Iklan Penaja 1

Picture

Khamis, Jun 30, 2016

PANAS!! : AKAN ADA FORMULA BARU UNTUK KALAHKAN BN DAN PAS PADA PRU14 INI

Anthony Loke berharap Pakatan Harapan punya formula ekoran situasi mesra Pas Umno kini

Rundingan antara Pas yang mendakwa pihaknya sebagai Blok Ketiga dengan Umno tidak mustahil akan berlaku menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kira-kira dua tahun dari sekarang.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, Pakatan Harapan terpaksa menempuh kemungkinan situasi itu sekaligus bersedia untuk pertandingan tiga penjuru.

"Pas terang-terang pada hari ini mahu jadi kuasa ketiga. Mereka mungkin mahu buat satu rundingan dengan Umno yang hanya memberi kesinambungan hayat kepada Umno untuk terus memerintah.

"Kita berdepan dengan perkara yang tidak dapat dielak sama ada Pas tetap akan bertanding di kerusi yang ditandinginya pada PRU13 lepas dan ini pastinya bertembung dengan Amanah.

"Kemungkinan (pertandingan) tiga penjuru di kerusi-kerusi terbabit amat tinggi tambahan Pas juga terang-terang menentang DAP," ujarnya dalam 'Wacana Terbuka: Amanah Bawa Tuah atau Rebah?' semalam.

Sehubungan itu, katanya, satu formula perlu dicari untuk menumpaskan BN walaupun Amanah dan Pakatan Harapan bertempur dengan Pas.

Ambil pengajaran

Mengambil contoh pengalamannya bertanding tiga penjuru di Parlimen Seremban pada PRU13 lalu, beliau berkata, terdapat pengundi Melayu yang tegar menolak DAP tetapi pada masa sama tidak mahukan BN.

"Saya juga menghadapi pertembungan tiga penjuru dengan undi diperoleh calon Isma agak signifikan iaitu hampir 7,000 undi.

"Ya. Tiga penjuru pada PRU14 nanti bukan satu yang kita mahu lihat tetapi realiti yang perlu kita hadapi," ujarnya.

Untuk rekod, Isma buat pertama kali bertanding dalam pilihan raya pada PRU13 atas tiket Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) di tujuh kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Selanjutnya, mengulas insiden pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11, Mei lalu antara DAP dan PKR, Anthony berkata, hal itu wajar memberi pengajaran besar kepada Pakatan Harapan.


"Kita perlu ambil pengajaran sekurang-kurangnya dalam Pakatan Harapan, itu tidak berulang dalam PRU14," tambahnya lagi.

mdl

Cara gandakan simpanan wang

IKLAN BERBAYAR

Beli simkad toneexcel harga bajet RM80.00 berbanding harga biasa RM98.60! Siapa cepat dia dapat! sms atau whastup " ya saya ingin membeli toneexcel dengan harga promosi! " kepada 010-7898637. Kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat....tungguuuuuuuuu..!!!!!!


income-online

Rabu, Jun 29, 2016

PANAS!! : UMNOBN HENDAK RAMPAS SELANGOR..SIAPA PEMBANTUNYA?? JOM BACA.


BN Merampas Kembali Selangor? 

Pasca PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar, semua mulai sedar bahawa sekiranya berlaku pertandingan 3 penjuru di Selangor, maka BN akan mendapat peluang keemasan untuk merampas kembali Selangor. Ini adalah antara pengajaran terpenting dari apa yang telah berlaku. Oleh itu ramai yang menyeru supaya semua parti pembangkang bersatu untuk menghadapi BN. Malangnya seruan ini seolah tidak diendahkan sebelum PRK dan akan terus tidak diendahkan PAS selepas PRK.

PAS mengambil keputusan untuk bersendirian dan oleh itu amat jelas bahawa PAS yang berpecah dari Pakatan Rakyat asalnya dan Pakatan Harapan ketika ini. Walau apa pun hujah dan alasan, hakikatnya apabila PAS bersendiri dan PH terdiri dari tiga, PAS yang berpecah dan berasingan. Hanya yang kurang siuman sahaja yang akan mendakwa PH yang berpecah dari PAS atau PH punca pembangkang berpecah! Ini adalah kerana PH masih bersatu dan PAS yang bersendirian.

Oleh itu, sekiranya PAS melihat BN sebagai lawannya dan menjatuhkan BN penting demi kepentingan rakyat dan negara, sudah pasti paling tidak PAS akan berunding dan berkerjasama dengan PH atau pun menyertainya seperti sebelum ini di dalam PR. Sekiranya PAS memilih untuk tidak berbuat demikian, maka bererti PAS tidak keberatan membenarkan BN merampas kembali Selangor. Itulah mesej yang di bawa, walaupun PAS sendiri berkemungkinan besar tidak akan menang semua kerusi yang ditandinginya di Selangor pada PRU ke 14; atas sebab berlakunya 3 penjuru dan perkara itu dianggap tidak mengapa bagi PAS.

Dan inilah hakikat PAS dewasa ini. PAS tidak lagi merupakan parti pembangkang terhadap BN. PAS tidak begitu kisah samada BN jatuh atau tidak. Yang penting bagi PAS sekarang adalah DAP dan PH tidak boleh membentuk kerajaan. Kalau PAS inginkan kemenangan sekalipun, ianya bukan untuk menjatuhkan BN. Kalau menang sekalipun tidak semestinya PAS akan bersama PH untuk membentuk kerajaan. Mungkin sekiranya terpaksa, PAS juga tidak keberatan untuk membentuk kerajaan dengan BN.

Dakwaan saya bukan tidak berasas. Imbas kembali ‘printscreen’ atau ‘screenshot’ whatsapp Dr Zuhdi yang pernah disebarluaskan pihak tertentu pada satu ketika dahulu. Oleh itu biarlah dihadapi PRU ke 14 ini dengan penuh kefahaman terhadap kedudukan PAS. Pokoknya, jika PAS benar-benar ingin mengalahkan BN, PAS perlu bersama PH. Jika tidak, maka jelas bahawa PAS tidak ingin BN dikalahkan. Setelah keputusan PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar diketahui umum, penyertaan PAS sebagai pihak ke-3 dalam pertandingan 3 penjuru adalah bukan lagi demi mencapai kemenangan, tetapi demi memenangkan BN! Oleh itu, jika masih berlaku 3 penjuru selepas ini, maka diharapkan jangan ada lagi yang was-was akan perkara ini.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Cara gandakan simpanan wang

IKLAN BERBAYAR

Beli simkad toneexcel harga bajet RM80.00 berbanding harga biasa RM98.60! Siapa cepat dia dapat! sms atau whastup " ya saya ingin membeli toneexcel dengan harga promosi! " kepada 010-7898637. Kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat....tungguuuuuuuuu..!!!!!!


 dana-100-all

Selasa, Jun 28, 2016

Analisis Terkini!! YB Khalid Samad : Pilihan Raya Kecil Sg. Besar dan Kuala Kangsar



MUQADDIMAH

Pilihan Raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah berakhir dengan kemenangan BN dengan majoriti yang lebih dari yang diperolehi mereka pada 2013. Ianya merupakan pilihan raya yang bersejarah kerana ianya merupakan pilihan raya pertama yang melibatkan Pakatan Harapan secara rasmi. Pada masa sama ianya juga merupakan pilihan raya kecil pertama berlakunya tiga penjuru antara PH, PAS dan BN.

“PENTINGNYA PEMBANGKANG BERSATU!”

Sebaik sahaja keputusan diketahui, bermacam-macam analisa diberikan dari berbagai pihak. Di antara pandangan yang sering diulangi adalah betapa keputusan tersebut membuktikan bahawa perlunya pembangkang bersatu untuk menghadapi BN dan bagaimana pertandingan 3 penjuru hanay menguntungkan BN. Tetapi malangnya cara bagaimana ianya diceritakan seolah-olah pertandingan 3 penjuru sengaja diusahakan dan diinginkan oleh semua pihak. Sedangkan PH telah dengan bersungguh berusaha, sehingga saat terakhir untuk berbincang dengan PAS untuk mengelak berlakunya 3 penjuru.

Malangnya PAS telah tidak berminat untuk berbincang dan telah mengulangi pendirian tidak berminat ini berkali-kali. Bagi yang sering mengulangi dakwaan ini, sila berikan penegasan ini kepada PAS!

Kalau dibaca kenyataan sebahagian pimpinan PAS selepas keputusan pilihan raya kecil (PRK) ini diketahui, mereka lebih cenderung mendabik dada menyatakan betapa mereka secara bersendirian telah mendapat sekian banyak undi. Mereka bagaikan tidak kisah bahawa BN telah memenangi kedua-dua kerusi Parlimen yang ditandingi. Sikap “menang sorak, kampung tergadai” amat sangat sesuai untuk menggambarkan sikap PAS dalam soal ini.

‘MENYEDARKAN’ PAS SALAH SATU MATLAMAT

Sebenarnya antara matlamat di sebalik bertanding tiga penjuru ini adalah untuk menyedarkan PAS! Supaya jangan asyik mendabik dada mengatakan “PAS kuat”. Tiada siapa yang menafikan PAS ada kekuatannya. Tetapi, hakikatnya, walaupun PAS kuat, ianya tidak cukup kuat untuk mengalahkan BN secara bersendirian. Maka perlu berpakat, sepertimana ia pernah berpakat dengan Semangat 46 melalui ‘Angkatan Perpaduan Ummah (APU)’ pada tahun 1990, dengan Keadilan dan DAP melalui Barisan Alternatif (BA) pada 1999, hanya dengan Keadilan juga melalui BA pada 2004 dan sekali lagi melalui Pakatan Rakyat (PR) pada 2008 dan 2013. Sudah pasti sekiranya PAS masih ingin melihat BN tumpas, mereka akan menyedari perkara ini. Tetapi malangnya keadaan PAS sudah tidak seperti dahulu.

PAS sekarang ingin BN ditumpaskan tetapi hanya sekiranya PAS yang menggantinya sebagai kerajaan. Sekiranya yang menggantikan BN adalah PR atau PH, dan PAS bukan yang ‘dominan’ di dalam pakatan tersebut, maka PAS lebih redha melihat BN terus memerintah. Paling kurang, mengikut minda PAS sekarang, BN didominasi UMNO yang Melayu Islam. Segala rasuah dan penyelewengan UMNO/BN boleh ‘ditegur’ dan memadai dengan itu. Jangan dijatuhkan BN, kata mereka, untuk diganti dengan Pakatan yang tidak didominasi Melayu Islam!

Mungkin PAS tidak sedar lagi. Sikap sebegini mungkin akan menyebabkan mereka turut kehilangan Selangor sambil Perak, Kedah serta negeri-negeri yang lain boleh turut dilupakan. Atau mereka sedar tetapi beranggapan ianya tidak mengapa kerana sekiranya ianya kembali kepada UMNO sekalipun, sekarang ini UMNO sudah ‘baik’.

AMANAH MULA DIKENALI SAMBIL PH MULA DITERIMA SEBAGAI WADAH PENYATUAN PEMBANGKANG

PH adalah entiti baru bagi ramai. Begitu juga Amanah. Tetapi pilihan raya kecil ini telah melihat semua yang ingin jatuhkan BN bersatu menyokong Amanah dan PH. Samada NGO seperti Bersih, SAMM mahupun Deklarasi Rakyat, semua telah berjaya disatukan.

Walaupun tidak berjaya lagi mengalahkan BN, tetapi sebuah gerakan yang menyatukan semua pembangkang seperti PR dahulu sudah mula diasaskan. Dan proses pengukuhan PH perlu diteruskan sehingga PRU ke 14. Pintu sentiasa terbuka untuk PAS menyertainya, sebagai ahli atau sekutu, tetapi kita tidak boleh menunggu penyertaan PAS untuk bergerak memperkukuhkan PH dan Amanah.

Ini juga antara matlamat keterlibatan AMANAH dalam pilihan raya kecil ini, walaupun terpaksa bertanding tiga penjuru. Iaitu untuk memperkenalkan Amanah dan PH sebagai sebuah entiti. Walaupun keadaan tiga penjuru tidak diinginkan tetapi semua pihak perlu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Boleh terus menjemput PAS untuk bersama tetapi perlu bersedia menghadapi PAS seperti di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sekiranya PAS terus berdegil. Melihat kepada respon dan reaksi pimpinan PAS, saya percaya PAS akan terus berdegil. Seperti yang saya sebutkan tadi, perspektif mereka sudah berubah.

PERSOALAN UNDI MELAYU

Sememangnya undi Melayu merupakan cabaran terbesar bagi PH. Selagimana ianya berpihak kepada BN dengan kadar melebihi 53%, PH tidak akan mampu menawan Putrajaya. Malangnya pilihan raya kecil kali ini tidak memberi peluang untuk Amanah dan PH menguji kemampuannya untuk mendapatkan undi Melayu. Ini adalah kerana ianya diadakan semasa masyarakat Melayu Islam sibuk berpuasa. Oleh itu program amat sukar dianjurkan dan apabila dianjurkan pula, amat sukar untuk mendapatkan kehadiran para pengundi.

Walaupun begitu, hakisan undi Melayu untuk BN dan PAS tetap berlaku. Ianya mula berpindah kepada Amanah walaupun bukan dalam jumlah yang diharapkan. Malangnya, atas sebab kesukaran mengadakan program, ianya amat terhad. Kebanyakan pengundi kekal dengan pilihan lepas, iaitu samada BN atau PAS. Harapan untuk mendapatkan 25% undi Melayu melalui hakisan 13% undi Melayu dari PAS dan 12% dari BN tidak tercapai. Yang tercapai mungkin sekitar 10% ke 13% dan itu pun dari mereka yang telah bersama Amanah mungkin sejak sebelum PRK kecil tersebut. Program semasa tempoh kempen mungkin menyumbang pertambahan dalam beberapa ratus undi sahaja.

Maka keputusan mengadakan pilihan raya kecil ini pada bulan Ramadhan banyak membantu BN mengekalkan sokongan Melayu mereka. Segala usaha memecahkan kubu sokongan Melayu kepada BN mudah digagalkan. Kempen PH yang terlalu terhad tidak mampu menandingi kempen media BN, khususnya melalui TV yang berfungsi siang malam mencorak pemikiran masyarakat Melayu. Termasuk yang dapat ditumpulkan adalah serangan Deklarasi Rakyat. Tun M mungkin hanya mampu bertemu dengan seribu dua masyarakat Melayu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Dari yang ditemuinya, mungkin sebahagian besar telah mengundi Amanah.

Bagi Amanah, parti baru yang belum dikenali, kecuali melalui tohmahan BN dan PAS sebagai parti ‘khadam DAP’, kempen yang begitu terhad di dalam suasana Ramadhan tidak mampu membawa sokongan secara besar-besaran dari pengundi Melayu. Sekiranya dengan masyarakat Cina yang pro-pembangkang sekalipun DAP terpaksa berkerja sebegitu keras untuk memperkenalkan Amanah, apatah lagi dengan masyarakat Melayu. Gerak kerja DAP dalam menangani masyarakat bukan Melayu tidak dihalang program bulan Ramadhan dan oleh itu kita dapati DAP telah berjaya walaupun terpaksa bertungkus-lumus memperkenalkan Amanah dan PH kepada masyarakat bukan Melayu.

PAS GAGAL MENDAPAT UNDI UMNO

PAS turut gagal mendapat undi ahli dan penyokong UMNO walaupun telah berkorban sehingga dipecahnya PR dan PAS itu sendiri demi persahabatan dengan UMNO. Sebaliknya undi Melayu PAS juga turut merosot. Sepertimana kempen Amanah, kegiatan kempen PAS juga terkongkong dengan suasana Ramadhan. Namun sebagai parti yang sudah dikenali, mereka mempunyai penyokong dan kebanyakan dari program mereka adalah untuk mempertahankan sokongan tersebut.

Dengan kegagalan PAS untuk mendapat undi ahli dan penyokong UMNO, strategi mereka dalam aspek ini terbukti meleset. Hubungan PAS bersama UMNO hanya membantu UMNO mengekalkan sokongannya di kalangan masyarakat Melayu. UMNO sekarang dilihat ‘baik’ dan segala masalah dan kerosakan terhadap masyarakat Melayu sekarang ini bukan lagi dilihat berpunca dari UMNO. Hasil pendekatan baru PAS yang berjalan sekian lama, semua masalah Melayu adalah berpunca dari DAP, kononnya musuh Islam dan Melayu. Usaha menyalahkan dan mendedahkan keburukan UMNO tidak lagi dilakukan PAS. Yang dilakukan PAS adalah usaha ‘penyucian UMNO’ untuk menjustifikasi kerjasama dengan UMNO.

UNDI CINA

BN bergembira kononnya telah mendapat 30% - 35% undi Cina. Kononnya mereka telah kembali kepada BN. Sekiranya benar sekalipun, saya yakin ianya hanya untuk seketika sahaja. Masyarakat Cina ramainya bersikap pragmatis. Dalam suasana pilihan raya kecil yang tidak mampu menukarkan kerajaan di Putrajaya, mereka telah memanfaatkannya untuk mendapat beberapa tawaran dari BN. Dan sememangnya BN telah berkerja keras untuk mendapatkan undi Cina ini. Perlepasan Nelayan Cina dari tahanan kerajaan Indonesia, permit kerja bagi anak kapal nelayan dan sebagainya, kesemuanya boleh dan telah ditawarkan untuk PRK kali ini. Tetapi saya yakin, kesannya hanya untuk PRK ini sahaja.

KESIMPULAN

Keputusan yang diperolehi bukan bayangan keputusan yang akan tercapai semasa PRU ke-14 kelak. Ianya keputusan pilihan raya kecil yang diadakan semasa Ramadhan dalam keadaan Amanah dan PH tidak lagi sempat diperkenalkan dengan sepenuhnya. Sekiranya dalam tempoh sepuluh hari dan suasana yang begitu mengongkong Amanah dan PH telah berjaya memperolehi undi sebanyak itu, bayangkan pencapaian sekiranya terus berusaha dalam tempoh enam bulan atau setahun atau setahun setengah mempromosi Amanah dan PH pada masa akan datang. Sudah pasti kesannya akan lebih membanggakan.

Yang penting adalah keputusan untuk terus memperkenalkan Amanah dan PH secara besar-besaran dan jangan berpatah balik. Sambil itu usaha membina kekuatan Amanah dan PH perlu juga diteruskan. Tiada gunanya ada pihak yang mengeluh dan mengharapkan PAS akan kembali ke pangkuan pembangkang. Hakikatnya PAS tidak lagi menjiwai peranan mereka sebagai pembangkang. Walaupun pintu rundingan terus terbuka bagi mereka menyertai Pakatan Harapan, usaha gigih adalah diperlukan bagi menyediakan masyarakat untuk menyokong PH tanpa keterlibatan bersama PAS.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Cara gandakan simpanan wang

IKLAN BERBAYAR

Beli simkad toneexcel harga bajet RM80.00 berbanding harga biasa RM98.60! Siapa cepat dia dapat! sms atau whastup " ya saya ingin membeli toneexcel dengan harga promosi! " kepada 010-7898637. Kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat....tungguuuuuuuuu..!!!!!!


dana-100-all

Isnin, Jun 27, 2016

PENDEDAHAN PANAS!! : PAS sudah rela kalah asalkan bukan DAP atau PKR yang menang

Ada Saja Yang Dengki Kalau Umno Dan Pas Bergabung

"Tidak sukar untuk kita menduga apa sebenarnya dalam benak pemikiran pemimpin utama PAS sekarang. PAS sudah rela kalah asalkan bukan DAP atau PKR yang menang. UMNO? setengah pemimpin PAS sudah mula mencanang, walau zalim walau kenakan tol walau kenakan gst, UMNO masih lagi islam. Jadi pilihannya adalah kalau tidak PAS,UMNO yang menang. 

Setakat hari ini, sandiwara antara PAS dengan UMNO bahawa UMNO mula berubah kepada hendakkan Islam, masih lagi berjalan dan kelihatan seperti betul. Isu RUU355 masih lagi boleh menjadi senjata rahsia untuk mengaburi mata sesetengah orang orang kampung. 

Setakat mana ia dapat bertahan sebagai alat propaganda, kita tidak pasti. Tetapi adat lumrah membuktikan, kita tidak boleh menggunakan helah yang sama berulang kali dan berlamaan masa. Kelak akan terdedah jua. Untuk menggarap dan 'menaiktaraf Islam' UMNO di mata rakyat, maka perlu dua cara, pilihan pertama samada menggambarkan kelebihan Islam pada UMNO sendiri atau pilihan kedua mencipta satu musuh kepada Islam. 

Tetapi untuk memilih kelebihan Islam yang ada pada UMNO adalah sangat janggal buat masa ini. 

Dalam hal ini PAS dan UMNO sepakat memilih pilihan kedua, senjata yang paling ampuh untuk digunakan ialah mewujudkan satu musuh Islam yang bernama DAP. 

Bagaimana dengan MCA? GERAKAN? MIC? Sepertimana yang kita tahu mereka juga mudah melenting malah kekadang lebih melenting dari DAP, tetapi mereka tidak dimasukkan dalam senarai musuh islam oleh PAS apatah lagi UMNO. 

Pemilihan yang selektif ini mungkin berjaya untuk jangka pendek ketika ini, tetapi kelak akan memakan diri PAS dan UMNO sendiri akhirnya. Sekalipun UMNO dapat berbincang secara rahsia dengan MCA, Gerakan, Mic dan yang lain supaya melembutkan suara anti Islam mereka, tetapi ini sudah pasti tidak akan dapat ditunaikan oleh rakan UMNO tersebut. 

Jika mereka melembutkan suara anti Islam mereka, seolah mereka telah hilang jatidiri parti mereka dan menjauhkan pengundi tegar mereka dari kalangan bukan Islam dan akan semakin ramai pula penyokong tegar mereka beralih kepada DAP. 

Propaganda yang di bawa oleh UMNO dan PAS ini hanya seolah olah mencari untung di kalangan pengundi melayu Islam tetapi rugi di kalangan pengundi bukan Islam. 

Kerana itulah MCA dan rakan sepertinya sering juga ingin melebihkan suara anti islamnya lebih dari DAP, supaya berjaya menarik minat pengundi bukan Islam. Bila mencanangkan DAP anti Islam, apakah realitinya nampak begitu? Keadaan realiti dan sejarah yang baru digarap oleh DAP di pulau pinang menggambarkan sebaliknya. 

Berbagai insentif telah disediakan kepada madrasah, pusat tahfiz dan intitusi islam di pulau pinang. 

Malah sesiapa yang hafal quran mendapat imbuhan dengan banyak, jumlah imbuhan berdasarkan berapa banyak juzuk quran yang dihafal. Malah peruntukan disediakan kerajaan negeri pulau pinang untuk majlis agama negeri, paling tinggi berbanding peruntukan majlis agama negeri negeri lain. 

Dari satu sudut yang lain, PAS juga mencanangkan bahawa parti Amanah adalah talibarut DAP. Ini mungkin kerana PAS ingin menjauhkan pengundi melayu Islam dari Amanah, atau mencegah ahli PAS dari mengundi Amanah. 

Tetapi pada masa yang sama PAS kehilangan sokongan bukan Islam. Tuduhan Amanah sebagai boneka DAP ini pun, sepintas lalu kononnya merugikan Amanah, tetapi sebaliknya menjadi kemenangan moral yang sangat tinggi bagi Amanah. 

Bukan Islam tidak akan segan segan untuk menyokong Amanah. Maka masa depan Amanah sebagai parti yang mempunyai perpaduan kaum yang tinggi menjadi cerah masa depannya. Apabila PAS dan UMNO menyerang Amanah dengan label proksi DAP, PAS dan UMNO sebenarnya sedang mencipta pengundi tegar untuk Amanah dari kalangan bukan Islam. 

Bila bukan Islam menjadi pengundi tegar Amanah, dengan rasa selesa dan penuh percaya, maka kerja Amanah sebagai parti baru menjadi lebih mudah selepas itu. Amanah hanya perlu fokus untuk menarik undi melayu tanpa perlu risau lagi tentang pengundi bukan melayu Benarkah Islam terancam? 

Ketika PRU13, PAS paling banyak kerusi yang bertanding, tetapi PAS yang paling banyak kalah berbanding DAP dan PKR. DAP paling sedikit kerusi bertanding tetapi DAP yang paling tinggi peratusan kemenangan. (Mungkin kekalahan yang parah ini membuat PAS rasa tersilap memilih DAP sebagai kawan) Bila PAS banyak kalah dan DAP banyak menang, di sinilah bermulanya jarum UMNO dapat menyucuk minda pemimpin PAS. 

Laungan yang dimain oleh UMNO selama ini, kononnya Islam makin lemah mula meresapi jiwa PAS sedikit demi sedikit. Lalu mereka mula merasakan agenda yang selama ini Biro tata negara selalu gunakan sebagai brainwash ini...adalah betul. Islam semakin terancam. 

Orang bukan Islam pula semakin angkuh. Dari sinilah bermulanya detik untuk mengatur perancangan rapi untuk menyingkirkan pemimpin profesional di dalam PAS. 

Kerana mereka(pemimpin ulamak konservatif) sedar andai agenda ingin berdamai dengan UMNO ingin berjaya, para profesional mestilah dinyahkan dulu dari PAS. Bila merasa tersilap langkah dan ingin balik ke jalan yang lama, untuk menghalalkan cara meninggalkan PR, maka bermulalah timbulnya bahasa bahasa panggilan seperti DAP kafir harbi dan sebagainya. 

Menggunakan pula RUU 355 ternyata memang berjaya mempengaruhi pengundi tegar PAS dan memecahkan PR. Tetapi apakah islam betul betul terancam ketika pakatan rakyat? Tidak. Kuliah kuliah agama mula subur di negeri negeri PR. 

Islam semakin subur. Berkembang. Berlainan sekali berbanding ketika UMNO memerintah. Majlis sambut tahun baru pun berubah wajah kepada Islam. Tidak kedengaran lagi masjid di selangor atau pulau pinang, tidak membenarkan ceramah agama kononnya tidak ada tauliah. 

Yang kita dengar hanya larangan di negeri BN memerintah. Perubahan pendekatan yang baru akan membawa PAS kepada krisis identiti. Dalam sejarah PAS selama enam puluh tahun lebih, saya bahagikan kepada tiga fasa. 

Fasa pertama ketika PAS terlalu tertutup untuk menerima kalangan profesional sebagai aktivis. Ketika ini PAS sangat jumud dan terlalu ekstrim. Ketika inilah munculnya kafir mengkafir. Ketika ini PAS tidak berjaya untuk menang, purata paling tinggi hanya empat kerusi di sebuah negeri yang PAS agak kuat. Meskipun begitu PAS ada ahli yang tegar. 

Fasa kedua adalah ketika PAS mula membuka pintu kepada bukan Islam dan membawa konsep PAS for All hingga membawa kepada tertubuhnya Pakatan Rakyat. Pada saya inilah zaman kegemilangan PAS di mata orang Islam dan bukan Islam di malaysia. 

Kini PAS ingin memasuki fasa baru, berbalik kepada bersendirian tetapi tidak terlalu ekstrim terhadap UMNO seperti zaman 80an ke bawah. Malang saya rasa fasa ini agak keliru, kerana PAS bukan sahaja berbalik kepada rentak lama, tetapi dicampur pula kepada ingin lebih kemelayuan dan berpatah arang dengan orang bukan Islam. 

Saya rasa PAS memilih risiko terlalu tinggi bila memilih jalan lembut antara Islam dan melayu, 

kerana pengundi tegarnya( atau sekarang PAS panggil pengundi teras) bakal lari dari PAS sedikit demi sedikit. Mereka yang tegar, sudah disemat selama berpuluh tahun bahawa UMNO adalah musuh kepada hukum Islam, tiba tiba kebelakang ini PAS pula yang menjadi kawan kepada musuh Islam. 

Andaikata PAS berjaya dengan pendekatan ini, alhamdulillah. Tetapi andaikata PAS tidak berjaya ke manakah pula arah tuju PAS hendak bawa? Tetapi berdasarkan dari dua PRK di sungai besar dan kuala kangsar yang baru sahaja berlalu, sudah mula menggambarkan PAS sudah memilih jalan yang salah yang terlalu jauh. 

PRK sungai besar sebenarnya adalah gambaran paling tepat bagi mengukur kekuatan PAS. Kerana sungai besar kerusi tradisi PAS dan kawasan parlimen yang paling tinggi kemelayuannya. Jelas PAS telah gagal. 

Amanah pula yang melangkah lebih bergaya dari PAS. Kita telah mula dapat mengesan statement kelamkabut pemimpin PAS selepas PRK yang baru berlalu. Berbagai justifikasi digunakan untuk menutup kesilapan langkah PAS ini. 

Namun sebenarnya ia telah terlambat. Apa yang tinggal bagi PAS sekarang hanyalah, menang sorak kampung tergadai. Identiti Islam PAS sedikit demi sedikit mula dimakan identiti melayu UMNO.

PAS sudah buta untuk melihat bahawa penentang Islam nombor satu di malaysia sebenarnya adalah, U M N O

RamziRedang


Cara gandakan simpanan wang

IKLAN BERBAYAR

Beli simkad toneexcel harga bajet RM80.00 berbanding harga biasa RM98.60! Siapa cepat dia dapat! sms atau whastup " ya saya ingin membeli toneexcel dengan harga promosi! " kepada 010-7898637. Kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat....tungguuuuuuuuu..!!!!!! 


dana-100-all

Ahad, Jun 26, 2016

TERBAIK!! : NASIHAT KEPADA LEMBAGA ZAKAT NEGARA.

Ustaz Hasanuddin Mohd YunusUstaz Hasanuddin Mohd Yunus

Masyarakat wajar menghormati institusi yang dipertanggungjawab menguruskan zakat namun institusi tersebut juga harus lebih efisyen dalam mengagihkan wang zakat supaya ia benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan.

Naib Presiden parti Amanah Negara (Amanah), Hasanuddin Mohd Yunus berkata, institusi yang bertanggungjawab menguruskan zakat seperti majlis agama Islam negeri mesti menjalankan tugas dengan lebih efisyen bagi mengelakkan kecurigaan masyarakat dan memberikan keyakinan kepada masyarakat untuk membayar zakat kepada pusat pungutan zakat.

“Kalau kita lihat dari sudut sebuah negara yang besar, memang saya hampir bersutuju supaya kita serahkan kepada amil dan amil akan mengkajinya di peringkat negara dan ia akan lebih melata dan akan mencapai orang-orang yang lebih layak.

“Cuma realiti pada hari ini kita dapati tidak efisyennya kerajaan dan juga amil yang ada yang akhirnya kita curiga dengan pembahagian zakat itu,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia harus mencontohi majlis agama Islam di Singapura yang sangat cekap dan berhati-hati dalam menguruskan zakat bagi memastikan ia sampai kepada golongan sasaran.

“Berbeza dengan Singapura, saya melihat teman-teman yang menguruskan majlis agama Islam Singapura dan menguruskan masjid mereka boleh melihat dari dalam helikopter, tengok keseluruhan jumlah fakir miskin yang mereka kenal pasti dan mereka dapat agihkan zakat malah dengan duit itu mereka boleh menukar daripada seorang yang layak menerima zakat kepada pemberi zakat selepas beberapa tahun.

“Saya cukup kagum dan percaya dengan teman-teman di majlis agama Islam Singapura yang menguruskan zakat dengan cara yang sangat baik,” katanya yang merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Menurut beliau juga, amil yang menguruskan zakat harus mempunyai pengkalan data penduduk di setia kawasan supaya senang untuk mengenal pasti penerima zakat, bukan hanya ditugaskan utuk mengutip zakat pada bulan Ramadan.

“Sebagai amil dalam suatu kawasan sepatutnya dia mmepunyai maklumat penduduk di tempat dia. Dan ia berlaku bukan bila dekat bulan puasa nak pungut zakat baru kelam kabut nak cari.

“Ia sepatutnya berlaku pada setiap hari apabila kita pergi ke masjid kita tahu bilangan penduduk, kita tahu ada jiran-jiran yang tak datang ke masjid dan orang begitu perlu kepada imam dan amil ziarahi mereka dan mula merekod dalam data base.

“Dengan adanya kerja begitu akhirnya kita betul-betul menepati maqasid syariah ketika Allah mensyariatkan zakat iaitu supaya melata jangkauan tangan kita ke rumah-rumah umat Islam khususnya di seluruh qariah,” jelasnya lagi.

Malah katanya, sistem zakat ini boleh diperluas keapda orang bukan Islam bagi tujuan dakwah dan mendekatkan orang bukan Islam kepada Islam.

“Malah orang bukan Islam yang miskin sepatutnya kita rekodkan juga kerana mana tahu apabila kita berdakwah kepada mereka ada kelembutan kepada Islam dia juga layak sebagai muaalaf yang menrima zakat,” katanya lagi.

Mengulas mengenai Majlis Agama Islam Negeri Perak (Maipk) yang sedia mengambil tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab menggerakkan kempen di media sosial mendesak masyarakat Islam membayar terus zakat kepada asnaf, beliau berkata, kerajaan negeri mempunyai hak berbuat demikian.

“Kita sangat menghormati sistem, enakmen dan akta di peringakt parlimen dan di peringkat dewan undangan negeri. Kerajaan negeri mempunyai autoriti selepas mereka berijtihad dan mereka menggunakan sistem yang ada dan mereka memang berhak untuk buat keputusan.

“Saya tidak nafikan adalah menjadi kesalahan jika berlakunya kempen sedemikian dan penguatkusa agama memang wajar dan layak ambil tindakan kerana jika berlaku kelonggaran begitu oang akan sewenangnya menyalahgunakan bagaimana cara memberi zakat,” katanya.

Namun tegasnya, umat Islam juga harus menggunakan kebijaksanaan sendiri dalam neguruskan zakat jika didapti pihak bertanggungjawab gagal menjalankan tugas dengan baik.

“Tapi saya percaya umat Islam yang bijak akan ada penyelesaian. Dia akan menguruskan dengan cara yang sendiri selepas kita mengatakan sebaik-baiknya kita beri sendiri kepada asnaf tetapi apabila kita mendapati kerajaan, amil yang dibentuk gagal memainkan peranan kita kena guna kebijaksanaan kita mengimbangkan enakmen kerajaan negeri, pengutkuasaan yang ada pada jabatan agama supaya apa yang kita keluarkan sampai kepada sasaran,” tegasnya.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Beli simkad toneexcel harga bajet RM80.00 berbanding harga biasa RM98.60! Siapa cepat dia dapat! sms atau whastup " ya saya ingin membeli toneexcel dengan harga promosi! " kepada 010-7898637. Kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat....tungguuuuuuuuu..!!!!!! 

Cara gandakan simpanan wang

Sabtu, Jun 25, 2016

PANAS!! : ANWAR IBRAHIM DIPENJARA KERANA NAJIB

Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri)  dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Tun Dr Mahathir Mohamad (kiri) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau tidak ada sebarang masalah dengan mantan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang.

Ini kerana  desakan supaya beliau menyokong tuntutan pembebasan Anwar dari penjara Sungai Buloh sebagai sebahagian daripada gerakan Deklarasi Rakyat seperti  dilapor Malaysiakini.
Bagaimanapun dalam temu bual dalam program hal ehwal semasa Al Jazeera 'UpFront', Mahathir berkata beliau tidak menyesal memecat Anwar sebagai timbalannya pada 1998.

"Saya tidak ada kuasa untuk mengarahkan sesiapa dibebaskan... Saya tidak ada masalah dengannya sekarang. Itu dulu," kata Dr Mahathir dalam temubual yang akan disiarkan lewat malam ini.

"Pemenjaraannya sekarang bukan kerana saya, ia kerana Najib," katanya, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Mahathir memecat Anwar pada 1998 sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran, yang mencetuskan gerakan Reformasi yang diikuti dengan pemenjaraan pertama Anwar atas tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas beliau disabitkan pada 10 Februari 2015, berhubung tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam temubual itu, Mahathir turut mengulas mengenai masa depan politiknya sendiri, selepas keluar Umno dan menerajui desakan supaya Najib berundur.


Ditanya sama ada beliau mungkin mempertimbang kembali ke pangkuan Umno, Mahathir berkata beliau tidak menolak sebarang kemungkinan dan apa sahaja boleh berlaku.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Beli simkad toneexcel harga bajet RM80.00 berbanding harga biasa RM98.60! Siapa cepat dia dapat! sms atau whastup " ya saya ingin membeli toneexcel dengan harga promosi! " kepada 010-7898637. Kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat....tungguuuuuuuuu..!!!!!!

Cara gandakan simpanan wang

Jumaat, Jun 24, 2016

TERBAIK!! : PARTI ISLAM (AMANAH) TUNJUK CONTOH YANG BAIK.

Dr Ahmad Termizi bertanya khabar seorang peniaga pasar Kuala Kangsar.

Meskipun pilihan raya kecil P067 Kuala Kangsar telah berlalu dan calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ismail tewas di tangan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid dalam pertandingan empat penjuru, beliau menunaikan janji untuk terus berbakti kepada penduduk Kuala Kangsar.

Pagi tadi Dr. Ahmad Termizi meneruskan usaha bertemu penduduk di Pasar Besar Kuala Kangsar sebagai tanda terima kasih dan di sebelah petangnya pula ke Pekan Manong.

Meskipun berada di kedudukan ketiga dalam PRK 18 Jun lalu, D Ahmad Termizi tidak kecewa malah sangat berbangga dengan kerjasama padu daripada Amanah, PKR dan DAP.

"Ini satu yang sangat kita banggakan, sangat berharga iaitu satu kerjasama yang padu yang tidak mungkin dapat dibina secara realiti kalau tidak ada PRK ini," kata beliau.

Pada PRK itu calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid meraih 12,653 undi manakala calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad (5,684 undi), calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli (4,883 undi) manakala calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (54 undi).

Menurut Ahmad Termizi beliau akan terus menetap di Kuala Kangsar walaupun kalah dalam pilihan raya ini bagi memberi fokus kepada PRU14.

"Saya akan terus berada di sini kerana fokus kita untuk 2018 iaitu PRU14.
"Keputusan ini menunjukkan realiti bahawa betapa kerasnya kerja yang kita perlu lakukan untuk menyelamatkan negara.

"Di Manong misalnya kita masih baru dan belum ada cawangan pun. Jadi saya akan fokus kepada kawasan ini untuk meramaikan ahli dan membina cawangan," katanya.


Dr Ahmad Termizi dan para aktivis Amanah Kawasan Kuala Kangsar seusai melawat pasar besar Kuala Kangsar.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Beli simkad toneexcel harga bajet RM80.00 berbanding harga biasa RM98.60! Siapa cepat dia dapat! sms atau whastup " ya saya ingin membeli toneexcel dengan harga promosi! " kepada 010-7898637. Kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat....tungguuuuuuuuu..!!!!!!


Cara gandakan simpanan wang

Khamis, Jun 23, 2016

ANALISIS PRK : PRU14 PARTI ISLAM (AMANAH) KENA TUKAR STRATEGI

Suhaizan Kaiat (kiri) dan  Hasbie MudaSuhaizan Kaiat (kiri) dan Hasbie Muda

Serangan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) sepanjang tempoh kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar memberi keuntungan kepada BN dan Pas.

Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kaiat  berkata, jentera BN dan Pas sangat kurang berbalas serangan sebaliknya serangan hanya tertumpu kepada Amanah yang mewakili Pakatan Harapan.

“Hanya Amanah mewakili Pakatan Harapan mendapat serangan daripada dua penjuru BN dan Pas. Model PRK ini telah menguntungkan BN dan boleh memberi kemenangan berganda kepada BN dalam pilihan raya umum ke-14,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Terengganu Hasbie Muda berpandangan, undi Amanah di kawasan Melayu yang agak rendah berpunca daripada sikap Amanah yang terlalu defensif.

Beliau berkata, Amanah tidak membalas serangan Pas walaupun pelbagai cercaan dan maki-hamun dilemparkan oleh mereka.

“Amanah juga memilih untuk tidak banyak menjawab kononnya 'yang lepas itu lepaslah',” katanya.

Sikap berdiam diri ini katanya akan dilihat seperti mengiyakan tuduhan yang dibuat pihak lawan.

“Psiko politik orang Melayu berbeza dengan orang Cina. Pengundi luar bandar berbeza cara berfikir berbanding dengan di kawasan bandar. Cara fikir golongan terpelajar berbeza dengan yang berpendidikan rendah.

“Apabila anda banyak berdiam diri, ia akan dilihat mengiayakan tuduhan yang dibuat oleh pihak lawan.

“Semakin kerap label diberikan, lama-kelamaan ia akan terus melekat. Orang akan percaya suatu pembohongan yang diulang-ulang,” katanya yang juga penulis buku politik.

Sehubungan itu beliau berkata, Amanah perlu mengubah strategi menjelang PRU14 dengan menggandakan penerangan kepada rakyat.

“Menghadapi PRU14, strategi perlu diubah. Penerangan perlu digandakan dengan lebih agresif,” katanya.

Di Sungai Besar, BN menang dengan majoriti 9,191 undi. Calon BN Budiman Mohd Zohdi mendapat 16800 undi manakala Amanah memperoleh 7,609 undi dan Pas 6,902 undi.

Di Kuala Kangsar pula, calon BN Mastura Mohd Yazid meraih 12,653 undi manakala calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad (5,684), calon Amanah, Ahmad Termizi Ramli (4,883) manakala calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (54).

mdl

IKLAN BERBAYAR

Beli simkad toneexcel harga bajet RM80.00 berbanding harga biasa RM98.60! Siapa cepat dia dapat! sms atau whastup " ya saya ingin membeli toneexcel dengan harga promosi! " kepada 010-7898637. Kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat....tungguuuuuuuuu..!!!!!!


Cara gandakan simpanan wang

Rabu, Jun 22, 2016

PANAS!!! : PRU14 PARTI PAS AKAN HILANG KERAJAAN KELANTAN

 Lim Kit Siang

Pas bakal berdepan kemungkinan untuk hilang kuasa ke atas negeri Kelantan yang telah ditadbirnya sejak 1990, selama 23 tahun berdasarkan keputusan diperoleh Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar,Sabtu lalu, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

 “Pada PRU ke-14, Pas Kelantan bakal berdepan kemungkinan untuk hilang kuasa ke atas negeri yang telah ditadbirnya sejak 1990, selama 23 tahun di bawah (Allhayarham) Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar,” katanya.

Beliau berkata demikian kerana ramalannya sebelum PRK ternyata mengena apabila Pas dibuktikan begitu banyak undi setelah berpisah daripada Pakatan Harapan.

Pas hanya memperolehi 6,902 undi di Sungai Besar dan 5,684 undi di Kuala Kangsar.
“Pas memperolehi 18,296 undi di Sungai Besar dan 13,136 undi di Kuala Kangsar pada PRU 2013.

“Mereka kehilangan 11,394 undi di Sungai Besar dan 7,452 undi di Kuala Kangsar dalam PRK lalu,” jelas Ketua Parlimen DAP itu dalam kenyataannya hari ini dilapor Roketkini.

Menurutnya lagi, Pas hanya tewas dengan majoriti tipis 399 undi di Sungai Besar pada PRU ke-13, namun undi yang mereka perolehi pada masa itu adalah atas nama Pakatan Rakyat.

“Saya telah berhujah bahawa cerminan yang tepat untuk sokongan bagi Pas ialah keputusan PRU tahun 2004, apabila Pas yang bertanding ‘sendirian’ mendapat 7,988 undi di Sungai Besar dan 5,748 undi di Kuala Kangsar,” ujarnya lagi.

Malahan Pas, katanya lagi, tidak mampu mengulang pencapaian tahun 2004 di kedua-dua kawasan tersebut. Gabungan pembangkang sebelum ini – Barisan Alternatif, katanya terkubur sebelum PRU pada 2004, justeru memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional(BN) yang dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi pada waktu itu.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut meramalkan Pas akan bungkus di Selangor dan Perak, berdasarkan keputusan PRK Sabtu lalu.

“Pas akan menyusut daripada mempunyai 15 kerusi Dun di Selangor, dan lima kerusi di Perak pada PRU ke-13 sehingga langsung tidak mempunyai kerusi, sepertimana yang berlaku dalam tahun 2004,” jelasnya.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Beli simkad toneexcel harga bajet RM80.00 berbanding harga biasa RM98.60! Siapa cepat dia dapat! sms atau whastup " ya saya ingin membeli toneexcel dengan harga promosi! " kepada 010-7898637
Kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat....tungguuuuuuuuu..!!!!!! 

Cara gandakan simpanan wang

Selasa, Jun 21, 2016

KENYATAAN PANAS!! : YB RAFIZI RAMLI TENTANG KEKALAHAN PAKATAN HARAPAN (WAJIB BACA)


Rafizi Ramli

SHAH ALAM – PKR menyifatkan kemenangan BN di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) semalam akibat dua penyakit yang dideritai pengundi sejak sekian lama.

Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata, perjuangan masih jauh sekiranya rakyat terus dijangkiti dua penyakit ini iaitu sentimen perkauman atau keagamaan dan kebendaan.

“Penyakit sentimen perkauman atau keagamaan di mana ramai pengundi pasrah dengan rasuah, penyelewengan dan pelbagai lagi sedang mereka mengeluh setiap hari kerana bagi mereka memerangi Cina DAP dan sekutu mereka iaitu PKR dan Amanah itu lebih penting dari membantu diri mereka sendiri.

“Akhirnya serangan perkauman yang bertubi-tubi oleh kedua-dua Umno dan Pas telah meningkatkan sokongan kepada Umno dan mengekalkan baki sokongan pengundi Melayu kepada Pas,” katanya.

Katanya lagi, penyakit kedua iaitu kebendaan apabila dijanjikan pelbagai projek dan wang yang diagih semasa kempen.

“Baik pengundi Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan semua yang lain faktor projek yang dijanjikan dan wang kebendaan yang diagihkan semasa kempen tetap berkesan mengekalkan sejumlah undi kepada mereka.

“PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuktikan bahawa penyakit kebendaan ini tidak mengenal kaum, agama, tempat atau masa,” katanya.

Tambahnya, beliau akan mengkaji dan memperhalusi dapatan-dapatan ini di peringkat PKR dan Pakatan Harapan.

Semalam, BN mengekalkan kemenangan di dua PRK dengan majoriti lebih besar apabila meraih  majoriti 6,969 undi di Kuala Kangsar berbanding 1,082 undi dalam pilihan raya umum 2013 dan majoriti 9,191 undi di Sungai Besar, berbanding majoriti 399 undi pada 2013.

sh

IKLAN BERBAYAR

PENCEN AWAL DENGAN TONE EXCEL !!! 

Buka mata anda, kerana peluang yang kecil boleh memberi pulangan yang besar sehingga boleh di warisi! Sertai kami untuk mendapatkan sim kad Tone Excel . Sesi penerangan percuma melalui telefon disediakan. Jangan lupa taip "Ya! Saya ingin menjadi jutawan Tone Excel " Sila sms atau whastup ke nombor telefon 010-7898637. Kami akan menghubungi anda melalui telefon untuk memberi maklumat lengkap. Bertindak segera!!!

Cara gandakan simpanan wang

Isnin, Jun 20, 2016

WALAUPUN DISERANG OLEH UMNO DAN PAS, AMANAH TETAP MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT.

Amanah berjaya buktikan kemampuannya meraih sokongan rakyat

Pengarah komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata keputusan PRK serentak semalam menunjukkan parti itu telah berjaya membuktikan ia mampu mendapat sokongan yang membanggakan selain memberi saingan sengit kepada lawan dalam pilihanraya kecil ini walaupun baru ditubuhkan.

“Hasil kerjasama PKR dan DAP, kita telah dapat keputusan yang membanggakan bagi sebuah parti yang hanya berusia sembilan bulan.

“Kita telah berjaya mengasaskan keberadaan Amanah dan Pakatan Harapan dalam arena politik negara. Tak ada orang yang boleh kata kita ini parti nyamuk atau kita ni parti yang tak ada sokongan dan kekuatan,” katanya.

Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pengundi dan semua yang terlibat menjayakan kempen Amanah dalam PRK ini.

Menurut beliau, politik ugut dan serangan perkauman berterusan antara punca yang menyebabkan pola pengundian masyarakat Melayu tidak banyak berganjak berbanding pilihanraya lepas dan menyebelahi Barisan Nasional (BN).

Tambahan pula, dalam pilihanraya kecil kali ini, Barisan Nasional (BN) menggunakan seluruh jentera kempen yang ada bagi menabur pelbagai janji dengan niat melencongkan rakyat dari isu sebenar yang melanda negara.

Menurut Khalid, mainan perkauman dengan menuduh bahawa parti itu khadam DAP bukan sahaja dilemparkan terhadap Amanah oleh BN malah ia turut dilakukan oleh PAS.

“Kita diserang begitu teruk dan itu antara sebab undi Melayu tak seperti yang kita harapkan.
“Dulu, PKR diserang oleh Umno, tapi ia dibantu oleh PAS. Parti Semangat 46 juga diserang oleh Umno, ia juga dibantu oleh PAS. Tapi, Amanah sekarang satu-satunya parti diserang oleh kedua-dua UMNO dan PAS,” katanya di Ibu Pejabat Amanah Sungai Besar selepas keputusan pilihanraya diketahui malam tadi.

Khalid dalam masa yang sama mengakui bahawa kempen oleh Tun Dr. Mahathir dalam PRK ini telah gagal diterjemahkan sebagai protes terhadap kepimpinan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

“Kempen oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad masih belum mampu mendatangkan keberanian orang Melayu untuk melakukan perubahan walaupun ada yang tidak puas hati. Kita pun tak tahu apa sebabnya.

“Keberanian Melayu untuk bawa perubahan tak dapat diwujudkan,” ujar beliau.

mdl

IKLAN BERBAYAR

PENCEN AWAL DENGAN TONE EXCEL !!!

Buka mata anda, kerana peluang yang kecil boleh memberi pulangan yang besar sehingga boleh di warisi! Sertai kami untuk mendapatkan sim kad Tone Excel . Sesi penerangan percuma melalui telefon disediakan. Jangan lupa taip "Ya! Saya ingin menjadi jutawan Tone Excel " Sila sms atau whastup ke nombor telefon 010-7898637. Kami akan menghubungi anda melalui telefon untuk memberi maklumat lengkap. Bertindak segera!!!

Cara gandakan simpanan wang

Ahad, Jun 19, 2016

ALHAMDULILLAH!! : GANDINGAN YANG MANTAP PAKATAN HARAPAN DITERIMA OLEH RAKYAT.

 Salahuddin di sidang media Pakatan Harapan selepas keputusan rasmi yang turut dihadiri Nga Kor Ming dan Dr Ahmad Termizi.

Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan keputusan bagi pilihan raya kecil (PRK) Parimen Kuala Kangsar sebagai membanggakan walaupun berada di kedudukan ketiga di belakang BN dan Pas.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, selepas bekerja kuat memperkenalkan Amanah yang belum mencecah usia setahun, parti itu mampu memperoleh 4,883 undi.

“Terima kasih kepada pengundi yang saya faham amat sukar untuk mengenali parti Amanah yang tak sampai umur setahun, baru lapan bulan, lambang pun baru, ramai rakan dalam Pakatan Harapan terpaksa bekerja keras untuk memperkanalkan Amanah.

“Atas beberapa halangan itu kita berupaya mendapat undi dan undi 4,883 itulah undi Pakatan Harapan setelah tidak ada lagi Pakatan Rakyat.

“Berdasarkan prestasi ini Amanah berasa kita telah mencapai keputusan yang amat membanggakan kami. Dalam keadaan yang begitu sukar kita telah berjaya untuk mendapatkan undi yang sebenarnya undi Pakatan Harapan,” kata beliau dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar malam ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid sebagai pemenang bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Mastura meraih 12,653 undi manakala calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad (5,684 undi), calon Amanah, Ahmad Termizi Ramli (4,883 undi) manakala calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (54 undi).
Menurut Salahuddin, pencapaian Amanah itu merupakan kayu ukur untuk Pakatan Harapan menyertai pilihan raya umum akan datang sebagai satu gabungan yang kuat.
“Ini isyarat jelas yang kita berikan sebagai menghadapi PRU yang akan datang.
“Secara keseluruhannya penyertaan Amanah dibantu sepenuhnya oleh Pakatan Harpaan menjadikan ia begitu penting sehingga kita dapat muncul sebagai parti baru yang tidak boleh dipermainkan.

“Kita mendapat undi yang meyakinkan dan ini satu petanda bahawa rakyat mahukan suatu gabungan pakatan yang benar-benar boleh berhadapan dengan BN dalam PRU akan datang,” katanya.

Sementara itu beliau berkata faktor pengundi luar turut mempengaruhi keputusan pada hari ini.

“Antara faktor yang mempengaruhi keputusan pada hari ini ialah jumlah keluar mengundi yang rendah 71 peratus berbanding 84.5 dalam PRU dahulu. Ini adalah kerana pengudi yang berada di luar Kuala Kangsar tidak pulang pengundi.

“Lebih 300 pengundi DAP dipindah ke Padang Rengas dan pengundi muda tidak pulang kerana memikirkan mereka harus pulang untuk berhari raya dua minggu dari sekarang. Ini semua faktor yang mempengaruhi,” katanya.

SPR memaklumkan, jumlah peratusan pengundian di PRK Parlimen Kuala Kangsar hanya mencatatkan 71 peratus berbanding sasaran SPR sebanyak 75 peratus.

Salahuddin turut mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Termizi yang sanggup mewakili Amanah dan Pakatan Harapan dan telah memberikan usaha yang maksimum.

“Terima kasih kepada Dr Ahmad Termizi yang sudi menjadi calon, pertama kali menjadi calon dan beliau sangat diminati cuma undi sahaja belum cukup,” katanya.

Turut bersama dalam sidang media tersebut ialah Ahmad Termizi, Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi dan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming.

Sementara itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  mengumumkan BN menang dengan majoriti 9,191 undi dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar. Calon BN meraih 16800‎ undi manakala Amanah memperoleh 7,609 undi dan Pas (6,902 undi).

mdl

IKLAN BERBAYAR

PENCEN AWAL DENGAN TONE EXCEL !!!

Buka mata anda, kerana peluang yang kecil boleh memberi pulangan yang besar sehingga boleh di warisi! Sertai kami untuk mendapatkan sim kad Tone Excel . Sesi penerangan percuma melalui telefon disediakan. Jangan lupa taip "Ya! Saya ingin menjadi jutawan Tone Excel " Sila sms atau whastup ke nombor telefon 010-7898637. Kami akan menghubungi anda melalui telefon untuk memberi maklumat lengkap. Bertindak segera!!!


Cara gandakan simpanan wang

Sabtu, Jun 18, 2016

MESEJ JELAS!! : YB KHALID SAMAD KEPADA RAKYAT.


Sekiranya Berlaku 3 Penjuru
Berikut merupakan suntingan dari artikel saya yang bertajuk: Jawapan Kepada Soalan Yang Ditanya Berhubung Harapan Baru yang telah diterbitkan pada 30 Julai 2015.

Sekiranya berlaku 3 penjuru, maka rakyat kena bijak apabila memilih antara calon parti yang ingin menang dan membentuk kerajaan menggantikan BN dan calon yang bertanding “hanya demi keredhaan Allah, kalah pun tidak mengapa”. Maka yang bertanding demi keredhaan Allah, kalah pun tidak mengapa; insyaAllah tercapai matlamat mereka dengan hanya sekadar bertanding. Oleh itu, tidak perlu undi mereka dan undi pihak yang ingin menang dan menggantikan kerajaan BN. Maka dengan itu kedua-dua pihak, iaitu PAS dan HB (AMANAH) mencapai matlamat mereka masing-masing. Satu sekadar ingin bertanding demi keredhaan Allah dan satu lagi pihak bertanding untuk menang demi keredhaan Allah.

Siapa akan menang? Bergantung pada kefahman rakyat dan betapa kuatnya keinginan rakyat untuk menggantikan BN. Kalau keinginannya kuat, mengatasi segala yang lain, maka PR 2.0 (Pakatan Harapan) akan dimenangkan. Lebih-lebih lagi apabila disedari bahawa jika dimenangkan PAS sekalipun, terdapat kemungkinan PAS akan bersama BN untuk tubuh kerajaan seperti pernah dicadangkan pada 2008 dan semasa krisis MB Selangor.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

IKLAN BERBAYAR

PENCEN AWAL DENGAN TONE EXCEL !!!

Buka mata anda, kerana peluang yang kecil boleh memberi pulangan yang besar sehingga boleh di warisi! Sertai kami untuk mendapatkan sim kad Tone Excel . Sesi penerangan percuma melalui telefon disediakan. Jangan lupa taip "Ya! Saya ingin menjadi jutawan Tone Excel " Sila sms atau whastup ke nombor telefon 010-7898637. Kami akan menghubungi anda melalui telefon untuk memberi maklumat lengkap. Bertindak segera!!!


Cara gandakan simpanan wang

Jumaat, Jun 17, 2016

KENYATAAN PANAS!! PARTI ISLAM (AMANAH) : HARAP PEMIMPIN PAS MENERIMA DENGAN HATI TERBUKA.

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menguji pengaruh sebenar parti-parti bertanding.PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar menguji pengaruh sebenar parti-parti bertanding.

Pucuk pimpinan tertinggi Pas diharap dapat menerima kecenderungan ahli-ahli parti itu yang menyokong Amanah  dengan penuh lapang dada, ujar Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin.

Shazni Munir Mohd IthninShazni Munir Mohd IthninBeliau yang juga Penyelaras Jentera Induk Pemuda Amanah di Sungai Besar berkata, segala ugutan, tohmahan, kata-kata nista dan kejian kepada kelompok berkenaan harus dihindarkan dalam konteks politik matang dan sejahtera.

"Ini memandangkan mereka juga mempunyai anak-anak, ayah, ibu dan keluarga yang perlu dipelihara hati dan perasaan sebagai manusia biasa," jelasnya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau mengulas kehadiran secara terbuka pimpinan kawasan dan cawangan Pas Kawasan Sungai Besar dalam pelbagai program penerangan anjuran Amanah selepas calon Pas, Dr Rani Osman menghadiri majlis iftar Amanah, Selasa lalu.

Menurut Shazni, kehadiran mereka dilihat sebagai sokongan tidak langsung kelompok yang digelar 'harumanis' ini kepada parti diterajui bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu itu.

"Politik seharusnya ditanggap sebagai salah satu daripada proses menentukan halatuju negara. Sebarang persengketaan berasaskan emosi, sentimen kepartian melampau dan ketaksuban membuta-tuli sewajarnya tidak berlaku dan wajib ditegah jika perlakuan-perlakuan jelek ini sedang bermaharajalela.

"Anggota setiap parti perlu ditertibkan dengan akal budi yang sihat dan tidak terjebak dengan pertelingkahan yang tidak membangun agama dan negara," ujarnya.

Sehubungan itu, Shazni mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bersungguh-sungguh menggerakkan sokongan kepada calon Amanah dan Pakatan Harapan pada pilihanraya kecil kali ini.


"Marilah sama-sama kita berdoa agar kemenangan bakal memihak kepada calon Amanah/ Pakatan Harapan. Pesanan buat seluruh jentera, usah berhenti hingga garis akhir perlumbaan. Terus bergerak dan maju," tegasnya lagi.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!! Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN?? Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang... Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit..
Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my

Cara gandakan simpanan wang

Khamis, Jun 16, 2016

PANAS BERAPI!! : BERITA BAIK UNTUK PARTI ISLAM (AMANAH) DIPRK KUALA KANGSAR

Pilihan Raya Kecil Kuala KangsarPilihan Raya Kecil Kuala Kangsar

Gabungan Ketua-ketua Cawangan Malaysia (GKCM) berjanji akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar, kata pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi.

Beliau berkata, selepas penamaan calon pada 5 Jun lalu, Amanah tidak putus-putus mendapat kunjungan dan sokongan daripada pihak-pihak dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga pemilihan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid.

“Pada esok sokongan akan dapat dilihat dengan kehadiran Tun M bersama pasukan Deklarasi Rakyat dan Gabungan Ketua-ketua Cawangan Malaysia yang akan turun membantu kami di seluruh parlimen Kuala Kangsar kerana mereka telah berjanji memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam usaha memberikan kemenangan kepada calon Amanah.

“Ini merupakan satu suntikan kepada kami kerana mereka menyatakan sokongan dan akan menterjemahkan ke dalam bentuk undi,” katanya dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.

Menurut Asmuni juga, Amanah akan menguruskan dengan baik sokongan golongan rebel Umno ini agar dapat memenangkan calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli.
“Selain daripada isu nasional mereka menyatakan ketidakpuasan hati  terhadap kepimpinan BN dan calon dan juga masalah dalaman di Kuala Kangsar.

“Kita uruskan dengan cara paling baik bantahan akar umbi Umno ini untuk disalurkan ke peti undi Amanah,” katanya yang juga bendahari agung Amanah.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan kembali ke Kuala Kangsar esok untuk menghadiri forum Selamatkan Malaysia bersama Deklarasi Rakyat dengan pengundi Melayu dan Cina di Manong pada jam 11 pagi.


Mahathir Ahad lalu telah menghadiri forum Selamatkan Malaysia di Taman Chandan Putri, Kuala Kangsar.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!! Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN?? Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang... Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit..
Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my

dana-100-all

Rabu, Jun 15, 2016

PANAS!! : PKR SERU PENGUNDI UNDI PARTI ISLAM (AMANAH)

Nurul Izzah AnwarNurul Izzah Anwar

Mengundi calon BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungameneruskan legasi BN iaitu legasi mungkir janji kepada rakyat, tegas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Beliau yang juga Pengarah Pilihanraya PKR berkata, tindakan kerajaan menaikkan kadar tol di lapan lebuhraya mulai Januari lalu adalah bukti BN memungkiri janji kepada rakyat.

Bercakap pada sidang media di Pejabat Amanah Sungai Besar hari ini, Nurul Izzah berkata, rakyat terbeban akibat perjanjian yang membolehkan pihak konsesi Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus setiap tiga tahun sehingga 2038 mulai tahun ini.
Beliau mengulas tema "Meneruskan Legasi BN" yang dibawa oleh calon BN di P.093 Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

Jelasnya, kerajaan tidak mempunyai kerangka dasar yang jitu dalam mengurangkan beban pengguna jalan raya sebagai pembayar cukai jalan.

"Ini merupakan bukti kerajaan tidak punya kredibiliti moral dan menyebabkan rakyat sekali lagi dimangsakan akibat daripada urus tadbir negara yang tempang," bidasnya dalam kenyataan bersama Pengarah Komunikasi Amanah Pusat, Khalid Samad dan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.

Mengulas lanjut Nurul Izzah berkata, tidak munasabah kerajaan Umno-BN tidak mampu membayar pampasan kepada konsesi tol sebanyak RM2.2 bilion dalam tempoh enam tahun.

Sebaliknya, jelas beliau, kerajaan patut menggunakan hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi mengelak kenaikan kadar tol yang membebankan rakyat sebagai pembayar cukai.
"Di mana duit dan hasil GST? Kerajaan telah mengutip wang rakyat daripada GST sebanyak RM27 bilion pada tahun 2015.

"Kami menegaskan bahawa pihak PKR dan Pakatan Harapan telah mencadangkan mekanisme yang dikenali sebagai 'first right of refusal' dalam menyelesaikan isu kenaikan harga tol," jelasnya.

Tambahnya lagi, pemansuhan kadar tol secara berperingkat sama sekali tidak mustahil kerana Najib Razak sendiri mengumumkan Lebuhraya Pan-Borneo sepanjang 1,090 kilometer dengan kos sebanyak RM16.1 bilion akan bebas tol.


PRK Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan calon Amanah, Ustaz Azhar Ab Shukur manakala Pas meletakkan Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman sebagai calonnya.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!! Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang... Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit..
Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my

dana-100-all

Selasa, Jun 14, 2016

KENYATAAN PANAS!! : YB PAS, CEPATKAN PENYATUAN PAS DAN UMNOBN.


Pas dan Umno semakin rapat


Hasrat saya sebelum ini dalam kenyataan saya bertarikh 10 mei 2016 mengharapkan atas nama pembangkang menyarankan Pas Dan Amanah berunding untuk memastikan agenda satu lawan satu dalam PRK Sg Besar dan K.Kangsar yang menjadi hasrat rakyat Malaysia untuk mengalahkan Umno BN.Namun hasrat saya itu ditolak oleh pimpinan Pas atas alasan tiada kerjasama dengan pengkianat.

Kini dengan Kenyataan Ustaz Nik Abduh Nik Mat Ketua Pemuda Pas barulah saya faham kedudukan sebenar. Nik Abduh yang menekankan *Pas bukan sahaja berniat tetapi berazam untuk bersatu dengan Umno*. Ini bermakna usaha telah,sedang dan terus dilakukan oleh Pas bagi merealisasikan niat dan azam untuk memastikan Pas dan Umno bersatu menjadi kenyataan.

Saya percaya pertemuan, perbincang dan perundingan dua belah pehak telah diadakan. Walaupun berkali kali dinafikan oleh pimpinan Pas, tetapi dengan kenyataan Nik Abduh cukup meyakinkan cuma keberanian berterus terang sahaja yang masih diselubungi dengan ketakutan. *Saya mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang menunjukan usaha kearah itu digerakan*.

Saya percaya *Nik Abduh mempunyai keberanian luar biasa berbanding dengan pimpinan Pas yang lain. Sikap suka berterus terang dan tidak suka berselindung dalam tindak tanduknya dan Pas menjadikan kepimpinan Nik Abduh dipuji dan disenangi oleh ahli Pas dan pimpinan Umno*. Apa yang dinyatakan oleh Nik Abduh tidak boleh dianggap itu pendapat peribadi, kerana Nik Abduh dipercayai terlibat dalam mewakili Pas dalam perbincangan penyatuan dengan Umno sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Persoalannya *sampai bila Pas dan Umno akan bermain dengan kenyataan penyatuan tanpa ketentuan*. Tidak cukup sekadar berbalas kenyataan menyambut baik penyatuan sedangkan tiada keberanian yang nyata. Saya faham *penyatuan yang dimaksudkan bukanlah menyertai atau bergabung dengan Umno tetapi sudah pasti yang dimaksudkan ialah kerjasama politik dan dakwah yang memerlukan satu ikatan janji yang konkrit untuk kelangsungan kuasa politik Melayu Islam dipertahankan*.

 *Inilah yang ditegaskan oleh Presiden Pas 40% orang bukan Islam tidak boleh menguasai 60% orang Islam apabila memberikan amaran untuk DAP menghentikan usaha menguasai pemerentahan*. Saya pun tak tahu bila pula yang DAP hanya bertanding tak lebih 60 kerusi Parlimen mampu menjadikan Cina boleh menguasai Malaysia. Tak apa lah mungkin itu satu amaran dan peringatan. Tetapi Selepas Pas mengambil jalan meninggalkan rakan pembangkang sewajarnya *Pas dan Umno tidak boleh lagi membiarkan kedua dua parti ini berebut pengaruh undi di kalangan pengundi Melayu Islam tetapi sebaliknya perlu berkongsi sokongan pengundi Melayu untuk servival parti dan kuasa politik Melayu Islam*. Soalnya bila mahu dimulakan.

Pada saya sebaiknya dua PRK Sg Besar dan K.Kangsar sebagai medan permulaan untuk penyatuan apa yang sering disebut demi kuasa Politik Melayu Islam.Oleh itu bagi saya masih belum terlambat *sebelum hari mengundi awal pada selasa 14 Jun atau hari mengundi pada 18 jun untuk kedua dua parti Pas dan Umno Bn membuat kesepakatan yang terang dengan mengorbankan satu kerusi PRK yang ditandingi kali ini*.

Contohnya Pas membuat pengistiharan menarik diri dan melepaskan kerusi Sg Besar untuk Umno BN terus berlawan dengan Amanah dan menggerakan pengundi Pas untuk mengundi dan menangkan calon Umno Bn dan Umno Bn menarik diri serta melepaskan kerusi Kuala Kangsar kepada Pas untuk berlawan dengan Amanah dan mengerakan pengundi Bn mengundi dan menangkan calon Pas.Ini akan lebih mudah difahami dari isyarat isyarat yang sukar kepada pengundi.Dan ini akan lebih menguntungkan dari kedua dua parti terus berlawan yang berkemungkinan ada parti tak menang langsung pada PRK ini.

Kata Ramli Sarip Papa Rock bersama kumpulan Sweet Charity *Jangan tunggu lama lama nanti lama lama dia diambil orang*.

Hanya ketakutan Pimpinan Pas dan Umno sahaja yang menghalang cadangan saya untuk PRK ini.*Mungkin selepas PRK mereka kena berniat dan berazam buang ketakutan untuk bersatu*.
Sedap pula senikata lagu *Bersatu Bersetia Berkhidmat*.Senyum!!.


DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR adalah Ahli Parlimen Pokok Sena

IKLAN BERBAYAR

PENCEN AWAL DENGAN TONE EXCEL !!! 

Buka mata anda, kerana peluang yang kecil boleh memberi pulangan yang besar sehingga boleh di warisi! Sertai kami untuk mendapatkan sim kad Tone Excel . Sesi penerangan percuma melalui telefon disediakan. Jangan lupa taip "Ya! Saya ingin menjadi jutawan Tone Excel " Sila sms atau whastup ke nombor telefon 010-7898637. 
Kami akan menghubungi anda melalui telefon untuk memberi maklumat lengkap. Bertindak segera!!!


dana-100-all

Isnin, Jun 13, 2016

PANAS!! : KENYATAAN PEMUDA PAS LARI DARI PERJUANGAN ATGNA.

NIK MOHAMAD ABDUH

JOHOR BAHRU - Kenyataan dikeluarkan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyimpang dari semangat perjuangan politik parti berkenaan yang pernah dibawa oleh arwah ayahnya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata, Pas pimpinan Allahyarham amat menekankan roh kesejagatan Islam.

“Ia cenderung ke arah membawa rakyat kepada roh perjuangan Islam yang meraikan kepelbagaian yang tidak dibatasi perbezaan warna kulit.

“Sebaliknya kenyataan Nik Abduh hanyalah menggambarkan Pas yang kini hilang arah, bahkan melangkah ke belakang sehingga terpaksa menjalinkan hubungan intim dengan Umno untuk lebih memahami parti berteraskan Melayu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Sheikh Omar berkata, Pas kini jelas hilang jati diri seolah-olah meraba-raba mencari arah.

Katanya, kenyataan Nik Abduh juga dilihat membawa parti berkenaan kepada Islam berteraskan perkauman, bukan atas semangat Islam yang rahmah, yang dahulunya cukup popular dengan jolokan ‘Pas for all’.

“Dalam konteks dua pilihan raya kecil (PRK) yang sedang berlangsung, saya berpandangan Pas seakan-akan cuba mempersendakan rakyat.

“Patutlah semasa berkempen di Sungai Besar, saya tak jumpa masyarakat bukan Muslim pegang bendera Pas, apatah lagi berkempen untuk Pas sepertimana suasana yang pernah dialami sewaktu Almarhum Tuan Guru Nik Aziz masih hidup. Waktu itu Pas untuk semua, tapi kini Pas seperti untuk Melayu sahaja,” katanya.

Beliau berkata, kenyataan Nik Abduh ‘Memang Pas ditubuhkan untuk menyatukan ummah’ yang merujuk persoalan penyatuan Pas-Umno, memperlihatkan perlawanan antara dua parti itu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ibarat ‘olok-olok’ sahaja.

“Jika rakyat undi Pas, hakikatnya parti itu sedang berusaha menjalin hubungan rapat dengan Umno. Maka, apa ertinya mengundi Pas dalam dua PRK ini?

“Tidak ada lagi garis yang jelas memisahkan perjuangan Pas dan Umno yang boleh menjadi asas kukuh mengapa rakyat perlu mengundi Pas berbanding Umno,” katanya.

Sheikh Omar turut meminta agar rakyat di Sungai Besar serta Kuala Kangsar memberikan undi kepada calon Pakatan Harapan dari Parti Amanah Negara yang jelas ingin memperjuangkan nasib rakyat, dari terus dibelenggu polisi tempang dan sarat dengan rasuah di bawah Umno-BN.

sh

IKLAN VIP

PENCEN AWAL DENGAN TONE EXCEL !!! 

Buka mata anda, kerana peluang yang kecil boleh memberi pulangan yang besar sehingga boleh di warisi! Sertai kami untuk mendapatkan sim kad Tone Excel . Sesi penerangan percuma melalui telefon disediakan. Jangan lupa taip "Ya! Saya ingin menjadi jutawan Tone Excel " Sila sms atau whastup ke nombor telefon 010-7898637. 
Kami akan menghubungi anda melalui telefon untuk memberi maklumat lengkap. Bertindak segera!!!

Ahad, Jun 12, 2016

PANAS!! : PARTI PAS DAPAT NIKMAT DARI NAJIB.

Tun Mahathir di majlis Deklarasi Rakyat di Sungai BesarTun Mahathir di majlis Deklarasi Rakyat di Sungai Besar

Pas kini berseorangan setelah meninggalkan Pakatan Rakyat sanggup mendokong perbuatan salah seorang pemimpin negara, semata-mata mahu mendapatkan sokongan peribadi daripada Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, untuk mendapatkan sokongan Najib, parti Islam itu katanya, mendokong perbuatan salah yang dilakukan Najib dan pemimin Umno selama ini.
“Pas ini berseorangan dengan DAP setelah berpisah secara tidak langsung dari Pakatan Rakyat.
“Pas mahu mendapat sokongan Najib khususnya dan tidak akan serang Najib dan akan dokong segala perbuatan salahnya.

“Sebagai parti yang tiada sokongan lagi, agar dapat bantuan daripada Najib dalam bentuk apa saya tak tahu lah.
senyum
“Pas tinggal separuh sahaja, separuh daripada Pas sudah berpindah ke parti lain dan tidak percaya kepada kepimpinan Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) lagi.
“Hadi pula cuba menyelamatkan Umno khususnya Najib kerana dapat banyak nikmat dan terima dedak dari Najib

“Saya ingat eloklah orang yang sama fikiran dan setjuu dengan rampasan wang negara oleh najib juga harus disaman,” ujarnya dalam sidang media diadakan pada majlis Kolokium Persidangan Khas 1MDB sempena kempen calon Pakatan Harapan di Dewan Restoran Hao Xiang Chi, Sekinchan pagi ini.

Tun Mahathir sebelum itu telah menyampaikan ucaptamanya mengenai kemelut 1MDB membabitkan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Ditanya media mengenai tujuannya datang berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Tun berkata, tujuannya semata-mata untuk menjelaskan kepada pengundi bahawa rakyat benci kepada Najib dan isterinya Rosmah kerana mereka banyak melakukan pembaziran.

Bercakap mengenai Rang Undang-Undang Akta 355 pula Tun Mahathir menegaskan hukum hudud yang ingin dibawa Pas itu bukan hukum hudud Islam yang sebenar.

“ Pas itu bukan hukum hudud itu adalah hudud pas.

“Hudud Pas bertentangan dalam Islam. Dalam Islam diutamakan keadilan apabila menghukum mestilah dengan adil. Hudud Pas mengasingkan orang Islam bukan Islam.
“Orang Islam mencuri potong tangan orang bukan Islam mencuri kena jail (penjara) .Mereka nak menipu orang bukan Islam.

“Lagipun di Malaysia terdapat 40 peratus orang bukan Islam sebab itu hukum hudud tidak boleh dilaksanakan dengan adil,” dakwanya menjawab soalan media.

Beliau juga diajukan pertanyaan sekiranya Perdana Menteri meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum ke 14 kelak siapakah yang mungkin akan dipilih untuk menjadi Perdana Menteri.
Kata Tun Mahathir lagi, negara akan kembali menjadi sebuah negara yang demokratik pada ketikaa itu sekiranya Najib meletakkan jawatan.

Pada ketika itu lebih demokratik. Akan ada pendapat berbeza antara kita, bebas menyertai mana-mana parti, mereka suka apabila kita kembali kepada proses demokrasi.

“Kita berhak memilih pemimpin yang bukan seperti Najib ini harapan kita.
“Saya tidak janji siapa yang akan jadi pemimpin selepas ini hanya boleh diteruskan jika najib tidak ada dalam kerajaan. Terpulang kepada rakyat.” ujarnya.

Majlis yang diadakan di Dewan Restoran hao Xiang Chi di sekinchan ini
dihadiri lebih kurang 1,000 pengundi dan penyokong Pakatan Harapan dan
Deklarasi Rakyat..

Esok Tun Mahathir dan beberapa lagi tokoh penyokong Deklarasi Rakyat akan mengadakan majlis sama dijangka diadakan di Dewan Chun Ji Restaurant ,Taman Suria Kuala Kangsar.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 

Sabtu, Jun 11, 2016

PENGAKUAN PANAS!! : DARI KETUA PEMUDA PAS

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Mohamad Abduh (tengah) ketika temu ramah eksklusif bersama Sinar Harian.

SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui parti Islam itu kini giat mendekati Umno untuk meyakinkan bahawa dua parti Melayu Islam itu boleh bersatu kerana dasar kepentingan Islam, khususnya menerusi Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355.

Beliau berkata, penyatuan Umno dan Pas hanyalah satu kepalsuan dan tidak boleh kekal lama, melainkan jika kesatuan itu berlandaskan kepada kefahaman dan nama agama.

“Pas cuba faham elok-elok Umno, NGO (pertubuhan bukan kerajaan), kalau mereka tumpu di atas jalan ini (agama), akan sampai satu masa kita boleh bersatu. Kita buat perbincangan, kita akui kita dekati Umno, untuk fahamkan mereka, bukan hanya rakyat, bahawa ada benda yang kita bertengkar (khususnya) soal politik dan nak tukar pemimpin.

senyum“Ada benda kita kena kongsi bersama, iaitu agama. Setakat mana Umno faham agama yang boleh kita yakinkan mereka, kalau mereka terima alhamdulillah, itu baik,” katanya eksklusif kepada Sinar Harian pada satu pertemuan.


Beliau berkata, Pas bukan sahaja berniat malah berazam untuk bersatu dengan Umno kerana matlamat penubuhan parti Islam itu adalah untuk menyatukan umat di atas jalan yang betul termasuk penyatuan parti politik.

“Memang Pas ditubuhkan untuk menyatukan ummah, bukan hanya niat, dia niat, azam, ada belaka. Jadi tiada sebab kita nak berpisah dengan PKR, nak balas dendam dengan DAP.

“Islam suruh menyatukan umat manusia, bukan umat Islam saja, tapi saat ini kita berpecah. Suatu hari nanti, kita tak tahu. Itu kita usahakan sebab memang manusia ini memang tidak akan maju kalau tak bersatu,” ujarnya.

Bersatu bukan atas landasan politik

Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut berkata, penyatuan Umno dan Pas bukan berlandaskan politik, tetapi ia lebih kepada memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan di negara ini.
“Ia arahan agama termasuk RUU Persendirian Akta Mahkamah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016,” jelasnya.

Beliau menyifatkan perbalahan Pas dengan PKR dan Pakatan Harapan kerana pertembungan tiga penjuru pada PRK kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai isu sesama dan ia tidak kekal lama.

“Dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita pernah bersatu masa dia bersama Abim. Bila dia masuk Umno kita berbalah.

“Lepas itu dia masuk balik, kita bersatu. Hari ini kita bising pula, tak tahu nak bersatu atau tidak. Kita cuba usaha, kalau dapat kita bersatu, alhamdulillah. Tapi kalau kita tumpu matlamat asal, Insya-ALLAH kita boleh kembali,” ulasnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan ahli-ahli Pas yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) akan kembali kepada parti Islam itu selepas kemarahan mereka itu reda dan tenang semula.
“Kita harap masa ini menyejukkan mereka, tenang balik, mereka boleh kembali. Ramai ahli Pas hari ini aktif, ada jawatan besar, dulunya mereka keluar Pas. Tapi bila sejuk, mereka datang balik dan istiqamah.

“Macam Tun Dr Mahathir Mohamad, sekali keluar, sekali masuk balik Umno,” katanya.

sh

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive