Iklan Penaja 1

Picture

Rabu, November 30, 2016

Panas!! : Ramai lagi pemimpin Umno Kedah sertai Amanah menjelang PRU14

Asmirul Anuar Aris Asmirul Anuar ArisTidak dapat dinafikan ramai lagi pimpinan Umno Kedah akan meninggalkan parti tersebut menjelangnya pilihan raya umum ke 14 yang akan datang, kata Ketua Pemuda Parti Amanah Kedah Asmirul Anuar Aris.
Beliau berkata, walaupun sebelum ini ramai bekas pimpinan Umno dari pelbagai peringkat dan sayap telah menyertai Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) di Kedah, kejutan ini mampu menggoncang kedudukan Umno tidak lama lagi.
"Terdapat beberapa lagi tokoh Umno yang amat disegani di Kedah telah pun menyatakan hasrat mereka untuk meninggalkan Umno tidak lama lagi.
"Cumanya masa yang akan menentukan untuk mereka mengisytiharkan diri menyertai komponen Pakatan Harapan di Kedah.
"Saya optimis bukan saja tokoh-tokoh yang berpengaruh akan meninggalkan Umno Kedah, sebaliknya penyokong mereka juga akan turut serta, " jelasnya lagi.
Asmirul juga berkata antara pimpinan yang akan meninggalkan Umno merupakan tokoh yang mempunyai pengaruh.
"Mereka ini memilki kriteria kepimpinan yang menjadi pilihan rakyat.
"Salah seorang dari pimpinan ini adalah dari Bahagian Baling yang turut akan menyertai Bersatu tidak lama lagi.
"Keberanian mereka meninggalkan Umno membuktikan bahawa Umno sudah tidak lagi relevan untuk membela nasib orang Melayu dan juga rakyat di Kedah, " tegasnya lagi.
Malah katanya, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin lemah dan terpalit dengan pelbagai dakwaan skandal menjadi punca ramai yang akan meninggalkan Umno tidak lama lagi.
Tambah Asmirul lagi, hilangnya keyakinan mereka terhadap kepimpinan Najib turut mempengaruhi tindakan yang diambil walaupun ramai antara tokoh-tokoh tersebut adalah orang yang berpengaruh di Baling dan juga Kedah.
"Pengaruh yang ada pada Tun Mahathir sebagai pemimpin telah masak dengan sepak terjang Umno Kedah juga mempengaruhi sokongan yang diambil oleh pimpinan tersebut kali ini.
"Selain itu sokongan yang ada pada Datuk Seri Mukhriz sebagai bekas Menteri Besar Kedah yang disegani dan dekat dengan 'grass root' Umno juga menjadi faktor kepada sokongan yang akan menjadi realiti tidak lama lagi.
"Kejutan ini nanti akan memberi satu tamparan hebat bukan saja kepada kepimpinan Umno Kedah, tetapi juga kepada kepimpinan Najib yang penuh dengan seribu satu macam persoalan yang meragukan, " ujarnya lagi.
mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for BANNER TONE EXCEL

Selasa, November 29, 2016

WAJIB BACA : THIS IS AKHLAK PEMIMPIN PARTI ISLAM (AMANAH)

Tengku Mohamed Yahya Petra diraikan di majlis konvensyen Amanah Kelantan pagi tadiTengku Mohamed Yahya Petra diraikan di majlis konvensyen Amanah Kelantan pagi tadi
Parti Amanah Negara (Amanah) bangkit untuk berbakti kepada rakyat dan bersama mereka menyelesaikan apa sahaja masalah yang dihadapi.
Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa berkata keyakinan ini menyebabkan di mana pun pemimpin Amanah ditemui mereka bercakap mengenai usaha mengubah kerajaan di Putrajaya atau Kota Bharu.
"Tugas terpenting kita sekarang ialah merealisasikan hasrat rakyat kerana beban akibat salah urus kerajaan sekarang amat berat untuk ditanggung," katanya ketika berucap di majlis konvensyen tahuhan Amanah Kelantan di Wisma tok Guru, Salor, pagi tadi.
Beliau berkata, terdapat beberapa kategori golongan yang menyokong gerakan perubahan yang dibawa Amanah sekarang.
"Kita berterima kasih kepada mereka yang berterus terang menyokong dengan menjadi ahli dan memberi segala bantuan kepada kita.
"Namun kita perlu sedar ada di kalangan penyokong kita yang terpaksa menangguh untuk mezahirkan sokongan kerana masih berkerja dengan kerajaan yang ada.
"Jangan putuskan hubungan dengan mereka, ziarahi mereka dan jangan sekali-kali putuskan silaturrahim," katanya.
Beliau seterusnya mengulas mengenai akhlak yang dikatakan sebagai punca sebenar wujudnya Amanah.
"Saya masih ingat pesan almarhum Tok Guru Nik Aziz yang mengingatkan akhlak adalah cerminan hati, perlakuan buruk yang tidak berakhlak adalah lambang kebusukan hati seseorang," katanya.
Selain sebab lain kewujudan Amanah katanya, ia juga akibat kemunculan satu golongan baru dalam Pas terutama yang balik dari Mesir dan kebanyakannya menampilkan akhlak buruk dalam berjemaah.
"Mereka ini tanpa ada pengetahuan mengenai sejarah perjuangan atau mengenali pimpinan yang telah lama berjuang bersikap biadab dan amat mengejutkan kononnya merekalah penjaga Islam baru yang jelas tiada akhlak dalam ucapan, penulisan atau perlakuan," katanya.
Beliau menasihatkan anggota Amanah agar mengambil langkah menjahuhi perlakuan mereka hingga terlibat dengan fitnah dan mencaci maki orang lain.
Majlis perasmian konvensyen Amanah Kelantan itu dihadiri hampir 200 perwakilan dan pemerhati dari semua kawasan parlimen negeri itu.
Turut menyampaikan ucapan adalah Pengerusi Amanah Negri Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah manakala upacara perasmian disempurnakan Ketua Biro Antarabangsa Amanah Nasional, Raja Bahrin Shah.


IKLAN BERBAYAR 

Image result for BANNER TONE EXCEL

Isnin, November 28, 2016

Panas!! : Usaha Umno perdaya Pas untuk dapat undi Melayu hancur.

Khalid Abdul SamadKhalid Abdul Samad
Perancangan Umno untuk mendapat sokongan penuh pengundi Melayu dengan cara memperdayakan Pas selepas Cina tidak bersama mereka lagi hancur berkecai, dakwa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
 "Selepas Cina tak sokong BN lagi, Umno cuba mendapatkan undi Melayu sepenuhnya dengan memperdayakan Pas agar menyokong mereka menggunakan RUU Akta 355.
"Tetapi ia hancur berderai apabila Pas berpecah dua, dengan lahirnya Amanah dan Umno juga pecah dua dengan lahirnya Bersatu.
"Benarlah janji Allah, kamu merancang, Allah pun merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang," kata Khalid sambil membacakan sepotong ayat Al Quran.
Khalid berkata demikian ketika memberikan ucapan dalam majlis ceramah anjuran PKR Selayang di Bandar Tasik Puteri, Rawang malam tadi.
Khalid yang menjadi penceramah utama malam tadi berkata, dengan lahirnya Amanah dan Bersatu, beliau yakin pengundi Melayu tidak lagi bersama dengan Umno dan Barisan Nasional tetapi bersama dengan Pakatan Harapan apabila Bersatu bakal menyertainya tidak lama lagi.
"Apabila pengundi Melayu dan Cina bersatu, kita yakin akan dapat kalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang," kata Khalid yang mendapat tepukan dari hadirin dan juga pemimpin Pakatan Harapan yang berada di pentas.
Khalid tidak langsung menyerang Pas dalam ceramahnya melainkan berkata Umno telah berjaya menjinakkan Pas melalui RUU Akta 355 menyebabkan parti itu mesra Umno.
Turut berucap malam itu adalah William Leong,Ahli Parlimen Selayang dan juga L Mankadir Samsi atau lebih dikenali Pak Jabit serta Azman Mokhtar, Ketua Komunikasi PKR Selayang. Turut berucap adalah wakil DAP.
Sebelum berceramah, Khalid mengadakan dialog dengan ahli Amanah tempatan dan bersetuju untuk menubuhkan dua cawangan Amanah di situ tidak lama lagi.
mdl\
IKLAN BERBAYAR 
Image result for ramai berjaya dengan tone excel

Jumaat, November 25, 2016

PANAS!! : BERITA GEMPAR DARI NEGERI KELANTAN WAJIB BACA

Tengku Mohamed menyerahkan borang keahlian Amanah kepada Husam.Tengku Mohamed menyerahkan borang keahlian Amanah kepada Husam.
Kesal terhadap tindak-tanduk pemimpin kerajaan negeri yang tidak turun padang mendorong bapa saudara Sultan Kelantan Tengku Mohamed Tengku Yahya Petra mengisytiharkan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).
Dalam majlis di kediamannya ketika kunjungan pimpinan Amanah negeri Kelantan yang diketuai Datuk Husam Musa, beliau melahirkan kekecewaan kerana banyak masalah rakyat tidak diselesaikan.
"Bolehkah bila berlaku banjir seorang pemimpin berkata saya tidak boleh pergi melihat keadaan rakyat kerana rumah sayapun turut kena banjir," katanya dengan nada kesal.
Beliau turut membangkitkan masalah yang dihadapi masyarakat Orang Asli akibat pembalakan di Kuala Balah.
"Saya tidak dengar mana-mana pemimpin negeri yang turun padang ke tempat Orang Asli buat 'blockade' sebagai protes kawasan mereka menghadapi masalah akibat pembalakan.
"Yang saya dengar Datuk Husam (Musa) yang pergi jumpa Orang Asli dan bertanya masalah mereka," katanya.
Beliau memuji pemimpin-pemimpin Amanah negeri yang selalu turun padang dan berusaha mencari penyelesaikan kepada masalah yang dihadapi rakyat.
"Saya rasa ada persamaan antara kami.
"Sebab itu sekarang saya nak isytiharkan bahawa saya menyertai parti Amanah," katanya.
Beliau turut membangkitkan usaha menghapuskan rasuah dalam pentadbiran kerajaan.
"Saya yakin parti Amanah mempunyai sikap yang sama dengan saya untuk melawan rasuah.
"Insya Allah saya akan membantu parti Amanah dengan segala upaya yang saya ada sehingga parti ini berjaya," katanya.
Pada majlis itu, Tengku Mohamed menyerahkan borang keahlian Amanah kepada Datuk Husam Musa disaksikan oleh Setiausaha  Amanah negeri Kelantan Saudara Rushdan Mustafa.
mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for tone excel

Khamis, November 24, 2016

Panas!! : PKR desak hentikan perbincangan dengan Presiden Pas

Latheefa Koya minta hentikan perbincangan dengan Abdul Hadi.Latheefa Koya minta hentikan perbincangan dengan Abdul Hadi.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Latheefa Koya mendesak supaya perbincangan dengan Pas khasnya dengan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dihentikan.

"Si Hadi tak sanggup beri sokongan untuk pilihanraya yang bebas dan adil. Apa lagi nak bincang?" kata Latheefa menerusi Facebooknya.

Latheefa sebelum ini adalah pendokong kuat gagasan perbincangan antara PKR dengan Pas.
Beliau yang kesal dengan tindakan ahli parlimen pembangkang yang menyertai perjumpaan dengan Datuk Seri Zahid Hamidi bagi membincangkan Rang Undang-undang persendirian bagi meminda Akta 355 (RUU 355) yang dibawa oleh Abdul Hadi.

"Saya betul-betul tak faham sesetengah ahli-ahli Parlimen dari kalangan pembangkang kita yang cepat-cepat bersetuju dan bergegas untuk berjumpa dengan si Zahid Hamidi ni. Konon nak bincang berkenaan RUU," tulis Latheefa.

Bagi Latheefa, Zahid adalah menteri yang bertanggungjawab terhadap penahanan Maria Chin Abdullah, Pengerusi Bersih di bawah Sosma.

"Menteri ni yang bertanggungjawab terhadap penahanan Maria Chin. Bertanggungjawab atas PDRM. Bertanggungjawab keadaan penjara DSAI.

"Dia tak buat apa pun," tulis Latheefa kesal dengan tindakan ahli parlimen pembangkang menyertai majlis jemputan Zahid.

Katanya, hanya semata-mata kerana dia (Zahid) menjemput, adakah perlu mereka menyertainya.
"Tak bijak langsung. Kenapa seorang MP UMNO dok sibuk nak bincang RUU yang di bawa oleh PAS? apa agenda? Kenapa tiba-tiba nak jumpa?" soal Latheefa.

"Jangan dipermainkan atas konon nama agama. Ini mainan politik yang jahat," kata Latheefa.

Ketika membuat penjelasan kepada tulisannya, Latheefa berkata, "si Hadi bukan nabi. Dia sokong Najib. Najib tu Presiden Umno. Umno to jahat. Kalau tak faham, jangan cuba nak bagi syarahan pasai agama - rakyat bukan bodoh."

mdl

IKLAN BERBAYAR 
Image result for ramai berjaya dengan tone excel

Rabu, November 23, 2016

Bersih5 : Bukti Parti Amanah - PPBM wakili kepimpinan Melayu dalam Pakatan Harapan

Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar Bersih 5 yang berlangsung pada Sabtu lalu membuktikan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  berjaya membawa penyokong di kalangan orang Melayu untuk turun bersama menjayakan himpunan aman itu.

"Bersih 5  baru sahaja selesai melihatkan puluhan ribu umat Melayu turun menjayakan perhimpunan aman itu dicampur jutaan umat Melayu lain yang menyokong dan bersimpati dengan Bersih 5.

"Syukur Alhamdulillah mereka telah menyahut pelawaan terbuka Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Amanah untuk menjayakan program tersebut.

"Tujuan saya menaikkan perkara ini bukan untuk mendabik dada.

"Tujuannya cuma hendak memberi kepastian kepada pengundi Melayu bahawa mereka tidak perlu takut pada Pakatan Harapan lagi," ujar Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.

Beliau dalam kenyataannya menyebut kedua-dua parti itu sudahpun mewakili orang Melayu Islam serta mempertahankan kepentingan bangsa Melayu serta umat Islam di Malaysia.

"Tuduhan kononnya Pakatan Harapan adalah alat DAP terbukti sudah kecundang dan mereka yang menuduh semakin terkapai-kapai.

"Mari kita maju ke depan dan meninggalkan mereka yang masih terbelenggu dengan politik jumud dan kaku mereka," ujarnya.

Pada Sabtu rakyat pelbagai kaum hadir membanjiri KLCC untuk bersama dalam perhimpunan aman Bersih 5 yang dianggarkan kali ini jumlah penyertaan di kalangan orang Melayu meningkat berbanding Bersih 4 dan 3.


(dari kiri) Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yasin dilihat berjaya membawa penyokong parti masing-masing untuk  turun ke jalanan memberi sokongan Bersih 5 pada Sabtu lalu.-Foto Malaysiadateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.(dari kiri) Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yasin dilihat berjaya membawa penyokong parti masing-masing untuk turun ke jalanan memberi sokongan Bersih 5 pada Sabtu lalu.-Foto Malaysiadateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.

mdl

IKLAN BERBAYAR 

Image result for ramai berjaya dengan tone excel

Selasa, November 22, 2016

Terbaik!! : Parti Amanah Kubang Kerian anggap MP Kubang Kerian "hero rakyat"walaupun berbeza parti

Baihaqi menyertai perhimpunan aman Bersih 5 19 November lalu Baihaqi menyertai perhimpunan aman Bersih 5 19 November lalu
Amanah Kubang Kerian melahirkan rasa syukur kerana ahli parlimen kawasan itu, Baihaqi Atiqulllah belum 'hilang rasa' kepada keperitan hidup yang dideritai rakyat dengan bersama di perhimpunan aman Bersih 5 sabtu lalu.
"Beliau sepatutnya dinobatkan sebagai hero rakyat marhaen dan bukannya dilabel dengan gelaran buruk oleh golongan tertentu," kata Ketua Amanah Kawasan Kubang Kerian, Fauzi Mohamad ketika ditemui Malaysia Dateline malam tadi.
Walaupun berbeza parti katanya, semua pihak perlu besama dalam menghadapi penyelewengan dan penindasan terhadap rakyat.
"Kini percubaan memanipulasi pilihan raya sekali lagi cuba dibuat dengan terang-terangan selalu cadangan persempadanan baru pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Rakyat pula ditekan dengan kenaikan harga barangan keperluan asas yang amat menekan golongan rakyat terbanyak," katanya.
Kehadiran Baihaqi ke Bersih 5 katanya, memberi kelegaan kepada pengundi-pengundinya dulu bahawa beliau masih sanggup berjuang untuk rakyat dan bukan sekadar menjadi pak sanggup kepada kumpulan yang kini dilihat penjilat rejim rakus Datuk Seri Najib Razak.
Menurutnya usaha kumpulan golongan tertentu yang merangka pelbagai ikhtiar bagi menggagalkan Bersih 5, akhirnya memberi kefahaman kepada rakyat tentang siapa sebenar mereka.
"Mereka mahu buktikan mereka sedia lari dari bela rakyat tertindas demi untuk mendapat pujian dan habuan dari penguasa zalim.
"Ada pemimpin tertentu buat program bersih longkang, yang lain pula buat pertandingan bola jaring di hari rakyat marhaen seluruh negara berhimpun untuk suarakan rintihan kepada penguasa yang menindas," katanya.
Tapi katanya, penduduk Kubang Kerian merasa bangga kerana pemimpin yang mereka pilih masih belum beku hati dan perasaan terhadap derita rakyat.
"Insya Allah kita akan buat program khas untuk menghargai wakil rakyat kami yang jelas sanggup berkorban demi kesejahteraan rakyat," katanya.
Menurutnya, semangat kebangkitan rakyat Bersih 5 tidak berakhir 19 November.
"Kita akan bawa Bersih 5 turun ke akar umbi untuk diterjemah ke peti undi supaya perubahan kepada sebuah pentadibiran baru Malaysia yang adil dan bersih benar-benar menjadi kenyataan," katanya.
mdl

IKLAN BERBAYAR 
Image result for ramai berjaya dengan tone excel

Isnin, November 21, 2016

Panas!! : Perhimpunan Agung Umno akan bincang kerjasama politik dengan Parti Pas

kerjasama politik antara Umno dan Pas perlu dilaksanakan dalam usaha memperkukuh hubungan serta perpaduan Melayu-Islam, kata MT Umnokerjasama politik antara Umno dan Pas perlu dilaksanakan dalam usaha memperkukuh hubungan serta perpaduan Melayu-Islam, kata MT Umno

Langkah mewujudkan kerjasama politik antara Umno dan Pas perlu dilaksanakan dalam usaha memperkukuh hubungan serta perpaduan Melayu-Islam di negara ini, kata seorang anggota Majlis Tertinggi Umno.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerjasama sedemikian adalah dituntut malah disebut di dalam al-Quran bagi memastikan survival umat Islam secara keseluruhannya.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata atas dasar itu Umno secara ikhlas, berani dan jujur sedia bekerjasama demi menegakkan tuntutan agama.

"Perkara ini seharusnya melangkaui dimensi politik dan perlu dilaksanakan demi membawa kebaikan seiring rasa takwa kita sebagai umat Islam.

"Usul ini akan dibawa sebagai agenda utama untuk dibahaskan pada Perhimpunan Agung Umno nanti," katanya ketika menjadi speaker sesi ketiga: Diskusi Agama pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 2.0, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Perhimpunan Agung Umno akan berlangsung di sini mulai 29 Nov hingga 3 Disember depan.
Jamil Khir berkata usaha memperkasa perpaduan Melayu-Islam merupakan satu daripada empat teras utama yang diberi penekanan pada konvensyen kali ini.


Tambahnya tiga teras lain termasuk mengangkat gagasan peradaban Islam model Malaysia, memperkasa institusi dan agensi Islam serta mengangkat kualiti pendidikan Islam.

mdl

IKLAN BERBAYAR 
Image result for banner iklan tone excel

Ahad, November 20, 2016

Bersih5.0 : Himpunan Bersih 5 paling berjaya

Himpunan Bersih 5 dianggap paling berjaya kerana disertai pelbagai kaum di negera ini.Himpunan Bersih 5 dianggap paling berjaya kerana disertai pelbagai kaum di negera ini.


Perhimpunan Bersih 5 adalah yang paling berjaya diadakan dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum keluar beramai-ramai untuk menyertai perhimpunan ini.

Demikian kata Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa ketika memberikan ucapan di perhimpunan kali ini.

Menurut beliau, walaupun rakyat ditakutkan serta diugut oleh kumpulan baju merah, tetapi sambutan tetap amat menggalakan.

Pandangan Husam turut dikongsi oleh ramai peserta perhimpunan Bersih hari ini.
Bagi mereka, himpunan kali ini jauh lebih baik dari Bersih 4 sekurang-kurangnya kerana lebih ramai muka Melayu kelihatan dalam himpunan kali ini.

Perhimpunan Bersih 5 ini turut dihadiri oleh pemimpin utama pembangkang termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turut serta adalah beberapa pimpinan tertinggi Parti Amanah Negara, PKR, DAP dan juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Antara pemimpin Amanah yang hadir adalah penasihatnya, Ustaz Ahmad Awang dan presidennya Tuan Haji Mohamad Sabu dan lain-lain.

Perhimpunan Bersih tahun ini menyaksi kelainan yang amat ketara apabila orang Melayu turun dengan ramai dalam perhimpunan ini berbanding dengan perhimpunan Bersih 4.

Pelbagai pihak memberikan angka masing-masing tentang jumlah penyertaan kali ini dari serendah 20,000 sehingga ke angka seratus ribu peserta.

Ia disifatkan sebagai antara himpunan Bersih paling berjaya menghimpunkan orang ramai khasnya orang Melayu walaupun diboikot oleh sebuah parti Islam.

Perhimpunan kali ini dikatakan semakin panas apabila geng baju merah yang ditaja oleh sebuah parti politik turut berhimpun kali ini.

Bagaimanapun ekoran pemimpin mereka Datuk Seri Jamal Yunus ditangkap oleh polis menjelang himpunan ini, geng baju merah seolah-olah hilang hala tuju dalam perhimpunan ini.

Mereka hanya mundar mandir dari Sogo ke PWTC tanpa hala tuju yang jelas.

mdl

IKLAN BERBAYAR
Image result for banner iklan tone excel

Sabtu, November 19, 2016

Panas!! Skandal lombong bijih mangan : Presiden Pas mesti tampil beri penjelasan

Anggaran jumlah sumbangan Vigorous Global Sdn Bhd kepada Pejabat Presiden Pas yang viral di media sosial.Anggaran jumlah sumbangan Vigorous Global Sdn Bhd kepada Pejabat Presiden Pas yang viral di media sosial.


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta menjelaskan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam perjanjian melombong bijih mangan di Gua Musang, Kelantan.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sepanjang dirinya memegang jawatan berkenaan, beliau tidak pernah dimaklumkan tentang adanya agihan daripada projek tersebut kepada parti.

"Sejak saya menjadi Ketua Penerangan Pas Pusat juga saya tidak pernah mendengar adanya pembahagian hasil galian milik kerajaan negeri kepada parti.

"Tak tahulah selepas saya tidak lagi berada dalam kedua-dua jawatan itu, hal sebegini berlaku pula. Jadi, elok kiranya Presiden segera buat kenyataan rasmi.

"Kalau tidak betul apa yang sedang viral sekarang boleh nafikan," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Dokumen surat akujanji antara syarikat Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden Pas  beralamat di Taman Melewar, Gombak, Selangor yang berlaku pada 10 Oktober 2013 menjadi viral di media sosial.

Turut tersebar beberapa foto menyerupai Abdul Hadi sedang melihat pelan lokasi serta dikatakan melakukan solat hajat ketika lawatan ke tapak projek.

"Pihak syarikat bersetuju dan berjanji memberi sumbangan kepada Pejabat Presiden Pas sebanyak RM10 per metrik tan jika syarikat mendapat kelulusan dari kerajaan negeri," dipetik daripada dokumen tersebut.

Dokumen itu juga menyenaraikan anggaran jumlah sumbangan syarikat terbabit kepada Pejabat Presiden Pas yang mencecah RM200,000 sebulan dengan anggaran jumlah sebanyak RM10 juta bagi tempoh 50 bulan.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Abdul Hadi tentu sekali perlu memberitahu apa yang sebenarnya berlaku agar pendedahan perjanjian itu tidak mencalarkan imej parti.

"Saya tidak fikir tandatangan bagi 'Pemegang Amanah Pejabat Presiden Pas' lengkap dengan saksi dibuat tanpa pengetahuannya.

"Jika sekarang baru tahu, Presiden harus ambil tindakan terhadap nama-nama yang memperakui mewakili dirinya.

"Ini juga berkait dengan imej, maruah dan integriti Pas itu sendiri. Sudah tentu rakyat Kelantan khasnya akan marah bagaimana hasil bumi negeri boleh diagih kepada pejabat presiden," tegasnya.

Surat Akujanji antara Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden PasSurat Akujanji antara Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden Pas


Pada masa sama, ujarnya, pihak kerajaan negeri Kelantan juga tidak harus berdiam diri terhadap projek melombong mineral itu yang terletak di Lot PT6728 Mukim Relai di Daerah Chiku dengan anggaran kawasan diluluskan seluas 600 hingga 800 ekar itu.

"Ini dalam negeri Kelantan. Agihan kepada kerajaan negeri yang hanya RM5 per metrik tan yang lebih rendah berbanding untuk parti politik akan dilihat ramai pihak sebagai tidak adil.

"Tentu rakyat Kelantan akan marah. Sepatutnya, kerajaan negeri yang mendapat hasil yang lebih bukan pihak lain.


"Bahkan, rakyat melihat ada unsur-unsur rasuah apabila seolah-olah pihak Pas yang menolong mendapatkan projek melombong itu dengan syarat beri RM10 per tan metrik kepada parti. Jangan nanti orang kata oh inilah budaya politik matang dan sejahtera," tambahnya lagi.

mdl

IKLAN BERBAYAR 
Image result for banner iklan tone excel

Jumaat, November 18, 2016

Isu Semasa : Kenyataan Shukri, mahu berkorban untuk Malaysia disambut baik


Ustaz Azhar dan Sim menyerahkan sumbangan untuk Tabung Allahyarham Shukri Saad sambil dibantu Dr Mujahid.Ustaz Azhar dan Sim menyerahkan sumbangan untuk Tabung Allahyarham Shukri Saad sambil dibantu Dr Mujahid.


Forum yang diadakan di Dewan Muhibbah Tasik Gelugor malam tadi membuat kesimpulan agar rakyat Malaysia menyambut baik kenyataan seorang pemuda, Mohd Shukri Saad yang mahu berkorban untuk Malaysia.

Forum anjuran Amanah Tasik Gelugor, kawasan terletaknya Lahar Yooi, kampung Mohd Shukri itu turut disertai oleh penal dari DAP, PKR dan juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
"Mari kita sambut kenyataan Shukri Saad, biar aku berkorban untuk Malaysia, dengan penuh kesedaran," ajak Datuk Dr Mujahid Yusof, Pengerusi Amanah Pulau Pinang ketika membuka forum itu.
Ahli Parlimen PKR dari Bayan Baru, Sim Tzi Tzim berkata, beliau telah membahaskan apa yang berlaku kepada Mohd Shukri di Lahar Yooi itu ketika perbahasan Bajet 2017 di Parlimen baru-baru ini.

Sim berkata, apa yang menimpa Shukri juga menimpa rakyat Malaysia yang lain di negara ini.
Beliau menceritakan kisah benar tiga rakyat di kawasan beliau yang menghadapi tekanan hidup akibat dari apa yang berlaku di negara ini sekarang.

Yaakub, seorang jaga dan juga pekerja tempat letak kereta yang kesempitan hidup kerana kenaikan harga barang, Aunti May yang meninggal selepas terjatuh kerana diragut dan Francis Xavier yang terbelit hutang kad kredit untuk kesihatan adalah tiga insan yang berada di sekelilingnya dan mengalami tekanan hidup sebagaimana Mohd Shukri, cerita Sim.

Sehubungan itu beliau mahu semua orang membaca kisah Mohd Shukri untuk dijadikan pengajaran kerana masih ramai lagi orang yang bernasib seperti beliau di luar sana.

Ahli parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari juga berkata, beliau menghabiskan separuh masa perbahasannya di Parlimen untuk menceritakan apa yang berlaku kepada Shukri.

"Saya juga bawa kisah Shukri semasa perbahasan peringkat dasar sesi Bajet 2017. Sepuluh daripada 20 minit masa yang saya ada saya gunakan untuk membahaskan isu Shukri yang membunuh diri kerana hilang kepercayaan kepada institusi undang-undang di negara kita yang tak dapat beri jaminan keadilan ke atas dirinya.

"Ramai lagi Shukri di luar sana," kata Ahli Parlimen DAP itu.

Bagi Zairil, tekanan yang dihadapi oleh Shukri turut dialami oleh ramai rakyat negara ini.
"Ia bukan kes biasa kalau dilihat kepada sebab yang mendorong tindakannya. Ia bukan situasi Shukri seorang tetapi ramai dalam masyarakat," kata Zairil ketika menyertai forum 'Biarlah aku berkorban untuk Malaysia' di Tasek Gelugor Pulau Pinang malam ini.

Sementara itu, Penyelaras Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Sharif Omar mengajak semua pihak bersatu untuk membuat perubahan.

Beliau mengajak semua pihak agar bersatu, sebagaimana yang diminta oleh Mohd Shukri dalam notanya sebelum terjun dari Jambatan Pulau Pinang.

"Kita perlu bersatu... DAP, PKR dan Amanah dan PPBM akan bersama-sama dengan tiga parti ini.
"Saya sertai PPBM dan akan bekerjasama dengan ketiga-tiga parti ini kerana kita hendakkan perubahan tanpa kira Melayu, Cina atau India," katanya.

Bagi Sharif, Umno sudah tidak relevan lagi kerana ramai yang sudah sedar dan akan tinggalkan Umno.

Tabung untuk membantu menjelaskan hutang Mohd Shukri dilancarkan malam tadi dengan Ustaz Azhar Abdul Shukur, bekas calon Amanah dalam pilihan raya kecil Sungai Besar memulakan pemberian sumbangan bagi mewakili NGO pimpinannya.

Orang ramai turun memberikan sumbangan bagi meringankan bebanan keluarga Allahyarham Shukri.


Orang ramai menghulurkan derma untuk Tabung Allahyarham Mohd Shukri.Orang ramai menghulurkan derma untuk Tabung Allahyarham Mohd Shukri.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Hasil carian imej untuk Kenapa Sistem Auto-Downline?

Khamis, November 17, 2016

PANAS!! : BERITA MENARIK SEMPERNA HIMPUNAN BERSIH5.0 DI KUALA LUMPUR 19 NOV

Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan sokongan terhadap Bersih 5Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan sokongan terhadap Bersih 5


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru rakyat menyeru rakyat menyertai perhimpunan Bersih 5 di ibu negara pada 19 Novemberi ini.

Dengan memakai baju-T Bersih 5, beliau muncul dalam video berdurasi 1 minit 37 saat menyatakan sokongannya terhadap Bersih 5.

"Malaysia sekarang berada dalam keadaan cemas kerana pentadbiran (Perdana Menteri) Najib (Razak) telah menyebabkan negara berhutang berbilion-bilion ringgit yang tidak dapat dibayar oleh kerajaan dan negeri.

"Sebab itu kita mesti menunjukkan perasaan tidak puas hati kita kepada kerajaan melalui penyertaan dalam demonstrasi Bersih di Dataran Merdeka dan juga tempat-tempat lain," kata Mahathir.

"Saya harap semua rakyat Malaysia akan menyertai demonstrasi BERSIH ini kerana mereka bertujuan untuk mecari jalan memulihkan semula negara kita ini dengan menukar kerajaan supaya dapat kerajaan yang tidak dipimpin oleh seseorang yang telah melesapkan wang begitu banyak, yang telah dituduh oleh seluruh dunia.

“Inilah harapan saya dan saya harap rakyat Malaysia akan memberi sokongan penuh dan mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan oleh Bersih,” katanya dalam video

di https://youtu.be/qX9OIYYRcbM


Pada Ogos 2015, Mahathir membuat kejutan apabila hadir dalam Bersih 4 bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Hasil carian imej untuk Kenapa Sistem Auto-Downline?

Rabu, November 16, 2016

Amanah : Kisah Shukri pergi terjun laut kini menghantui Kg Lahar Yooi

Akhbar mingguan Amanah menjadikan tragedi ini sebagai laporan muka depan mereka.Akhbar mingguan Amanah menjadikan tragedi ini sebagai laporan muka depan mereka.

Kisah tindakan nekad seorang pemuda Mohd Shukri Saad, 38, terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Pulau Pinang kini menjadi perbualan hangat penduduk kampung beliau di Lahar Yooi, yang terletak di Tasik Gelugor, Pulau Pinang.

Tiga minggu selepas peristiwa Shukri meninggalkan nota terakhirnya sebelum terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang, niatnya kini mula disedari pemimpin politik negeri itu, lapor Free Malaysia Today (FMT).

Perjuangan Shukri akan tersemadi dalam kubur ini jika apa yang ditulis beliau tidak diketahui orang ramai.Perjuangan Shukri akan tersemadi dalam kubur ini jika apa yang ditulis beliau tidak diketahui orang ramai.Walaupun ada segelintir penduduk cuba memberikan gambaran negatif, majoriti mereka terutama yang mengenali Shukri memahami tindakan itu, kata FMT.
Mayat Shukri, seorang pemilik kedai runcit dan juga penyokong tegar Pas, ditemui pada Oktober 28, terapung dengan batu terikat pada badannya, kira-kira satu batu nautika dari lokasi dia terjun, dekat kawasan Batu Maung berhampiran pulau.
Sebelum itu, Shukri memuat naik kiriman di Facebook, meluahkan sebab tindakannya di samping nasihatnya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, supaya jangan mesra dengan Umno.

Khamis ini, Amanah di Pulau Pinang berganding dengan rakan pembangkangnya DAP, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menganjurkan forum khas mengenang apa yang kini dikenali sebagai “Tragedi Lahar Yooi”, di sebuah dewan dekat Merbau Kudung, kampung bersebelahan Lahar Yooi.

Majlis itu akan disertai oleh Pengerusi Amanah negeri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Naib Pengerusi DAP negeri, Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Bukit Bendera dari PKR, Sim Tze Tzin, dan bekas timbalan menteri Datuk Seri Sharif Omar, kata laman itu.

Program itu diberi tajuk “Biarlah aku berkorban untuk Malaysia”, ayat yang Shukri gunakan dalam catatan di Facebooknya sebelum kejadian itu.

Di lorong inilah terletaknya rumah yang disewa Shukri.Di lorong inilah terletaknya rumah yang disewa Shukri.Bagi mereka, Shukri membuat pengorbanan besar untuk negara dan kisah beliau tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tetapi perlu diketahui oleh semua orang.
“Kalau kita biarkan saja, pengorbanan yang dibuat oleh Shukri untuk Malaysia akan sia-sia sahaja,” kata Rosli Hassan, penyelaras kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Dua, sebahagian Lahar Yooi.

Ada pihak dalam Umno dikatakan tidak mahu kisah Shukri disebarkan, kerana ia memberi kesan yang parah terhadap parti.

Di pihak PAS pula, mereka fobia terhadap perbuatan “membunuh diri” yang dilabelkan ke atas Shukri.
“Kerana kes rokok yang nilai rampasannya hanya RM160, aku akan dipenjarakan… ini kesalahan pertama aku pada tahun 2012… baru sekarang naik mahkamah….tarikh naik court kelmarin tapi ditunda hari ini,” tulisnya.

Bagi Shukri, beliau adalah “rakyat yang dizalimi” sebagaimana ramai lagi rakyat negara ini yang mempunyai perasaan yang sama.

“Banyak bebanan aku nak tangungg…dan ku tak sanggup dipenjarakan… dengan ini ku memilih untuk berkorban sebagai rakyat yang dizalimi….aku akan tamatkan riwayat akuu….kerana banyak kali ku bermimpi lemas di lautan….. ku tahu Allah maha mengetahui dan mungkin aku di kalangan hambaNya terpilih….biar la aku berkorban demi rakyat Malaysia,” tulis Shukri.

Sebagai ahli dan penyokong Pas, Shukri meluahkan perasaanya mengenai hala tuju kepimpinan PAS sekarang, dengan menasihati Hadi tidak termakan dengan sokongan Umno untuk rang undang-undang memperkasakan sistem perundangan Syariah.

“Buat Presiden Pas, janganlah tertipu dengan pimpinan Umno, depa wayang jerr kata dok sokong rang undang undang yang nak di bawak tu agar pembangkang berpecah.

“Bersatula kembali menjadi pembangkang yang kuat…agar nasib macam aku terbela…..nanti dah jadi kerajaan media dah di control senang nak yakinkan rakyat tentang rang yang nak dibawak tuuu……” tulisnya.
Inilah rumah yang disewa Shukri.Inilah rumah yang disewa Shukri.Penduduk di Lahar Yooi mengenali Shukri seorang yang baik dan terlibat aktif dalam kegiatan masyarakat.

“Beliau orang yang baik, bergaul baik dengan masyarakat dan sangat aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dan beliau aktif dalam gerakan pemuda Pas,” kata Jailani, jiran Shukri, lapor FMT.
Namun ada sesuatu yang istimewa kepada Shukri.
Menurut Jailani, dia suka bertindak ekstrem atau nekad dalam banyak tindakannya.

Katanya, ada pihak yang memberikan tanggapan negatif ekoran tindakan Shukri itu termasuklah membunuh diri, yang dianggap dosa besar dalam Islam.

Namun bagi Jailani, itu antara Shukri dengan Allah. Tambahnya, Shukri berkorban menyedarkan semua pihak tentang penderitaan dan tekanan yang dihadapi oleh ramai rakyat sekarang.
Bagi Mujahid yang mengetuai Amanah Pulau Pinang, Shukri merupakan mangsa sistem sebagaimana ramai yang lain di negara ini.

“(Bunuh diri) bukan cara terbaik untuk melahirkan kekecewaan tetapi ia adalah cara melambangkan sistem yang menghukum rakyat marhaen demi sesuap nasi dan membiarkan yang berkuasa dan kroninya terus merompak,” kata Mujahid dalam satu kenyataan mengulas kematian Shukri.
Ekoran pro dan kontra isu ini, balu Shukri, seorang kakitangan awam, tidak mahu kisah suaminya dipanjangkan lagi.

“Saya mahu terus pandang ke depan dan melupakan perkara ini,” kata beliau kepada FMT, yang tidak mahu kisah sedih keluarga beliau ini diungkit-ungkit lagi.
Beliau juga dalam proses mengambil tindakan terhadap sebuah media yang melabelkan suaminya “penyeludup” rokok.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Hasil carian imej untuk Kenapa Sistem Auto-Downline?

Selasa, November 15, 2016

Bersih5.0 : Konvoi Bersih 5 Kelantan akan bermula di Wisma Tok Guru

Flashmob Bersih 5 di bulatan Pasir Pekan hari ini.Flashmob Bersih 5 di bulatan Pasir Pekan hari ini.

Konvoi Bersih 5 dari Kelantan akan bermula dari Wisma Tok Guru di Salor pagi Jumaat ini.
Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan berkata, anggota rombongan berkenaan akan berkumpul sejak awal pagi untuk mengikuti kuliah mingguan oleh Datuk Husam Musa di situ.

"Kita akan bertolak sebaik selesai kuliah dan akan berhenti solat Jumaat di Kuala krai.

"Di sepanjang perjalanan akan ada beberapa lokasi persinggahan sehingga ke destinasi berkumpul menjelang tengah malam di hentian rehat Genting Sempah.

"Di sini kita akan bergabung dengan beberapa konvoi dari Terengganu dan Pahang dan memulakan acara berjalan kaki ke Bersih 5 bagi mereka yang telah bersetuju mengambil bahagian," katanya ketika ditemui selepas mengadakan flashmob kempen bersih 5 di bulatan Pasir Pekan petang semalam.

Menurutnya beberapa acara flashmob adalan terus diadakan di lokasi-lokasi terpilih sehingga 19 November nanti.

"Kita juga akan meneruskan kempen dari medan selera ke medan selera hampi setiap hari untuk meastikan penyertaan Bersih 5 benar-benar meperolehi sasaran," katanya.

Flashmob yang diadakan di Pasir Pekan itu jelas mendapat sambutan penggguna jalan raya apabila pemabdu kereta dan penunggang motosikal tidak putus-putus membunyikan hon sebagai tanda sokongan.


Acara flash mob itu bagaimanapun berjalan dengan aman tanpa sebarang gangguan dari mana-mana pihak.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for ramai berjaya dengan tone excel

Isnin, November 14, 2016

Tiga penjuru : Pas akan hilang kerajaan di Kelantan

Tiga penjuru: Pas akan hilang kerajaan di Kelantan, kata Husam

Pendirian Pas untuk tidak bersama Pakatan Harapan akan mewujudkan pertandingan tiga penjuru dijangka membawa kekalahan teruk parti itu di Kelantan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang, kata bekas naib presiden Pas Datuk Husam Musa..

Beliau berkata sekiranya Pas enggan bekerjasama  Amanah ujarnya, akan bertanding di semua kerusi yang pernah dimenangi Pas di negeri itu dalam pilihan raya umum yang lalu.

Justeru pada masa ini  pimpinan Pas ujarnya, harus memikirkan menimbang semula kewajaran  parti itu tidak  mahu menjalinkan kerjasama dengan DAP dan Amanah dalam menghadapi pilihan raya.

" Apa yang saya boleh kata...apa yang Pas boleh faham jika tiga penjuru maknanya Pas akan kehilangan kerajaannya di Kelantan kerana Amanah pasti akan berada di situ bersedia untuk tiga penjuru.
"Jika itu berlaku baru Pas akan berunding sama ada mahu meneruskan dengan Pakatan Harapan atau Umno kelak.

"Hari ini Pas dengan Umno macam kulit bawang... jangan ingat sama macam dulu tetapi bukan sekarang, zaman sudah berubah...kalau Pas kata mahu lawan tiga penjuru di Kelantan, Pas perlu bersedia," ujarnya yang berkata telah mendapat mandat dari Amanah pusat untuk bersedia menentang Pas di Kelantan.

Sebelum ini Pas dalam satu kenyataan Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pernah berkata, tidak akan memberikan kerusi tradisi yang pernah ditandingi Pas kepada Amanah pada PRU14 sebaliknya Tuan Ibrahim dipetik berkata, mencadangkan supaya Amanah bertanding di kerusi yang tradisinya ditandingi DAP jika Amanah ingin menang dalam pilihan raya itu nanti.

'Husam yang juga Adun Salor yang dipecat Pas kemudian menyertai Amanah menegaskan lagi hanya, formula 'satu lawan satu' adalah paling efektif untuk mengalahkan Umno-Barisan Nasional (BN).

" Satu lawan satu konsep yang kita kira paling efektif tetapi nak mencapainya ada halangan... halangannya bukan DAP, Amanah, PKR atau PPBM kita nak Pas bersama.

"Tetapi Pas hari ini bukan Pas dahulu...kita tiada masalah mana-mana pimpinan yang boleh berunding dengan Pas, tetapi kita perlu ada 'contingency plan' untuk mengatasi masalah itu jika ia berlaku," ujarnya yang mahukan satu pelan tindakan difikirkan bersama antara Pakatan Harapan dan PPBM dalam usaha merealisasikan matlamat untuk menumbangkan Umno-BN sekiranya tanpa penyertaan Pas.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan salah seorang hadirin sejauh mana kerjasama yang dapat dilaksanakan oleh Pakatan Harapan dan PPBM untuk merealisasikan matlamat 'satu lawan satu' sedangkan Pas tidak memberikan kerjasama.

Dalam Forum Khas anjuran PPBM bertajuk: Bersatu Meneroka Masa Depan turut  menjadi panelis Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dan moderator Datuk A Kadir Jasin di Bukit Jelutong malam tadi.

Menjawab soalan yang sama   Muhyiddin menjelaskan partinya sedia berunding dengan semua parti sama ada dalam Pakatan Harapan mahupun Pas.

"Matlamat PPBM hanya untuk mengalahkan Umno-BN dan menjatuhkan Datuk Seri Najib dalam PRU akan datang.

"Jika Pas bersedia 'satu lawan satu' bagi parti Pribumi kita menawarkan diri untuk bertanding dikerusi yang mana Pas pernah ditewaskan Umno dalam PRU13 lalu. Bagi kita pula lawan dengan Umno.
"Jika dengan Pakatan Harapan kita juga perlukan kerusi yang sedia diberikan kepada PPBM untuk menentang Umno," ujar Ahli Parlimen Pagoh ini.


Forum diadakan itu turut dihadiri lebih kurang 1,000 penyokong parti PPBM  malam tadi yang mengajukan pelbagai persoalan berkaitan perkembangan terkini politik tanahair.Forum diadakan itu turut dihadiri lebih kurang 1,000 penyokong parti PPBM malam tadi yang mengajukan pelbagai persoalan berkaitan perkembangan terkini politik tanahair.

mdl

IKLAN BERBAYAR 
Image result for ramai berjaya dengan tone excel

Sabtu, November 12, 2016

Bersih5.0 : Kempen Bersih 5 di Dun Kota Lama kelantan disambut meriah

Cikgu Wan Rahim diapit Che Ibrahim Mohamed dan Hu Pang Chaw di sebuah gerai di pasar Kubang Labu.Cikgu Wan Rahim diapit Che Ibrahim Mohamed dan Hu Pang Chaw di sebuah gerai di pasar Kubang Labu.


Kempen Bersih 5 di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Lama semalam mendapat sambutan meriah pengunjung pelbagai kaum.

Program berlangsung di sebuah medan selera berhampiran pasar Kubang Labu.

Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim bin Wan Abdullah mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberi sokongan kepada kempen tersebut.

Hadir sama Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional Hu Pang Chaw dan Naib Pengerusi Amanah Kelantan Ustaz Che Ibrahim Mohamed.

Turut hadiri aktivis Angkatan Wanita Amanah (Awan) dan Pemuda Amanah negeri.
Gerai jualan baju Bersih 5 yang dibuka khas sempena program tersebut dikerumuni orang ramai daripada pelbagai kaum.

"Kebanyakan mereka begitu bersemangat dan berjanji untuk menyertai perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur pada 19 November nanti," kata Wan Rahim.

Para aktivis Awan dan Pemuda Amanah turut menemui pelanggan medan selera dari meja ke meja untuk menjemput mereka menyertai himpunan Bersih 5 sambil menjual baju dan cenderamata Bersih 5.

Beliau menjangka sekurang-kurangnya 3000 rakyat Kelantan akan menyertai perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur nanti.

"Ini akan ditambah lagi dengan rakyat Kelantan yang berada di luar Kelantan," Katanya.
Sekumpulan peserta Bersih 5 menurut beliau, akan berkumpul di Genting Sempah, Lebuh Raya Karak pada malam 18 Nov untuk berjalan kaki dari tempat itu ke Kuala Lumpur.


"Kumpulan ini terdiri dari peserta tiga negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang," katanya.

mdl

IKLAN BERBAYAR 

Image result for ramai berjaya dengan tone excel

Jumaat, November 11, 2016

PRU14 : Ustaz Nik Omar paling layak Ganti ATGNA

Nik Omar Nik Abdul AzizNik Omar Nik Abdul Aziz

Nama Dewan Undangan Negeri (Dun) Semut Api yang pernah diwakili Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bakal digunakan semula dan calon paling layak mewakilinya ialah anak Almarhum bekas Menteri Besar Kelantan itu, Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Penasihat parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan Datuk Husam Musa mahu penduduk Dun berkenaan memberi sokongan penuh kepada Nik Omar jika beliau menjadi calon dalam pilihan raya umum ke-14 nanti.

"Kalau PAS calonkan Nik Omar untuk Dun ini, pihak kita tidak akan meletakkan calon lain dan mahu beliau menang seperti arwah ayahnya mewakili rakyat di sini," kata
beliau ketika berucap di majalis dialog di kedai kopi Abe Kob, Kg Badang malam tadi.
Menurutnya, Nik Omar ialah anak lelaki Tok Guru yang paling hampir cara hidup dan pendirian politiknya dengan Almarhum Tok Guru.

"Kalau penduduk di sini mahu merasai semula kaedah kepimpinan yang pernah dialami pada zaman Tok Guru, Nik Omarlah paling sesuai untuk menjadi wakil rakyat di sini," katanya.
Husam, sebelum ini pernah menyebut antara calon paling sesuai yang patut dilantik sebagai menteri besar negeri Kelantan pada masa akan datang ialah Nik Omar.


Reaksi seorang exco kerajaan terhadap cadangan itu ialah Pas tidak bersedia mencalonkan Nik Omar dalam pilihan raya kerana katanya Nik Omar bukan penyokong Pas.

mdl

IKLAN BERBAYAR
Image result for ramai berjaya dengan tone excel

Khamis, November 10, 2016

Semua Parti Pembangkang sudah di jemput Untuk Konvensyen PAKATAN HARAPAN. Tapi...

Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah.

SHAH ALAM – Pakatan Harapan tidak pernah menghalang mana-mana parti pembangkang untuk menyertai Konvensyen Pakatan Harapan yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, jemputan telah diedarkan kepada semua parti pembangkang yang mempunyai matlamat sama iaitu menjatuhkan kerajaan BN demi memenangi pilihan raya akan datang.

Jelasnya lagi, jemputan yang sama diberikan kepada parti pembangkang lain turut dihulur kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas.

Bagaimanapun ujarnya, hanya Bersatu yang memberikan maklum balas untuk hadir menyertai konvensyen itu.

“Maklum balas daripada Pas kita belum terima lagi meskipun jemputan rasmi sudah dihantar. Matlamat konvensyen kali ini adalah untuk mencari jalan yang akan menggabungkan pembangkang dalam ikatan yang besar dan kuat.

“Ini adalah satu daripada kaedah kita untuk menewaskan BN, jadi kita undang semua parti pembangkang,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Difahamkan, Bersatu yang akan hadir pada konvensyen itu nanti akan menjadi medium saluran atau ‘orang tengah’ antara Pas dan Pakatan Harapan.

Ia akan berlaku sekiranya wakil Pas tidak menunjukkan muka di konvensyen tersebut.
“Pakatan Harapan tidak ada masalah (dalam soal jemputan). Ini jemputan (hasil) daripada pakatan dan bukan daripada PKR,” ulasnya lagi.

sh

IKLAN BERBAYAR 

Image result for ramai berjaya dengan tone excel

Rabu, November 09, 2016

TERBAIK!! : TAWARAN UNTUK RAKYAT KELANTAN DARI PARTI ISLAM (AMANAH)

Datuk Husam Musa dalam dialog sidang Dun di Salor malam tadiDatuk Husam Musa dalam dialog sidang Dun di Salor malam tadi
Amanah Kelantan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyenaraikan tawaran kepada rakyat apabila berpeluang mentadbir negeri.

Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Datuk Husam Musa berkata antara tawaran mereka adalah membuka peluang kepada rakyat Kelantan memiliki (jual) tanah ladang sebanyak 10 ekar seorang untuk tanaman sawit atau tanaman lain.

"Jika Amanah memerintah Kelantan, antaranya kita cadangkan kerajaan negeri buka peluang kepada rakyat Kelantan memiliki (jual) tanah ladang 10 ekar seorang untuk tanaman sawit/tanaman lain dan diuruskan oleh anak syarikat Kerajaan, dengan ini anak anak muda Kelantan ada peluang memiliki tanah," katanya ketika berucap di majlis penerangan dan dialog sidang Dun bersama Datuk Husam Musa di Wisma Tok Guru, Salor, malam tadi.

Bajet Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan katanya jelas gagal membawa apa-apa gagasan baru untuk memberi harapan kepada rakyat negeri ini sama ada yang masih bermastautin di Kelantan atau bekerja di seluruh negara.

"Ucapan bajet yang semua kita dengar baru-baru ini hanyalah mengulangi rancangan-rancangan lama yang telah dibuat semasa pentadbiran arwah Tok Guru Nik Aziz dan saya masih dalam kerajaan.

"Rumah duafat, program bantu armalah, rumah mampu milik, program peningkatan ibadah hanyalah ulangan kepada apa yang sedia ada dan tidak nampak apa yang baru," katanya.

Apa yang lebih mengejutkan kata bekas exco kerajaan negeri itu, selepas beliau berucap pada hari ketiga, seluruh perhatian dewan meninggalkan perbincangan tentang bajet sebaliknya semua membahas ucapan beliau.

"Walaupun ucapan pihak kerajaan sama ada Adun atau Exco hanya bertujuan menyakitkan hati saya dan meremehkan fakta yang saya bawa tapi semuanya hilang kawalah dari tajuk asal persidangan yang sepatutnya membincangkan bagaimana bajet yang dibentangkan benar-benar memberi impak kepada rakyat," katanya.

Apa lagi katanya bajet kali ini dibentang ketika berada di ambang pilihan raya, sepatutnya perbahasan tertumpu kepada tawaran kepada rakyat untuk dipilih semula dan bukannya mencari siapa patut dikutuk.

Justeru beliau menyeru rakyat Kelantan untuk bersama-sama memberi idea baru bagi membina masa depan negeri itu selepas kerajaan sedia ada semakin letih dan gagal merancang untuk membantu rakyat berdaya maju.

"Kerajaan ni dah jelas letih dan tidak mampu bersama rakyat bangunkan masa depan dan negeri jadi saya menyeru semua orang Kelantan beri cadangan untuk Amanah bina masa depan Kelantan yang lebih baik.

"Kita mahu cadangan dari semua terutama anak-anak muda dan golongan terpelajar supaya bersama melihat potensi negeri ini dalam pelbagai bidang dari pertanian hingga perniagaan internet," katanya.
Beliau juga mahu cadangan dikemukakan dalam bidang pengindahan dan klestarian alam sekitar kerana sebuah negeri Islam harus mengutamakan kebersihan dan keindahan.

"Pintu-pintu masuk ke negeri Kelantan mesti direkabentuk semula supaya pengunjung dan pelancong yang datang terus mendapat inspirasi sebaik tiba di negeri ini," katanya.

Mengenai air sungai Kelantan yang keruh pula, Husam berkata semua patut merasa sedih dengan perkara itu dan mencari jalan untuk memulihkannya.


"Saya terus menerus mengimpikan sungai Kelantan kita kembali jernih seperti dulu dan saudara sekelian perlu memikirkan cadangan-cadangan untuk menjayakannya," katanya.

mdl

IKLAN BERBAYAR
Image result for ramai berjaya dengan tone excel

Selasa, November 08, 2016

YB Nizar : Pendirian Pas yang enggan menyertai Himpunan Bersih 5 merugikan partinya

Mohammad Nizar JamaluddinMohammad Nizar JamaluddinPendirian Pas yang enggan menyertai Himpunan Bersih 5 merugikan parti Islam itu sendiri, kata Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata, himpunan berkenaan boleh dijadikan platform kepada Pas untuk meraih kembali kepercayaan rakyat terutama orang bukan Islam.

"Jadi, kalau Pas tak mahu ikut serta, ini satu peluang yang mereka telah lepaskan.
"Platform Bersih 5 itu boleh dijadikan sebagai tempat untuk membersihkan nama baik Pas, Pas dapat kembali ke pangkuan rakyat dan orang bukan Islam juga akan menghormati Pas semula," katanya ketika ditemui di Konvensyen Pakatan Harapan Perak di Ipoh hari ini.

Nizar yang juga ketua pembangkang Dun Perak dalam ucapannya sebelum itu mengisytiharkan sokongan penuh Pakatan Harapan terhadap perhimpunan Bersih 5 pada 19 November ini.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Pas tidak akan menyertai Bersih 5 walaupun sedia bekerjasama dengan parti pembangkang bagi menghadapi PRU14.

Beliau turut mengingatkan bahawa parti itu tidak akan mengikut telunjuk mana-mana pihak semata-mata bagi meraih keuntungan politik.

Mengulas lanjut, Nizar berkata rakyat boleh menilai sendiri tahap keseriusan Pas untuk bersama pembangkang menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Ibrahim itu.


"Mula-mula mursyidul am dan presiden mereka kata nak kerjasama. Tiba-tiba timbalan presiden kata sebaliknya. Inilah sikap was-was yang ada Pas hingga rakyat hilang kepercayaan pada mereka," katanya yang juga Adun Changkat Jering.

mdl

IKLAN BERBAYAR 

Image result for tone excel wow referral program

Ahad, November 06, 2016

PRU14 : Parti Pas akan hilang 90% kerusi

Mohd Fakrulrazi Mohd MokhtarMohd Fakrulrazi Mohd MokhtarPas akan hilang lebih 90% kerusi yang mereka menangi tahun 2013 kerana parti Islam itu sudah hilang hampir kesemua sokongan bukan Melayu, kata Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.

Beliau berkata, tuduhan jahat bahawa Amanah akan jadi penyebab kemenangan Umno dan memecahkan undi pembangkang adalah tidak relevan.

"Perlu diakui dan hakikatnya hampir kesemua kerusi yang Pas menang tahun 2013 adalah hasil dari sokongan padu kaum Cina dan India. Malahan, kerusi-kerusi Pantai Timur seperti Dun Chukai, Tanjung Lumpur, Sura, Parlimen Kuala Nerus dimengangi atas sokongan padu kaum Cina dan India," katanya.

Menurut beliau, memberi kerusi-kerusi kepada Pas samalah dengan memberi kerusi kepada Umno kerana Pas hampir pasti kalah di semua kerusi yang mereka menangi sebelum ini.

"Ini menjawab nista jahat kononnya Amanah akan memecah undi dan memenangkan BN. Hakikatnya tanpa Amanah PAS sudah pun hilang 90% dari kerusi yg mereka menangi pada 2013 lepas.


"Seharusnya mereka yang masih teringin untuk berunding dgn Pas perlu mengambil kira fakta bahawa Pas bakal hilang hampir semua kerusi mereka dan berhenti menunding jari kepada Amanah," katanya.

mdl

IKLAN BERBAYAR 
Image result for tone excel wow referral program

Sabtu, November 05, 2016

PRU14 : Parti Islam Amanah sedia ambil alih kerusi Pas

Datuk Seri Ir Nizar JamaluddinDatuk Seri Ir Nizar JamaluddinParti Amanah Negara (Amanah) Negeri Perak menyatakan kesediaan untuk meletakkan calon-calon berwibawa di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen yang dimenangiPas semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) pada tahun 2013 yang lalu.
Selain di kerusi Parlimen Kawasan Parit Buntar dan Dun Kawasan Changkat Jering.
Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, pada PRU13 kesepakatan atas nama Pakatan Rakyat (PR) menyaksikan sokongan rakyat yang telah menterjemahkan undi di peti-peti undi seluruh Negeri Perak.
Ini telah mencemaskan Barisan Nasional (BN) yang mana BN telah tumbang pada PRU12 tahun 2008 telah dibuktikan melalui perubahan yang telah dilakukan dahulu atas semangat sepakatan sebelum ini.
Namun bagi PRU-14 atas nama Pakatan Harapan dan kewujudan parti-parti baru lainnya dengan fokus 'satu lawan satu' menjadi agenda Amanah di negeri itu untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).
"Sekarang ini atas nama Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRU14 nanti, dengan kehadiran beberapa parti baharu termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan fokus ‘satu lawan satu’ menjadi agenda untuk menumbangkan BN sepertimana agenda yang turut di bawa oleh Tun Dr Mahathir Mohamed untuk menewaskan BN kelak.
"Amanah Perak serahkan kepada Pakatan Harapan atau gabungan yang bakal dibentuk dengan beberapa parti yang lain untuk meneruskan agenda membela rakyat di kerusi-kerusi tersebut.
"Agar hasrat menumbangkan BN akan tercapai jika semua pihak bekerjasama untuk mengalahkan BN pada PRU14 nanti dan jangan ada yang menjadi pengkhianat untuk mengekalkan BN terus memerintah," ujar bekas menteri besar Perak itu.
mdl
IKLAN BERBAYAR 

Image result for banner iklan GAJI tone excel

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive