Iklan Penaja 1

Rabu, Julai 04, 2018

Hot!! : Najib mungkin hadapi 10 pertuduhan berkaitan SRC?

Najib mungkin hadapi 10 pertuduhan berkaitan SRC?
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dijangka akan menghadapi lebih 10 pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn Bhd.
Menurut sumber dipetik hmetro, Najib akan didakwa atas lebih 10 pertuduhan itu esok di Mahkamah Kuala Lumpur.
Mengikut sumber mahkamah, Najib akan dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah 2, yang terletak di Aras 4, Sayap kanan, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Difahamkan kes itu akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen paling kanan iaitu Datuk Zainal Abidin Kamarudin dan kemudiannya akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah 1 di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.
Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam kenyataannya mengesahkan Najib yang ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pada 2.35 petang berhubung siasatan SRC International Sdn Bhd akan didakwa esok pada 8.30 pagi.
Bekas perdana menteri sudah hadir ke Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua kali bagi merakamkan keterangan berhubung kes SRC International Sdn Bhd.
SRC International ialah anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.
Pada 22 Mei lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, penyiasatan SPRM pada 2015 terhadap Najib membabitkan isu dana RM2.6 bilion dan RM42 juta yang dipercayai dipindahkan daripada SRC International Sdn Bhd ke dalam akaun bank peribadi bekas perdana menteri.
mdl

Picture

9 ulasan:

  1. PUSAT KARAOKE RUGI, PELANGGAN LARI.

    Karaoke lagu "Allah Selamatkan Kamu" kini jatuh mendadak 100 anak tangga dalam senarai Birthday Song. Dikhabarkan lagu tersebut tidak lagi diminati akibat digunakan oleh 50 orang penyokong Kleptokrat Sial Najib Tun Razak semasa demonstrasi solidariti mereka. Seorang kanak-kanak yang hari lahirnya jatuh pada hari ini melahirkan rasa sedih kerana kawan-kawannya menyanyi lagu out to date tersebut. Menurut kanak-kanak tersebut, beliau rasa seperti dilayan sebagai penjenayah MO1 di Malaysia. - BERITA HAIRAN.

    BalasPadam
  2. PENYOKONG NAJIB BERANG PLAKAD PALSU "NAJIB PENCURI"

    Penyokong Kleptokrat Sial Najib Tun Razak dikejutkan dengan terjemahan plakad yang bertulisan Cina rupa-rupanya tertulis "NAJIB PENCURI". Mereka yang menyangka tulisan Cina tersebut bermaksud "BEBAS NAJIB" menjadi marah kerana telah ditipu. Rentetan kes tersebut mereka telah mengganggu ketenteraman awam sambil menjerit "MELAYU" dan "BEBAS NAJIB". Menurut sumber yang tidak dikenali, motif tulisan Cina tersebut untuk meminta perlindungan Kerajaan Komunis China supaya campurtangan dalam kes Skandal SRC Kleptokrat Sial. Tetapi oleh sebab kesilapan tersebut menyebabkan Kerajaan Komunis China mengambil langkah berjaga-jaga. Untuk rekod, pencuri harta Kerajaan China Komunis akan menerima hukuman seberat-beratnya termasuklah ditembak sampai mati. - BERITA HAIRAN.

    BalasPadam
  3. PEJUANG BAHASA SABOTAJ HIMPUNAN BEBAS NAJIB

    Himpunan Bebas Najib tidak mendapat perhatian apabila disabotaj oleh aktivis bahasa. Himpunan yang asalnya menumpukan isu bebas Najib tidak dapat diteruskan apabila sekumpulan aktivis bahasa muncul. Lebih malang sekali aktivis bahasa memarahi penyokong Najib yang menunjukkan plakad sokongan yang tidak menggunakan bahasa Malaysia langsung. Aktivis enggan komen apabila ditanya mengapa tidak guna tulisan jawi dalam plakad untuk Himpunan Bersama Tulisan Jawi Bebas Najib. - BERITA HAIRAN

    BalasPadam
  4. GERAKAN BEBAS NAJIB KE PERINGKAT ANTARABANGSA

    Kempen Bebas Najib kini menjadi meluas apabila seorang penyokong yang tidak dikenali membuat kempen petisyen online di laman sesawang Change.com. Dengan tajuk petisyen Bebas Najib Kleptokrat Terburuk, setakat ini telah berjaya mengumpul sokongan sebanyak 54 undi sejak dua hari lepas. Penyokong yang tidak dikenali tersebut gagal dihubungi dipercayai kerana menggunakan alamat mel palsu. - BERITA HAIRAN

    BalasPadam
  5. INDUSTRI PELANCONGAN BALI LUMPUH ANGKARA KES SRC

    Jurucakap Berita Hairan, Wak Zahid Komedi melaporkan industri pelancongan di Bali kini mengalami kerugian akibat kes SRC. Beberapa pekerja di resort mewah didapati mengalami demam dan meroyan semasa bekerja. Ini dipercayai kerana kerinduan dan kangen berat terhadap rambut isteri mantan PM Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor. Akibat kes SRC, passport Najib akan ditahan sehingga kes selesai dibicarakan pada bulan Mac 2019. Beg Rosmah Mansor gagal dihubungi untuk komen lanjut kerana masih disimpan di Bank Negara Malaysia. - BERITA HAIRAN

    BalasPadam
  6. Yang pernah mencuri selama 22tahun tak ada apa2 tindakan ker????
    Hehehehehehe.....

    Bukan main beruk2 haprak nak penjarakan dia tapi semuanya dah mati kebangangan kena kencing....hehehehehe

    Sehinggakan macai2 yg mgharap janji 100 hari msh tertunggu2 bila bau hancing tu diwangikan....hehehehehe

    Sejak 2015 beruk tua dgn macai2nya mengatakan mrk ada cukup bukti tapi sehingga hari ini anjeng2 mrk minta tangguh perbicaraan krn belum cukup bukti.
    Tuduh dulu..bicara kemudian...hehehehe
    Samalah dgn kes anwar 1998...tuduh dulu bicara kemudian...

    Sama dgn bau kencing negara akan bangkrap dan hutang menimbun tetapi para kroni dan proksi dan bersiap sedia dgn job2 baru yg tertangguh selepas 22tahun...
    Hebat mainan manipulasi beruk tua dgn macai2nya....
    Macai2 kecik hanya dpt taik dan bunga sambil mgharap minyak rega rm1.50 seliter dgn konsesi TOLol dimansuhkan...
    ADA?????!!!????

    Hehehehehehehe....hancingnya bau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dpd 1mdb dan rm2.6b...hanya src jer pertuduhan beruk2 haprak...hehehehe

      Padam
  7. Nampaknya lionel messi dan team AFA boleh tolong jaga kuda2 penyamun tarbus tu di argentina....

    Hehehehehe...hadiah lah konon.

    BalasPadam
  8. Bertahun2 ttg 1mdb sampai doj amerika dan macai2 haprak jadi tak siuman dibuatnya.

    Pghujungnya dituduh atas kesalahan wang SRC...

    Dah agak dah busuk hati manusia tua tu klu bab fitnah....
    Patot pon dia sanggup angkut tilam kes anwar dulu....hehehehehehe

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive