Panas!! : Beza Pas versi Nik Aziz dan Pas versi Abdul Hadi

nik aziz, hadi awang


SEPANJANG tempoh 48 jam lalu, kita diperlihatkan dengan satu lagi aspek perbezaan ketara antara Pas versi Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pas versi Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Suatu sandiwara penyebaran berita palsu dan fitnah telah berlangsung dalam penyampaian memorandum kononnya oleh akar umbi Pas kepada Ketua Penerangan Pas, Nasarudin Hassan yang meminta Jawatankuasa Pusat Pas supaya memutuskan hubungan dengan mana-mana pihak yang mempunyai pertalian dengan DAP dan Amanah, diiringi beberapa poster menyerang pimpinan Pakatan Harapan dan Bersatu.

Banner yang mahal dan berwarna-warni, menyerang pemimpin Pakatan Harapan dan Bersatu – termasuk satu yang memaparkan wajah saya dan menyerang saya sebagai ‘Musuh Melayu/Islan (Rasis)’ – dipamerkan di luar Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur bagi menyampaikan rasa tidak suka dan benci yang bersangatan terhadap pimpinan DAP, Amanah dan Bersatu seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan saya sendiri.

Ini adalah sesuatu yang tidak akan terjadi dalam Pas versi Nik Aziz, kerana tidak akan ada Ketua Penerangan Pas yang akan berani mengatur dan menjalankan aksi politik nakal sedemikian, kerana pastinya akan mengundang kemarahan Nik Aziz.
Tetapi Nik Aziz sudah tiada dan apa yang ada hari ini ialah Pas versi Abdul Hadi.
Nik Aziz tidak akan merelakan sebarang muslihat atau pengkhianatan politik, terutamanya oleh pemimpin Pas.

Jika DAP dan pemimpin DAP adalah anti-Melayu dan anti-Islam, kenapa Pas menganggotai Pakatan Rakyat sepanjang 2008 ke 2013 dan mendapat sokongan majoriti undi popular pada PRU13 dan hampir menghalau Umno/BN keluar dari Putrajaya? Sekiranya sistem pilihan raya adalah benar-benar adil dan demokratik; daripada membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri?

Kalau DAP dan pemimpin DAP anti-Melayu dan anti-Islam, adakah Nik Aziz akan menziarahi bekas Pengerusi Kebangsaan DAP, mendiang Karpal Singh, di kediamannya di Pulau Pinang semasa perayaan Thaipusam pada Januari 2013, di mana hari jadi Nik Aziz yang ke-82 turut disambut dengan kek ‘Pakatan Rakyat’?

Kenapa begitu banyak sekali perubahan terhadap Pas setelah kematian Nik Aziz pada Februari 2015?

Sekiranya Nik Aziz masih hidup, saya tidak fikir Pas akan teragak-agak untuk menyertai pergerakan patriotik parti-parti politik dan NGO untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah kleptokrasi global dan menuju nasib sebuah negara gagal.

Malah, sekiranya Nik Aziz masih hidup, Pas akan berada di barisan paling hadapan mendesak kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam skandal kleptokratik pengubahan wang berbilion dolar 1MDB, berbanding melihat Presiden Pas semakin selesa dengan Presiden Umno.

Walaupun sandiwara 48 jam lalu didakwa berpunca dari akar umbi Pas Selangor yang menyerahkan memorandum kepada pimpinan Pas bagi memutuskan hubungan dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.
Serangan terhadap DAP, Amanah dan Bersatu adalah suatu deklarasi perang oleh kepimpinan Pas terhadap DAP, Pakatan Harapan dan Bersatu.

Walaupun sandiwara serangan kepimpinan Pas terhadap DAP, Amanah dan Bersatu itu cuba dialas, kononnya berpunca dari akar umbi Pas Selangor, senario sebenar adalah sangat berbeza.

Hakikatnya, akar umbi Pas Selangor sudah sangat tidak berpuas hati dan bergolak ekoran pendirian garis keras Pas versi Abdul Hadi yang selesa bersama Umno.

Ini menjelaskan kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad, sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pusat Pas minggu lalu bahawa kalau pun Jawatankuasa Pusat Pas dan Majlis Syura memutuskan untuk berpisah dengan PKR, Exco-exco Pas di Selangor, anggota GLC, ahli majlis dan ketua kampung tidak akan meletakkan jawatan sehinggalah keputusan dibuat dalam Muktamar Pas pada bulan April nanti.

Pas Selangor berkemungkinan tewas kesemua 15 kerusi Dun yang dimenanginya dalam PRU13 pada PRU akan datang, memandangkan para pengundi Islam dan bukan-Islam kecewa dengan hala tuju baru Pas.

Saya percaya Nik Aziz tidak akan mempunyai masalah menyokong kenyataan dan aspirasi saya bahawa rakyat Malaysia tidak boleh bersifat anti-Melayu, atau anti-Cina, anti-India, anti-Kadazan atau anti-Iban atau anti mana-mana agama, lantas mengkhianati aspirasi Malaysia yang menyifatkan setiap warga Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, wilayah, kelas, gender atau usia sebagai sebuah bangsa Malaysia.
Tetapi Abdul Hadi sangat berbeza dan saya akan sangat terkejut sekiranya beliau mampu menyokong kenyataan dan aspirasi tersebut secara terbuka.

Lim Kit Siang ialah Ahli Parlimen Gelang Patah dan bekas Setiausaha Agung DAP.

sh

IKLAN BERBAYAR

Image result for iklan power tone excel
Previous
Next Post »

25 ulasan

Write ulasan
An Anonymous
AUTHOR
28 Februari 2017 9:45 PG delete

Dah tak ada hujah lagi ke PAN? Hujah ulamak PAN utk burukkan PAS dah takde ke hinggakan hujah si kafir pula hendak dijadikan sandaran agar PAS tunduk kpd DAP sebagaimana yg lain!
Kesian.. katanya dah bahagikan kerusi sesama PH dan PPBM? Move forwardlah LKS..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
28 Februari 2017 12:48 PTG delete

Sejak dari penubuhan PAS lagi versi yang dibawa PAS tidak pernah berubah iaitu versi perjuangan Islam, walau siapa sekalipun yang memimpin PAS.

Tiada versi TGHA atau ATGNA, versi yang ada ialah Islam.


Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
28 Februari 2017 1:46 PTG delete

Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah
Dah kemaruk idea ker..cai

Bandingkan pula mahdey dgn anwat..hehehe

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
28 Februari 2017 2:29 PTG delete

Xpa la.aku kemaruk nk kasi audi pada bini kedua.kakakakakakakakka

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
28 Februari 2017 5:17 PTG delete

Org lain kemaruk..main depan
Pemimpin agung haprak kemaruk main lobang taik..
Kan dah kena penjara...
kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
28 Februari 2017 5:23 PTG delete

Aku klu ada duit pon akan bagi keta mewah dgn isteri2 ku....hehehe
Jgn dah ada isteri...gila dgn jantan pulak...
kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

Yg bodo tahap vavi..manusia yg sembah manusia mcm nie...hehehe

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
28 Februari 2017 7:23 PTG delete

Arwah tg nik aziz..bijak..bijak dan bijak..hadi ponteng..bangang..bodoh dan bahlul..

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
28 Februari 2017 8:49 PTG delete

Kenapa tak nak guna nama ulamak PAN spt Ust Ahmad Awang agar dapat menaikkan imej PAN? Guna nama pemimpin PAS tidak membantu PAN. Kalau guna nama pimpinan PAN mungkin boleh menambah kasih sayang si kafirun dan mungkin juga si munafikun.

Bagaimanapun, inilah bukti kehebatan para pemimpin PAS sejak dulu hinggalah sekarang. Apakah resipinya? Perjuangkan Islam sebenar bukan Islam liberal dan Islam separuh2 (hati konon sayang Islam tapi sebenarnya dgn hukum Allah pun mereka tak yakin!).. kesian..

Reply
avatar
Sam Stayer
AUTHOR
28 Februari 2017 9:43 PTG delete

Bespoke web development and web design
Manufacturer websites for business - the company WebiProg offers you bespoke web development and web design of online stores based on CMS OpenCart or other platforms. You will get: custom desing, speed optimization, security patches, catalog, multilingual, multisite, connection to different payment and delivery systems, etc. Visit us at: http://webiprog.com

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
1 Mac 2017 11:47 PG delete

Jap2 nk drive audi dulu hadiah dr cik somi ulamak.kahkahkahjahjay

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
1 Mac 2017 1:14 PTG delete

Kesiannya khodam kat sini, tiada hujah lagi dah.....

kahkahkahkahkahjay

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
1 Mac 2017 4:32 PTG delete

byk beza tgna dan hadi

tk perlu nafi

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
1 Mac 2017 9:56 PTG delete

Org PAS memang dah tahu perbezaan mereka dan punyai kekuatan masing2. Tak perlu mak ajar kami. Sepatutnya PAN petiklah nama ustaz Ahmad awang dan boleh bandingkan dgn TGHH.. dulu G18 masa dalam PAS pun sama juga perangai macam ni. Duk dalam PAS tapi duk sanjung pemimpin parti lain. Lepas tu bila tewas tuduh pula org halau..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 Mac 2017 3:02 PTG delete

Org pas makan taik hadi mmg xtau mbezakan.kahkahkahjahjah. Dah mabuk taikla xtau beza antara audi7 dan balak.kahkahkahkahjah

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
4 Mac 2017 2:38 PTG delete

Audi7 guna duit sendiri manakala membalun balak di zaman husam masih belum dianggap rasuah! Keh keh..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
11 Mac 2017 12:58 PG delete

Fitnah matsabu tolak hudud pun xda bukti lg mau lebong fitnah baru ka wanrosli walataik oi...tunjukla mana bukti video matsabu tolak hudud tu.....

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
11 Mac 2017 11:35 PTG delete

Semoga Allah ampunkan dosa kita semua wahai MOHD NASIR! Keh keh..

Juga semoga Allah ampunkan dosa sesiapa yg pernah berkata jika majoriti parti (DAP dan PKR) dalam PH menolak hudud, kami tidak akan teragak2 menolak hudud juga! Astaghfirullah!

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
12 Mac 2017 10:32 PTG delete

Astagfirullahalazim.fitnah tu dosa besarkan wanrosli. Bertaubatlah sebelum terlambat wanrosli...

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
13 Mac 2017 6:52 PTG delete

Tak payah menyamar lah Mat Nasir. Daripada menyamar kan lebih baik Mat Nasir mintak Husang Musang bagi video PAS terima RM 90 juta tu! Keh Keh

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
14 Mac 2017 11:36 PTG delete

pasal plak nak Mintak husang.. Xplak sesiapa sebut husang ada video 90juta.alahai.napa la bodoh sgt wanroslimatnasir ni.kahkahkahjah.dah la tu kalau nk kalih isu guna la cara bijak sikit.ni alahai cara budak tadika. Kahkahkahkah. Mana Video matsabu tolak hudud tu?????

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
15 Mac 2017 5:11 PG delete

1. Tak payah menyamar lagi lah Mat Nasir Keh Keh! Daripada menyamar kan lebih baik Mat Nasir mintak Husang Musang bagi video PAS terima RM 90 juta tu! Keh Keh

2. Bagi je video PAS terima RM90 juta tu Mat Nasir! Lembam lah Mat Nasir ni Keh Keh!

3. Ada ke nama Mat sabu disebut dalam doa aku tu Mat Nasir lembam oi? Jawab le jawab Keh Keh!

4. Maka dgn itu marilah kita berdoa lagi dan lagi:

Semoga Allah ampunkan dosa kita semua wahai MOHD NASIR! Keh keh..

Juga semoga Allah ampunkan dosa sesiapa yg pernah berkata jika majoriti parti (DAP dan PKR) dalam PH menolak hudud, kami tidak akan teragak2 menolak hudud juga! Astaghfirullah!
Dasar barua DAP! Keh keh

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
17 Mac 2017 10:02 PG delete

Wanrosli walataik oooo wanrosli walataik. nape la bengap sgt. Brp kali aku nk ulang.mana ada video rm90juta tu.tak ada dan tak ada sbb xda siapa kata ada video rm90juta. Husang pun xda kata ada bukti video 90juta. Kalau xreti baca huruf kecik baca huruf besar ni.XDA VIDEO 90JUTA, XDA XDA DAN XDA XDA DAN XDA XDA VIDEO 90JUTA TUU SBB XDA SAPA KATA ADA VIDEO RM90JUTA TU. Wanrosli buat cerita konon ada video rm90juta tu pastu wanrosli minta vvideotu.kahkahkahkah.kebodohan apakah ini.kahkahkahkah....tp wanrosli ngaku ada video bukti matsabu tolak hudud tu mana bukti video nya??????bertahun dan berjuta kali aku minta....xkan bengap kot xfhm2 soalan lg.kahkahkahkahkah

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
17 Mac 2017 9:28 PTG delete

Tahniah Mat NASIR kerana percayakan alQuran juga. Cuma mintak kamu tlg bgtahu husang musang akan bahaya fitnah tu! Dan kita bagi masa kpd husang utk videokan bukti yg dia ada (kunonnya)..

AlQuran ada menyebut kewajiban melaksanakan hudud. LKS pula ada menyebut kewajiban menolak hudud. Jadi MOHD NASIR boleh tak tolong bgtahu mana satu pilihan PH? Samada beriman kpd alQuran atau LKS?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
18 Mac 2017 10:50 PG delete

Laaaaaa.kan dah kata xda video. Astaga ulang balik.ok xpa kami fhm tahap IQ wanrosli. So kamu ulang balik supaya wanrosli blh membaca perlahan2
Baca pelan2 wanrosli. Kami fhm wanrosli lmbt nk membaca so xfhm isi kandungan. Kami post lg supaya wanrosli blh baca perlahan2
Aku rasa wanrosli ni xreti membaca tu sbb senang kena perbodohkan dek umno. Atau baca br sikit dah tersilap baca xreti baca balik terpaksa merangkak balik baca satu2 huruf...sian jg aku tgk wanrosli ni xreti membaca. So aku post byk kali supaya memudahkan wanrosli membaca. Kalau tertinggal baca blh baca bwh lagi supaya blh baca pelan.xyah laju2 baca pelan2 pun xpa.kami faham dan simpati pd org2 mcm wanrosli wajib dibantu membaca

Wanrosli walataik oooo wanrosli walataik. nape la bengap sgt. Brp kali aku nk ulang.mana ada video rm90juta tu.tak ada dan tak ada sbb xda siapa kata ada video rm90juta. Husang pun xda kata ada bukti video 90juta. Kalau xreti baca huruf kecik baca huruf besar ni.XDA VIDEO 90JUTA, XDA XDA DAN XDA XDA DAN XDA XDA VIDEO 90JUTA TUU SBB XDA SAPA KATA ADA VIDEO RM90JUTA TU. Wanrosli buat cerita konon ada video rm90juta tu pastu wanrosli minta vvideotu.kahkahkahkah.kebodohan apakah ini.kahkahkahkah....tp wanrosli ngaku ada video bukti matsabu tolak hudud tu mana bukti video nya??????bertahun dan berjuta kali aku minta....xkan bengap kot xfhm2 soalan lg.kahkahkahkahkah

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
18 Mac 2017 4:12 PTG delete

Laa.. tapi mana video RM90 juta tu MOHD NASIR? Fitnah macam husang le tew!

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes