Isu Semasa : Kenyataan Shukri, mahu berkorban untuk Malaysia disambut baik


Ustaz Azhar dan Sim menyerahkan sumbangan untuk Tabung Allahyarham Shukri Saad sambil dibantu Dr Mujahid.Ustaz Azhar dan Sim menyerahkan sumbangan untuk Tabung Allahyarham Shukri Saad sambil dibantu Dr Mujahid.


Forum yang diadakan di Dewan Muhibbah Tasik Gelugor malam tadi membuat kesimpulan agar rakyat Malaysia menyambut baik kenyataan seorang pemuda, Mohd Shukri Saad yang mahu berkorban untuk Malaysia.

Forum anjuran Amanah Tasik Gelugor, kawasan terletaknya Lahar Yooi, kampung Mohd Shukri itu turut disertai oleh penal dari DAP, PKR dan juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
"Mari kita sambut kenyataan Shukri Saad, biar aku berkorban untuk Malaysia, dengan penuh kesedaran," ajak Datuk Dr Mujahid Yusof, Pengerusi Amanah Pulau Pinang ketika membuka forum itu.
Ahli Parlimen PKR dari Bayan Baru, Sim Tzi Tzim berkata, beliau telah membahaskan apa yang berlaku kepada Mohd Shukri di Lahar Yooi itu ketika perbahasan Bajet 2017 di Parlimen baru-baru ini.

Sim berkata, apa yang menimpa Shukri juga menimpa rakyat Malaysia yang lain di negara ini.
Beliau menceritakan kisah benar tiga rakyat di kawasan beliau yang menghadapi tekanan hidup akibat dari apa yang berlaku di negara ini sekarang.

Yaakub, seorang jaga dan juga pekerja tempat letak kereta yang kesempitan hidup kerana kenaikan harga barang, Aunti May yang meninggal selepas terjatuh kerana diragut dan Francis Xavier yang terbelit hutang kad kredit untuk kesihatan adalah tiga insan yang berada di sekelilingnya dan mengalami tekanan hidup sebagaimana Mohd Shukri, cerita Sim.

Sehubungan itu beliau mahu semua orang membaca kisah Mohd Shukri untuk dijadikan pengajaran kerana masih ramai lagi orang yang bernasib seperti beliau di luar sana.

Ahli parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari juga berkata, beliau menghabiskan separuh masa perbahasannya di Parlimen untuk menceritakan apa yang berlaku kepada Shukri.

"Saya juga bawa kisah Shukri semasa perbahasan peringkat dasar sesi Bajet 2017. Sepuluh daripada 20 minit masa yang saya ada saya gunakan untuk membahaskan isu Shukri yang membunuh diri kerana hilang kepercayaan kepada institusi undang-undang di negara kita yang tak dapat beri jaminan keadilan ke atas dirinya.

"Ramai lagi Shukri di luar sana," kata Ahli Parlimen DAP itu.

Bagi Zairil, tekanan yang dihadapi oleh Shukri turut dialami oleh ramai rakyat negara ini.
"Ia bukan kes biasa kalau dilihat kepada sebab yang mendorong tindakannya. Ia bukan situasi Shukri seorang tetapi ramai dalam masyarakat," kata Zairil ketika menyertai forum 'Biarlah aku berkorban untuk Malaysia' di Tasek Gelugor Pulau Pinang malam ini.

Sementara itu, Penyelaras Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Sharif Omar mengajak semua pihak bersatu untuk membuat perubahan.

Beliau mengajak semua pihak agar bersatu, sebagaimana yang diminta oleh Mohd Shukri dalam notanya sebelum terjun dari Jambatan Pulau Pinang.

"Kita perlu bersatu... DAP, PKR dan Amanah dan PPBM akan bersama-sama dengan tiga parti ini.
"Saya sertai PPBM dan akan bekerjasama dengan ketiga-tiga parti ini kerana kita hendakkan perubahan tanpa kira Melayu, Cina atau India," katanya.

Bagi Sharif, Umno sudah tidak relevan lagi kerana ramai yang sudah sedar dan akan tinggalkan Umno.

Tabung untuk membantu menjelaskan hutang Mohd Shukri dilancarkan malam tadi dengan Ustaz Azhar Abdul Shukur, bekas calon Amanah dalam pilihan raya kecil Sungai Besar memulakan pemberian sumbangan bagi mewakili NGO pimpinannya.

Orang ramai turun memberikan sumbangan bagi meringankan bebanan keluarga Allahyarham Shukri.


Orang ramai menghulurkan derma untuk Tabung Allahyarham Mohd Shukri.Orang ramai menghulurkan derma untuk Tabung Allahyarham Mohd Shukri.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Hasil carian imej untuk Kenapa Sistem Auto-Downline?
Previous
Next Post »

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes