Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nazree Yunus. berkata Najib bukan sahaja gagal menyelesaikan beberapa isu utama membabitkan kepentingan rakyat dan beliau juga dilihat sebagai pemimpin yang boros.
“Mungkin Najib perlu memikirkan cadangan ini (meletak jawatan) andai beliau tidak mempunyai ‘political will’ yang kuat hingga gagal menjayakan beberapa hasrat integriti dan pentadbiran ‘good governance’.
“Jika seorang pemimpin diberi amanah dan kuasa, namun tidak ada kekuatan untuk melakukan perubahan menjadi lebih baik bagi keseluruhan rakyat, maka ia tidak berguna.
“Beri sahaja laluan kepada pemimpin baru yang lebih berkelayakan dan berkemampuan untuk menjadi orang nombor satu dalam negara,” katanya selepas menghantar memorandum Aduan Rakyat AMK kepada wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), di sini, pagi tadi.
Nazree berkata, sifat boros Najib bukan sahaja disedari pemimpin pembangkang tetapi turut diakui mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Kenyataan Tun (Mahathir) jelas menunjukkan bahawa beliau bersetuju andai dikatakan Najib sebagai seorang yang boros dan perbelanjaannya perlu disemak semula.
“Dalam keadaan rakyat dihambat kenaikan harga barang dan kos sara hidup, maka adalah tidak wajar seorang Perdana Menteri melakukan pemborosan termasuk isu jet peribadi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya jika Najib membuat perbelanjaan berlebihan untuk membeli jet dan Mahathir juga secara sinis berkata kerajaan pusat pada hari ini mungkin lebih kaya daripada zaman pemerintahannya, maka pimpinan Najib perlu menaik taraf sistem penerbangan.
-NFN-
Selangorkini
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...