Iklan Penaja 1

Picture

Rabu, Mac 13, 2019

Propaganda Umno-Pas buat orang bukan Islam rasa tidak selamat, kata Menteri

Propaganda Umno-Pas buat orang bukan Islam rasa tidak selamat, kata Khalid

Ungkapan propaganda yang digunakan Umno dan Pas mengakibatkan orang bukan Islam berasa tidak selamat di negara ini kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad.
Beliau berkata, kerjasama Pas-Umn yang sering melaungkan Melayu dan Islam memberi konotasi seolah-olah kedua-dua parti itu boleh melahirkan bibit kebimbangan kepada bukan Islam.
“Mereka menggunakan ungkapan negara bahaya, terancam oleh orang bukan Islam, maka seruan mereka adalah seruan menyatukan Melayu dan Islam untuk menghadapi ancaman bukan Islam.
“Kalau mereka menggunakan seruan sedemikian, tidak salah bagi orang bukan Islam menganggap ia merupakan satu kesatuan yang berasaskan kebencian terhadap bukan Islam,” katanya kepada media ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming bahawa kerjasama Umno dan Pas akan menjadikan negara seperti Afghanistan yang diperintah Taliban sekiranya kedua-dua parti berjaya membentuk kerajaan sekali gus memecah-belahkan rakyat.
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen pula senada dengan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming.
Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi, kempen kedua-dua parti negatif dan terarah kepada melahirkan rasa ketakutan dan kebencian diantara orang Islam dan bukan Islam.
“Jadi tidak salah jika bukan Islam terasa terancam kerana kempennya selalu kempen kebencian dan ketakutan itu yang mereka buat, ia tidak normal dan natural.
“Kita perlu ajak rakyat menganggap negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, kembali kepada asas Malaysia, hormat agama dan budaya sesama sendiri,” ujarnya lagi.
Katanya Umno-Pas bukan sahaja mengancam Pakatan Harapan malah keseluruhan negara.
“Pas dan Umno bukan hanya ancam PH tapi juga seluruh negara kerana kamu lihat propaganda yang dilakukan. Menggunakan isu perkauman dan agama jadi saya setuju dengan komen saudara Nga Kor Ming,” ujarnya.
Picture

16 ulasan:

  1. Patutlah dap nak hapuskan hak istimewa melayu dan islam dan raja melayu kerana ada khalid samat ulamak tersohor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sbb tu org kata puak2 umno pas ni bangang sbb x faham konteks yg disampaikan yb menteri..

      Padam
  2. Jurucakap dapigs...
    Parti yg lahir dpd perut dapigs akan berusaha mempertahankan tuan besar mrk.
    Puak kereta terbang dan sijil terbang nie jangan diundi pru15 nanti.
    Hidup hanya menyalahkan org lain.
    Janji tggl janji...
    Pemimpin yg berjiwa kroni serta daddykasi...
    Bangang dan makin terserlah kebusukan fitnah mrk selama ini.
    Padan muka...penyamun mengutuk penyamun

    BalasPadam
  3. Macai pencuri dan pembohong syarie sudah kepanasan.

    Kalau tidak main isu kaum dan agama parti Umno dan Pas tidak laku.

    Pemimpin Umno dan Pas kena jual isu kaum dan agama. Baru boleh laris.

    Tetapi. Bukan sebab mereka pejuang. Sebab mereka pencuri dan pembohong.

    Orang Melayu Islam yang membeli akan sedar. Penjual guna isu kaum dan isu sensitif hanya penuh ulat semata-mata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tua nyanyuk tu pejuang ker???
      Pejuang rakyat atau pejuang anak dan kroni???
      Syukur ramai yg sedar siapa yg dikatakan 'mencuri' utk rakyat dan pencuri utk anak dan kroni.
      Dunia hujung jari... Nak kelentong... Silakan
      Fakta tidak mampu dibohongi kecuali pihak yg rela kena kencing.
      Kencing yg pekat... Hihihi

      Padam
    2. Jgn percaya dengan ulamak yg membenarkan pembohongan..itu satu fakta!

      Padam
  4. Kasihan Najib. Khabar angin pus-pus dia nak cepat dibicarakan. Konon nak bersih nama Najib Razak yang jijik dan kotor.

    Tetapi Shafiee Abdullah pula buat hal. Kena gigit anjing, tangan cedera, tak boleh kerja. Salahkan AG pulak hari ini. Esok agaknya salah Guan Eng?

    Nasib kau Najib Razak dapat loyar burok macam Shafiee Abdullah 9juta alasan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg banyak salahkan org lain ialah tua kutuk yg nyanyuk.
      Hutang negara semakin bertambah..saham jatuh menjunam sedangkan negara jiran semuanya meningkat..kos sara hidup meningkat..harga sawit dan getah menjunam..harta petronas dan khazanah dijarah..aset glc dijual..nilai ringgit jatuh
      Mgkin dpt menteri yg tiada sijil kelayakan..minda bwh tempurung..ego dan bangang..tiada persefahaman..otak nak menipu jer
      Mrk layak ramai naik kereta terbang dan jatuh jauh dari negara ini.
      Harga telur pon tak mampu nak handle...mcm mana nak handle negara???
      Baik jadi pembangang semula dan jaga tulur masing2 elok2..
      Buat rugi bayar gaji...hihihi

      Padam
    2. Munkin ko dh boleh kemas2 barang n pindah ke negara lain yg lebih makmur selepas negara tu dijarah perompak dab penyamun kemudian ulamak2 bendulnya berkata.."kami berpuas hati.."

      Padam
    3. Eleh...apa kurang mahdey???
      Klu tak menyamun...anak2 dan kroni tak akan kaya raya.
      Yg jadi macai.."kami berpuas hati dan rela dikencing"

      Padam
  5. Puak2 khawarij dah kepanasan sebab rupa sebenar mereka yang jijik dah terdedah. Puak2 ni kembar kepada ISIS dan Taliban. mereka bukan aje memusuhi kaum bukan islam bahkan orang islam pun dikafirkan dan difatwakan sebagai munafik dan anti islam. Umat Islam dilahirkan sebagai pendakwah bukan penghukum atau hakim tetapi puak2 khawarij ni angkat diri mereka lebih dari Tuhan pulak. Puak2 khawarij yang dulu kafirkan sahabat2 nabi yang dijamin syurga oleh Rasullullah SAW, sudah muncul di Malaysia dan sibuk menghukum non muslim sebagai kafir harbi dan orang2 Islam lain yang bersyahadah sebagai munafik dan musuh Islam. Bila masanya diaorang ni dapat wahyu untuk tukar ajaran Rasulullah SAW ni? Mereka ni lah musuh dan ancaman terbesar untuk Islam dan Malaysia. Khawarij yang menjadi musuh Rasulullah dan sahabat2 nya tetapi mengaku lebih islam, lebih suci dan lebih layak masuk syurga! Khawarij dan sekutu2nya yang terdiri dari penyamun dan lebai karut adalah perosak Islam dan mereka mendustakan Rasulullah SAW! Rasulullah tak pernah ajar untuk mengkafirkan orang islam lain yang lafaz syahadah, hanya khawarij je berperangai macam setan ni, setan yang berserban dan pakai kot!

    Nick.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe...taliban lah pulak
      Atau takut dgn penyatuan ummah yg akan meleburkan kuasa puak munafik dan pemain wayang.
      Di negeri yg dikuasai sepenuhnya pas tiada pon kaum yg bukan islam ditindas. Bahkan hidup aman damai dan saling hormat mghormati.
      Masalah timbul ialah bila puak yg baru merasa diri berkuasa dgn sokongan puak munafik menimbulkan suasana rasis..penghinaan dan lantang dlm media sosial mghina agama islam dan nabinya. Mrk bongkak!

      Takkan umat islam nak bertepuk tangan. Pas dan umno tidak pernah pon menangkap dan mghukum mrk dgn cara taliban krn pemimpin2 mrk ada sijil akademik yg sah serta berpendidikan faham dgn perlembagaan dan undang2. Bukannya sijil terbang bagai keta terbang puak munafik kencing pekat. Selama ini tiada terdengar laungan utk membalas balik krn isu sensitif tersebut perlu ditangani dgn sebaiknya demi keharmonian negara.
      Yg hidup dlm ketakutan dgn kebangkitan tersebut serta khuatir kehilangan kuasa akan berbuat apa shj utk menakut2kan rakyat. Tak payah menghasutlah..
      Sama dgn cerita tua nyanyuk yg kerap mengatakan negara akan bangkrap oleh najib sehingga rakyat jadi ketakutan. Sekarang!!?????
      Nampak mcm tua nyanyuk tu yg bakal membuat negara jadi bangkrap dan semakin tinggi hutang...hehehehe

      Biasalah...
      Adat manusia yg ketakutan akan melakukan apa shj demi mengukuhkan kuasa. Takut jadi menteri sepenggal...hehehehe

      Tak payahlah menakut2kan rakyat...
      Rakyat pon takut kena kencing kali kedua... Hehehehe

      Padam
  6. Apa yg diperhatikan, banyak komen2 disini tidak menggunakan akal dalam menulis. Menulis menggunakan nafsu syaitan akan menjahanamkan diri sendiri. Golongan mana yg asyik meratib pagi petang siang malam untuk pertahankan melayu dan islam? Golongan itulah juga yg menjahanamkan ekonomi islam dan dan malaysia. Satu golongan membuat kemusnahan manakala satu golongan lagi menyokong pelaku kemusnahan atas tiket melayu dan islam.
    Ingat, ajaran islam serta adab tata susila melayu: sesuatu perkara itu bersih dan suci apabila dinilai oleh mata dan dinilai oleh hati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nie sorg lagi mamat yg dah mabuk kena kencingan pekat pemimpin2 haprak.
      Semua kaum berhak mempertahankan hak mrk ikut perlembagaan dan undang2 negara.
      Klu emak ko dihina sebagai perempuan sundal. Ko tepok tangan apa pertahankan emak ko..cai????
      Samalah dgn mrk yg pertahankan agama dan nabi mrk yg dihina. Meratib ker??? Hehehe...
      Ko nasihatkan puak ko yg sedang ketakutan tu agar berhentilah menghasut. Tidak akan ada taliban atau peperangan klu kerajaannya ok dan tidak bangang!!!Wlpun pada hakikatnya ramai yg bangang dlm tindak tanduk serta kata2 mrk...hehehe

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk jutawan2step.com

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive