Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Julai 10, 2017

Anwar Ibrahim gesa Najib kaji punca 'kegelisahan' rakyat Sarawak


Anwar Ibrahim di mahkamah kes liwat II

iklan : www.jomservis.blogspot.my
Keputusan Kerajaan Negeri Sarawak untuk meneliti Perjanjian Malaysia 1963 di London membayangkan kerajaan kurang yakin terhadap Jabatan Peguam Negara.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak boleh meremehkan langkah tersebut kerana ia memberikan implikasi yang luas terhadap hubungan Kerajaan Persekutuan dengan negeri-negeri terutama Sarawak dan Sabah.
"Untuk merujuk kepada syarikat guaman UK membayangkan bahawa Kerajaan Negeri kurang yakin dengan Jabatan Peguam Negeri untuk memberikan penafsiran bebas dan adil.
"Kerajaan tidak boleh meremehkan langkah tersebut kerana ia memberikan implikasi yang luas terhadap hubungan Kerajaan Persekutuan dengan Negeri-Negeri terutama Sarawak dan Sabah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Minggu lalu, Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Tun Openg mengumumkan kerajaan negeri itu akan menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan mengkaji bahan rujukan berkaitan hak negeri mengikut Perjanjian Malaysia 1963.
Pasukan itu akan diketuai Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Persekutuan-Negeri dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
Abang Johari turut memaklumkan syarikat cari gali minyak dan gas luar pantai milik Sarawak akan memulakan operasinya dalam masa enam bulan lagi.
Anwar berkata, keputusan tersebut berpunca daripada persepsi meluas dalam kalangan rakyat Sarawak bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengabaikan kepentingan rakyat Sarawak.
"Ia juga membuktikan bahawa langkah tergesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan BN untuk menangani masalah tersebut pasca PRU13 telah gagal.
"Pemerintahan BN ketika itu hanya bertahan dengan sokongan padu dari pengundi Sarawak dan Sabah," katanya.
Beliau bagaimanapun menaglu-alukan penubuhan Petros bagi menjana pertumbuhan, malah telah menyuarakan perkara itu sejak 2010.
"Penubuhan syarikat minyak milik negeri adalah dialukan untuk menjana pertumbuhan dalaman dan memberi pendedahan kepada anak negeri.
"Hal tersebut telah saya suarakan sejak 2010 dan menggesa Petronas memberi ruang kepada syarikat negeri Sarawak, Sabah, Terengganu dan Kelantan," katanya lagi.
Sehubungan itu, Anwar turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak segera bertindak dan "berlapang dada" bagi mengkaji "punca kegelisahan" terhadap Perjanjian Malaysia 1963.
"Ternyata tindakan beliau dan kerajaan BN selama ini memberikan peruntukan dan perhatian sekadarnya gagal mengawal keadaan.
"Hak Negeri dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan terutama Sabah dan Sarawak perlu diberikan perhatian serius dan segera," katanya.
mdl
Picture

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...