Parti Pas sukar menang kerusi PRU14, kata penganalis politik

Wan Saiful Wan Jan
Kewujudan Pakatan Harapan (PH) menyukarkan Pas untuk memenangi kerusi yang ditandingi parti itu pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis politik Ideas Wan Saiful Wan Jan.
Beliau berkata, hasrat Pas untuk bertanding 40 kerusi Parlimen pada PRU14 merupakan cita-cita yang begitu tinggi.
“Mereka boleh cakap berapa sahaja kerusi nak tanding, walaupun kesemua 222 kerusi, tetapi berapakah yang akan mereka menang?
“Pas harus berfikiran terbuka dan matang. Soal menang kalah ini memang bergantung pada pengundi, tetapi jika di satu-satu kawasan yang ada tiga penjuru, apakah kebarangkalian Pas akan menang itu tinggi?” katanya dalam wacana Sinar Harian 'Pakatan Harapan VS Barisan Nasional, Mari Kita Nilai' di Kompleks Karangkraf, Shah Alam hari ini.
Menurut beliau juga, Pas seharusnya lebih realistik terhadap apa yang sedang berlaku hari ini.
“Kerana itu saya kata, cita-cita itu boleh, tapi...realitinya harus diambil kira.
“Senario politik hari ini berbeza apabila dua parti besar dan Pas sudah tidak lagi dikira besar apabila gabungan bersama Gagasan Sejahtera itu hanya titik kecil dalam politik negara,” katanya.
Tambahnya, Pas kini perlu menguatkan lagi agenda dan bersedia berubah mengikut arus semasa andai mahu lebih didukungi pengundi pada PR14 akan datang.
mdl
Picture
Previous
Next Post »

2 ulasan

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
27 Julai 2017 1:08 PTG delete

Sepatutnya tajuk artikel diatas berbunyi begini " PH sukar untuk memenangi kerusi pada PRU 14 " dengan wujudnya Gagasan Sejahtera.

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
29 Julai 2017 10:25 PTG delete

Bukan ke pas bertanding 70 kerusi masa pru13 dulu.. harap pas kekalkan nombor tersebut.. jangan dengar kata para pemuja dap tu..

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes