PANAS!! : YB RAFIZI RAMLI TERUS TEKAN KETUA POLIS NEGARA DLM ISU 1MDB


ULASAN l Saya dihubungi oleh Inspektor Haniff dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh semalam untuk dimaklumkan bahawa saya sedang disiasat ekoran ucapan saya di hadapan Penjara Sungai Buloh pada 10 Ogos 2016 iaitu semasa perhimpunan meraikan ulang tahun kelahiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ke-69.

Saya juga dimaklumkan bahawa kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya pada hari Khamis 25 Ogos ini.

Hari Sabtu lalu, tiga aktivis siswa yang menjalankan sessi penerangan mengenai perhimpunan #TangkapMO1 - dijadual berlangsung hujung minggu ini - ditahan dan digari polis di Seri Iskandar, Perak. Mereka dibawa ke mahkamah dan telah dikenakan tahanan reman selama tiga hari.

Dalam suasana kemarahan rakyat terhadap Datuk Seri Najib Razak masih memuncak ekoran pelbagai pendedahan skandal penyelewengan wang rakyat yang dikaitkan dengan 1MDB, tindakan dilihat kasar terhadap sebarang kritikan kepada agensi itu atau perdana menteri tidak membantu menaikkan imej pasukan polis.

Apatah lagi apabila tindakan tegas yang sama tidak diambil ke atas pelbagai laporan polis yang telah dibuat selama bertahun-tahun terhadap individu-individu utama di belakang 1MDB.

Alasan yang diberikan oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini ialah untuk menunggu Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memuktamadkan terlebih dahulu siasatan terhadap 1MDB. Setelah kedua-dua siasatan ini selesai, alasan terbaru beliau ialah pihak polis hanya akan mengambil tindakan berdasarkan siasatan Ketua Audit Negara.

Tindakan tak sama tegas

Ketua Polis Negara sebenarnya lupa bahawa saya sendiri telah membuat dua laporan polis terhadap individu utama di belakang 1MDB selepas siasatan Ketua Audit Negara diketahui umum. Maknanya kedua-dua laporan polis yang saya buat mematuhi kriteria ditetapkan Ketua Polis Negara - iaitu tindakan boleh diambil hasil penemuan hasil daripada siasatan Ketua Audit Negara.

Dua laporan polis yang saya maksudkan adalah seperti berikut:
  • Pada 30 Mac 2016, saya telah membuat satu laporan polis terhadap Arulkanda Kandasamy dan pengurusan 1MDB yang lain setelah satu muka surat laporan Ketua Audit Negara yang bocor mendapati bahawa pengurusan 1MDB membuat pembayaran sebanyak RM288 juta tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada Lembaga Pengarah 1MDB. Butiran terperinci laporan polis itu boleh diperolehi di http://rafiziramli.com/2016/04/laporan-polis-terhadap-arulkanda-kandasamy/
  • Pada 18 April 2016, saya telah membuat satu laporan polis terhadap Jho Low ekoran laporan Jawatankuasa PAC pada muka surat 8 hingga 14 yang secara jelas memperincikan pelbagai pelanggaran undang-undang yang boleh disiasat di bawah Akta Syarikat, Akta SPRM, Kanun Keseksaan dan undang-undang lain yang melibatkan Jho Low. Selain saya, laporan yang sama juga dibuat di seluruh negara oleh rakyat biasa. Butiran terperinci laporan polis itu boleh diperolehi di http://rafiziramli.com/2016/04/laporan-polis-terhadap-jho-low-berdasarkan-bukti-dalam-laporan-jawatankuasa-kira-kira-awam-pac/
Sehingga kini kedua-dua mereka masih belum ditahan dan kita tidak mendapat apa-apa maklumat daripada Tan Sri Khalid mengenai tindakan yang telah diambil ekoran daripada laporan polis saya dan mendapat liputan meluas di kalangan rakyat.

Oleh sebab itulah, apabila pihak polis terpaksa mengambil tindakan tegas terhadap individu dan kumpulan yang mengkritik Najib berhubung skandal 1MDB tetapi tiada tindakan sama tidak diambil terhadap watak-watak di belakang 1MDB, ia sudah tentu menjejaskan imej pasukan polis di mata rakyat. Malah penahanan siswa hujung minggu lalu berkemungkinan menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap pasukan polis.

Saya yakin pegawai-pegawai yang terbabit hanya menjalankan tugas kerana diarahkan. Saya tahu ramai di kalangan anggota polis yang mempunyai pandangan yang sama dengan rakyat terbanyak mengenai skandal 1MDB: Mereka marah dan berasa jijik dengan penyalahgunaan wang rakyat ketika mereka (anggota polis) turut mengalami kesusahan seperti rakyat biasa.

Dua hari lalu (Sabtu) saya menyampaikan ceramah di Tambun yang berkisar mengenai kesan skandal 1MDB kepada rakyat. Ceramah itu turut dipantau oleh pasukan polis tempatan yang datang dalam jumlah yang ramai (sekitar lima hingga tujuh orang) dengan lengkap beruniform.

Di akhir ceramah ketika saya bergerak ke kereta, beberapa orang daripada anggota polis beruniform itu menghampiri saya.

Saya ingat mereka mendekati saya untuk menangkap saya seperti kebiasaannya, sebaliknya mereka meminta untuk “tangkap gambar” dengan saya tanpa sedikit pun merasa malu untuk menutup nombor polis yang ada di uniform mereka.

Ketua Polis Negara sewajarnya tahu bahawa tindakan dan sikap beliau boleh dilihat mengheret nama baik pasukan polis yang boleh dituduh melindungi pesalah di belakang 1MDB sedangkan sebahagian besar anggota polis sendiri marah dengan skandal 1MDB.

Jika ini berterusan, ia boleh melemahkan semangat (morale) pasukan polis.

Jika kenyataan dan sikap Khalid berterusan begini, saya sedang berbincang dengan peguam-peguam saya untuk membuat laporan polis terhadap beliau atas kegagalannya mengambil tindakan terhadap laporan-laporan polis yang dibuat terhadap Jho Low dan individu lain yang dikaitkan dengan 1MDB.



RAFIZI RAMLI anggota parlimen kawasan Pandan, merangkap naib presiden serta setiausaha agung PKR

mk

IKLAN BERBAYAR

HANYA RM55 SAHAJA, ANDA BOLEH MENJADI JUTAWAN!!!  


CARANYA, MEMBELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM 

CARANYA : 

BELI 1 LOT BERHARGA RM55 SAHAJA... 

1 LOT ANDA AKAN DAPAT RM400.00 
2 LOT ANDA AKAN DAPAT RM800.00 
10 LOT ANDA AKAN DAPAT RM4000.00 
100 LOT ANDA AKAN DAPAT RM40,000.00 
1000 LOT ANDA AKAN DAPAT RM400,000.00 
2000 LOT ANDA AKAN DAPAT RM800,000.00 
2500 LOT ANDA AKAN DAPAT RM1,000,000.00 

ANDA SUDAH JADI JUTAWAN!!!!!!!!! 

MAKLUMAT LEBIH LAYARI : http://biz55.lot.my
Previous
Next Post »

25 ulasan

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
22 Ogos 2016 5:46 PTG delete

Xramai yg berani mcm rafizi.ramai yg mabuk dedak mcm pas 90juta satu parti kena beli....

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
22 Ogos 2016 7:16 PTG delete

Kita lapor kat Agong lah.
Apa maksud pDrM

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
22 Ogos 2016 9:43 PTG delete

Lapor la mana2 pun xjd apa nya..kuasa dedak melebihi segalanya...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
22 Ogos 2016 10:41 PTG delete

Cash Is King. Keimanan lebai2 pun boleh dibeli dgn 90juta hasil rompakan duit rakyat terbesar di dunia.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23 Ogos 2016 2:28 PTG delete

Mana wsnrosli. Xkan nangis kot.hahahhaha

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
23 Ogos 2016 10:40 PTG delete

Jgn khuatir.. Pastinya kafir harbi lah yg terbaek di mata munafikin..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23 Ogos 2016 11:27 PTG delete

Tu yg aji sotong tgah kira2 brpa kos gi london tpt kapir harbi tuu...sbil gi saman sbil tu jalan sakan.

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
24 Ogos 2016 6:51 PG delete

Kan betul tu kafir harbi tak perlu khuatir..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
24 Ogos 2016 10:39 PG delete

Kahkahkah.wanrosli br lepas nangis ek.kahkahkah.semoga xda yg terasa!.Kahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
24 Ogos 2016 11:12 PG delete

Pigs xperlu khuatir lagi kerana munafikun umno akan menawarkan lagi tmbahan 90juta utk hujah bodoh pigs...semoga pigs xterasa!

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
24 Ogos 2016 1:05 PTG delete

Seronok bukan kepalang kafir harbi bila ditatang sebegitu rupa.. Tak payah blk mulut ada je si munafikin mempertahankan sepanjang masa..

Macai sebegini yg perlu dibela lebih lama kata kafir harbi..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
24 Ogos 2016 4:20 PTG delete

Keldai munafikun tunggangan lebai2 pembohong bersiri pertahankan tuannya makan duit rompakan 90juta.

Keldai2 sebegini yg perlu dibela lebih lama kata ulama2 su. Memalukan Islam.

Dari PASIK ke PIGS

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
24 Ogos 2016 5:54 PTG delete

Wanrosli terasa ke.kikikikiki

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
24 Ogos 2016 6:56 PTG delete

Betullah orang kata, kafir harbi dah boleh berehat panjang.. MUNAFIKUN KAN ADO!!

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
24 Ogos 2016 10:21 PTG delete

MUNAFIKUN PASIK BERTUKAR KE PIGS PENUNGGANG AGAMA. MENIPU ALLAH DAN UMAT ISLAM DULU, KINI DAN SELAMANYA..

KAH KAH KAH

Reply
avatar
Ir Anonymous
AUTHOR
25 Ogos 2016 11:26 PG delete

KAFIR HARBI tak payah susah- susah,
MUNAFIKUN KAN ADO!!

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
25 Ogos 2016 11:47 PG delete

KAH KAH KAH

MUNAFIKUN PAS IKATAN GAGASAN SEJAHTERA (PIGS) KAN ADO!! MEMALUKAN ISLAM!!

Reply
avatar
Ir Anonymous
AUTHOR
25 Ogos 2016 7:20 PTG delete

Saya komen tak perlu pun sebut nama sape2 tapi dah terasa nak wat camana?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
26 Ogos 2016 12:27 PG delete

Undi PIGS = Undi Umno

Harap takde yg terasa..

Pas Ikatan Gagasan Sejahtera PIGS

KAH KAH KAH

Reply
avatar
Ir Anonymous
AUTHOR
26 Ogos 2016 3:46 PG delete

Sanggup pertahankan status munafikun hanya kerana sayang sesangat pd kafir harbi!

Tengok! Tak sebut pun nama sesiapa?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
26 Ogos 2016 5:41 PG delete

KAH KAH KAH

Macai PIGS penjual agama dah terasa!!

Reply
avatar
Ir Anonymous
AUTHOR
26 Ogos 2016 11:29 PG delete

Undi Munafikun = Undi Kafir Harbi!

Amacam? Masih tak tujukan pd sesiapa.. Ini sebenarnya adalah kenyataan!

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
26 Ogos 2016 6:14 PTG delete

Undi munafikun PIGS = Undi Umno dan kafir harbi

Ini sebenarnya adalah kenyataan!

KAH KAH KAH

Reply
avatar
Ir Anonymous
AUTHOR
26 Ogos 2016 9:31 PTG delete

Bagus lah dah setuju bahawa undi munafikun = undi kafir harbi! SATU gandingan yg mantap sekali..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
27 Ogos 2016 11:41 PG delete

Mantap lagi gandingan pigs(pas ikatan gagasan sejahtera) disulami 90 juta.kahkahkahkahkah

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes