Kekeliruan akibat polisi bercelaru serta intim yang teramat sangat pimpinan Pas bersama Umno dan BN sejak kebelakangan ini menyebabkan peningkatan penyokong tegar Pas di Perlis menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), kata Pengerusinya Wan Kharizal Wan Khazim.
Beliau berkata, Amanah Perlis kini mensasarkan seramai 500 lagi ahli baru dan penyokong Pas yang akan mendokong Amanah menjelang pilihan raya umum(PRU) tidak lama lagi.
"Terlalu ramai 'harum manis' yang sedang menanti masa yang sesuai untuk menyertai Amanah.
"Majoriti daripada mereka adalah penyokong Pas yang sudah tidak selesa dengan sikap akrab pimpinan Pas dengan Umno.
"Lebih parah lagi apabila ramai antara mereka kesal dengan sikap Pas yang menolak hubungan baik dengan Pakatan Harapan (PH) sepertimana yang telah terjalin dalam PRU ke 13 yang lalu, " tegasnya lagi.
Beliau juga berkata, Pas tidak boleh merasa bangga hanya dengan majoriti amat tipis kerusi tunggal yang mereka menang di Dun Sanglang dengan majoriti amat tipis 121 undi.
"Kemenangan Pas pada pilihan raya yang lalu juga adalah atas kesepakatan dalam pakatan ketika itu.
"Apakah mereka merasakan dengan majoriti 121 undi itu, ditambah dengan kehadiran penyokong PKR dan juga Bersatu akan memberi kemenangan sekali lagi dalam pilihan raya kali ini.
"Sedangkan terlalu banyak masalah rakyat di Perlis yang tidak mereka perjuangkan sehingga kini, " jelasnya lagi.
Malah katanya PH mempunyai potensi untuk merampas lebih banyak kerusi yang ada di Perlis dalam PRU ke 14 yang akan datang tidak lama lagi.
"Antara kerusi yang berpotensi tersebut ialah Dun Pauh, Beseri, Sanglang, Indera Kayangan, Simpang Empat, Sena, Bintong, Santan, Kayang, Titi Tinggi, Kuala Perlis serta beberapa kerusi yang sudah dikenal pasti.
"Dalam PRU yang lalu, BN menang majoriti tipis sebanyak 540 undi bagi kerusi Berseri dan majoriti hanya 664 undi bagi kerusi Dun Kayang.
"Manakala bagi kerusi Guar Sanji pula BN hanya menang dengan kemenangan majoriti sebanyak 927 undi serta Simpang Empat dengan majoriti amat tipis sebanyak 85 undi, " ujarnya lagi.
Selain itu katanya ketiga-tiga kerusi Parlimen di Perlis yang dimenangi oleh BN dalam PRU yang lalu, iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau sudah tidak lagi selamat.
Beliau yang pernah menjadi calon mewakili Pas bagi kerusi Dun Berseri dalam PRU yang lalu turut berkata, kerusi Parlimen Arau yang dimenangi oleh Datuk Seri Shahidan Kassim dengan majoriti hanya 1,371 undi juga berpotensi untuk dimenangi oleh PH.
Tambahnya lagi, kegagalan Umno dan BN untuk membela nasib golongan marhaen termasuklah keperitan dan kos sara hidup yang amat membebankan rakyat Perlis kini mempengaruhi sokongan yang mampu diraih oleh PH tidak lama lagi.
mdl
Syabas PANdir kerana menjadi penyambung nyawa bagi pihak BN.
BalasPadamAiikk...mcm kata kat diri sendiri jea walaun ni... yg ke hulu ke hilir siap sedondon pinky lagi tu siapa? Betullah walaun ni hidup dlm perigi buta...x tau apa yg berlaku di luar sana...kesiannn...
PadamYang duduk dalam perigi buta kau dan puak-puak kau je kerana keliru dengan permainan gila Madey dan Anwar ditambah pulak dengan PANdir yang membaruakan diri pada DAPigs....kikikikiki
PadamPAS akan tetap lawan BN, pakatun haprak yang masih berhingus dan keliru dengan kewujudan haprak diminta berambus......kehkehkeh
PAS akan lawan BN di kawasan yang PKR atau Amanah bertanding. Hahaha...itu buktinya PAS adalah penyambung hayat BN. Seorang Presiden berkata hanya PAS dan BN sahaja pilihan tapi seorang Timbalan Presiden pula cakap PAS akan lawan BN.....pening-pening...kelaru betul
PadamBahalol, hanya PAS dan BN sahaja pilihan, maksudnya rakyat ada dua pilihan je PAS atau BN, haprak hanya blok ketiga dan penyibuk, PAS akan lawan BN maksudnya rakyat boleh pilih BN atau PAS, kedua-duanya sama maksud.
PadamTak faham ayat memang la pening samdul, bukan PAS yang lawan PKR dan PANdir tapi PKR dan PANdir la yang melawan PAS, walaupun PKR dan PANdir tidak bertanding PAS akan tetap bertanding untuk melawan BN, oleh itu Haprak tak perlu la nak menyambung hayat BN pulak. Faham tak???
Yang pening dan keliru adalah permainan gila Madey dan Anwar, diantara keduanya mesti ada seorang yang bersalah dan berdosa besar, itu yang patut kamu pening dan keliru!!!!!!
Biarlah mereka nak menipu diri sendiri agar tidak kecewa.. Pan 5% only bro..
PadamJangan risau wahai walaun PAS, masuk sahaja bertanding nak lawan siapa pun terpulanglah. Tapi harapnya jangan menunjukkan akhlak buruk dengan menggunakan bahasa makian dan penghinaan atas nama ISLAM.
PadamKahkahkahkah.....akhlak buruk? bahasa makian? kenapa kamu tak bagi nasihat pada nobody tu, aku pun ikut tulisan dia.....bab akhlak ni PAS la yang mempunyai akhlak yang terpelihara kalau nak dibandingkan dengan Haprak dan BN..
PadamApa kurangnya dgn seorg presiden sebuah parti baru.. mujurlah dia dah tinggalkan parti lama kalau tidak parti lama pun terbabit sama..
Padam