Panas!! : PH dahului sokongan pengundi berbanding BN, Pas merosot teruk

Rafizi membentangkan hasil kajian Invoke di Sungai Besi pagi tadi.
iklan www.jomservis.blogspot.my : Kaji selidik terkini Centre for Policy Initiatives (Invoke) mendapati Pakatan Harapan mendahului BN dalam tahap sokongan segmen pengundi utama negara ini berdasarkan bangsa yang memberi harapan baru kepada gabungan parti pembangkang untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Kajiselidik melibatkan temuramah melalui telefon itu dibuat menggunakan bahasa ibunda responden dan dijalankan dari 5 Jun 2017 sehingga 14 Julai 2017.
Pengundi dipilih dan didail secara rawak oleh sistem kajiselidik berkomputer Invoke.
Seramai 2.67 juta orang pengundi berdaftar didail secara rawak dan dari jumlah itu, 160,761 orang pengundi mengangkat telefon dan 17,107 orang pengundi menjawab kesemua soalan yang ditanya.
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli ketika membentangkan hasil kajian itu berkata, 36% pengundi Melayu menyatakan sokongan kepada PH berbanding BN (35%), Pas (14%), dan belum membuat keputusan (15%).
Bagi segmen pengundi Cina, 53% menyatakan sokongan kepada PH, BN (22%), Pas (1%), belum membuat keputusan (23%) dan tidak mengundi (1%), manakala 42% segmen pengundi India menyatakan sokongan kepada PH, BN (44%), Pas (3%), belum membuat keputusan (10%), dan tidak mengundi (1%).
Hasil kaji selidik Invoke juga mendapati tiga isu paling penting bagi pengundi adalah kos sara hidup dan harga barang, meliputi GST dan subsidi minyak; gaji yang dirasakan tidak naik setimpal dengan kenaikan harga barang; dan lambakan pekerja asing yang dirasakan menyempitkan peluang pekerjaan warga tempatan.
"Tiga isu ini (yang boleh dirujuk sebagai isu ekonomi rakyat) adalah jauh lebih penting kepada pengundi semua kaum berbanding isu penyelewengan semata-mata.
"Berdasarkan sentimen pengundi terhadap tiga isu utama ini yang melihat BN gagal menjalankan tanggung jawab dengan baik, sokongan pengundi Melayu sebenarnya sudah pun berpihak kepada PH," jelas Rafizi.
Beliau menambah, kedudukan undi Melayu adalah hampir setara di antara BN dan PH iaitu sekitar 35% ke 36%, dan sokongan 35% ini juga konsisten dengan semua kajiselidik yang dijalankan setiap bulan sejak Disember 2016 mengenai sokongan pengundi Melayu terhadap BN.
Menurutnya, kedudukan undi Cina dan India dilihat menyerupai pola pengundian dalam PRU13 yang lalu, mengambil kira pengundi-pengundi yang belum membuat keputusan.
Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berkata, kaji selidik Invoke itu dibuat di antara bulan Jun dan Julai 2017 sebelum PH mengumumkan struktur dan menamakan pimpinan minggu lalu.
"Dengan tahap sokongan seperti ini setakat Julai 2017, ada kemungkinan munasabah bahawa BN akan tewas dalam PRU14 sekiranya PH berjaya menawarkan penyelesaian kepada tiga isu utama yang menjadi isu paling penting kepada pengundi," ujar beliau.
mdl
Picture
Previous
Next Post »

4 ulasan

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
21 Julai 2017 4:44 PTG delete

PH tidak perlu lagi bersusah payah berkempen untuk memenangi hati rakyat demi menarik undi, mereka dah tahu banyak undi Melayu memihak kepada PH, syabas PH semoga kalian mendapat Putrajaya pada pru 14 ni.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
21 Julai 2017 6:25 PTG delete

Kahkahkahkah......takkan rapiji sotong nak kata Pakatun Haprak terkebelakang pulak sedangkan rafiji sotong ni pendokong kuat Pakatun Haprak dan Madey mahazalim.

Invoke kalau nak buat kajian politik jangan terikat dengan mana2 parti politik.....baru rakyat ada keyakinan....kalau buat kajian politik di Thailand orang percaya la......kahkahkahkah....venggong tercekik sotong celup tepung.....

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
21 Julai 2017 11:59 PTG delete

Cuba suruh rapiji buat kajian tanya rakyat boleh lupakan ke idak pfkz perwaja forex ipp bmf kapal anak dan lepas tu bentangkan laporan tanpa selindung.. ini tidak.. lepas je suaram keluar kenyataan melayu sokong pas terus dia buat keluar report org melayu tak sokong pas tapi sokong geng lgbt rasist gejala murtad liberal sosialis bla bla.. keh keh

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
22 Julai 2017 10:26 PG delete

LGBT ni berasal dari masyarakat Sadum, yang rendah tahap moralnya, rosak mentalnya dan tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab. Kemungkaran dan kemaksiatan bermaharajalela dalam peegaulan hidup mereka.

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes