Tempoh masa peralihan kuasa diantara 2 tahun ke 2 tahun setengah adalah tempoh yang wajar dipertimbangkan sebelum berakhir separuh penggal pemerintahan Pakatan Harapan (PH), kata Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Syed Badli Shah Osman.
Beliau berkata eralihan kuasa tidak boleh berlaku lewat dari tempoh 3 tahun dan tidak boleh dilihat tergesa-gesa.
“Pelan peralihan kuasa perlu disusun rapi bagi memastikan kestabilan kerajaan.
“Pelan peralihan yang berlaku terlalu lewat akan menyukarkan perdana menteri baru untuk membentuk corak pemerintahan negara kerana tempoh masa penggal berakhir terlalu hampir.
“Justeru wajarlah Anwar diangkat sebagai perdana menteri dalam tempoh 2 tahun ke 2 tahun setengah,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menyeru agar seebelum peralihan kuasa berlaku, seluruh kepimpinan dan pendukung Pakatan Harapan untuk terus memberikan sokongan padu dibawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Setahun sudah berlalu kisah tumbangnya tirani terpahat dalam sejarah politik negara. Setahun juga masanya kerajaan Pakatan Harapan mengambil tempat.
“Tentunya kerajaan setahun jagung, tidak mudah menandingi kerajaan tua yang berusia 60 tahun.
“Hakikatnya PH telah berjaya menambah baik pelbagai perkara dibawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Polisi-polisi lapok berjaya diubah dan dasar-dasar baru turut diperkenalkan.
“Seluruh pendukung PH wajar berterima kasih kepada Tun M diatas hasil usahanya memimpin Malaysia baru walaupun sudah berusia lewat.
“Namun janji ketika penubuhan Pakatan Harapan untuk mengangkat Anwar bagi mengambil alih tampok kepimpinan negara juga haruslah dipenuhi.
“Datuk Seri Anwar perlu diangkat sebagai Perdana Menteri dalam tempoh 2 tahun pemerintahan Pakatan Harapan,” tegasnya lagi.
Tabik hormat kepada saksi SRC Datuk Dr Kamariah bekas KP EPU.
BalasPadamBerani menolak kertas permohonan geran 3 halaman yang disokong Penyamun Ummah.
Buat "pinjaman" sebanyak 3 billion tanpa perlu bayar semula.
Walaupun EPU akhirnya terpaksa tunduk kepada syarikat RM2 SRC ciptaan Penyamun Ummah untuk terima pinjaman 1 billion.
Penjawat awam yang berkiblatkan Penyamun Ummah tidak akan kekal lama.
Turun naik mahkamah dan penjara sedang menanti.
Yang amanah dan patriotik sahaja akan selamat dan terus membina negara kita.
Merekalah hero tidak didendang walaupun siapa sahaja menjadi PM yang akan memimpin negara.
Klu mahkamah sebijik mcm mahkamah bawa tilam peliwat tu...tahniah.
PadamHihihi......
Mary Anne Jolley Al Jazeera kembali mengajar kleptokrat Penyamun Ummah Najib Razak dan Rosmah Mansor.
BalasPadamMalaysia: Power and Corruption | 101 East (Bahasa)
https://www.youtube.com/watch?v=3VDO0PpZubQ&list=PLzGHKb8i9vTyyefrSwaJ5qEmwub4jF1H6
Mary tu tak nak mengajar mat2 kencing yg kencing merata2 ker....hihihi
PadamSekadar bertanya jer...
Tak tahan dgn bau hanceennng...
Hihihi....
Sempena bulan mulia nie hrp atok dpt dedahkan pembeli individu yg membeli aset2 TH dan khazanah.
BalasPadamAdakah proksi atau kroni atau daddykasi?
Dia meminta raykat utk mempercayai usahanya tetapi klu dah mat kencing dgn sejarah hanceenggnya...ptuiiiihhhh!
BalasPadamHihihi....
Bila TGHA ucap terima kasih PH kerana keluarnya ahli UMNO dan PAS yang merosakkan parti.
BalasPadamTerdedah pula 5 Jahanam Kartel Dedak dalam PAS dan Ahli Parlimen UMNO masuk mahkamah makin bertambah.
Kita merayu TGHA teruskan gerak saraf politiknya, kerana nampaknya memang menjadi.
Pembangkang nampak kukuh bersama imej Boss tanpa bini.