Iklan Penaja 1

Jumaat, Ogos 03, 2018

Tular audio: Saya tidak guna bahasa kesat, itu bukan suara saya, kata Anwar

Tular audio: Saya tidak guna bahasa kesat, itu bukan suara saya, kata Anwar
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak tidak terpengaruh dengan penularan beberapa rakaman audio yang dikatakan suara beliau mengkritik timbalan presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tegasnya, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti dalam rakaman audio itu yang tersebar di aplikasi Whatsapp hari ini.
“Cara jawab tidak betul ‘suara saya’ saya tidak guna bahasa-bahasa kesat, barua bukan bahasa saya, jangan terpengaruh dengan fitnah,’ katanya kepada pemberita selepas program ceramah perdana sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Kandis, malam tadi lapor Bernama.
Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas penularan rakaman audio itu yang dikatakan mirip suaranya mengkritik Mohamed Azmin dan Dr Mahathir berkenaan pelantikan anggota lembaga pengarah Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), baru-baru ini.
Antara intipati rakaman itu ialah suara seorang individu didakwa Anwar yang mengakui mengarahkan Mohd Rafizi Ramli bertanding jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan parti bulan ini, kerana mendakwa Mohamed Azmin sudah menjadi ‘barua’ (orang suruhan) Dr Mahathir.
Jelas Anwar, beliau tidak pernah memberi sebarang kenyataan berhubung Khazanah kecuali berkenaan PRK Dun Sungai Kandis.
Menurut beliau, mana-mana pihak tidak bodoh untuk mempercayai penularan rakaman audio itu yang disifatkan sebagai satu perbuatan tidak sihat.
“Saya tidak memberi sebarang ucapan selepas Khazanah (lembaga pengarah) diumumkan kecuali di Sungai Kandis. Tiada ucapan, sebelum itu saya berada di Turki.
“Saya tidak fikir kita cukup bodoh untuk mudah tertipu tetapi kita hanya perlu menafikan kerana ia tidak benar…tiada asas dalam itu. Saya dengar juga (rakaman audio)’garang-garang saya, istilah barua tidak pernah pakai,” katanya.
mdl

Picture

20 ulasan:

  1. Yer ker? Buktikan.......kehkehkeh

    BalasPadam
  2. Bahasa kesat lagi rosak akhlaknya kalau dibandingkan dengan meliwat...betul?

    BalasPadam
  3. cyber umno punya angkara fitnah padan muka dulu kini selagi umnu ada porak pwranda jadinya
    ph batakan je umno tu

    BalasPadam
  4. perbezaan audio dsai & nik abduh.

    audio nik abduh,melalui Chain of events,manakala audio dsai sendirian.

    apa itu chain of events:
    event1.
    sinario heboh seluruh negara,peminpin2 tertinggi pas terima duit najib/umno.
    event2.
    lapuran polis dibuat oleh rafizi dgn bukti & SD Bersumpah
    event3
    kelakuan2 pimpinan pas diparlimen mengesahkannya,mereka jadi pasu bunga,diluar mereka bersedundon dlm issue2 bangsa/rohingya
    event 4,
    anak saudara hadi,buat report polis,audio nik abduh di marang.
    event5
    audio itu dibawa ka london untuk tujuan 'AUTHENTIC'.Perbicaraan serawak report.

    JELAS dari chain of event 3......3.1,pemimpin lain pas nakkan kepastian dari nik abduh BETUL KA TIDAK?menantu hadi,ustaz zuhdi pakar strategi pas dan beberapa pemimpin pas adakan rombongan untuk kepastian dari nik abduh,,,salah saorang pimpinan pas merekodkan penerangan nik abduh secara rahsia...

    Manakala audio dsai,tiada chain of event,hanya dilakukan individu upahan yg mirip suara dsai.
    kes inipun sudah bermula dari zaman dsai dlm umno lagi...
    ingat kes audio dsai,mengurat bini orng,bila lapuran polis dibuat ketika itu,audio itu diconsficated!akhirnya dpt tahu suara yusuf chong,pelawak stand comedy masa itu,dsaipun dah maafkah.dengar cerita dah jadi aruah.
    kes kedua berlakupun lebih kurang serupa modus operandinya!tetapi scripnya kelakar sikit,dsai setahu saya tak gunakan bhsa memaki peribadi sesaorang.
    taktahulah suara siapa dipakai?
    suara papagomo?yg mirip2 suara dsai ,saudara ezam mat noor-TAK MUNGKIN..Pelawak2 raja lawk?tak mungkin...
    benda2 yg mengarut ni,selalunya dari umno!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanda-tanda 'mereka' gagal masuk dalam macam yang dibuat kepada Pas.

      Pas sekarang sudah hancur. Tinggal barua Umno.
      PKR 'mereka' kena serang dari luar.

      Padam
    2. PAS dari dulu lagi difitnah, sampai kehari ini pun PAS masih lagi kukuh, tiada tanda nak hancur, bertambah baik tu adalah jika nak dibandingkan dengan apa yang ada kat Malaysia ni.

      Padam
    3. Bertambah baik? Cuba minta Tuan Presiden komen peguam Carter Ruck tidak menolak bukti suara Ana Tahu - Nik Abduh?

      Minta juga komen Tuan Presiden bila tindakan disiplin parti akan dikenakan kepada ahli parti yang sudah berpaling tadah menyeru sokong dan undi Be eNd di Sg Kandis? Ini termasuklah Mursyidul Am parti.

      Pas sudah hancur dan tidak lagi wujud. Yang tinggal cuma barua Umno.

      Padam
    4. Elok PAS bergabung dengan umno demi agama, bangsa dan negara, PH membawa banyak mudharat jika dibandingkan umno.....

      Pakatan Hancing hanya tahu kencing dan memBARUAkan diri sendiri kepada kafir harbi DAP......Hancing

      #PakatanHancing

      Padam
    5. Itulah yang terbaik. Janganlah menunjukkan kebodohan dan kejahilan minta ahli parti sendiri mengundi parti lawan atau parti yang bukan ahli gabungan.

      Pemimpin yang minta ahli Pas mengundi Be eNd kena buat cara yang mengikut undang-undang parti. Kalau undang-undang parti Pas konon bersandar kepada Quran dan Sunnah.

      Panggil Muktamar Khas dan bubarkan Majlis Syura dan Majlis Ulama sebagai kedudukan tertinggi. Letak hanya Presiden sebab Hadi Awang suka kuasa veto.

      Kalau tidak susah nak umum Pas bersatu dengan Umno. Masih ada harum manis yang akan menyebabkan Pas terpecah lagi bila Hadi Awang menunjukkan kuasa bloodyfoolnya.

      Masanya sudah sampai. Pas sudah hancur. Pemimpin Pas yang assobiyah mesti bertindak segera sebelum Rakyat sedar dan menguburkan Pas selamanya.

      Padam
  5. Sila copy link ini https://youtu.be/VnFC-s2nOtI
    Berkaitan teknologi ÀI Voice Cloning sebelum percaya apa yang diviralkan.

    BalasPadam
  6. Apa nk hairan...lebih dari itu mereka yg bencikan dsai dan pkr boleh buat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takkan Malaysian nak berPMkan bekas banduan yang disabitkan kesalahan liwat, aku rasa Lim Kit Siang lagi layak jadi PM.....kehkehkeh

      Padam
    2. Takkan macai fakenews masih lagi meroyan. Bukankah sudah lebih 2 bulan kalah PRU14?

      Peliknya macai fakenews meroyan siapa PM Malaysia selepas Tun M? Agaknya macai fakenews masih bermimpi Wak Jawa Pornorogo sebagai PM? Bagilah peluang dia bercuti. Boleh Wak lembutkan lidah Jawanya untuk speaking London.

      Takkan Malaysian nak berPMkan bekas Kleptokrat Sial Najib Tun Razak pula? Kehkehkeh.

      Padam
    3. Lim Kit Siang la yang paling layak jadi PM jika nak dibandingkan akhlak LKS dengan Anwar jauh lebih baik akhlak LKS.

      Najib hanya tunggu hukuman dari kerajaan yang sedang bertungkus lumus mencipta bukti, bila agaknya nak sumbat Najib dalam penjara? dah tak sabar ni.....kehkehkeh

      #PakatanHancing

      Padam
    4. Itulah padahnya sudah meroyan. Dah diberi nasihat Wak Zahid Komedi tak sesuai jadi Presiden Umno. Tapi degil habis dibeli semua warlords.

      Apa jadi Ketua Pembangkang jadi lauk bila LGE buka rahsia 1MDB? Paling sedih jadi sambal belacan bila ditumbuk Abang Mat yang buka skandal PLKN.

      Sekarang Ketua Pembangkang sudah lemau. Kleptokrat Sial jadi tukang jawab luar dan dalam Dewan. Sampai whistle blower pun Kleptokrat Sial nak.

      Ketua Pembangkang kena bagi KJ barulah macai fakenews kurang meroyan. Kalau tidak siapa PM ke 8 sahaja dia meroyan.

      Paling tidak calon PM ke 8 daripada Pas macam Nik Amar ke? Itupun kalau Be eNd memang sudah tiada calon PM langsung?

      Padam
    5. Lim Kit Siang la layak jadi PM.....penyokong dan pengikut Hancing akan setuju tanpa bantahan....barua yang taat dan setia, kafir pun kafir la....kahkahkah

      Padam
  7. Kleptokrat Sial mahu jadi whistle blower untuk kes SPLASH? Tak payahlah susah-susah. Berikan kepada anak muda yang ada strategi. Insya Allah lebih untung kepada parti untuk tarik perhatian Rakyat.

    Macam contoh kes NFC oleh Rafizi Ramli. Ramai orang Melayu terkesan dan terpengaruh sebab Rafizi Ramli ada gaya bahasa Tun M. Dia boleh memudahkan skandal yang kompleks untuk Rakyat biasa faham.

    KJ satu-satunya calon terbaik whistle blower untuk bocor skandal PH. Lagipun setia KJ kepada parti dan bukan individu. Paling kurang KJ kena latih whistle blower yang mahir. Buatlah Invoke 2 ala KJ. Jangan bawa Papagomo jadi apprentice. Makin jahanam Umno nanti.

    BalasPadam
  8. Klu dari segi akhlak...lks lbh layak dpd banduan haprak tu....hehehehehehe

    Cuma mrk kena ditabal sebagai penyambung legasi bisnes tun klepet dan kwn2 baru dpt disahkan pertabalannya.
    Siapa yg mampu menjadi penyambung legasi 22tahun tak akan goyah klu duduk kerusi peeM....itu fakta.Sesiapa yg cuba nak mencantas legasi 22tahun gerenti tak selamat hidupnya di bumi malaysia nie.
    Hehehehehehehe...

    Hanya 'barua mahadir' shj yg mampu meneruskan legasi penyamun kaya raya setakat ini.Si botak boboi mmg sah tak ada kredibiliti klu bapak dia tiada di muka bumi ini suatu hari nanti...suatu kenyataan dan fakta....hehehehehehe

    BalasPadam

  9. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    BAWALAH HARTA KITA KE SYURGA MELALUI PROGRAM JOM QURBAN DI SELATAN KEMBOJA

    Saudaraku, bawalah hartamu sampai ke akhirat . Gunakan hartamu di jalan Allah , pahalanya pasti akan sampai ke akhirat .

    Sesungguhnya , harta yang dibelanjakan di jalan Allah SWT,
    Harta yang diinfaqkan di jalan Allah SWT, harta yang disedekah, harta yang digunakan untuk ibadah dan sebagai kemudahan untuk beribadat.
    Dibalas di dunia, akan menjadi kaya. Jika dibalas di akhirat akan mendapat Syurga.
    Harta yang kita miliki tidak kekal, malah akan binasa. HARTA yang diinfaqkan di jalan Allah akan kekal di Syurga.

    Gunakanlah harta kekayaan kita untuk membantu agama Allah SWT.
    Pahalanya akan abadi, mengalir sampai ke akhirat dan akan mendapat Syurga.
    Gunakan rezeki kita ke arah amal kebajikan .
    Pahalanya akan kekal, mengalir sampai ke Akhirat dan mendapat syurga.
    Gunakanlah wang kita, untuk infaq sedekah dan membantu fakir miskin.
    Pahalanya akan abadi, mengalir sampai ke Akhirat dan mendapat syurga .

    Harta yang digunakan untuk urusan dunia akan sia-sia.
    Sebanyak mana pun harta kekayaan pasti akan ditinggalkan.
    Semegah mana pun rumah atau istana pasti kita akan ditinggalkan.
    Semewah mana pun kendaraan kita pasti akan ditinggalkan dan akan binasa.

    Lantaran itu untuk apa, kekayaan yang telah kita kumpulkan.
    Hidup di dunia singkat sekali, sedangkan kehidupan akhirat kekal abadi.
    Lantas untuk apa, jabatan yang kau perjuangkan mati-matian.
    Di dunia hanya satu persinggahan , sedangkan kehidupan di akhirat kekal abadi.
    Lantas untuk apa, kemasyhuran yang kita sanggup berjuang mati-matian.
    Hidup hanya sementara, sedangkan kehidupan akhirat kekal abadi.

    Renungankanlah....
    Sungguh malang, nasib orang yang hidup di dunia hanya untuk mengejar kesenangan dunia. Umur itu singkat sekali.Usia berkurang nyaris tidak terasa. Tanpa kita disedari, kita sudah berada di hujung usia. Apakah kita sudah memiliki bekalan Akhirat , apabila ajal datang menjemput kita ?.

    Bantulah kami umat Islam Melayu Champa di Selatan Kemboja yang kurang mendapat perhatian masyarakat Islam antarabangsa, melalui Ihya Assunnah Solution umat Islam Melayus Champa di Selatan Kemboja dapat berteduh dan menikmati sedikit nikmat kurniaan Allah SWT dikongsi bersama pada hari raya Aidil Adha nanti, sumbangan dan penyertaan anda lambang kekuatan pertalian Ukhuwah Islamiah Seaqidah Dan lambang ketinggian Iman Anugerah Allah SWT yang tidak boleh dinilai oleh makhluk ciptaan Allah SWT. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas Setiap Sen yang anda sumbangankan di Jalan Allah SWT.

    Sila kunjungi kami melalui laman dibawah untuk maklumat lengkap berkaitan program Qurban dan bantulah kami:

    Jom Qurban Di Selatan Kemboja
    https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/08/03/jom-qurban-di-selatan-kemboja-3/

    BalasPadam
  10. شركة مكافحة الصراصير افضل مكافحة الصراصير بالرياض

    شركة مكافحة البق افضل مكافحة البق بالرياض

    شركة مكافحة النمل الابيض افضل مكافحة النمل الابيض بالرياض

    ==========

    شركة نقل اثاث بالرياض افضل نقل اثاث بالرياض

    شركة تخزين اثاث افضل تخزين اثاث بالرياض

    شركة نقل اثاث من الرياض الي القصيم افضل نقل اثاث من الرياض الي القصيم

    شركة نقل اثاث من الرياض الي جده  افضل

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive