Iklan Penaja 1

Picture

Rabu, Mei 29, 2019

Jawapan Akmar Nasir : Isu Panas Berbuka Puasa di Gurdwara

Image may contain: 6 people

MOTIF VIRAL?
PERSAHABATAN DENGAN BUKAN ISLAM
Tindakan saya untuk memenuhi undangan jemputan ke Gurdwara daripada komuniti Sikh di bandaraya Johor Bahru semalam menimbulkan pelbagai reaksi.
Walaupun program ini pada asalnya bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kita meraikan kepelbagaian dalam masyarakat, ianya menimbulkan perbincangan dan kecaman yang meluas di laman-laman media sosial dan kumpulan-kumpulan Whatsapp.
Mungkin kurangnya usul periksa atau kekhilafan dari segi penyampaian seperti adu domba oleh gerakan maya pembangkang ‘Ops Johor’ yang terkenal sebagai medium penyebaran kebencian perkauman dan agama menyebabkan isu sebegini mudah diviralkan dan dikaitkan dengan sensitiviti masyarakat.
Saya terima nasihat, teguran dan peringatan dengan hati terbuka daripada pimpinan agama, saudara-mara, sahabat dan orang ramai. Malah saya amat bersyukur dengan panduan yang diberikan.
Manakala segala tohmahan, cacian dan kata-kata kesat hanyalah menggambarkan betapa rendahnya keperibadian mereka.
Tindakan mereka ini sekadar memperkuatkan keyakinan saya dengan usaha yang saya cuba lakukan.
Saya hargai sokongan rakan-rakan yang faham mengenai keperluan untuk kita mengangkat kebenaran dan mendidik masyarakat.
Maka saya kongsikan pandangan dan pengalaman yang berlaku semalam sebagai rujukan bagi menggalakkan lagi hubungan baik sesama rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.
MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH
Apabila program Iftar Muhibbah ini tiba-tiba hangat diperkatakan, saya telah menulis di Facebook bagi memberi sedikit gambaran mengenai Gurdwara berdasarkan apa yang berlaku tahun lepas.
Saya terangkan inisiatif yang telah dibuat oleh komuniti Sikh sebelum ini yang menyebabkan saya bersetuju untuk hadir ke Gurdwara buat kali yang kedua.
Ternyata dalil-dalil dan hujah-hujah agama tidak meletakkan halangan kepada umat Islam untuk menghormati agama lain dan mengharuskan kunjungan ke rumah ibadat mereka dengan tujuan yang murni.
Namun, saya tetap merasakan saya bertanggungjawab agar mereka yang turut serta dalam program ini terutamanya di kalangan Muslim terpelihara dari segi perbuatan atau mengelak dari perkara-perkara yang meragukan.
Walaupun ada Fatwa yang menyebut hukumnya makruh mengerjakan ibadah di rumah ibadat lain (maksudnya boleh dibuat), tetapi saya juga perlu peka dan sebagai seorang pemimpin tempatan sudah pasti gerak-geri saya bukan saja dinilai dan diperhatikan tetapi juga boleh menjadi ikutan.
Bagi Iftar Muhibbah tahun lepas, saya sebenarnya telah menyertai qariah Masjid Bulatan, Kg Melayu Majidee untuk Majlis Khatam Quran, berbuka puasa dan solat Maghrib secara berjemaah sebelum saya ke Gurdwara bagi memenuhi undangan mereka.
Mereka yang suka tuduh-menuduh boleh semak dengan qariah Masjid atau rajin-rajinlah bersama mengimarahkan rumah Allah.
Cuma saya menganggap ibadah saya adalah urusan dengan Allah dan saya tidak mahu dianggap menunjuk-nunjuk sebab itu saya tidak ceritakan secara terbuka.
Tetapi dalam konteks ini, saya ceritakan juga untuk elak fitnah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Manakala untuk undangan Iftar Muhibbah tahun ini, saya dapat tiba lebih awal di Gurdwara sekitar jam 6.45 petang bagi menyantuni penganjur, hadirin dan pihak media sebelum saya menyeberangi jalanraya ke Kompleks Kotaraya@Galleria bagi berbuka puasa di Masjid An-Nur Kotaraya (rujukan: https://www.facebook.com/593529354077239/posts/2266229873473837)
Selesai solat Maghrib berjemaah di Masjid An-Nur Kotaraya, saya kembali semula ke Gurdwara untuk makan bersama dan meraikan tuan rumah dan tetamu mereka.
TAKUT DENGAN KEBAIKAN
Sementara penganjur bertungkus-lumus mempersiapkan majlis, mereka juga faham dan menghormati permintaan saya untuk berbuka dan solat Maghrib di Masjid terlebih dahulu sebelum makan bersama.
Saya juga ucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Kotaraya@Galleria dan Masjid An-Nur yang tampil memudahkan kami untuk berbuka puasa.
Toleransi sebegini jarang-jarang diceritakan.
Dalam berhadapan dengan masyarakat berbilang bangsa, masyarakat Melayu Islam sering didambakan dengan pemikiran seperti:-
Kita perlu takut akidah kita tergugat.
Kita perlu sangsi dengan mereka bukan Islam yang cuba menggugat kepercayaan kita.
Walaupun mereka cuba melakukan kebaikan, sudah pasti mereka mempunyai agenda tersembunyi.
Begitulah sensitiviti dan sentimen yang telah ditanam dalam masyarakat kita.
Diakui bahawa sikap berwaspada dan berjaga-jaga perlu ada, namun kita perlu ada keyakinan dengan kemampuan diri kita yang boleh dipupuk melalui kepercayaan, ilmu dan amalan.
Sebagai orang Islam, kita wajib berpegang teguh kepada agama kita.
Sebagai rakyat Malaysia pula, kita perlu bersikap jujur bahawa kita hidup dalam masyarakat majmuk.
Pandanglah mereka yang bukan beragama Islam dari sudut sesama manusia.
Kebaikan yang dibuat wajarlah disambut dengan kebaikan.
Provokasi dan sentimen perkauman hanya akan melemahkan kita semua sebagai sebuah negara.
Menghormati dan memahami antara satu sama lain membolehkan kita bukan sahaja mewujudkan suasana yang harmoni tetapi juga mengenali diri kita sendiri dengan lebih dekat.
Sikap sebegini tidak boleh dibeli tetapi perlu diusahakan dalam diri masing-masing.
Adalah rugi untuk kita sebagai seorang Muslim tetapi tidak berusaha ke arah keperibadian yang terpuji dan melangkaui polemik perkauman.
MASIH BANYAK YANG PERLU DILAKUKAN
Program Muhibbah semalam bukanlah majlis rasmi tetapi kerana tersebar luasnya, ramai yang tampil bagi memudahkan urusan dan saya terharu melihat kesepakatan semua pihak.
Kehadiran pemimpin komuniti muslim berbangsa India daripada Masjid India berdekatan dan komuniti muslim berbangsa Cina dari Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) untuk meraikan majlis muhibbah adalah amat bermakna.
Mereka menjadi bukti bahawa agama Islam tidak eksklusif kepada mana-mana kaum atau kumpulan, tidak menindas serta tidak memutuskan hubungan silaturahim hatta kini berbeza kepercayaan.
Sementara polemik agama dan perkauman akan terus dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kita seharusnya mempunyai jati diri, prinsip, sahsiah dan nilai-nilai terpuji.
Tidak dinafikan kita perlu sentiasa merujuk kepada alim ulama’ dalam hukum-hakam agama.
Kita perlu teliti dan perlu ada kaedah membuat keputusan berdasarkan panduan yang diberikan.
Tetapi saya juga yakin sebagai seorang Muslim di negara ini, kita juga mampu berperanan mengeratkan hubungan sesama rakyat Malaysia.
Sekurang-kurangnya kita semua mempunyai aspirasi untuk mewujudkan masyarakat yang bertoleransi dan saling faham-memahami sementara tegas dalam mengangkat nilai-nilai murni seperti akauntabiliti, menolak rasuah dan salah guna kuasa.
Saya yakin dengan berpandukan keyakinan tersebut, kita mempunyai kekuatan ke arah kesejahteraan masyarakat baik dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Selepas majlis di Gurdwara, saya bergegas ke Masjid Taman Dato’ Onn, Larkin untuk Solat Isyak dan Terawikh bersama dengan penduduk tempatan.
Ketua AMK Malaysia

Picture

30 ulasan:

  1. Taliban lama dah fatwa haram buka puasa dengan kafir. Kalau buka puasa dalam gereja, kuil dan tokong Taliban sudah cop pelakunya ahli neraka Jahanam. Memang Taliban punya kitab macam itu, ahli Taliban ikut dan wala tanpa bantahan. Kalau tidak ikut kitab Taliban akan kata sesat dan sah masuk Neraka. (Kitab Taliban sahih karangan Ulama Kartel Dedak ms 90j bab 1.4j) Kahkahkahkahkah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kitab taliban kata dedak dan bohong halal untuk lobai2 taliban..

      Padam
    2. Tak jadi isu besar pon dia nak berbuka jika dibandingkan isu kena kencing KERAjaan hanceng...

      KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH


      Padam
  2. Umno masih kaciwa kekalahan....untuk mencapai cita2 politik ape saja pluang yg ada umno akan gunakan sebagai modal untuk lemahkan kerajaan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menang kalah.adat bertanding...

      Yg penting kena pandang hikmah di sebaliknya. Yg itu raykat dah sedar dan perhatikan sandiwara atok dan nobita serta maharaja takut debat kapir dapigs...hihihi

      Rasanya klu esok buat pru15...gerenti bungkus KERAjaan haprak....hihihi

      Bagi aku jujurnya segala dakwaan dan tuduhan yg dimainkan oleh atok sblm ini banyaknya fitnah demi memenuhi cita2 legasi 22tahun.

      Anwar pulak tumpang nama atok setelah gagal beberapa pru.
      Nak jadi peeM ke8????!!!!
      Azan tengah berkumandang..ko cabut lari...apa cerita???!!
      Sheikh apa mcm tu!!!
      Hihihi

      Padam
    2. Setakat menang undi dalam FB dan media sosial belum tentu macai. Masa PRU14 jentera Pas siap buat undi online FB habis sapu bersih Parlimen dan DUN. Siap PM ke 7 Hadi Awang pun sudah dapat undi majoriti dalam 40,000 undi FB. Hebat sungguh. Bila Rakyat mengundi 9 Mei 2018 ??? Memang habis PM online, Menteri Kabinet dan YB Facebook melingkop belaka. Kahkahkahkahkahkahkah.

      Padam
    3. Macai najib hanye mampu berangan nak sedapkan hati...hihihi

      Padam
    4. Menang dengan menipu dan juga memfitnah. InsyaALLAH akan kecundang juga akhirnya pakatan dapigs.

      Padam
  3. Dlm tulisan mukadimmah manipistol atok pujaan mahacai mengatakan dia dgn rasa rendah diri dan bertawakal kpd Allah swt akan menunaikan kencing hanceng yg telah mrk persetujui bersama.
    Semuanya demi membentuk msia baharu utk mfhadapi saat2 cemas yg dilakukan oleh kerajaan bn.


    Perghh...rasa rendah diri dan bertawakal kpd Allah swt???!!!!!

    Apa yg raykat dapat?????
    KENCING HANCENG!!!

    KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH


    Yang pelik bin ajaib...msh ada mahacai yg membodek utk tagih janji jwtn peeM ke8....hihihi

    Klu prinsip daddykasi jadi taruhan...ko jilat jer berak dan kencingnya cai oi...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Move on ler macai BN. Ada lagi 4 tahun ko nak meroyan pasal manifesto tu. Sampai PRU15 nanti orang pun jadi muak dan jelak. Bagi pro pembangkang masuk TV pun cerita menifesto lagi. Bosan weh. Macam tak ada ide nak jadi pembangkang berkesan. Ratib zikir hancing tapi yang terkencing di mahkamah makin bertambah ramai. Kahkahkahkah.

      Padam
    2. Yg cerita pasal najib 24/7 yg dah kena bicara mahkamah atok...kenapa tak move on???
      Hihihi...

      Hebat atok mengeluarkan tutur kata demi mghancengkan kepala mahacai sekor atas tu...hihihi

      Move on konon...hihihi

      Padam
    3. Kes jenayah Najib Razak nak move on???? Macai kena ikut perbicaraan mahkamah macai baru move on namanya.... Ini asyik sebar tak ada bukti konon, nampak sangat ko tak move on lagi. Perbicaraan dah panggil 40 saksi..... macai dan lebai ingat saksi tunggul kayu ker? Semuanya adalah bukti jenayah dan ubah wang haram. Move on macai. Move on. Jangan jadi katak bawah jamban Najib. Asyik kena kencing hancing jer. Kahkahkahkah.

      Padam
    4. Saksi beri keterangan kena paksa sign cek...hihihi...

      Pengurus ambank sahkan najib lantik pegawai src jadi pengurus akaunnye...

      Tak maduk akal najib tak tahu berpuluh juta wang src masuk dlm akaunnye...

      Padam
    5. Bekas Pengarah KWAP sudah sahkan pinjaman atas arahan Najib Razak Penyangak. Tak ikut prosedur main hentam keromo bagi pinjam. Pinjam 1b tapi masuk akaun 42j saja. Macam mana Penyangak tak terkejut dan sedih? Nak lapor polis? Kahkahkahkahkahkah.

      Padam
    6. Anon 6.23, baik kau simpan peluru kau untuk tembak atok. sebab lepas mi yang akan kena ialah abang non engkau.

      Padam
  4. PeeM kata nilai ringgit kekal dan nilai dollar pula naik...TEPUK!!!!

    Salah najib lah tu....hihihi

    BalasPadam
  5. ari jumaat minggu depan kerja satu hari ajer... klau Pak Lah atau Najib ANWAR AL JUBOORI akan beri cuti am cuti perlepasan ... tapi kalau mamak ni renti kan lah dibagi... mamak ni bodoh sikit....


    kikikiki..

    BalasPadam
  6. Benarkah kenaikan tarif letrik sebanyak 30% secara senyap2 adalah atas arahan KERAjaan hanceng?
    Jika benar...malang benar buat raykat

    Hrp jangan ada mahacai salahkan najib pulak....hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macai tak move on lagi ke chai? Kahkahkahkah. TNB sendiri sudah mengaku ada kesilapan teknikal ler. Memandai jer macai buat fitnah bulan Ramadan. Apa ko ingat macam Razman Zakaria PJ Pas Perak ker? Panjangkan fitnah dapat pengajaran? Memang patut ler PAS sudah jadi - parti Taliban yang kalah dan cabut lari dari saman fitnah - buat malu agama Islam sajer. Dari Tuang Presideng Taliban sampai anak buah Taliban menurun perangai perosak Islam. Kahkahkahkahkahkah.

      Padam
    2. Kesilapan teknikal??
      Tiba2 jer ada kesilapan teknikal...hihihi

      Ingatkan kesilapan najib...hihihi

      Padam
  7. Dah banyak manipesto kerajaan PH tunaikan....

    Bagi aku paling penting minyak petrol tak naik hingga 2.40 seliter...

    Sejak PH perintah harga minyak tak naik lebih 2.20..... Sekarang turun kpd 2.08...

    Kalo najib yg perintah harga sudah lebih 2.40 seliter...macai beli harga 2.40 seliter?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minyak sepatutnya rm1.50 seliter...
      TolOL dihapuskan...belum dilakukan sedangkan atok kenal semua pihak yg dibuat perjanjian konsesi TOLol
      Pendidikan percuma...tapi dah ada uni charge yuran tinggi pula.
      Gst dihapuskan tapi kos sara hidup meningkat mendadak..
      Ringgit makin jatuh...
      Bantuan raykat makin berkurangan atas alasan raykat perlu ikat perut dan daddykasi sukati berjoli...hihihi
      Tarif letrik meningkat dan ada pengakuan org dlm tnb ia adalah arahan KERAjaan hanceng..

      Apa ne??!!!!
      Patot pon raykat makin meluat dgn KERAjaan hanceng...

      Jangan salahkan najib pulak...hihihi

      Padam
    2. Kahkahkahkah. Move on ler chai. Sian tengok macai macam tak ada berita baru. Sampai korek PRU13 punya kempen nak buat manifesto PH. Kahkahkahkah. Move on chai. Isu baru sudah banyak. Tapi semua isu perkauman dan agama. Isu Royal pulak sudah semakin kurang apabila Raja-Raja Melayu termasuk pewaris takhta mula bersuara melawan manipulasi pembangkang. Puas dah cakap isu sentimen tak boleh kekal lama. Setakat buat masa kempen boleh ler. Tapi sekarang sudah overkilled sampai Rakyat jadi muak dan bosan. Macai pembangkang jaja isu kaum dan agama tak habis-habis. Yang tak move on daripada kekalahan PRU14 masih main isu manifesto. 4 tahun lagi chai punya cerita. Kahkahkahkahkah.

      Padam
    3. Baru2 nie atok ko tu kata raykat tolak ph krn tak dpt duit percuma. Statement paling bangang setakat ini....hihihi

      Bukan semua dpt duit percuma dan wang tersebut pon bukan atok dan nobita yg punya. Br1m yg dijanjikan krjaan lalu lebih besar tetapi kenapa raykat tolak???

      Makin lama makin rasa nak muntah dgn kenyataan2 atok nyanyuk ko tu cai....hihihi

      Jangan salahkan najib klu raykat benci KERAjaan atok...hihihi

      Padam
    4. Yang buat statement benci Kerajaan bukan Rakyat majoriti pun. Majoriti sudah tolak korang UMNO - BN MCA - Pas. Jangan ler perasan boss. Kahkahkahkah.

      Padam
    5. Berangan nak harga minyak 1.50... Masa anwar offer pru 13 si tolol tolak mentah2... Sekarang baru nyesal...hihihi..tongong..

      Padam
  8. Bagi aku kerajaan PH okey..cuma masalahnye madey yg perlu digantikan oleh anwar dgn segera untuk pulihkan ekonomi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. That ain't gonna happen. dream on pakatoons

      Padam
  9. SILA BACA SILA BACA

    Hai, ya yang sebenarnya hanya mendapat kad atm saya kosong, dari MR GEORGE. dia sangat baik pada apa yang dia lakukan. bertemu dengan beberapa orang tetapi mereka melarikan diri dengan wang saya tetapi mr george menghantar saya kad itu dua hari lalu melalui perkhidmatan kurier di negara saya. Kad yang diprogram hanya untuk pengeluaran wang tanpa diperhatikan dan juga boleh digunakan untuk pembelian dalam talian secara percuma. Proses permohonan adalah sangat mudah, saya telah mencuba mesin ATM terdekat dengan saya, untuk mengejutkan saya yang paling besar Ia bekerja seperti sihir. Saya mampu mengeluarkan sehingga $ 3000 setiap hari, saya tidak perlu risau tentang mendapatkan pinjaman lagi. ATM ini benar-benar mengubah hidup saya. Jika anda ingin menghubungi mereka di sini. Di sini ialah alamat e-mel georgeflemming402@yandex.com

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive