Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Ogos 06, 2018

BN, Pas tak perlu bertanding di PRK Balakong, Seri Setia

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Kandis semalam yang menyaksikan PKR berjaya mempertahankan kerusi itu perlu menyedarkan BN dan Pas untuk tidak bertanding di Balakong dan Seri Setia, kata Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar.
Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia itu, walaupun mengakui negara mengamalkan prinsip demokrasi tetapi adalah lebih baik untuk BN dan Pas memberi tumpuan kepada kawasan diwakili agar dapat menjadi pembangkang yang konstruktif.
“Memanglah ini negara demokrasi di mana sesiapa pun boleh bertanding tetapi kepada BN dan Pas, baik tak payah bertandinglah dan biarkan kedua-dua kerusi itu kekal diwakili Pakatan Harapan (PH),” katanya.
Tambahan pula, ujarnya, pengundi di Balakong dan Seri Setia mana mungkin akan ‘bertukar’ secara tiba-tiba untuk menyokong BN dan Pas.
“Majoriti kemenangan calon Pakatan Harapan di kedua-dua kawasan itu agak besar sehingga mencecah 35,000 dan lebih 19,000 di kedua-dua kerusi berkenaan,” jelasnya.
Mahfuz berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Puncak Kecemerlangan 2018 di Dewan Sri Tanjung Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar di Alor Setar, hari ini.
Semalam calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni menewaskan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, K. Murthy dengan majoriti 5,843 undi dalam keadaan peratusan mengundi berada di paras yang cukup rendah iaitu tidak sampai 50 peratus.
PRK Dun Balakong akan diadakan pada 8 September depan berikutan kematian penyandangnya, Ng Tien Chee akibat kemalangan di Lebuhraya Grand Saga, Cheras pada 20 Julai lallu.
Bagi PRK Dun Seri Setia pula, diadakan apabila Allahyarham Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia pada 2 Ogos lalu akibat kanser usus.
mdl

Picture

7 ulasan:

  1. betul tu... sbb sekarang klau letak pokok getah jadi calon PKR pon konfom menang

    BalasPadam
  2. Mana boleh tidak masuk bertanding? Nanti eksperimen parti pembangkang gagal. Tikus makmal parti pembangkang adalah semua Rakyat DUN dan Parlimen. Jika ada DUN dan Parlimen kosong, semua tikus makmal mesti diberikan ujian oleh ahli politik pembangkang.

    Pengundi Pas Sungai Kandis diuji dengan pangkah undi calon Be eNd yang bawa isu perkauman dan agama. Pengundi Be eNd di Balakong belum diberikan ujian. Pengundi Pas di Seri Setia mungkin tikus makmal yang diuji lebih berat? Guna racun tikus?

    BalasPadam
  3. Laaa...ikut suka mereka la nak bertanding ke tidak itu bukan urusan mung.....kehkehkeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beginikah gaya fikir Melayu Islam yang konon ajak jihad nak lawan kafir harbi?

      Campak diri mung ke Israel mesti sampah macam mung cabut lari macam Pas di Sungai Kandis. Ops! Bukan Pas cabut lari. Pas bereksperimen. Kehkehkeh!

      Padam
    2. Jom berjihad perangi kafir harbi DAP, jangan memBARUAkan diri kepada kafir harbi DAP....

      Padam
  4. Bertanding je bro. Kang ditakdirkan kematian berlaku di pihak sana... susah plak kita nanti sebab dah ckp camtuh.

    Aku tau beso majoritinye tapi biorkan aje lah...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...