Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya hari ini mengumumkan keluar dari Umno.
Keputusan beliau itu turut disertai beberapa Ahli Jawatankuasa Bahagian Umno Batu Sapi iaitu Timbalan Ketua bahagian itu Zantapha Jainil Abidin, Naib Ketua Wanita, Suhana Ag Tahir dan Ketua Puteri, Hazulizah Md Dani.
Samsudin pada sidang media di sini berkata, keputusan itu dibuat selepas mereka hilang kepercayaan kepada Ketua Bahagian Umno Batu Sapi (Khairul Firdaus Akhbar Khan) kerana gagal memulihkan keyakinan dan kepercayaan rakyat serta ahli parti.
Bagaimanapun, katanya mereka masih meletakkan kepercayaan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Hajiji Noor.
“Kami akan menyokong penuh apa juga langkah yang diambil Hajiji untuk membawa hala tuju wadah perjuangan kami seterusnya.
“Kami juga menzahirkan sokongan penuh kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.
Samsudin yang menyertai Umno sejak 27 tahun lepas, pernah menjadi Adun Sekong serta Ketua Bahagian Umno Batu Sapi selama 15 tahun selepas memenangi tiga pilihan raya sebelum gagal mempertahankan kerusi Dun Sekong pada PRU14 lepas.
Kerusi Dun Sekong dimenangi calon Parti Warisan Sabah Arifin Asgali yang mendapat 6,470 undi, manakala Samsudin memperolehi 4,705 undi.
Samsudin berkata, perlunya ada satu parti yang boleh dijadikan sandaran membela kepentingan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah agar selari dengan pucuk kepimpinan politik di peringkat nasional hari ini. – Bernama

Picture

9 ulasan:

  1. Dgr kabar mrk2 ini pro si TOLol tu...
    Jika kbr angin ini benar nampak mcm ramalan mantan banduan makin sukar duduk kerusi peeM.Belum lagi mp2 bn lain yg turut dikabarkan akan melakukan perkara yg sama.
    Nampak makin tipis impian bapak nurul....hehehehehe

    BalasPadam
  2. Kehendak Allah sapa yang tahu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kehendak tua kutuk kutty tu...hehehehe
      Dulu mati2 menolak...ptuiihhh

      Bila game yg dia cuba mainkan skrg gagal menguntungkan kaum kerabat..proksi dan kroni.....perlu ada game baru utk menguasai majoriti.

      Ada faham sgt taktik dan kaedah tua kutuk tu.Taktik memburuk dan mghina dah berjaya dgn mahkamah ala atok.Skrg meneruskan legasi menjarah kekayaan pulak.....hehehehehe

      Mantan banduan...ko akan hilang dari radar kerusi peeM utk selama2nya nampaknya.....hehehehehe
      Sia2 perjuangan ko anak beranak selama 20 thn akhirnya....bye
      Hehehehehehe

      Padam
  3. 39 mp umno/bn telah tdtgn sokong tua kutuk tu....
    Hishhhh....nampak dh melopong mulut kwn sekor tu.....hehehehehehe

    BalasPadam
  4. Dulu bila menang tak akan terima mana2 mp pembangkang sertai haprak....
    Skrg dh u-TuRn pulak....hehehehe
    Alasan....tak semua mp2 tu 'kotor' dan tak layak sertai haprak(parti bunga)
    Ptuiihhhhh...hehehehehe

    Dulu kata slps 2 thn akan serah jwtn....
    Tak heran akan u-TuRn demi anak..waris..proksi dan kroni....hehehehe
    Alasan...rakyat msh perlukan saya
    ...para mp menyokong penuh saya dan nak saya pulihkan negara
    ....mantan banduan tu tak layak menerajui negara
    ......dan plbg alasan demi legasi 22tahun terus bertahan...hehehehehe

    Bijak tua kutuk tu bukan calang2
    Dulu umno dibubar bukan kehendak mahkamah...demi mengeluarkan Team B dpd umno....
    Nampaknya haprak pon kena game oleh tua kutuk tu.....hehehehehehe

    BalasPadam
  5. Bagus, bagus ni, biar semua perompak dan penyamun keluar dari umno/bn masuk ph.....kahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jumpa balik dgn BAPAK SEGALA PENYAMUN yg pernah menyamun selama 22tahun...hehehehe

      Heran....mudah sgt para macai mendengar tua kutuk tu dah ber'tau_buat"

      Padam
    2. Pengikut Pakatan Haprak amat mudah diperdaya....kesian......kahkahkahkah

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...