Iklan Penaja 1

Picture

Sabtu, Disember 31, 2016

Hot!! : Pas semakin terpinggir, ahli semakin keliru

Penyokong bawahan Pas kini keliru ke mana mereka mahu di bawa dalam pilihan raya umum akan datang.Penyokong bawahan Pas kini keliru ke mana mereka mahu di bawa dalam pilihan raya umum akan datang.
Pas kini semakin terpinggir dari arus perdana politik tanah air manakala ahlinya pula keliru dengan apa yang hendak dibawa oleh pimpinan parti itu, kata penganalisis politik.
Menurut kajian lapangan yang dibuat oleh Ilham Centre, ahli Pas tidak tahu ke mana hala tuju Pas sebenarnya menjelang pilihan raya umum akan datang, samada akan bersama dengan Barisan Nasional (BN) atau pembangkang.
Pas kini terpinggir dari arus perdana politik, dakwa Hisomuddin BakarPas kini terpinggir dari arus perdana politik, dakwa Hisomuddin BakarPengerusi Eksekutif badan kajian bebas itu, Hisomuddin Bakar berkata, kebanyakan ahli bawahan Pas tidak setuju dengan pendekatan kepimpinan parti itu yang dilihat sukar untuk bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain apatah lagi mahu bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Ahli bawah yakin, suasana tidak akan memihak mereka jika berlaku pertandingan tiga penjuru dan mereka lebih setuju dielakkan perkara itu dengan memastikan berlakunya pertandingan dua penjuru pembangkang melawan BN," katanya.
Tetapi katanya, dasar yang dibuat oleh Pas untuk tidak mahu sekali-kali bekerjasama dengan DAP dan Amanah menyusahkan Pas sendiri.
"Tindakan pimpinan Pas meletakkan dasar tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan DAP dan Amanah dari awal-awal lagi bagi saya adalah satu kesilapan.
"Ini kerana, politik ini adalah serba mungkin. Apabila sudah dijadikan dasar tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, ia menyebabkan pergerakan Pas akan terhad dan terkongkong dengan perkara ini.
"Jika tiba-tiba boleh pula bekerjasama dengan kedua-duanya, Pas akan dilihat tidak ada pendirian pula," kata Hisomuddin.
Bagi beliau, pendekatan Pas untuk hanya bekerjasama dengan PKR dan Bersatu ketika tidak mahu dilihat bekerjasama dengan rakan kedua-duanya iaitu DAP dan Amanah menyulitkan kedudukan Pas sendiri.
"Ahli biasa Pas atau mana-mana pendokong parti politik lebih senang berfikiran mudah dan jelas bukan berliku-liku," katanya.
Sehubungan dengan itu, beliau menjangka kumpulan yang keliru ini akan bila-bila masa boleh menyertai Amanah jika dilihat parti baru saingan Pas itu lebih jelas tindakan mereka.
"Pas boleh kehilangan ahli yang kritikal semacam ini jika terus bersikap begini," kata Hisomuddin.
Menurut Hisomuddin, mesej yang dihantar oleh Pas kepada ahli dan penyokongnya juga mengelirukan.
"Ketika orang nombor satu Pas dan penyokong tegarnya dilihat mendekati pemimpin Umno, orang nombor dua pula dilihat menjauhi dari Umno dan mahu mendekati parti pembangkang yang lain.
"Namun mesej orang nombor dua juga dilihat terkongkong kerana dasar tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah ini.
"Jadi dari hari ke hari Pas dilihat semakin terpinggir dari arus perdana politik tanah air dan ahlinya terus keliru," katanya.
Presiden Pas menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong tegar mereka dalam isu kunjungan ke Iran, kata Dr Bridget Welsh.Presiden Pas menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong tegar mereka dalam isu kunjungan ke Iran, kata Dr Bridget Welsh.Seorang lagi pengkaji politik, Dr Bridget Welsh berkata, kekeliruan ahli Pas bertambah dengan isu pemergian presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Iran ketika negara itu dikaitkan dengan serangan terhadap rakyat Syria di Aleppo.
"Saya rasa Hadi kini bermasalah dengan penyokong tegarnya dalam parti yang selama ini anti Syiah dan NGO konservatif yang selama ini menyokong parti itu," kata saintis politik itu.
Sebelum ini, Penasihat Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad turut mendakwa Pas sebuah parti yang keliru.
Namun pandangan ini disanggah oleh ahli parlimen Pas dari Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
Bagi beliau Pas tidak keliru kerana sejak dari awal lagi sudah dinyatakan oleh pimpinan Pas mereka mahu bersama blok ketiga bukan kumpulan besar pembangkang atau Barisan Nasional.
"Yang keliru adalah parti dalam Pakatan Harapan dan Bersatu yang masih dok harap Pas akan bersama mereka," kata Mahfuz.
mdl

IKLAN BERBAYAR

Related image

Jumaat, Disember 30, 2016

Panas!! : Ulama Pas iringi menteri Umno ke London

Kehadiran pemimpin Pas dalam program anjuran Umno di London menguatkan lagi tanggapan kerjasama politik kedua dua parti itu menjelang PRU14.Kehadiran pemimpin Pas dalam program anjuran Umno di London menguatkan lagi tanggapan kerjasama politik kedua dua parti itu menjelang PRU14.
"Terbang ke London bukan untuk menghantar surat saman Pas berhubung isu laporan portal Sarawak Report tetapi rupa-rupanya makan angin dengan menteri Umno-BN..."
Itu antara reaksi netizen selepas tersebarnya gambar seorang pemimpin Pas bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom di media sosial dalam satu program anjuran pertubuhan di bawah Umno, Badan Perhubungan Negara United Kingdom (BPN UK).  
Kehadiran Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Pas, Dr Khairuddin Aman Razali di London pada 27 Disember lalu dikatakan bagi majlis penerangan berkaitan usul pindaan Akta 355.
Pindaan berkenaan yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah itu bagi meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM200,000 dan 100 kali sebatan.
Semakan Malaysia Dateline di laman rasmi Facebook, Kelab Umno Luar Negara (UK) mendapati poster program tersebut memaklumkan slot "Teh Tarik Session" itu diadakan di Malaysia Hall.  
Walau bagaimanapun, kehadiran pemimpin Pas dalam program tersebut dilihat banyak pihak menguatkan lagi tanggapan tentang kerjasama politik antara parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dengan Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Gandingan pemimpin Pas dan Umno dalam program itu juga berlangsung ketika rakyat di negara ini menempuh tahun 2016 dengan bebanan kenaikan mendadak kos sara hidup yang gagal ditangani kerajaan BN selain kes menjolok mata membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mengulas kehadiran Khairuddin dan pengisian program itu, blogger Shahbudin turut melontarkan pelbagai soalan termasuk menyentuh tiadanya aktiviti penjelasan pindaan Akta 355 di Malaysia sebelum ini.
"Kenapa tidak pernah diadakan 'sesi teh tarik' membincangkan akta yang sama di dalam negara atau di Jerai yang merupakan kawasan Parlimen Jamil Khir sendiri?
"Adakah semua orang dalam negara sudah faham mengenai Akta 355, lalu tidak perlu diadakan sesi dialog atau kerana teh tarik mamak di sini tidak sesedap teh tarik di kota London?" bidasnya sinis dipetik daripada blog beliau.  
Shahbudin turut bertanyakan sesi serupa kepada parti-parti komponen BN yang umum diketahui menentang pindaan peruntukan yang bertujuan menambah baik institusi Mahkamah Syariah itu.
"Bila pula Jamil Khir mahu mengadakan 'sesi teh tarik' dengan MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen di Sabah dan Sarawak yang masih menentang Akta 355 itu?" soalnya lagi.
Polemik tentang pindaan terhadap Rang Undang-Undang 355, berkaitan Akta Mahkamah Syariah, Bidang Kuasa Jenayah 1965 itu menyaksikan pemimpin Pas bertegas mahu mengemukakannya sebagai usul pensendirian walaupun pihak kerajaan yang lebih wajar berbuat demikian.
Namun, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang pada 24 November lalu, meminta proses huraian bagi cadangan RUU 355 ditangguhkan sehingga sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang dengan alasan masih ada pihak tertentu yang keliru.
Untuk rekod, Rang Undang-undang persendirian meminda Akta 355 itu telah dipercepat di Parlimen pada 26 Mei lalu iaitu 10 hari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Walau bagaimanapun, Abdul Hadi pada hari terakhir sidang parlimen untuk sesi itu memohon perbahasan itu ditangguhkan pula ke sesi seterusnya ketika membacakan cadangan pindaan berkenaan.
Selepas dua kali Hadi meminta penangguhan, akhirnya Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat 'menamatkan' seketika polemik dalam masa sama mengheret pertelagahan antara penyokong Pas dan AMANAH.
Dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2016, 1 Disember lalu, Najib memberitahu pindaan Akta 355 akan diambil alih pihak kerajaan memandangkan ia adalah usul persendirian yang akan dikaji pihak kerajaan.
mdl

IKLAN BERBAYAR 

Image result for bukti gaji tone excel

Khamis, Disember 29, 2016

YB Khalid Jawab PAS : Tidak timbul istilah Amanah mahu 'mencuri' kerusi PKR

Khalid Abdul SamadKhalid Abdul Samad
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata, jumlah 40 kerusi yang mahu dipertandiingkan berdasarkan kekuatan yang ada pada parti itu, antara sebab ia perlu dibincangkan dalam Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
 Beliau berkata tidak timbul soal mencuri kerusi PKR sebagaimana dakwaan Naib Presiden Pas Iskandar Abdul Samad.
"Jumlah 40 kerusi itu adalah berdasarkan kekuatan yang ada pada Amanah sebagai parti baharu yang tidak mempunyai kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya sebelum ini.
"Itulah sebabnya ianya perlu dibincang bersama dalam mesyuarat Pakatan Harapan dan PPBM.
"Ia juga mengambil kira strategi yang dicadangkan di mana setiap parti ditentukan Negeri untuk dipimpinnya. Ini mungkin akan menyebabkan sedikit pengubahsuaian agihan kerusi antara parti termasuk PPBM.
"Oleh kerana ianya akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat, maka istilah 'mencuri' tidak sesuai," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Iskandar dalam kenyataan semalam menyebut Amanah seharusnya menghormati sekutunya dalam Pakatan Harapan, parti itu tidak akan sesekali “mencuri” kerusi PKR.
Sambung Khalid lagi, istilah 'mencurl' adalah sesuai untuk kisah seperti di Kota Damansara pada PRU13 lalu.
"Pada masa itu Pas melanggar keputusan yang dibuat bersama dan mencuri kerusi PKR. Amanah tidak akan berkelakuan begitu," bidasnya.
Justeru Ahli Parlimen Shah Alam ini berkata Pas tidak perlu risau mengenai Amanah jika berbalah dengan PKR berhubung pembahagian kerusi.
"Pakatan Harapan dan Bersatu akan sentiasa berbincang untuk mencapai persetujuan tanpa perbalahan.
"Namun demikian teguran dari YB Iskandar diterima oleh kami dengan hati terbuka. InsyaAllah hubungan kami dalam Pakatan Harapan dan Bersatu tidak akan terjejas atas sebab kerusi.
"Kami mengutamakan matlamat mengalahkan BN dan oleh itu usaha mengukuhkan Pakatan Harapan dan Bersatu akan sentiasa diutamakan berbanding isu kerusi," ujarnya.
Semalam dalam satu kenyataan Khalid dipetik berkata Amanah akan bertanding 40 kerusi Parlimen, termasuk milik PKR dan Pas pada PRU akan datang.
Khalid berkata pemilikan kerusi tradisi yang dipertahankan sesama parti pembangkang tidak lagi relevan dengan senario politik hari ini.
Katanya ia akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan dan PPBM. Apa yang penting senario politik hari ini sudah berubah. Tidak seperti 2013 (PRU13).
“Kita tidak boleh jadikan 2013 sebagai asas untuk pembahagian kerusi. Kita alu-alukan kenyataan PKR yang menyatakan kesediaan mereka serahkan kerusi kepada PPBM," ujar Khalid.
mdl

IKLAN BERBAYAR 
Image result for ramai berjaya dengan tone excel

Rabu, Disember 28, 2016

Panas!! : Rafizi Ramli mahu Ustaz Hadi jawab tentang kerjasama Umno

Rafizi Ramli Rafizi RamliNaib Presiden PKR, Rafizi Ramli secara terbuka mempersoal sikap kepimpinan Pas yang mengambil pendekatan berbaik-baik dengan Umno ketika rakyat dibebani dengan pelbagai masalah ekonomi.
Berucap pada majlis makan malam anjuran Amanah Kelantan di Dewan Perniagaan Cina negeri di Kota Bharu, beliau berkata, soal kerjasama seperti dianjurkan Islam sebenarnya tidak termasuk dalam hal yang merosakkan.
"Saya nak Datuk Seri Hadi (Presiden Pas) jawab kalau Najib terus buat hutang, menyusahkan rakyat, menyebabkan harga barang naik, orang tiada kerja, cukai dan lain-lain, adakah terus membantu Datuk Seri Najib ataupun menasihati atau bekerjasama dalam hal-hal yang nampaknya baik dibawa oleh Umno, tidakkah itu perlu dibandingkan dengan kerosakan dan bahaya jauh lebih besar yang terhasil daripada kerjasama tersebut?
"Betul, Allah ingatkan kita bantu-membantu dalam perkara yang baik, tetapi dalam ayat sama kita juga diingatkan jangan kita bantu-membantu perkara yang tidak baik," tegasnya kelmarin.
Sekali lagi menyebut nama Hadi yang juga Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu, Rafizi mengingatkan semua parti politik tentang pentingnya keutamaan diberi kepada usaha menjatuhkan kepimpinan Najib Razak sebelum beban rakyat semakin bertambah.
"Dalam soal kita ada Perdana Menteri seperti Datuk Seri Najib yang hilang duit tiap-tiap hari ini, saya tanya pada semua, baik sama ada pimpinan Amanah, PKR, DAP, Bersatu bahkan Pas, yang mana satu keutamaan paling besar untuk kita mencari keredaan Allah?
"Hentikan mudarat yang paling besar itu atau terus biar kekal dia lebih lama di Putrajaya, kerana Datuk Seri Hadi kalau (biar) 10 tahun lagi, hutang kita melampau, ekonomi kita teruk, orang islam jadi mangsa dan hamba kepaa riba dan pinjaman.
"Kalau nak beli kereta kena buat pinjaman sampai 15 tahun, sampai bunga riba itu sama dengan riba pokok, tidakkah kita juga menangggung dosa?" bidas Rafizi lagi.
Untuk rekod, Hadi sejak tahun lalu bersedia untuk sepentas dengan Najib yang juga Presiden Umno walaupun Ahli Parlimen Marang itu umum diketahui kerap ponteng dalam perbahasan sidang Dewan Rakyat.
Sikap Hadi yang dianggap pihak media pro Umno sebagai simbol perpaduan antara dua parti itu dapat dilihat apabila hadir pada Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 dan Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya awal bulan ini.
mdl

IKLAN BERBAYAR 

Image result for ramai berjaya dengan tone excel

Selasa, Disember 27, 2016

Panas!! : Datuk Husam seru adun yang sokong Amanah boleh Tinggalkan Parti Pas.

Husam MusaHusam Musa
Sampai bilakah para Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas yang menyokong Amanah di Kelantan akan kekal dalam parti itu kini menjadi isu yang hangat diperdebatkan.
Malam tadi, mentor mereka, Datuk Husam Musa mencadangkan agar mereka membuat keputusan lebih awal berbanding dengan meninggalkan Pas selepas parlimen dan Dun dibubarkan.
"Boleh saja kalau selepas Dun dibubar tetapi soalnya orang ramai boleh percaya ke kalau saat-saat macam tu," kata Husam dalam ucapannya di Dewan Perhimpunan Cina Kelantan malam tadi.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan para penyokong Amanah ini bertindak meninggalkan Pas lebih awal, iaitu sebelum parlimen dan Dun dibubarkan.
Sebelum ini, Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mendakwa 10 Adun Pas akan bersama Husam jika beliau menyertai Amanah.
Namun kemudiannya beliau berkata, 10 orang yang beliau maksudkan adalah kemasukan Husam sama dengan kekuatan 10 Adun Pas menyertai Amanah.
Husam akan berdebat dengan Exco Agama Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud tidak lama lagi.
Tajuk yang akan diperdebatkan adalah "Baiah" yang menjadi antara batu penghalang kepada kemasukan para Adun Pas ke dalam Amanah.
Bagi Husam isu "Baiah" ini adalah isu pokok yang menyekat kebebasan bersuara dan berpolitik di negeri itu.
"Jika kita berjaya merungkaikan ini, saya berharap seorang dua lagi rakan-rakan saya dalam Pas boleh menyertai Amanah," kata Husam malam tadi.
Bagi Husam, baiah ini terbatal selepas Pas sendiri sudah bertukar haluan menuju satu yang lain berbanding sebelum ini.
Husam mengucapkan terima kasih kepada Amanah Kelantan kerana telah memberikan beliau surat watikah membenarkan beliau menyertai debat itu.
Para pemimpin Amanah mendakwa, ada antara 12 hingga 19 Adun Pas berpotensi meninggalkan parti itu menjelang pilihan raya umum akan datang.
Tempoh pembubaran Parlimen dan Dun dipilih kerana selepas Dun dibubarkan, ikatan mereka dengan "baiah" atau janji setia itu akan terungkai dengan sendirinya.
Husam berharap debat beliau dengan Nasaruddin nanti akan menjelaskan isu ini dan tidak lagi menjadi fobia di kalangan Adun Pas untuk meninggalkan parti itu.
Sehingga kini, Datuk Kamarudin Jaffar (Parlimen Tumpat) dan Dr Mohamad Hatta Ramli (Parlimen Kuala Krai) adalah dua wakil rakyat Pas yang meninggalkan parti itu tanpa risau terikat dengan baiah itu.
Husam pula dipecat dari Pas dan menyertai Amanah selepas itu.
mdl
IKLAN BERBAYAR 

Image result for ramai berjaya dengan tone excel

Sabtu, Disember 24, 2016

Gerakan Islam sepakat bantah penglibatan Iran, Hizbullah di Syria


Dr Syed Azman Syed NawawiDr Syed Azman Syed Nawawi
Pemimpin gerakan Islam sepakat dan membantah keras pendekatan yang diambil oleh Iran dan Hizbullah Lubnan yang terlibat secara ketenteraan dalam konflik di Syria dan Yaman.
"Bagi pimpinan gerakan Islam dunia tidak timbul langsung soal konflik yang berlaku ini adalah persoalan ‘Khilaf’ atau ‘Ijtihad Politik' maupun ‘Ta'awun’ bagi mengelakkan perpecahan," dakwa Dr Syed Azman Ahmad Nawawi bekas Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pas dalam satu tulisan hari ini.

Katanya, bagi pimpinan gerakan Islam tiada sebarang keraguan mengenai peranan Iran dan Hizbullah Lubnan untuk membantu regim Al Assad supaya terus berkuasa dan membunuh Umat Islam di Syria.

"Ingat! Kita sedang berhadapan dengan musibah ummah yang amat parah. Darah umat Islam sedang mengalir dengan harga yang amat murah di serata dunia.

"Renunglah apa yang sedang berlaku di Syria, Yaman, Libya, Irak dan Afghanistan," katanya dalam tulisan itu.

Menurut beliau, di bumi Syria sahaja sudah lebih 1 juta saudara-saudara kita menjadi korban konflik yang tidak menampakkan kesudahan. Lebih 6 juta rakyat Syria kini menjadi pelarian dan merempat di pelbagai negara.

Saban hari anak kecil di bunuh, ibu-ibu dibom, isteri kehilangang suami dan anak-anak kehilangan bapa. Semua ini berlaku di hadapan mata kita 1.7 bilion umat Islam.
Bekas Setiausaha Politik Presiden Pas itu berkata, beliau memahami pendirian yang diambil oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu ini.
"Walaupun saya telah lebih setahun tidak bersama dengan Pas, saya sendiri telah banyak kali bersama beliau menghadiri program Muktamar Taqrib ini di Tehran dan bertemu dengan pimpinan Iran termasuk bekas Presiden Khatami, Ahmadinejad dan Ayatullah Khamenaie sendiri.
"Begitu juga kami bertemu dengan pimpinan Hizbullah Hassan Nasrullah di Beirut. Bagi saya apa jua perbezaan yang ada saya tetap menghormati pendirian yang diambil oleh beliau," katanya yang juga Pengerusi Asia Forum for Peace & Development (AFPAD).
Beliau tidak kesah Abdul Hadi mengambil pendirian sendiri dalam isu ini.
"Ambilah perdirian yang tersendiri. Akan tetapi jangan sekali-kali kita cuba memburuk-burukkan pihak lain termasuk para ulama yang muktabar seperti Sheikh Qaradawi dan Sheikh Ghanoushi dan jangan sekali-kali cuba mengheret mana-mana pihak lain termasuk pergerakan Ikhwan atau Hamas untuk disamakan dengan sikap kita ini," kata Adun Batu Burok, Terengganu yang pakar dalam isu gerakan Islam sedunia itu.
Menurutnya, Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) pimpinan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Setiausaha Agungnya Dr. Ali al-Qaradaghi membantah lawatan Abdul Hadi ke Tehran.

Lawatan Hadi ke Iran tidak mewakili KUIS dan lawatan tersebut adalah lawatan yang tidak sah daripada mana-mana kakitangannya dan ia tidak mewakili sesiapa selain orang yang melaksanakannya.

Bagi Qardawi juga, kata Syed Azman, Iran memainkan peranan jahat dan membunuh keluarga kita di Halab/Aleppo khasnya dan Syria amnya.
Beliau juga berkata, Ikhwan Muslimin juga membantah dengan keras rejim Basyar Assad yang memenjara dan membunuh ribuan rakyat mereka yang bangkit menentang rejim.

Mereka juga membantah dengan keras penglibatan Iran dan Hizbullah Lubnan secara ketenteraan terutama dalam konflik di Syria dan Yaman.
Begitu juga harakah Hamasdan Jihad Islami Palestin. Mereka telah menutup pejabat mereka di Damsyik dan semua pimpinan tertinggi mereka berpindah keluar dari Syria sebaik sahaja berlaku konflik berdarah di Syria.
"Perlu diingat bahawa dalam konflik di Syria ini, selain dari Sheikh Yusuf Qaradawi, ulama-ulama lain seperti Sheikh Rached Ghanoushi dan kebanyakan ulama-ulama besar dari Syria sendiri serta pimpinan gerakan Islam di Moroko, Yaman, Sudan dan pergerakan Jamaat Islami dan Ikhwan Muslimin diserata dunia 'secara jumhur menolak' rejim Basyar Assad di Syria," katanya.
Mereka juga membantah keras pendekatan yang diambil oleh Iran dan Hizbullah Lubnan yang terlibat secara ketenteraan dalam konflik di Syria dan Yaman.
Sehubungan itu, Syed Azman meminta para ulama-ulama, guru-guru dan anak muda yang berkobar-kobar semangat mereka, "cukup-cukuplah kita mencaci maki, memanggil teman-teman yang kita pernah bersama sejak berpuluh-puluh tahun berkorban dan bersama merasa susah jerih perjuangang ini dengan panggilan keji dan nista. "
"Apakah kita merasakan kita 'lebih suci' dari mereka kerana kita adalah golongan Al-Azahari atau Al-Baghdadi atau Al-Sudani dan berhak mencaci maki mereka? Apakah kita merasakan kita sahaja berjuang di jalan Allah?
"Hentikan memanggil sahabat kamu sendiri sebagai 'penkhianat', 'barua', 'golongan terlaknat'," katanya.
Bagi beliau, perbezaan tidak semestinya melelaikan ukhuwah yang telah terbina sejak berpuluh-puluh tahun.
"Ingat kita semua adalah pendakwah dan bukannya penghukum."
mdl
IKLAN BERBAYAR 

Image result for ramai berjaya dengan tone excel

Jumaat, Disember 23, 2016

Tidak wajar bermesra dengan Iran ketika Aleppo dibom

Hadi bersama ulama Iran ketika Aleppo teruk dibom oleh tentera Basyar dan sekutunya termasuk Iran.Hadi bersama ulama Iran ketika Aleppo teruk dibom oleh tentera Basyar dan sekutunya termasuk Iran.Parti Amanah Negara tidak bersetuju dengan tajuk berita sebuah portal yang menyebut "Amanah pertahan lawatan Hadi ke Iran" kerana bagi parti itu, menghadiri 'Muktamar Perpaduan Ummah' dan beramah mesra dengan pemimpin Iran di waktu rakyat Syria khususnya di Aleppo dibunuh adalah satu tindakan yang tidak wajar.
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad,  dalam satu kenyataan berkata, ada portal berita yang telah meletakkan tajuk berita "Amanah pertahan lawatan Hadi ke Iran".
Namun, katanya apabila isi kandungan berita tersebut dibaca, tiada terdapat walaupun satu ayat yang menyatakan sokongan terhadap lawatan tersebut.
Menurutnya, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, sekadar menceritakan latar belakang program tersebut.
Ianya adalah program tahunan sempena Maulidur Rasul di mana Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah hadir hampir setiap tahun sejak ianya dimulakan 30 tahun dahulu.
Apabila Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang ditanya pandangannya mengenai kehadiran Abdul Hadi pada program tersebut, beliau menjawab "itu hak dia", kata Khalid.
"Presiden dan Penasihat Umum Amanah sengaja tidak mahu menjawab dengan lebih panjang lagi. Jawapan yang diberikan bukan satu pembelaan atau sokongan terhadap lawatan Abdul Hadi.
"Ianya sekadar jawapan ringkas kerana tidak mahu dilihat 'mengambil kesempatan' mengkritik tindakan Presiden Pas itu demi keuntungan politik," jelas beliau.
Bagi Khalid, memadai untuk dijelaskan bahawa Ustaz Ahmad Awang dan Timbalan Penasihat Umum Amanah Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin turut menerima jemputan untuk hadir ke program berkenaan.
"Kedua-dua mereka bagaimanapun tidak hadir," kata Khalid yang dipercayai merujuk kepada persidangan yang dihadiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Tehran baru-baru ini.
mdl
IKLAN BERBAYAR 
Image result for bukti gaji tone excel

Khamis, Disember 22, 2016

Kalau tiga penjuru maknanya Pas diperkuda Umno

Datuk SeriMukhriz Mahathir Datuk SeriMukhriz MahathirSekiranya ditakdirkan berlaku pertandingan tiga penjuru ekoran keengganan Pas menyertai kerjasama bersama pembangkang, ia bermakna parti Islam itu telah berjaya diperkudakan Umno, kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Berucap di program sembang santai di Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam kelmarin bekas Menteri Besar Kedah itu berkata Pas tidak akan untung jika pertandingan tiga penjuru berlaku.

“Kalau tiga penjuru saya nampak seolah-seolah Umno ini perkuda Pas. Dia guna Pas hanya untuk pecah undi pembangkang dan akhirnya Umno untung. Jadi kat mana untung untuk Pas,” katanya.

Mengharapkan telahannya itu silap, namun Mukhriz berkata jika Pas mahu bersama Umno, parti itu perlu bertegas agar tidak belaku pertandingan tiga penjuru khususnya dengan Umno itu sendiri.

“Kalau depa nak bersama Umno saya ingat itu keputusan silaplah. Tapi kalaulah dia nak bersama Umno, pakat dengan Umno betul-betul biar berlaku satu lawan satu,” pesannya agar Pas tidak hanya menjadi mangsa percaturan politik Umno.

Bagaimanapun kata Mukhriz, peluang untuk Pas menang adalah lebih cerah jika parti itu memilih untuk bekerjasama dengan PPBM dan Pakatan Harapan dan melawan BN secara satu lawan satu.

Ini kerana katanya, jika pertandingan satu lawan satu menentang BN, tidak akan berlaku perpecahan undi sekaligus akan meberi saingan sengit kepada BN.

“Tapi kalau bersama dengan kami, akan wujud keadaan di mana peluang untuk Pas menang lebih tinggi berbanding bersama Umno. Kalau dengan Umno, bertanding kerusi sama berebut pengundi sama,” katanya.
Sementara itu, turut serta pada program itu, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan Adun Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah.
mdl

IKLAN BERBAYAR 
Image result for bukti gaji tone excel

Rabu, Disember 21, 2016

Parti Islam Amanah tampil bagi mengisi posisi perjuangan lslam

Salahuddin AyubSalahuddin Ayub
Isu penggabungan Parti Amanah Negara (Amanah) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berbangkit sama sekali kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.
 Beliau dalam satu kenyataan berkata, apa yang penting ialah parti-parti dalam gabungan Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan melawan Barisan Nasional (BN).
“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan sejawat saya, Mohamed Azmin yang melahirkan pandangan mengenai idea perlunya pergabungan antara Amanah dengan PKR.
“Untuk pengetahuan semua, Amanah tampil bagi mengisi posisi serta melanjutkan perjuangan lslam yang mengambil pendekatan inklusif dan progresif untuk bersama mensejahterakan rakyat serta dalam rangka membangunkan semula negara,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.
Semalam Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam kenyataan media di Shah Alam dilaporkan berkata, cadangan penggabungan dua parti itu wajar dipertimbangkan, tetapi bukan atas dasar perebutan kerusi.
Katanya, ia perlu diteliti kerana melibatkan soal kedinamikan parti dan sesebuah pertubuhan yang demokratik perlu bersikap terbuka.
Menurut Salahuddin, sekarang ini dengan kehadiran PPBM telah menjadikan Amanah dan semua parti dalam Pakatan Harapan semakin penting dalam usaha untuk menumbangkan BN.
“Saya yang mewakili pimpinan dan ahli Amanah merasakan isu ini tidak berbangkit sama sekali dan mengucapkan terima kasih serta mengharapkan hubungan yang kukuh antara kita akan kekal seutuhnya,” ujar beliau.
Isu berkaitan gabungan Amanah dalam PKR ini mula diperkatakan apabila didedahkan oleh Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin yang dilaporkan Malaysiakini, mencadangkan penggabungan partinya dan Amanah.
Beliau dipetik berkata memandangkan kedua-dua parti berkongsi nilai sama, termasuk pandangan mereka terhadap Islam yang sederhana.
Afif berkata idea itu timbul dalam mesyuarat dalaman PKR dan ramai pihak bersedia menerokai kemungkinan untuk cadangan itu, perkara itu kemudiannya diperjelaskan Azmin apabila hal itu diajukan media.
mdl

IKLAN BERBAYAR 
Image result for bukti gaji tone excel

Selasa, Disember 20, 2016

Kelantan : Pemuda Pas berbohong mangsa banjir Kelantan enggan pindah

Pemuda Amanah Kelantan bertemu sendiri mangsa banjir Hafizah Awang yang masih tinggal di dalam khemah selepas dua tahun banjir besar di negeri ituPemuda Amanah Kelantan bertemu sendiri mangsa banjir Hafizah Awang yang masih tinggal di dalam khemah selepas dua tahun banjir besar di negeri itu
Pemuda Amanah Kelantan mendakwa Dewan Pemuda Pas Dewan berbohong mengenai seorang mangsa banjir dua tahun lalu enggan berpindah di rumah transit Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebaliknya ingin terus tinggal di dalam khemah.
Ketua Pemuda Amanah Kelantan Hazmi Hassan berkata, beliau bertemu sendiri mangsa tersebut, Hafizah Hassan bagi mendengar sendiri masalah yang dihadapi baru-baru ini.
Hasil pertemuan itu, Hafizah memberitahu beliau pernah tinggal sebulan di rumah transit PLKN namun terpaksa kembali ke khemah apabila anaknya tidak selesa kerana sebuah bilik terpaksa dikongsi bersama tiga keluarga.
Oleh kerana tidak sanggup melihat anaknya tinggal bersendirian di khemah maka Hafizah memilih untuk terus tinggal di dalam khemah.
"Ibu Hafizah hanya bekerja di kantin sekolah dan tidak mampu untuk membayar sewa bulanan sekiranya beliau sekeluarga berpindah ke rumah sewa. Cadangan kami untuk membantu mencari rumah sewa disambut baik oleh ibu Hafizah.
"Saya telah berjanji dengan Ibu Hafizah akan membayar secara pukal sewa rumahnya untuk setahun. Saya meminta beliau mencari sendiri rumah sewa yang selesa untuk memudahkannya mencari rumah mengikut kesesuaian mereka sekeluarga. Kami Pemuda Amanah Kelantan akan datang sekali lagi dan membantu keluarga itu untuk berpindah," katanya.
Justeru beliau meminta Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan Nazman Che Ibrahim turun sendiri bertemu mangsa banjir berbanding menuduh Pamuda Amanah menyebarkan berita palsu.
"Kepada Nazman Che Iberahim, tulisan kamu menunjukkan siapa kamu. Kamu tidak pernah jejak kaki kesini tetapi bercakap seolah-olah kamu pernah duduk berbual dengan Ibu Hafizah. Ibu Hafizah tidak kenal dan tidak pernah mendapat pertolongan dari kamu mahu pun daripada Pas," katanya.
Beliau juga mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada orang ramai bagi meringankan beban Hafizah dan mangsa-mangsa banjir yang lain.
"Saya turut membuka peluang ini untuk kita semua bersama-sama membantu Ibu Hafizah. Kepada yang berminat boleh hubungi Pemuda Amanah Kelantan bagi meringankan bebanan beliau sekeluarga.
"Jalan untuk membaiki kesilapan masih terbuka luas. Kita lupakan soal politik dan marilah kita sama-sama bantu Ibu Hafizah. Ibu Hafizah tidak memerlukan kemenangan perbalahan dua parti. Ibu Hafizah memerlukan keperihatinan dan kepedulian kita. Inilah manusia yang tidak mempunyai pilihan," katanya.
mdl

IKLAN BERBAYAR 

Image result for bukti gaji tone excel

Isnin, Disember 19, 2016

PRU14: Amanah yakin jentera pilihan raya cukup untuk bantu Pakatan Harapan

Presiden Amanah Mohamad Sabu dan beberapa pimpinan utama yang lain menghadiri temu rapat Biro Pilihan Raya Amanah Nasional di Klang hari iniPresiden Amanah Mohamad Sabu dan beberapa pimpinan utama yang lain menghadiri temu rapat Biro Pilihan Raya Amanah Nasional di Klang hari ini
Parti Amanah Negara (Amanah) yakin parti itu serta Pakatan Harapan tidak akan berhadapan dengan masalah kekurangan jentera pilihan raya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Menurut Presiden Amanah Mohamad Sabu, hal itu kerana kebanyakan jentera Pas telah beralih ke Amanah dan akan bergrak kerja untuk Pakatan Harapan pada PRU14.
Tegas beliau, kini jentera pilihanraya itu kini sudah berhijrah bersama Amanah dan parti-parti yang menunjangi Pakatan Harapan tidak perlu gusar, bimbang ketiadaan jentera yang mantap untuk menangani segala kerja pilihanraya dalam PRU14 nanti.
"Dulu-dulu PKR letak poster di markas-markas Pas dan jentera pilihan raya Paslah yang telah menyempurnakan kerja-kerja menampal poster, mengedar risalah dan lain-lain kerja pilihan raya.
"Kini jentera pilihan raya itu sudah berhijrah bersama Amanah dan parti-parti yang menunjangi Pakatan Harapan tidak perlu gusar, bimbang ketiadaan jentera yang mantap untuk menangani segala kerja pilihan raya dalam PRU14 nanti," katanya ketika berucap merasmikan temu rapat Biro Pilihan Raya Amanah Nasional di Klang hari ini.
Beliau juga berkata, selain jentera pilihan raya Pas juga kehilangan penceramah-penceramah yang biasa memenuhi program ceramah parti itu suatu ketika dahulu.
“Orang tanya, mengapa Pas tak ada buat ceramah lagi macam dulu-dulu. Macam mana nak ada, semua penceramah sudah berada dalam Amanah.
“Ada juga orang tanya, mengapa Pas sekarang dah tak ada program-program pilihan raya. Macam mana nak ada, semua jentera pilihan raya sekarang sudah duduk dalam Amanah,” katanya.
mdl

IKLAN BERBAYAR 

Image result for bukti gaji tone excel

Sabtu, Disember 17, 2016

Anwar Ibrahim masih popular dalam kalangan masyarakat Malaysia

Anwar IbrahimAnwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim masih popular dalam kalangan masyarakat Malaysia dan relevan dalam perkembangan politik terkini, berdasarkan tinjauan.
Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati 40% responden bersetuju bahawa Anwar perlu menerajui pimpinan Kerajaan Malaysia untuk mengembalikan kecemerlangan negara.
44% responden juga bersetuju bahawa pembebasan DSAI mampu menyatukan kembali parti-parti yang menentang BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
 40% responden bersetuju bahawa Anwar perlu menerajui pimpinan Kerajaan Malaysia untuk mengembalikan kecemerlangan negara40% responden bersetuju bahawa Anwar perlu menerajui pimpinan Kerajaan Malaysia untuk mengembalikan kecemerlangan negara
Ketokohan beliau juga terserlah apabila digandingkan dalam soalan berhubung dengan tokoh pembangkang yang mampu menjadi pemimpin Malaysia.
Anwar menduduki tangga tertinggi 30% lebih popular selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dan tokoh-tokoh lain.
 Anwar menduduki tangga tertinggi 30% lebih popular selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dan tokoh-tokoh lainAnwar menduduki tangga tertinggi 30% lebih popular selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dan tokoh-tokoh lain
Beliau juga menduduki tangga tertinggi sebanyak 29% menjadi pilihan pengundi Belia Selangor.
Melihat kepada perincian sokongan berdasarkan kaum, Anwar masih lagi tinggi merentasi 3 kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India.
Tinjauan ini dijalankan pada 26 Ogos 2016 hingga awal September 2016 melibatkan 1761 orang responden.
Tinjauan dilakukan secara bersemuka melibatkan kaum Melayu, Cina dan India di 56 Dewan Undangan Negari (Dun) Selangor.
mdl

IKLAN BERBAYAR 
Image result for bukti gaji tone excel

Jumaat, Disember 16, 2016

Anwar Ibrahim masih ada peluang bertanding dalam PRU14

Datuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai dua pilihan lain berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak semakan berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.
Satu, mengemukakan permohonan pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V atau kedua, permohonan untuk membatalkan kehilangan kelayakan berdasarkan Perkara 48 (3) Perlembagaan Persekutuan sekiranya permohonan pengampunan itu ditolak.
Pengamal undang-undang, Syahredzan Johan berkata, walaupun sebelum ini keluarga Anwar memfailkan permohonan itu dan ia ditolak oleh Lembaga Pengampunan Diraja, tiada mana-mana peruntukan undang-undang mengatakan permohonan itu tidak boleh dibuat berulang kali.
“Anwar boleh mencubanya di hadapan Yang di-Pertuan Agong yang baharu, dengan memfailkan permohonan itu sendiri,” katanya seperti dilaporkan Sinarharian hari ini.
Beliau berkata, apabila permohonan itu dikemukakan, ia tidak bermaksud keputusan dan sabitan yang dibuat oleh mahkamah sebelum ini diketepikan.
“Dengan permohonan ini, sabitan terhadapnya masih ada cuma tidak perlu menjalani hukuman penjara lima tahun sebagaimana diputuskan oleh mahkamah,” katanya.
Syahredzan berkata, opsyen kedua juga boleh digunakan bagi membolehkan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bertanding pada PRU14.
“Apa yang boleh dilakukan, selesai menjalani hukuman penjara, beliau boleh mengemukakan permohonan membatalkan kelayakan kerana individu yang disabitkan kesalahan akan hilang kelayakan bertanding selama tempoh lima tahun.
“Sekiranya gagal, beliau perlu menunggu PRU 15 untuk bertanding,” katanya.
Pada 16 Mac tahun lalu, Yang di-Pertuan Agong sebelum ini pada mesyuarat Lembaga Pengampunan telah menolak petisyen pengampunan diraja yang difailkan oleh keluarga Anwar.
Oleh yang demikian, Anwar hilang kelayakan sebagai ahli parlimen berdasarkan Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan.
mdl
IKLAN BERBAYAR 
Image result for bukti gaji tone excel

Khamis, Disember 15, 2016

PRU14 : PAKATAN HARAPAN BOLEH MENANG JIKA BERLAKU 3 PENJURU

Mahfuz Omar
Mahfuz Omar




ALOR SETAR - Bukan Pas yang keliru, sebaliknya parti pembangkang yang masih keliru dengan pendirian yang dinyatakan Pas sebelum ini.

Demikian tegas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berhubung pendirian Pas yang masih lagi belum memutuskan sama ada akan bersama Pakatan Harapan atau bekerjasama dengan BN.

“Parti pembangkang masih harap Pas bersama mereka, sebenarnya Pakatan Harapan dan Bersatu keliru. Pas tidak keliru, kenyataan Pas amat jelas ketika menyatakan syarat dan pendirian parti itu,” katanya.

Menurutnya, jika pendirian Pas itu difahami secara tersurat, amat jelas Pas tidak bersedia menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak.
“Pemikiran pimpinan parti jelas belum bersedia bersama rakan-rakan dalam parti pembangkang, tidak perlulah membuang masa meminang atau memujuk Pas.Apabila Pas letak syarat sebegitu, bermakna mereka menolak secara baik,” katanya.
Mahfuz berkata, jika Pas berminat sudah pasti diadakan rundingan terlebih dahulu sebelum letak syarat sebagai panduan.

Menurutnya, Pas hanya mempunyai dua pilihan sama ada kembali kepada gabungan pembangkang atau mewujudkan kerjasama politik dengan BN untuk menghadapi PRU14.
“Tidak semestinya Pas sertai BN, cuma perlu ada kerjasama elak pertembungan antara Pas dan BN. Jika berlaku pertembungan tiga penjuru, Umno akan merebut undi Pas, dan Pas juga akan rebut undi Umno, ia tidak beri keuntungan kepada kedua-dua parti,” katanya.

Sebaliknya, katanya, sekiranya Pas-Umno seiring, mereka akan dapat gabungkan kekuatan undi itu.
“Itu antara yang perlu difikirkan oleh Pas. Ini kerana mereka yang lari dari Umno sokong Bersatu, yang lari dari Pas pula sokong Amanah, di mana mereka akan menyokong gabungan pembangkang,” katanya.

Mengulas sama ada Pas sengaja guna taktik membuat keputusan di saat akhir, katanya, tidak mustahil Pas masih bergelut untuk meneutralkan ahli parti itu yang agak tegar menolak Umno.

“Mungkin sekarang dalam proses ubah minda ahli yang sebelum ini terikat pada amanat Presiden, Datuk Seri Abd Hadi Awang, supaya dapat menerima Umno untuk elak masalah menjelang PRU14,” katanya.

Bagaimana pun, katanya, sekiranya masalah dalaman itu masih tidak dapat diselesaikan, PRU14 akan menyaksikan pertembungan antara Pas-gabungan pembangkang-BN.

“Gabungan pembangkang tanpa Pas dilihat lebih kuat untuk menang jika berlakunya pertembungan tiga penjuru,” katanya.

sh
IKLAN BERBAYAR 

Image result for bukti gaji tone excel

Sabtu, Disember 10, 2016

PRU14 : Umno danPas diramal akan tubuh kerajaan campuran

Tan Sri Chua Soi LekTan Sri Chua Soi LekUmno dan Pas kemungkinan besar akan berkongsi kuasa politik dengan menubuhkan kerajaan campuran sekiranya BN terus mempertahankan pemerintahan pada PRU14.
MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain parti komponen BN akan terus kekal bersama, tetapi parti-parti ini akan terpinggir dalam arus perdana politik negara.
Demikian ramalan dibuat bekas Presiden MCA, Tan Sri Chua Soi Lek kepada Sin Chew Jit Poh ketika mengulas mengenai hubungan yang semakin rapat antara pemimpin Umno dan Pas sejak kebelakangan ini seperti dipetik Sinarharian hari ini.
Beliau berkata, selepas Umno bekerjasama dengan Pas, dasar negara akan lebih Islamik dan Umno akan terus memperkukuhkan kedudukannya dengan mengutamakan kepentingan kaum Melayu.
"Umno dan Pas sudah jelas akan terus bekerjasama dan bersatu hati dalam isu perpaduan umat Islam. Kedua-dua parti ini juga diramalkan akan bekerjasama dan mencapai kata sepakat dalam pengagihan kerusi dalam PRU. Mereka akan berkongsi kerusi ataupun mungkin sengaja mencetuskan pertandingan tiga penjuru di beberapa kawasan.
"Bagaimanapun, Pas tidak mungkin akan menyertai BN memandangkan penyertaannya ke dalam BN mesti mendapat persetujuan daripada 13 parti komponen BN terlebih dulu," kata bekas presiden MCA itu.
Menurut beliau, jika Umno dan Pas berganding bahu menghadapi PRU14, mereka pastinya akan mempunyai laluan mudah untuk menerajui kerajaan negeri di lima negeri yang mempunyai majoriti pengundi Melayu iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis, Pahang dan Kedah.
"Kelima-lima negeri pula mempunyai 54 kerusi parlimen dan dijangka Umno serta Pas akan menang 48 hingga 50 kerusi daripadanya. Selain itu, di Sabah dan Sarawak mempunyai 56 kerusi parlimen.
"Sekiranya Umno dan Pas berjaya memenangi 50 daripada 56 kerusi itu, ini bermakna semakin mudahlah Umno untuk mengekalkan kuasa dengan membentuk kerajaan campuran bersama Pas," katanya.
mdl

IKLAN BERBAYAR 
Image result for bukti gaji tone excel

Khamis, Disember 08, 2016

Pas dan Umno kerjasama : RTM turut mewawancara Ustaz Hadi

Abdul Hadi dengan ditemani Shabery Cheek bertemu Pak Lah di MAHA 2016.Abdul Hadi dengan ditemani Shabery Cheek bertemu Pak Lah di MAHA 2016.
Selepas bekerjasama untuk membela rakyat Rohingya pada 4 Disember lepas, kerjasama antara pemimpin Pas dan Umno diteruskan lagi di pameran pertanian MAHA di Serdang.
Sebagaimana tahun-tahun lepas, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengunjungi MAHA 2016 sehari selepas perhimpunan di Stadium Titiwangsa itu.
Abdul Hadi disambut juga oleh Noh Omar di MAHA.Abdul Hadi disambut juga oleh Noh Omar di MAHA.Kalau kunjungannya di tahun-tahun sebelum ini disambut oleh pegawai-pegawai, namun kali ini Abdul Hadi diiringi oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sendiri dan disambut oleh pemimpin besar Umno.
Turut bersama Abdul Hadi di MAHA adalah Datuk Seri Noh Omar dan bekas perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga turut sama.
Yang lebih menarik lagi, gambar-gambar Abdul Hadi di MAHA bukan sahaja disiarkan oleh ahli-ahli Pas lagi tetapi disiarkan oleh laman facebook milik Umno dan pemimpin mereka.
Antaranya Umno Bahagian Pokok Sena, Datuk Seri Mohamad Ali Rustam dan juga Datuk Seri Noh Omar.

Bagi seorang penyokong Pas, Basri Malek Presiden Pas, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi menerima sambutan hebat di MAHA..
"Alhamdulillah politik matang dan sejahtera yang diterapkan oleh Pas semakin diterima rakyat," katanya menerusi facebook beliau.
Sementara itu, RTM turut mewawancara Abdul Hadi sempena lawatannya ke MAHA 2016, satu yang jarang dilakukan oleh stesen rasmi TV kerajaan itu.
 mdl
IKLAN BERBAYAR 

Related image

Rabu, Disember 07, 2016

Terbaik!! : Kembara MP Sepang dekati rakyat miskin dapat sambutan

Hanipah (kiri) ketika menyampaikans bantuan beg sekolah kepada salah seorang pelajar di Kampung Sungai Cincin.-Foto Malaysia Dateline Wan Zahari Wan  Salleh.Hanipah (kiri) ketika menyampaikans bantuan beg sekolah kepada salah seorang pelajar di Kampung Sungai Cincin.-Foto Malaysia Dateline Wan Zahari Wan Salleh.
Ekspidisi dua hari mendekati golongan miskin, ibu tunggal dan anak yatim di sambut mesra dikalangan penduduk kampung sekitar Parlimen Sepang.
Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin berkata, penganjuran ekspidisi julung kali diadakan ini untuk menyampaikan bantuan daripada beberapa penaja kepada parti Amanah untuk diserahkan kepada golongan yang memerlukan.
Beliau melahirkan kesyukuran kerana kerjasma daripada dikalangan ketua-ketua kampung yang menyambut baik ekspidisi diadakan dua hari ini.
"Tujuan untuk turun padang dilakukan bersama ARiF Selangor untuk berjumpa rakyat menyerahkan bantuan.
"Saya rasa bersyukur dapat kerjasama daripada ketua-ketua kampung yang bertanggungjawab memilih golongan yang berkelayakan untuk menerima bantuan daripada pihak penaja," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
nMenurut Hanipa  yang  juga  Pengerusi Kanun lagi, ekspidisi yang diadakan bukan bertujuan politik tetapi lebih kepada pendekatan membantu masyarakat dalam kerja-kerja amal dan kebajikan.
Walaupun beliau memberitahu terdapat beberapa buah kampung yang enggan memberikan kerjasama kepada ekspidisi  yang dilakukan pemimpin Amanah ini.
"Ada beberapa kampung tidak bagi kerjasama mungkin mereka ada program lain tetapi hanya kecil bilangannya selebihnya meyambut baik.
"Antara kerjasama dalam ekspidisi ini turut dibantu pihak Pas, PKR dan DAP.
"Saya rasa kagum mereka sanggup terima kunjungan saya kerana mereka mengenali saya dulu (ketika dalam Pas)  walaupun saya difahamkan, ada arahan agar tidak memberikan kerjasama terhadap ekspidisi ini.
"Saya ucapkan terima kasih kepada mereka kerana mahu menolong penduduk kampung mereka sanggup mengenepikan perbezaan politik," ujarnya yang bercadang untuk mengadakan ekspidisi sama pada tahun akan datang.
Sepanjang ekspidisi dua hari dilakukan pada 4 dan 5 November lalu, sebanyak 15 buah kampung  sekitar Daerah Sepang dilawati untuk menyampaikan bantuan persekolahan anak-anak dan bantuan barang keperluan harian kepada golongan yang memerlukan.
Hanipa menziarahi adik Mohd Syabil Aslam Sidek yang derita sakit lemah sendi di Kampung Kelambu Dun Tanjung Sepat.Hanipa menziarahi adik Mohd Syabil Aslam Sidek yang derita sakit lemah sendi di Kampung Kelambu Dun Tanjung Sepat.
mdl 
IKLAN BERBAYAR 

Related image

Selasa, Disember 06, 2016

PANAS!! : PERBEZAAN HIMPUNAN BERSIH VS HIMPUNAN KERAJAAN NAJIB

Terbiar di atas meja panjang langsung seorang pun peserta himpunan mengumpulkannya di satu satu tempatTerbiar di atas meja panjang langsung seorang pun peserta himpunan mengumpulkannya di satu satu tempat

Jauh berbeza dengan siri himpunan BERSIH, keadaan persekitaran di lokasi program yang menyatukan Umno-Pas untuk Rohingya di ibu negara hari ini menyaksikan banyak sampah ditinggalkan bertaburan begitu sahaja.

Pemerhatian Malaysia Dateline sebaik Presiden Umno dan Presiden Pas meninggalkan Tasik Titiwangsa pada pukul 11.15 pagi tadi mendapati, ratusan bekas makanan dan minuman daripada plastik termasuk di bawah beberapa khemah disediakan dibiar tidak berkutip.

Pembaziran sumber air bersih juga berlaku apabila banyak botol mineral berisipadu 600 mililiter turut dibuang walaupun diminum dalam seteguk dua sahaja walaupun ajaran Islam melarang pembaziran selain suruhan menjaga kebersihan.

Pada masa sama, tiada pengumuman daripada pihak penganjur kedengaran supaya orang ramai memungut sampah tersebut seperti yang kerap diingatkan sebelum ini sebaik sahaja peserta himpunan BERSIH diarah bersurai.

Bahkan, tiada kelibat petugas atau sukarelawan di pihak penganjur yang dilihat membawa plastik sampah dan mengutip sisa-sisa bekas makanan dan minuman itu.

Hal ini berbeza ketika BERSIH 5 pada 19 November lalu apabila wujud sukarelawan khas yang majoritinya kaum Cina bukan beragama Islam bertindak mengutip sekecil-kecil sampah di sekitar Dataran Merdeka sehingga sepanjang jalan menuju ke KLCC semasa dan selepas berlangsungnya himpunan.

Pelarian Rohingya dilihat tidak mengendahkan sampah bertaburan di luar Stadium TitiwangsaPelarian Rohingya dilihat tidak mengendahkan sampah bertaburan di luar Stadium Titiwangsa
Sebaliknya, Malaysia Dateline mendapati hadirin tempatan beragama Islam termasuk pelarian Rohingya hanya menendang bungkusan bekas plastik itu ke tepi jika mungkin mengganggu pergerakan mereka untuk pulang ke destinasi masing-masing.

Majoriti hadirin yang berkemeja-T merah dikepalai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos dan mereka berkemeja korporat berlogo Perkasa serta berpakaian berlambangkan Umno dan bersongkok dengan lilitan kepala ‘Maruah Melayu’ dilihat tidak peka dengan sampah di sekeliling mereka walaupun Najib sebelum itu melaung 'Allahuakbar' tidak kurang lapan kali sepanjang 15 minit ucapannya selepas Abdul Hadi.

Turut berada di lokasi dalam dan luar Stadium Titiwangsa adalah puluhan pelajar tahfiz yang berserban dan berjubah putih selain unit keselamatan Pas, Jabatan Amal Malaysia serta ahli Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi.

Rakyat tempatan juga tidak kisah dengan sampah yang bersepahRakyat tempatan juga tidak kisah dengan sampah yang bersepah


mdl

IKLAN BERBAYAR 

Related image

Isnin, Disember 05, 2016

Ahkirnya : Umno dan Pas berpadu tapi...

Hadi dan Najib mesra di pentas yang dipenuhi pimpinan utama Pas dan Umno.Hadi dan Najib mesra di pentas yang dipenuhi pimpinan utama Pas dan Umno.
Perhimpunan solidariti untuk Rohingya hari ini menyatukan kedua-dua pihak antara Umno dan Pas di atas satu pentas dengan presiden dan timbalan masing-masing berada di atas pentas utama.
Najib dan Abdul Hadi berpeluk mesra ketika mereka tiba di stadium.Najib dan Abdul Hadi berpeluk mesra ketika mereka tiba di stadium.Walaupun ia dikatakan dianjurkan oleh NGO Islam, yang memenuhi pentas utama adalah pemimpin Pas dan Umno yang duduk bersilang antara satu sama lain seolah-olah satu gabungan mantap.
Kalau majlis terbuka pertama mereka, Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar pada 17 Disember 2015 dahulu melibatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Datuk Seri Naib Razak sahaja tetapi kali ini melibatkan kepimpinan utama kedua-dua parti.
Timbalan presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut bersama, begitu juga Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Selain Najib dan Hadi, Zahid akan turut berucap manakala Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan akan membacakan doa.
Turut dijadualkan berucap adalah Yang Dipertua Yadim Dr Yusri Mohamad dan Mufti Melaka, Abdul Halim Tawil.
Turut berada di pentas utama adalah Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan.
Turut serta Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh dan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di samping Penolong Setiausaha Agung Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil Ketua Penerangan Umno, Datuk Anuar Musa dan Datuk Ahmad Maslan.
Hadi dan Zahid di pentas utama. Di belakang mereka hampir kesemuanya pimpinan Pas dan Umno.Hadi dan Zahid di pentas utama. Di belakang mereka hampir kesemuanya pimpinan Pas dan Umno.Sebelum ini, Najib mendapar mandat dari Perhimpuan Agung Umno 2016 (PAU 16) untuk menyertai himpunan bersama Pas ini. Perwakilan Umno semua berdiri apabila Najib menegaskan akan hadir.
Sepanjang ucapan pimpinan Umno dari Najib, timbalannya Datuk Ahmad Zahid Hamidi hingga para perwakilan, Pas tidak menjadi sasaran kali ini walaupun parti itu adalah musuh tradisi Umno.
Pihak yang menjadi sasaran PAU 16 adalah DAP yang didakwa pencabar Umno untuk menguasai Putrajaya.
Pas pula menyebarkan surat jemputan kepada ahlinya untuk menyertai majlis ini dengan menyebut ia adalah anjuran para NGO Islam.
Bagaimanapun tidak ramai ahli bawahan Pas yang kelihatan di perhimpunan ini.
 Walaupun ramai pemimpin utama Pas hadir di majlis ini namun ahli bawahan Pas (biasanya memakai baju hijau) tidak ramai menyertainya.Walaupun ramai pemimpin utama Pas hadir di majlis ini namun ahli bawahan Pas (biasanya memakai baju hijau) tidak ramai menyertainya.
 Peserta himpunan untuk Rohingya, merah Umno, puteh pelajar pondok dan tahfiz.Peserta himpunan untuk Rohingya, merah Umno, puteh pelajar pondok dan tahfiz.

IKLAN BERBAYAR

Related image

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive