Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Jun 26, 2016

TERBAIK!! : NASIHAT KEPADA LEMBAGA ZAKAT NEGARA.

Ustaz Hasanuddin Mohd YunusUstaz Hasanuddin Mohd Yunus

Masyarakat wajar menghormati institusi yang dipertanggungjawab menguruskan zakat namun institusi tersebut juga harus lebih efisyen dalam mengagihkan wang zakat supaya ia benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan.

Naib Presiden parti Amanah Negara (Amanah), Hasanuddin Mohd Yunus berkata, institusi yang bertanggungjawab menguruskan zakat seperti majlis agama Islam negeri mesti menjalankan tugas dengan lebih efisyen bagi mengelakkan kecurigaan masyarakat dan memberikan keyakinan kepada masyarakat untuk membayar zakat kepada pusat pungutan zakat.

“Kalau kita lihat dari sudut sebuah negara yang besar, memang saya hampir bersutuju supaya kita serahkan kepada amil dan amil akan mengkajinya di peringkat negara dan ia akan lebih melata dan akan mencapai orang-orang yang lebih layak.

“Cuma realiti pada hari ini kita dapati tidak efisyennya kerajaan dan juga amil yang ada yang akhirnya kita curiga dengan pembahagian zakat itu,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia harus mencontohi majlis agama Islam di Singapura yang sangat cekap dan berhati-hati dalam menguruskan zakat bagi memastikan ia sampai kepada golongan sasaran.

“Berbeza dengan Singapura, saya melihat teman-teman yang menguruskan majlis agama Islam Singapura dan menguruskan masjid mereka boleh melihat dari dalam helikopter, tengok keseluruhan jumlah fakir miskin yang mereka kenal pasti dan mereka dapat agihkan zakat malah dengan duit itu mereka boleh menukar daripada seorang yang layak menerima zakat kepada pemberi zakat selepas beberapa tahun.

“Saya cukup kagum dan percaya dengan teman-teman di majlis agama Islam Singapura yang menguruskan zakat dengan cara yang sangat baik,” katanya yang merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Menurut beliau juga, amil yang menguruskan zakat harus mempunyai pengkalan data penduduk di setia kawasan supaya senang untuk mengenal pasti penerima zakat, bukan hanya ditugaskan utuk mengutip zakat pada bulan Ramadan.

“Sebagai amil dalam suatu kawasan sepatutnya dia mmepunyai maklumat penduduk di tempat dia. Dan ia berlaku bukan bila dekat bulan puasa nak pungut zakat baru kelam kabut nak cari.

“Ia sepatutnya berlaku pada setiap hari apabila kita pergi ke masjid kita tahu bilangan penduduk, kita tahu ada jiran-jiran yang tak datang ke masjid dan orang begitu perlu kepada imam dan amil ziarahi mereka dan mula merekod dalam data base.

“Dengan adanya kerja begitu akhirnya kita betul-betul menepati maqasid syariah ketika Allah mensyariatkan zakat iaitu supaya melata jangkauan tangan kita ke rumah-rumah umat Islam khususnya di seluruh qariah,” jelasnya lagi.

Malah katanya, sistem zakat ini boleh diperluas keapda orang bukan Islam bagi tujuan dakwah dan mendekatkan orang bukan Islam kepada Islam.

“Malah orang bukan Islam yang miskin sepatutnya kita rekodkan juga kerana mana tahu apabila kita berdakwah kepada mereka ada kelembutan kepada Islam dia juga layak sebagai muaalaf yang menrima zakat,” katanya lagi.

Mengulas mengenai Majlis Agama Islam Negeri Perak (Maipk) yang sedia mengambil tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab menggerakkan kempen di media sosial mendesak masyarakat Islam membayar terus zakat kepada asnaf, beliau berkata, kerajaan negeri mempunyai hak berbuat demikian.

“Kita sangat menghormati sistem, enakmen dan akta di peringakt parlimen dan di peringkat dewan undangan negeri. Kerajaan negeri mempunyai autoriti selepas mereka berijtihad dan mereka menggunakan sistem yang ada dan mereka memang berhak untuk buat keputusan.

“Saya tidak nafikan adalah menjadi kesalahan jika berlakunya kempen sedemikian dan penguatkusa agama memang wajar dan layak ambil tindakan kerana jika berlaku kelonggaran begitu oang akan sewenangnya menyalahgunakan bagaimana cara memberi zakat,” katanya.

Namun tegasnya, umat Islam juga harus menggunakan kebijaksanaan sendiri dalam neguruskan zakat jika didapti pihak bertanggungjawab gagal menjalankan tugas dengan baik.

“Tapi saya percaya umat Islam yang bijak akan ada penyelesaian. Dia akan menguruskan dengan cara yang sendiri selepas kita mengatakan sebaik-baiknya kita beri sendiri kepada asnaf tetapi apabila kita mendapati kerajaan, amil yang dibentuk gagal memainkan peranan kita kena guna kebijaksanaan kita mengimbangkan enakmen kerajaan negeri, pengutkuasaan yang ada pada jabatan agama supaya apa yang kita keluarkan sampai kepada sasaran,” tegasnya.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Beli simkad toneexcel harga bajet RM80.00 berbanding harga biasa RM98.60! Siapa cepat dia dapat! sms atau whastup " ya saya ingin membeli toneexcel dengan harga promosi! " kepada 010-7898637. Kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat....tungguuuuuuuuu..!!!!!! 

Cara gandakan simpanan wang

1 ulasan:

  1. Xblh kata mcmtu. Harun din kata najib pemimpin islam yg agung.kahkahkah. Pis oh pis...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...