Iklan Penaja 1

Selasa, Julai 10, 2018

Kerajaan Pakatan Harapan berasaskan maqasid syariah tidak iktiraf LGBT

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Antara negara yang mengiktiraf lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ialah Belanda, Belgium, Sepanyol, Kanada, Afrika Selatan, Norway, Sweden, Portugal, Iceland, Argentina, Denmark dan Brazil.
Turut sama berbuat demikian New Zealand, Perancis, Uruguay, Scotland, Luxembourg, Finland, Slovenia, Ireland, Mexico, Amerika Syarikat dan Taiwan.
Sebelum itu, saya ada soalan. Adakah orang Pas yang menyokong mana-mana negara yang tersebut di atas dalam saingan Piala Dunia sekarang, kita boleh anggap menyokong dan mengiktiraf LGBT? Tanya saja!
Antara negara terakhir yang mengiktiraf LGBT ialah Australia iaitu pada Disember 2017. Menurut beberapa sumber, kini 25 negara di dunia mengiktiraf golongan ini. Hal ini berlangsung semenjak lebih 20 tahun yang lalu.
Mengiktiraf LGBT bermaksud mengiktiraf kewujudan orientasi seks tidak normal. Amerika Syarikat misalnya, menjadikan perkahwinan sejenis sah dari sudut undang-undang.
Selain perkahwinan sejenis dan orientasi seks kedua-dua jenis, premis khusus seperti tandas awam, lokap dan penjara khusus untuk golongan itu turut menjadi tuntutan mereka.
Malaysia tidak akan mengiktiraf LGBT kerana hal itu bercanggah dgn pendekatan pemerintahan Pakatan Harapan (PH) yang berpaksikan maqasid syariah.
Antara prinsip maqasid syariah ialah memelihara keturunan dan nyawa. Orientasi LGBT jelas sekali membantutkan prinsip perkembangan dan pemeliharaan zuriat dan keturunan yang menjadi antara prinsip penting dalam maqasid syariah.
Orientasi LGBT juga turut merisikokan penularan penyakit berkaitan seksual yang bercanggah pula dengan prinsip menjaga nyawa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sudah membuat kenyataan jelas tidak mengiktiraf LGBT. Bukan seperti yang diputar belit oleh sebahagian pentaksub Pas yang berasa diri mereka suci, kononnya kerajaan PH mengiktiraf LGBT.
Namun begitu, hak mereka sebagai warganegara dan manusia dalam batas yang tidak menimbulkan mudarat umum tidak boleh dinafikan.
* Penulis ialah Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH.
mdl

Picture

2 ulasan:

  1. Pas dan ulamanya iktiraf pedophile okay. Pedophile juga dirangsang seksual songsang tertarik kepada kanak-kanak atau bayi. Takkan sebab mereka pakai serban kita diskriminasi? Tak adil.

    BalasPadam
  2. Firma yang cuba saman Rosmah Mansor mesti disiasat dan dibekukan akaun mereka. Ada unsur saman palsu dan memilikhak harta rampasan secara penipuan oleh mereka. Sudah lebih 3 bulan tak bayar tidak buat tuntutan apa-apa konon. Lagipun Najib dan Rosmah Mansor tidak pernah maklum hakmilik dan kaitan firma tersebut selain hadiah Tok Arab dan konon sudah dibeli sejak 20 tahun lalu. Jangan benar lebih 30 jawapan 2.6b yang berbeza berulang kembali. Firma tersebut wajib disiasat dan dibeku akaun oleh SPRM.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive