Iklan Penaja 1

Isnin, Julai 03, 2017

Pas kalah, bukannya Islam kalah jika Pakatan Harapan kuasai Kelantan


Ustaz Zolkharnain Abidin 1

Tidak timbul masalah jika Pakatan Harapan mengambil alih Kelantan memandangkan sikap mutakhir pemimpin Pas yang menerajui pentadbiran negeri pantai timur itu semakin terserlah menyebelahi rejim Umno-BN.
Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah, Ustaz Zolkharnain Abidin berkata, hasrat Pakatan Harapan untuk menggantikan kerajaan Pas di Kelantan tidak bercanggah dengan prinsip syarak bahkan tidak menjejaskan akidah.
"Inikan negara demokrasi? Bukankah Pas parti Islam, mengapa nak lawan? Apa salahnya jika Pas dikalahkan di Kelantan?
"Jika Pas kalah, yang kalah ialah Pas, bukannya Islam. Jika Pakatan (Harapan) menang, yang akan tadbir Kelantan adalah Amanah. Menteri Besarnya adalah orang Melayu Islam. Amanah juga mahu daulatkan Islam," jelasnya.
Mengulas satu kajian bebas yang menjangkakan Pas akan hilang 27 kerusi, beliau berkata, hal itu tidak menjadi masalah kerana bukannya Islam yang hilang.
"Hanya kerusi Pas saja. Jika Pas hilang kerusi, parti yang akan ambil kerusi itu ialah Amanah. Jadi apa masalahnya?" ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Perlis.
Beliau menegaskan Amanah akan melaksanakan urus tadbir yang lebih baik untuk rakyat di Kelantan jika mengambil alih negeri itu pada pilihan raya umum akan datang sesuai dengan perintah Allah supaya berlumba-lumba melakukan kebaikan.
"Bukan saja Kelantan, bahkan seluruh negara termasuk Putrajaya, PH (Pakatan Harapan) akan berusaha ambil alih. Takdirnya, jika Amanah gagal, Pas ambil alih semula. Itulah perlumbaan," jelasnya.
Menurutnya, momokan tentang kewujudan DAP dalam Pakatan Harapan bukannya satu masalah kerana DAP merupakan sebuah parti politik sama seperti Pas, Amanah dan parti lain di negara ini.
"DAP bukan agama. Lagipun, DAP bukan ada kerusi di Kelantan. Di Selangor juga ada DAP. Pas bercokoh bersama DAP Selangor buat bodoh saja, tiba-tiba Amanah bersama DAP, Pas bising," bidasnya dipetik dari kenyataan beliau di Facebook.
Tuduhan kononnya DAP akan menghalang pelaksanaan Islam di Kelantan juga bagi Ustaz Zolkharnain muncul kerana Pas memusuhi DAP yang menentang BN.
"Pas benci DAP bukan sebab DAP lawan Islam, tapi sebab DAP lawan BN, tapi Pas pula nak kawan dengan BN. Pas pun hanya slogan saja Islam tapi merestui kerja BN yang bercanggah dengan Islam. Islam apa begitu?" soalnya.
Menjawab tanggapan kononnya Pas juga melawan BN dengan cara tersendiri, beliau tidak melihat pendirian pemimpin parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu yang mengeluarkan kenyataan bersifat melegakan Najib Razak dalam isu 1MDB sebagai "cara tersendiri".
"Itu bukan cara tersendiri, itu cara Umno. Kalau Pas lawan BN, bukan begitu gaya kenyataan pemimpin Pas," tegasnya lagi.
mdl
Picture

34 ulasan:

  1. Dah sahih Pan ditubuhkan sebagai unit berkuda dap utk mengalahkan parti islam.. sehinggakan calon mb pun turut ditentukan oleh si laksamana al kafirun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amanah berkerjasama dgn DAP dikatakan Amanah telah diperkudakan oleh DAP. Adakah PAS semasa arwah Tn. Guru Nik Aziz juga berkerjasama dan mesra dgn DAP adakah arwah TGNA juga telah menjadi kuda tungangan DAP?

      Padam
    2. en walaun, cubalah keluar dari kepompong ketaksuban yg mengkinzir buta tu..carilah hujah hujah yg bernas sikit. ni tak, sikit sikit kuda dap, sikit sikit tunggangan dap. habis yang parti pan-pis@pas yg jadi barua umunu tu ok pulak. awat! ayat yg melarang menyokong dan cenderung kpd kezaliman tu dah dimansuhkan ke..

      Padam
    3. Itu pandangan bukan ditentukan... bangang betul walaun cap ayam ni...

      Padam
    4. Jom walaun2 buta kayu... mari kita beratib ramai2 dgn kitab peninggalan umngok... ok mula... dap, dap, dap, dap, dap, dap, dap, dap, dapppp... kahkahkahh...

      Padam
    5. Selalunya bila aku menulis berdasarkan fakta..

      Pas mana mungkin jd balaci umno sedangkan pas tak masuk BN pun sebagaimana pan masuk PH!

      Semasa pas dlm PR, pas setara dgn dap jadi pas tidak pernah jadi kuda tunggangan dap.. tidak sebagaimana pan yg jelas jadi kuda tunggangan dap bilamana setiap serangan ke atas dap pasti pemimpin pan akan mempertahankannya.. tidak sebagaimana pas yg bilamana setiap serangan ke atas umno pasti pemimpin pas akan buat dont know jer..

      Padam
    6. Janganlah tipu pengikut bawahan.
      pemimpin2 brahmin kamu cukup jaga parti kamu dgn umno.
      Tapi orang yg ada otak nampak.
      CUBA TENGUK UMNO LANTIK NASA dlm kerajaan.kenapa lantik orng pas.
      cuba tenguk perhimpunan agong umno apa najib cakap?
      cuba tenguk di muktamar pas,apa hadi cakap.
      muktamr pas di siarkan dimedia perdana umno..diprime time pula tu.
      hari2 di utusan pimpinan brahmin pas diberi muka depan dan berita.
      kes balak yg direpaot tak kena siasat?kenapa?
      harakah dah macam utusan..harakah dah tak laku..ramai yg tak beli.
      pimpinan brahmin kamu cukup bijak mengcover yg kata pas dgn umno berlawan.
      PADA HAKIKATNYA mereka2 menipu dan hari2 menjadi munafik dgn mempersendakan ahli2 bawahan.

      Padam
    7. PELIK bin AJAIB..Amanah diperkudakan oleh DAP.
      dI SELANGOR tu pas bersedondon dgn pas..apa kita nak kata???
      pas memperkudakan dap,atau dap memperkudakan pas.
      kadang2 ni penganut pas/walunta kurang cerdik bila berhujah..
      mereka siang malam kutuk dap,kafir harbilah,kafir liberallah...memperkudakan amanah lah..
      LAST-LAST sebahagian dari mereka duduk makan sekuali dgn sipemakan-pemakan babi tu??Bayangkan bila mereka diberi pilihan antara dapigs dgn maruah islam siapakah mereka pilih?/
      anak saya pun boleh jawab,tentulah "FULUS yg disediakan bersama dapigs.

      Padam
    8. pembetolan
      di selangor pas bersedondon dgn dap

      Padam
    9. Itulah hasil dari kebijaksanaan PAS berpolitik secara matang dan sejahtera, umno tetap musuh PAS, kat mana umno bertanding kat situ juga PAS akan melawan umno, itulah hakikat sebenarnya, oleh kerana Pakatan Hambar sama jenis dan tidak berprinsip seperti umno maka Pakatan Haprak pun adalah musuh PAS. Hebat PAS.

      Padam
    10. Yea betul memang matang bila berbaik dan menyokong penyamun...kahkahkahh...
      Kesian walaun totok buta kayu...

      Padam
    11. Kalau sokong penyamun, pas tak payah lawan umno sebagaimana pan tak payah lawan dap!

      Padam
    12. Cth ayat bila bercakap dgn kepala lutut...kihkihkihh...

      Padam
  2. marang dan temerloh pun belum tentu pas boleh kekal kerusi. jgn berlagak sombong .. penyokong korang dah tinggal seciput..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mat serban tontontv1 boleh berambuslah next pru...

      Padam
    2. Aku pun tak sabar nak tunggu kawasan mana gamaknya dap nak bagi pan.. pkr sorilah nak bagi..

      Padam
    3. akupun nak tunggu,kawasan mana umno nak bagi kat pas.

      Padam
    4. Eh bangang lah lu.. pas lawan umno bukan mcm dap perkuda pan!

      Padam
    5. Lu lagi bangang...kutuk dap tapi masih sedondon dgn dap di selangor...kesian walaun al fulussi...

      Padam
    6. Sedondon dgn pkr lah bongok..

      Padam
    7. Ehh tak mengaku pulak walaun tongong...

      Padam
  3. Pandangan ini hanya untuk menyedapkan hati sendiri demi jawatan dan kuasa, hakikatnya Islam akan kalah sekiranya Kelantan ditadbir oleh kafirun dan munafikun.

    Contoh sudah ada iaitu Penang, fatwa kena minta restu tuan guru lim go end, nanti pasti akan ada pusat judi merata-rata, pelacuran sana sini, club malam merata, pemabuk bermaharajalela, maksiat sukar dibendung.

    Hanya PAS yang mampu menjadi benteng gejala kerosakan akhlak dan moral seperti pemimpin haprak yang ramai terjebak dengan masalah moral dan akhlak. Rakyat Kelantan dari dulu lagi memang tahu dan bijak memilih pemimpin Islam seperti PAS. Syabas rakyat Kelantan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rakyat Kelaantan pilih PAS kerana dok seka ko PAS boleh bantu rakyat. Tapi setakat ni tadak sgt yg membantu rakyat serupa sediakala jah. Skrg majoriti rakyat Kelantan dok perati yg mana terbaik. Rakyat Kelantan boleh berubah 360 darjah bila2 masa je. Kini PAS dah tidak jadi yang terbaik. PAS terbaik mungkin bagi pengikut yang paku 6 inci.

      Padam
    2. Diharap rakyat kelantan bijak memilih samada pemimpin yg mempunyai aspirasi islam ataupun pemimpin yg mampu memenuhi impian dap!

      Padam
    3. pemerintahan orng kafir,lebih baik dari pimpinan pas kelantan.AkKUILAH HAKIKAKT ITU..Tenguk jumlah hutang sahaja dah tahu bertapa hapraknya pemerintahan kelantan.Bonus awam?kebersihan persekitaran pun hancuss.itu tak kira gaji ustaz2 tahfiz di penang..
      Sebenarnya kita ni mengangap kita orang islam,terror serba-serbi,ditambah lagi parti islam.Bila orng2 kafir menegur kita,umpamanya boss kita ponteng berkali2 di parlimen-makan gaji buta....Kita cepat melenting terus kata itu-ini.untuk muhasabah diri-jaranglah.

      Padam
    4. Banyak sungguh andaian2 yg diulang2.. takpe bg peluang hangpa luahkan perasaan utk sedapkan hati.. sampaikan pemimpin kafir yg makan rasuah pun masih dikira maksum apa lg yg boleh kita jangka dari kekecewaan yg amat sgt ni..

      Padam
    5. Kita sebagai umat Islam tidak boleh mengangkat kafir menjadi pemimpin apatah lagi mengakui pemerintahannya, sebagai contoh, di Penang diperintah oleh kafir, apa jadi?

      Pusat pelacuran merata-rata, pusat perjudian menjadi industri yang menguntungkan kerajaan kafir, club malam dan disco macam cendawan tumbuh, pesta lgbt diberi keistimewaan, avengelist kristian cepat merebak sehinggakan Penang pun nak dijadikan bandar kristian.

      Segala hasil dari aktiviti maksiat dijadikan hasil pendapatan kerajaan Penang yang utama, tauke judi dan pelacuran menaja parti memerintah dengan hasil dari perbuatan haram, adakah kita sebagai umat Islam sanggup bersekongkol dengan pemimpin kafir yang menggunakan wang dari hasil maksiat untuk mendedakkan umat Islam?

      Itulah perbezaan antara PAS dan DAP, aku yakin jika DAP memerintah Penang tanpa hasil dari perjudian, pelacuran, tanpa hasil cukai dari club malam dan disco nescaya Penang akan lebih mundur dari Kelantan, itulah hakikatnya.

      Kami PAS mempunyai sempadan pemerintahan berlandaskan syariat Islam berbeza dengan pemimpin kafir yang memerintah tanpa had sempadan halal dan haram, sebab tu Al Quran banyak kali menyebut dan melarang umat Islam memilih kafir sebagai pemimpin, adakah kamu mempunyai hujah untuk melawan perintah Allah SWT?

      Padam
    6. Modus operandi walaun totok buta kayu sekarang...sentiasa memainkan isu assobiyyah atau perkauman dan isu agama utk terus mengekalkan kuasa dan sokongan... tak ku sangka rupanya pas dah jadi lebih umngok dr umno...kihkihkihh...

      Padam
    7. Dap pula jadi terlebih pan bila melantik calon mb kelantan tanpa melalui mursyidul am pan.. gamaknya lks ni murshitdoll am pan nombor wahid kut!

      Padam
    8. Agama adalah petunjuk yang benar dan tidak dapat tidak dipisahkan dari kehidupan seharian, berpolitik pun kena ada agama, tanpa ada agama akan membawa kita kearah kegelapan. Fahamilah.

      Padam
    9. Setuju...tp mereka yg guna agama demi kepentingan tembolok dan perut peribadi mcmana pulak tuan ustaz? Jgn taksub mkhinzir buta... pas itu wadah politik bukan agama... ko ingat agama islam ni hanya hak milik peribadi pas je ker... ish3..

      Padam
  4. kesihan,negeri yg dipimpin oleh PAS dikelantan..OUT..
    hUTANG BERBILION DGN PUSAT.
    oRANG MISKIN BERTAMBAH MISKIN,TANAH MEREKA DIAMBIL...Mana bukti???
    Balak ditebang ikut suka-hati mak-bapak dia..mana bukti???
    Inikah pimpinan cara islam???/
    ini hanyalah pimpinan pas sahaja.Dan ianya sesuai dgn kaum brahmin..disembah2 bagaikan tuhan.yg brahminnya,harta ntah datang dari mana..bini kedua mereka dapat lebih utama dari rakyat.sedangkan rakyat biasa...menadah tangan untuk sesuap nasi.Pemimpin brahmin mereka,sesama isteri kedua boleh bersembang..."anta dapat kereta baru ka??dapat rumah baru ka//anak mursyidul am ada porshe..bila diajukan fakta2 ini..dikatakan fitnah???Cuba bandingkan pemerintahan syaidina umar al-khatab...Umpama langit dan bumi...Eloklah diberi orng lain pula memerentah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sehinggakan si kafir yg makan rasuah pun boleh disanjung dan dibenarkan belek fatwa negeri! Inilah episod yg memalukan akibat terlalu berharap undi non muslim..

      Padam
    2. 12:52,

      Tiada satu pun hujah kamu yang berfakta, sila kemukan bukti. Jangan bermain dengan fitnah dan jangan tonjolkan sangat pemikiran kamu yang dah berjaya dipengaruhi oleh kafirun.

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive