Timbalan Ketua AMK Sarawak, Zulhaidah Suboh berkata, ratusan laporan polis dan SPRM dibuat, namun tiada satu pun siasatan dan tindakan diambil.
“Jika benar kedua-dau jabatan itu badan bebas rasuah dan berintegriti, maka mereka harus bertindak segera,” kata Zulhaidah dalam kenyataan.
Sebelum ini, seorang akauntan bertauliah Andrew Heng, 39, mendedahkan anak lelaki Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib mempunyai kepentingan dalam 85 syarikat asing, termasuk Sakthi International yang berpangkalan di California.
Perkara itu diketahui ketika pendengaran tuntutan harta sepencarian isteri Bekir, Shahnaz A Majid dalam tuntutan perkahwinan RM100 juta, ekoran penceraian mereka.
“Mana mungkin Taib hanya akan makan gaji sebagai Ketua Menteri boleh memiliki kekayaan yang di luar jangkauan.
“Pendedahan demi pendedahan dibuat Sarawak Report berkenaan Taib Mahmud dan keluarga tetapi tidak pernah menunjukkan sebarang maklum balas.
“Taib Mahmud akan memastikan bahawa tidak seorang pun anak-anak beliau ketinggalan daripada menjadi jutawan hasil daripada kerakusan mengaut hasil negeri.
“Sebaliknya kian agresif menelanjangkan terus hasil bumi Sarawak dan tanah adat rakyat negeri ini untuk mengisi kantung dan perut keluarga di kala rakyat sedang merintih sengsara,” kata Zulhaidah.
KeadilanDaily
Macam statement gua jer nilaian harta Taib dan keluarga...
BalasPadam