Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Jun 17, 2016

KENYATAAN PANAS!! PARTI ISLAM (AMANAH) : HARAP PEMIMPIN PAS MENERIMA DENGAN HATI TERBUKA.

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menguji pengaruh sebenar parti-parti bertanding.PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menguji pengaruh sebenar parti-parti bertanding.

Pucuk pimpinan tertinggi Pas diharap dapat menerima kecenderungan ahli-ahli parti itu yang menyokong Amanah  dengan penuh lapang dada, ujar Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin.

Shazni Munir Mohd IthninShazni Munir Mohd IthninBeliau yang juga Penyelaras Jentera Induk Pemuda Amanah di Sungai Besar berkata, segala ugutan, tohmahan, kata-kata nista dan kejian kepada kelompok berkenaan harus dihindarkan dalam konteks politik matang dan sejahtera.

"Ini memandangkan mereka juga mempunyai anak-anak, ayah, ibu dan keluarga yang perlu dipelihara hati dan perasaan sebagai manusia biasa," jelasnya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau mengulas kehadiran secara terbuka pimpinan kawasan dan cawangan Pas Kawasan Sungai Besar dalam pelbagai program penerangan anjuran Amanah selepas calon Pas, Dr Rani Osman menghadiri majlis iftar Amanah, Selasa lalu.

Menurut Shazni, kehadiran mereka dilihat sebagai sokongan tidak langsung kelompok yang digelar 'harumanis' ini kepada parti diterajui bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu itu.

"Politik seharusnya ditanggap sebagai salah satu daripada proses menentukan halatuju negara. Sebarang persengketaan berasaskan emosi, sentimen kepartian melampau dan ketaksuban membuta-tuli sewajarnya tidak berlaku dan wajib ditegah jika perlakuan-perlakuan jelek ini sedang bermaharajalela.

"Anggota setiap parti perlu ditertibkan dengan akal budi yang sihat dan tidak terjebak dengan pertelingkahan yang tidak membangun agama dan negara," ujarnya.

Sehubungan itu, Shazni mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bersungguh-sungguh menggerakkan sokongan kepada calon Amanah dan Pakatan Harapan pada pilihanraya kecil kali ini.


"Marilah sama-sama kita berdoa agar kemenangan bakal memihak kepada calon Amanah/ Pakatan Harapan. Pesanan buat seluruh jentera, usah berhenti hingga garis akhir perlumbaan. Terus bergerak dan maju," tegasnya lagi.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!! Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN?? Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang... Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit..
Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my

Cara gandakan simpanan wang

13 ulasan:

  1. Terima kasih atas pendedahan politik matang yang pas laksanakan sekarang sesungguhnya ahli pas begitu matang. Tetapi kenapa pulak mat sabu pegi serang markas pas buat provokasi org pas tetap matang tidak buat apa2. Matang sungguh mat sabu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Matang apa benda nya bawak isu warna oren je. org lain bwk isu besar2 tp pas cuma isu warna oren je pas tau.kahkahkah

      Padam
  2. Aku ingat tadi budaj ni nak kata ramai org pas masuk pan rupanya sekadar dtg ke mjlis pan shj...itu perkara biasa dlm pas yg berbaik dgn semua org sbg subjek dakwah. Budak ni kena bnyk belajo lagi ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yela.pas kan kuat.pas ada keris panjang sedepa.kahkahkah

      Padam
  3. PAN mana berani pegang keris. Telor dah kena genggam dgn DAP.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xpa sekurang2 nya telor xkena pegang najib mcm pas. Kahkahkah

      Padam
  4. Masing2 pemimpin parti agama negara ni dah bg komen mcm2. Tiba2 budak ni pun pening apa nak ckp pun tak tau. Alih2 merapu isu tahap tadika ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahap tadika ka taska ka tp xla sokong umno mkn dedak umno,xla pulak rompak balak kelantan, paling xjual agama utk dptkan undi mcm pas...

      Padam
    2. Tahap lagi hebat.org bwk isu Ekonomi, rasuah,penyelewengan rosmah tp pas bwk isu warna oren sama ngan tok sami.kahkahkah. Xfhmla betapa bodoh nya kepala otak pas ni.tadika pun kalah.kahkahkah

      Padam
    3. Pangkah PAN mcm pangkah DAP.. tak sanggup aku!..

      Padam
    4. Otak bodoh wanrosli mmgla mcmtu.kahkahkah. Baik die pangkah umno kan.kahkahkah. Oh ya.mana video matsabu tolak ya?jgn buat2 lupa pulak. Kuikuikui

      Padam
    5. Pada pandangan saya pula kedua2 PRK benar2 membawa rahmat kpd PAS.. di mana diharap PAS tidak perlu menoleh ke belakang lagi kerana bimbang akan dibuli lagi oleh PR.

      Spt yg kita dah jelas, PAS lebih kuat bersendirian jika dibandingkan dgn DAP bersendirian mahupun dgn PKR bersendirian.. tak perlu komen pasal PAN bersendirian sbb semua org dah tahu..

      Begitu juga bilamana PH telah mewujudkan 'precedent' iaitu dgn melanggar kawasan PAS.. jadi PAS tak perlu malu2 alah lagi utk langgar kawasan PH pula pd PRU 14 nanti..

      Saya ingin mencadangkan agar PAS bertanding di kawasan PAS yg sediada dan juga kawasan PAS yg pernah dipinjamkan kpd PKR sebelum ini.. manakala bagi kerusi2 PKR yg lain dan kerusi DAP pula, PAS letaklah calon parti gabungan Blok ke 3, tapi masih guna lambang PAS. Yg ada buat masa ni ialah Parti Ikatan.. pastikan jentera di setiap cawangan dan kawasan PAS di tempat Parti Ikatan bertanding digerakkan seluruhnya utk berhadapan dgn jentera BN. Ini adalah bagus utk bagi latihan kpd Parti Ikatan atau parti gabungan yg lain kelak..

      Tidak lupa juga kpd ahli2 bersekutu dlm Dewan Himpunan Penyokong PAS.. mereka ini jg boleh bertanding di kawasan DAP dan PKR bagi berdepan dgn BN!

      Itu shj yg dapat saya fikirkan buat masa ini..

      Padam
    6. Laaaaa.mana video hududnya.jgnla kalih2 isu.kahkahkah

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...