Iklan Penaja 1

Sabtu, Disember 16, 2017

Himpunan bebaskan Palestin bukan hak eksklusif parti

Himpunan bebaskan Palestin bukan hak eksklusif parti
Satu-satunya pemimpin Pas yang hadir pada protes membantah Presiden Amerika Syarikat (AS) di ibu negara hari ini, Dr Syed Azman Syed Ahmad berpendapat himpunan menuntut pembebasan Palestin bukan hak eksklusif mana-mana parti.
Ditemui Malaysia Dateline, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok berkenaan berkata, isu Palestin melangkaui kepentingan politik kepartian.
“Ini isu kemanusiaan sejagat yang perlu diperjuangkan tanpa mengira warna dan fahaman parti politik.
“Paling penting perjuangkan hak bangsa Palestin dan bebaskan bumi para anbiya itu daripada terus dijajah Zionis Israel.
“Kita melihat bahawa usaha membebaskan Masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama itu satu tanggungjawab besar bagi seluruh manusia yang mencintai keadilan lebih-lebih lagi umat Islam,” tegasnya.
Penyokong Pakatan Harapan tidak membawa bendera parti tidak seperti Pas minggu lalu.
Sehubungan itu, jelas Dr Syed Azman, sentimen fahaman parti mesti diketepikan terlebih dahulu tanpa perlu terlalu ketara menonjolkan imej parti.
Ditanya tentang perbezaan suasana dengan himpunan minggu lalu anjuran Pas, beliau mengakui lebih selesa dengan protes menuntut pembebasan Palestin hari ini.
“Sepatutnya beginilah. Tidak perlu membawa bendera. Tidak boleh kita menganggap bahawa perjuangan Palestin hak eksklusif mana-mana parti.
“Kita bukan mahu cari siapa wira tapi apa yang penting mesej kita mengutuk kekejaman rejim Zionis datang dari seberapa ramai rakyat di negara ini tanpa mengira warna parti,” tambahnya lagi.
Pimpinan tertinggi Pakatan Harapan hadir pada himpunan tersebut iaitu Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad; Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.
Antara peserta yang menghadiri himpunan bantah Trump di perkarangan Kedutaan Amerika Syarikat.
Turut hadir dan berucap Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Kluang dan Ketua AMK merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Walau bagaimanapun, perhimpunan anjuran Pakatan Harapan itu menyaksikan tiada kelihatan bendera mana-mana parti berkibar melainkan hanya bendera Malaysia dan Palestin.
Berbanding himpunan sama minggu lalu anjuran Pas, imej dan lambang parti yang bersendirian itu dilihat begitu menonjol sehingga menenggelamkan bendera dan sepanduk Palestin.
mdl
Picture

16 ulasan:

  1. Tanpa restu DAPigs, kesian PANdir

    BalasPadam
  2. Mesti kena ada bendera parti yg menyokong palestine.. tak mahu jadi macam perhimpunan Bersih yg ada bendera pelangi (LGBT), tanpa bendera PAS nanti org sangka PAS spt PAN iktiraf LGBT..

    BalasPadam
  3. Walaupun tanpa bendera, baju parti pun dah menunjukkan parti, bukan bendera je yang melambangkan parti, terkeliru sungguh PANdir nih....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Himpunan Solidariti Palestin atau Pas? Ahli Pas mahu bebas daripada cengkaman diktator Hadi Awang dan anak menantunya?

      Padam
    2. Jangan risau samada bersolidariti Palestine atau Pas tiada banyak bezanya kerana masing2 mengharapkan pertolongan Allah jua.. tidak langsung berharap kpd undi cina dan sebagainya..

      Padam
  4. Pas bawa bendera sbb nak masuk bertanding calon dgn restu Abg Jib kat US dan Israel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1.2 billion dari Israel kepada DAPigs apa cerita? Kata nak saman, kecut telur Lim Kit Sial...

      Padam
  5. Pas bawa bendera sbb nak masuk bertanding calon dgn restu Abg Jib kat US dan Israel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebudak2an je komen ni antiug.. apa sudah jadi?

      Padam
  6. #Tarbiyahsentap buat manusia yang perasan suci. Solidariti bukan untuk parti suci. Kami pertahan hak rakyat Palestin yang tertindas.

    BalasPadam
  7. Kalau pertahankan hak rakyat palestine, eloklah henti berkongsi habuan hasil dana USD400 juta israel spt yg didakwa oleh razali bekas pengarah strategik DAP..

    Parti suci adalah gelaran yg diberi oleh hanipa maidin sendiri.. setelah dia sendiri sedar adalah salah di sisi islam bagi perjuangan utk hak golongan bersekedudukan tanpa nikah agar disamatarafkan dgn hak pasangan bernikah di bawah akta keganasan rumahtangga.. maka layak ke gelar parti rahmatan lil alamin ni parti suci?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Parti perasan suci.

      Padam
    2. Perkataan Suci ni mengikut persepsi masing2..

      Ada org yakin akan perjuangan menegakkan hukum Allah itu perjuangan suci..

      Ada org yang lain pula yakin akan perjuangan menegakkan hak golongan atheis dan lgbt itu perjuangan suci..

      Padam
    3. Termasuk berguling2 atas jln raya demi pelaku liwat adalah suci bagi puak haprak...hehehe

      Padam
  8. Sya kerja di Taichung Taiwan 4 THN 5 bulan. dlu Amat trsiksa Majikan gak baik Tiap hari di marahin kerja terus 24 jam jarang istrahat. waktunya tidur mlm Kerja sampe subuh pgi apalagi libur sekolah sibuk masak" boro" bisa istrirahat, pokoknya kerja.. kerja truss... jd TKW Bikin kapok tersiksa batin 4 THN lebih., kebetulan wktu itu ada teman Q kenal namanya Mbah Suroto di facebook, awalnya sya ikut-ikutan melihat temanku, ternyata setelah kubuktikan hasilnya memang luar biasa..!! katanya sering di bantu sm beliau. ternyata dia seorang guru spritual Pesugihan Anka Togel 2D sampai 6D dan Pesugihan Dana Ghaib , tp sya beranikan diri coba telpon beliau. dan sya memilih Pesugihan Dana Ghaib nya. Alhamdulillah benar2 terbukti nyata hasilnya, sya di Taiwan bisa pulang ke indonesia degan selamat jg dah Alhamdulilah..  jika sampean minat ingin tlpn beliau ini nmr nya +6282291277145 smg bisa di bantu sprti sya. Amin...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive