Iklan Penaja 1

Jumaat, September 14, 2018

Pemuda AMANAH sokong Anwar, sedia gempur PRK Port Dickson

Pemuda AMANAH sokong Anwar, sedia gempur PRK Port Dickson
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Kepimpinan Pemuda bagi Parti Amanah Negara (AMANAH)  menyokong Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Ketua Pemuda Mohd Sany Hamzan berkata, Pemuda AMANAH menyambut baik pengisytiharan pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding sekaligus kembali ke Parlimen.
“Kembalinya Datuk Seri Anwar sebagai ahli Parlimen akan membantu ke arah melengkapkan pelan peralihan kuasa yang telahpun dipersetujui secara bersama oleh rakan-rakan komponen Pakatan Harapan melalui Muafakat Pakatan Harapan bertarikh 6 Januari 2018.
“Pemuda AMANAH Nasional melihat laluan kepada Datuk Seri Anwar untuk kembali ke Parlimen adalah sangat penting dan akan memberi impak yang besar kepada Parlimen khususnya dengan melihat kepada peranan beliau sebagai ketua pembangkang di sesi lalu sebelum dikenakan pertuduhan politik yang menghalang karier beliau.
“Menyedari keluhan sesetengah anggota masyarakat mengenai satu lagi pilihanraya kecil, Pemuda AMANAH Nasional ingin menegaskan bahawa ketokohan Dato Seri Anwar Ibrahim adalah sangat diperlukan ketika ini khususnya bagi membantu memulihkan negara,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Sany yang juga Adun Taman Templer berkata,dengan semangat muafakat Pakatan Harapan, Pemuda AMANAH Nasional sebagai rakan komponen akan teguh bersama dengan muafakat tersebut dan bersedia menggempur Parlimen Port Dickson bagi membantu memenangkan Anwar.
“Sesungguhnya kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sekaligus melengkapkan Muafakat Pakatan Harapan yang telah mempersetujui Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8,” ujarnya.
mdl

Picture

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Syabas, kepimpinan Amanah. Semoga Allah SWT merahmati anda dan parti anda. Amin.

    BalasPadam
  2. Khuatir ahli PANxxx yg nak tlg mantan banduan liwat kena panxxx oleh puak pro mahakhinzir jer...hehehehehehe

    BalasPadam
  3. Memanjang fitnah atas perkara yang tak diketahui serta mecurigakan ada berdosa. Menuduh liwat tanpa saksi dan bukti yg nyata sama dengan fitnah... hati2 3.12 pg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahkamah yg tuduh dia peliwat termasuk peeM kita skrg....meliwat sambil melancap butuh pasangannya.Boleh google semula video peeM mahdey mengeluarkan kata2 tersebut.
      2013 peeM mahdey telah mendesak najib tukar ag kpd ts sapiee utk mendakwa anwar di mahkamah krn tak yakin dgn kemampuan gani patail.
      Kita rakyat hanya melihat drama mahkamah nie antara anwar n mahdey.Fitnah dan menjatuhkan reputasi adalah amalan pihak dan puak yg gila nak berkuasa dan gila nak kaya.
      Betul kan????

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive