Iklan Penaja 1

Picture

Selasa, Mei 31, 2016

PANAS!! : YB KHALID SAMAD DEDAH SESUATU YANG PELIK KETIKA USTAZ HADI MEMBACA RUU 355

  Khalid Samad
Dua Keajaiban 

Saya telah melihat dua keajaiban semasa menghadiri sidang Parlimen pada hari Khamis 26 Mei 2016 yang lalu. Besar kemungkinan dua keajaiban ini mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain. Samada wujudnya hubungan rapat di antara dua keajaiban ini, atau sebaliknya, saya serahkan kepada semua untuk menilai sendiri.

KEAJAIBAN PERTAMA

Keajaiban pertama adalah persetujuan kerajaan UMNO/BN untuk mengangkat usul persendirian YB Marang yang terletak di nombor 15 di dalam senarai peraturan mesyuarat ke kedudukan utama sehingga ianya dapat dibentang untuk dibahas. Ini bererti bahawa usul persendirian YB Marang diutamakan oleh kerajaan UMNO/BN dari segala urusan kerajaan yang disenaraikan sebelumnya. Mengutamakan usul persendirian Ahli Parlimen pembangkang mengatasi urusan kerajaan tidak pernah berlaku di dalam sejarah persidangan Parlimen di Malaysia. Maka ianya dilihat sebagai sesuatu yang ajaib.

Saya telah bangun meminta penjelasan mengenai keajaiban ini. Saya turut menjelaskan bahawa saya setuju dan menyokong usul tersebut dibenarkan untuk dibentang dan dibahaskan, serta telah menyatakan perkara ini dalam perbahasan saya. Tuduhan bahawa saya menentang pembentangan usul tersebut adalah tidak benar dan fitnah yang jahat. Saya turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dalam ucapan saya kerana membenarkan perbahasan usul tersebut diutamakan. Hakikatnya perbentangan usul itu hanya mungkin berlaku dengan izin dan persetujuan kerajaan UMNO/BN.

Saya seterusnya meminta kerajaan menjelaskan atas pertimbangan dan parameter yang bagaimana sesuatu usul persendirian akan diutamakan ke atas urusan kerajaan. Saya meminta penjelasan ini supaya ianya boleh menjadi panduan bagi diri saya pada masa-masa akan datang sekiranya saya juga ingin membawa usul persendirian. Soalan itu dikemukakan kerana sememangnya ianya satu keajaiban yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Turut disoal oleh diri saya adakah pilihan raya kecil salah satu parameter yang diambil kira oleh kerajaan.

Soalan saya tidak dijawab oleh kerajaan atau Speaker Dewan. Ianya kemudiannya diputar belit untuk dituduh saya menolak usul tersebut dibentangkan. Sedangkan sokongan saya telah saya nyatakan secara jelas terlebih dahulu. Namun, apakan daya, fitnah dan maki hamun telah menjadi budaya sebahagian masyarakat kita. Saya nasihatkan semua supaya bertaqwa atau takut kepada Allah dan ‘dosa jariah’ yang mendatang hasil amalan fitnah dan maki hamun ini.

KEAJAIBAN KEDUA

Keajaiban kedua adalah apabila ianya dibenarkan untuk dibentang, YB Marang bangun dan sekadar membaca usul persendirian beliau. Setelah selesai membacanya, maka beliau duduk dan terpaksa Speaker bertanya samada ingin usul beliau dibahas sekarang atau ditangguhkan sehingga sidang akan datang. Saya terperanjat apabila YB Marang menjawab bahawa beliau ingin ditangguhkan kepada sidang akan datang. Saya tersilap pada ketika itu kerana saya tidak bangun minta ianya terus dibahas! Jarang saya tersentak begitu, sehingga terdiam. Begitu terkejutnya saya dengan respon YB Marang!

Ianya amat malang sekali apabila diberi peluang sebegitu rupa, iaitu satu peluang keemasan dengan kebenaran yang disebut sebagai ‘precedent’ atau keputusan baharu yang tidak pernah sebelum ini dibenarkan, tetapi ianya dipersia-siakan begitu sahaja. Maka segala keseronokan melihat ianya dibenarkan untuk dibentang dan segala harapan bahawa satu perbahasan akan diadakan, hilang melalui tindakan YB Marang meminta perbahasan ditangguhkan. Adakah benar ianya akan dibenarkan dibahas pada sesi akan datang? Percaya betul YB Marang kepada keikhlasan UMNO/BN.

Tersentak saya mendegar permintaannya. Tetapi mungkin, matlamat kedua-dua pihak, iaitu pembawa usul dan yang membenarkan usul itu dibaca, telah pun tercapai.

PERANCANGAN DAN KOMPLOT

Mungkin ianya terlalu mudah untuk mana-mana pihak mendakwa wujudnya satu perancangan dan komplot di sebalik keputusan bersifat precedent ini dan juga kesedian pembawa usul untuk ditangguhkan perbahasan. Sudah pasti akan ada yang mendakwa bahawa pihak kerajaan telah bersetuju untuk usul persendirian itu diangkat untuk dibahas, tetapi dengan syarat ianya sekadar dibaca dan tidak dibahas!

Sudah ada yang mendakwa bahawa skrip yang disediakan kedua-dua pihak, demi menghadapi pilihan raya kecil telah jelas kelihatan.

Saya akui bahawa dakwaan sebegini sememangnya dilihat wajar. Ia menjawab banyak persoalan. Ia memberi ‘rhyme and reason’ atau penjelasan yang boleh diterima akal kepada dua keajaiban yang berlaku berhubung usul yang sama. Dan sekiranya ianya benar, dan saya harap ianya sebaliknya, maka ianya merupakan tindakan memperalatkan sentimen agama demi kepentingan politik oleh dua-dua pihak! Sebagai seorang yang mengambil berat persoalan perjuangan Islam dan Islam itu sendiri sebagai agama yang menegakkan keadilan, saya pasti ramai yang tidak sanggup melihatnya dipergunakan sebegini rupa.

Adakah benar dakwaan sesetengah pihak bahawa usul hudud atau lebih tepat lagi rang undang-undang mahkamah syariyah, sekadar diperalatkan UMNO untuk menentukan isu 1MDB dan RM2.6 Billion DS Najib akan tenggelam dan tidak menjadi isu utama di Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar? Begitu juga persoalan GST dan peningkatan kos hidup rakyat sehingga kesemuanya itu boleh dijadikan isu untuk menolak Najib dan memenangkan calon-calon PH? Dan adakah PAS pula yang secara lurus bendul membenarkan diri mereka diperalatkan sepertimana juga isu Islam dan undang-undangnya, demi mencapai ‘sedikit kejayaan’ yang boleh digembar-gemburkan kepada ahli-ahlinya? Harus diingat, muktamar PAS hanya beberapa hari sahaja lagi.

Pada hakikatnya tiada apa-apa perbezaan antara ‘dibaca’ dan ‘tertera atas kertas peraturan mesyuarat’, sepertimana sekian lama. Bezanya sekadar ianya dibaca dan ditulis dalam Hansard. Tiada apa-apa yang dicapai pada hakikatnya. Dari segi impak kepada proses perundangan mahu pun proses penggubalan undang-undang, tiada apa-apa akan berlaku. Impak hanya tercapai sekiranya ianya dibahas dan diluluskan di dalam Parlimen. Perbahasan membantu memberi penjelasan mengenai sistem perundangan Islam maka boleh juga dikatakan adanya elemen dakwah. Tetapi sekadar membaca usulnya, sepertimana ianya ditulis, tanpa sebarang penjelasan mahupun penerangan yang dilakukan, sama sahaja dengan tertera di atas kertas peraturan mesyuarat dan dibaca sendiri.

KESIMPULAN

Maka apa yang boleh disimpulkan di sini adalah dua keajaiban ini tidak berlaku tanpa sebab. Yang percaya kepada kebaikan UMNO/BN akan mendakwa mereka ikhlas dan Azalina sebagai Menteri berkenaan, membenarkannya kerana beliau seorang yang berjiwa Islamik dan ingin Malaysia ditadbir mengikut syariat Islam. PAS akan mendakwa mereka telah berjaya berdakwah dengan UMNO dan menceritakan kisah usul ini sebagai bukti kejayaan mereka. Sehingga dilihat Hj. Hadi sendiri membela MCA dan MIC. Tidak pernah termimpi.

Bagi sebahagian ramai yang lain, ianya bukti sekali lagi bagaimana PAS termakan umpan UMNO. Untung secupak, jika ada untung sekali pun, ruginya segantang. Ianya akan digunakan UMNO untuk melepaskan diri dari dihakimi rakyat atas segala rasuah dan penyelewengan yang dilakukan DS Najib pada pilihan raya kecil ini. Maka UMNO yang akan mendapat keuntungan terbesar dari ini semua sekiranya rakyat berjaya dikaburi dengan isu ini. Mungkin itukah yang dihajati semua sejak dari awal lagi?

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 
PANAS!! : PENGUNDI MELAYU TIDAK AKAN UNDI PAS DAN UMNO, MEREKA SAMA

Khalid Samad

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) tidak gentar dengan pertembungan tiga penjuru kerana mereka telah menjangkakan situasi berkenaan akan berlaku pada pilihan raya (PRK) Parlimen Sungai Besar menjelang 18 Jun nanti.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, tiga penjuru adalah satu situasi pasti harus dihadapi di Sungai Besar berikutan tiada kerjasama daripada Pas.

“Amanah dari kelahirannya telah tahu soal tiga penjuru ini satu kemungkinan dan masalah timbul apabila Pas mempunyai satu sikap keras kerana tak mahu bekerjasama.

“Kalau Amanah tak ada, tiga penjuru tetap akan berlaku sama ada dengan BN, Pas, DAP atau PKR,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menolak pendapat sesetengah pihak yang mengatakan pertembungan tiga penjuru hanya membawa keuntungan kepada BN.

“Sebab itu, kita letakkan calon supaya beri satu alternatif yang lebih baik dan meyakinkan kepada pengundi kerana kami melihat undi Melayu belum tentu kekal pada BN.

“Kita juga yakin undi Melayu takkan pergi kepada Pas kerana mereka juga seperti BN, sebaliknya undi berkenaan pergi kepada Amanah atau Pakatan Harapan,” katanya.

Justeru itu, beliau berkata, Amanah akan meletakkan calon yang benar-benar layak dan memberi keuntungan kepada Pakatan menjelang PRK di Sungai Besar nanti.

“Bagi Amanah, kita akan usahakan kemenangan tetapi sama ada yang terbaik dalam kemampuan atau sebaliknya hanya secara praktiknya PRK sahaja yang dapat menentukannya.

“Setakat ini, tak ada siapa yang mampu meramalkan apa keputusannya nanti kerana tiga penjuru yang akan berlaku nanti adalah perkara baharu,” katanya.

Sabtu lalu, BN mengumumkan Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi sebagai calon, manakala Pas pula menamakan Adun Meru, Dr Rani Osman sebagai individu yang bakal mewakili parti itu untuk merebut kerusi Parlimen Sungai Besar.

Amanah pula dijangka mengumumkan calon pilihan pada Rabu ini bagi melengkapkan senarai pertembungan tiga penjuru.

sh

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 
Isnin, Mei 30, 2016

ALHAMDULILLAH!! : SEMAKIN RAMAI TELAH MENYERTI PARTI ISLAM (AMANAH)

Jentera Amanah Melaka yang datang untuk membantu calon Sg Besar.Jentera Amanah Melaka yang datang untuk membantu calon Sg Besar.

Bekas AJK Pas Pusat, Mazlan Aliman mendakwa, penyertaan ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah) kini berbondong-bondong terutama dari kalangan ahli Umno selepas Deklarasi Rakyat.

Mazlan berkata, kewujudan Amanah terutama di Semenanjung semakin dirasai sehingga tidak hairanlah dianggap menjadi ancaman kepada Pas selain Umno-BN.

“Saya bangga bendera Amanah sudah terpacak di tepi jalan. Malah, ketika saya singgah berhenti minum, ada yang menyapa dan bertanyakan saya kenapa tinggalkan Pas selain ada juga bertanyakan borang (keahlian) Amanah.

Mazlan Aliman berucap lancar jentera Melaka di Sungai Besar.Mazlan Aliman berucap lancar jentera Melaka di Sungai Besar.“Sebabnya, Amanah sebagai parti Islam yang progresif tampil dengan pendekatan peduli rakyat. Bahkan ramai aktivis masuk Amanah dan jadi pendukung utama.

"Saya juga difahamkan berbondong-bondong ahli Umno masuk Amanah selepas pelancaran Deklarasi Rakyat,” ujarnya yang juga Pengerusi Biro Tanah dan Luar Bandar Amanah.

Berucap ketika melancarkan jentera pilihan raya Amanah Melaka bagi membantu kempen di PRK Sungai Besar malam tadi, beliau berkata, Amanah sebagai parti baharu yang berusia lapan bulan itu bukan sahaja menentang BN.

“Saya bimbang kita bukan lawan dengan BN sahaja tapi sekarang yang kita juga hadapi adalah kawan-kawan kita dari parti sejarah,” jelasnya merujuk kepada Pas.

Menurutnya, pelbagai tohmahan daripada pihak Pas ke atas Amanah tidak harus melunturkan semangat ahli dan penyokong parti itu yang juga merupakan rakan penting dalam Pakatan Harapan.

“Dahulu, sama berusrah, tidur sebantal tapi sekarang apa yang tidak mereka maki kepada kita? Adakah kita akan berputus asa atau kecewa dalam perjuangan, mundur ke belakang? Walaupun mereka (Pas) kata kita macam-macam tapi ingatlah penubuhan Amanah adalah atas nama perjuangan Islam dan rakyat.

“Penyertaan Amanah dalam pilihan raya adalah langkah untuk kita meneruskan perjuangan dengan pendekatan lebih berkesan,” tegasnya di hadapan kira-kira 300 pimpinan dan ahli Amanah Melaka serta masyarakat setempat di Sungai Rambai, Jasin.

Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, 18 Jun depan sekali lagi menguji Amanah dalam proses demokrasi di negara ini, ujar Mazlan.

Ahli Jawatankuasa Amanah itu berkata, semua jentera pilihan raya parti perlu bersedia dengan cabaran getir sepanjang tempoh berlangsungnya kedua-dua PRK pada bulan Ramadan berkenaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 7 Mei lalu.

Sementara itu, Pengerusi Amanah Melaka, Adly Zahari memberitahu sebanyak enam kawasan Parlimen di negeri itu terlibat bagi membantu kempen calon di Sungai Besar.

“Lebih kurang 200 petugas dari Melaka akan terlibat termasuk yang mendaftar sebagai sukarelawan. Mereka akan ditempatkan di bilik gerakan dan pusat mengundi di sana (Sungai Besar),” ujarnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran itu.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 
Ahad, Mei 29, 2016

PANAS!! : LAGI DATUK HUSAM MUSA CABAR PARTI PAS.

'Saya boleh lepaskan Adun Salor, tapi…'

KOTA BHARU - Datuk Husam Musa menegaskan beliau sedia melepaskan jawatan  Adun Salor dengan syarat Pas membentangkan  Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi  membenarkan wakil rakyat yang meletak jawatan boleh bertanding semula.

Beliau turut mendakwa, tindakan Pas ‘mendera’ beliau apabila meminta  melepaskan jawatan Adun Salor selepas baru sahaja memecat daripada ahli Pas.

“Pada saya ini adalah penderaan berkali-kali, kamu sudah dera dan pecat,  mungkin ada motif politik pecat saya, dan kemudian bila saya dipecat saya kena letak jawatan tak boleh bertanding,
“Jadi Pas  telah mendera saya sebanyak dua kali, saya bersedia letak jawatan tapi kalau saya letak jawatan tak boleh bertanding macam mana saya nak lawan,” katanya dalam sidang medianya, hari ini.

Sementara itu, pemecatan Husam sebagai ahli Pas adalah sah, walaupun bekas Naib Presiden Pas itu mendakwa masih belum menerima surat rasmi berkenaan keputusan tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: Isu surat hanya teknikal]

Sebelum ini,  Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, sumpah baiah yang dibuat pemimpin Pas bukan sahaja menyertai parti  lain, tetapi wakil rakyat yang keluar atau dipecat daripada parti juga perlu meletak jawatan sebagai Yang Berhormat.

sh

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 
Khamis, Mei 26, 2016

ANALISIS : PARTI PAS AKAN SEDAR SELEPAS PRK SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR

  Foto Saya

 Ujian Litmus: Dari Sungai Besar ke Kuala Kangsar
EXCO SELANGOR

Ada yang tanya saya berhubung berita kononnya Menteri Besar mengarahkan Exco PAS meletak jawatan sekiranya terus berdegil ingin bertanding di Parlimen Sungai Besar. Saya menjawab bahawa persoalan Pilihan Raya Kecil dan jawatan Exco kerajaan Negeri Selangor perlu dipisahkan dan dilihat secara berasingan. Ianya tiada kena-mengena di antara satu sama lain.

Menggunakan jawatan Exco sebagai bahan ugutan, samada oleh Menteri Besar, untuk memaksa PAS menarik diri dari bertanding di PRK Sungei Besar, atau oleh PAS, untuk memaksa persetujuan supaya PAS bertanding, adalah tidak wajar dan tidak patut dilakukan. Jawatan Exco bukan bahan untuk digunapakai membuat ugutan tetapi ianya adalah tanggung-jawab dan amanah yang penting. Perlantikan atau perlucutan jawatan tersebut seharusnya atas dasar prestasi yang ditunjukkan dan bukan atas percaturan politik mana-mana pihak. Walaupun persoalan kesetian dan kepatuhan adalah penting, ianya tidak boleh dilihat dari sudut kesetian dan kepatuhan yang sempit.

MB MENGUGUT?

Namun demikian, perlu saya sebut bahawa saya terkejut sekiranya MB telah menggunakan jawatan exco tersebut sebagai bahan ugutan dalam perundingan berhubung PRK Sungai Besar. Lebih-lebih lagi apabila diambil kira betapa beliau telah berusaha sekian lama mempertahankan penyertaan PAS dalam kerajaan Selangor, walaupun dikritik oleh berbagai pihak. Adalah pelik, setelah bertungkus lumus mempertahankan penyertaan PAS dalam kerajaan Negeri Selangor, beliau menjejaskan kerjasama ini demi PRK Sungai Besar. Adakah mungkin PRK ini dilihat begitu penting sehingga sanggup menggadaikan segala yang diusahakan selama ini?

Berdasarkan komitmen MB dan PKR terhadap penyertaan PAS dalam kerajaan Selangor selama ini, saya menganggap dakwaan kononnya MB mengugut PAS sedemikian rupa sebagai satu perkara yang sukar dipercayai. Setelah mengharungi segala kritikan dan cemuhan kerana ingin terus berkerjasama dengan PAS, adalah amat menghairankan sekiranya sekarang ini beliau memusnahkan segalanya semata-mata kerana PRK Sungai Besar. Lebih-lebih lagi apabila diambil kira bahawa ianya Parlimen yang telah dimenangi BN, maka sekiranya tidak dapat dimenangi sekalipun melalui PRK ini, ianya bukanlah sesuatu yang memalukan. Oleh itu, tidak wajar hubungan PKR dan PAS yang dipentingkan beliau selama ini dijejaskan semata-mata kerana satu kerusi Parlimen!

Oleh itu apabila berita tersebut dinafikan MB, saya lebih cenderung mempercayainya.

Lagi pun saya rasa tidak mungkin PAS akan berdiam diri sekiranya benar mereka diugut sedemikian rupa! Sudah pasti demi menjaga maruah parti mereka akan bertindak balas untuk memahamkan MB bahawa jawatan exco tersebut tidak penting bagi mereka.

SENARIO KEDUA

Ada juga yang mengatakan bahawa sebenarnya PAS yang mengugut dan pada saya ini merupakan senario yang lebih munasabah.

Ramai masih ingat bagaimana, demi mempertahankan TSKI sebagai MB Selangor satu ketika dahulu, PAS pernah mengancam kestabilan kerajaan Negeri. PAS sanggup bertindak sehingga ke tahap menyokong TSKI memecat Exco PKR dan DAP dari kerajaan Negeri Selangor. Komitmen PAS terhadap kerajaan Negeri Selangor yang mantap dan stabil, yang terdiri dari PKR, DAP, PAS dan sekarang AMANAH, adalah tidak menentu dan dilihat begitu minima.

Oleh itu kemungkinan ugutan tersebut atau berita kurang tepat mengenainya datang dari pihak PAS dilihat lebih wajar dan berkemungkinan. Hakikatnya komitmen PAS, khususnya Hj. Hadi, kepada parti rakan dalam kerajaan Negeri Selangor dapat dilihat oleh umum ditahap yang paling minima. Malahan mungkin dianggap kerjasama tersebut sebagai sesuatu yang tidak ada nilai sama sekali.

KEDUDUKAN PAS YANG MEMBINGUNGKAN

Keenganan PAS berunding dan menarik diri dari bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah manifestasi sikap baharu PAS sejak Muktamar 2015 yang lepas. PAS menganggap dirinya tidak terikat dengan mana-mana pakatan atau kerjasama dengan mana-mana parti politik. PAS bersendirian. Sekejap bersendirian, tetapi sekejap Blok ke 3 dan sekejap lagi bersama PKR dalam PR yang terus didakwa masih wujud. Bila ingin bersama kerajaan Selangor maka PAS sebagai anggota PR. Namun apabila di dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak, PAS bersendirian, sehingga bertanding melawan calon PKR, DAP dan AMANAH. Semuanya tidak salah kerana PAS bersendirian. Dan apabila cuba menunjukkan bahawa ada ‘kawan baharu’ maka PAS pula menjadi memimpin Blok ke 3. Tetapi apabila bertaawun, PAS bersama UMNO/BN.

KESAN PRK SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR

Saya menjangkakan bahawa PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini adalah ujian litmus terhadap keadaan dan kedudukan tidak menentu PAS selama ini. Selepas PRK ini PAS terpaksa membuat keputusan, kerana keadaan aneh dan janggal mereka tidak boleh berterusan selamanya. Perhubungan songsang seperti ini mesti dimuktamadkan. Apakah sebenarnya pendirian PAS? Adakah mereka bersama pembangkang yang ingin menjatuhkan kerajaan BN? Atau bersendirian dengan tujuan mendapat kerusi yang cukup untuk menjadi penasihat BN? Seperti dakwaan Hj. Hadi semasa PR Negeri Sarawak. Atau berhajat mencipta Blok ke 3 yang terdiri dari pihak yang hanya sanggup dipimpin PAS?

Pada masa yang sama PRK ini akan turut menjadi ujian litmus ke atas keberlangsungan Pakatan Harapan kerana berpontensi menentukan halatuju hubungan di antara PKR dan PAS. Perkara ini mempunyai korelasi yang tinggi dengan kemampuan AMANAH membuktikan bahawa ia layak menggantikan PAS dalam gabungan politik parti pembangkang. Ya, ianya sering disebut, AMANAH pengganti PAS dan mengambil kedudukan dalam PH seperti yang pernah diambil PAS dalam PR. Itu sekadar dakwaan dan tuntutan semata. Janganlah pula AMANAH menjadi seperti PAS yang mendakwa ini dan menuntut itu.

Perlu sentiasa diingat, sesuatu kedudukan bukan hasil dakwaan atau tuntutan. Ianya perlu diperolehi melalui usaha dan kerja keras. PRK ini memberikan AMANAH peluang untuk memperolehi kedudukan tersebut. Buktikan perjuangannya ada tempat dan sokongan di hati rakyat. Buktikan AMANAH mampu menggantikan PAS. Dan sekiranya ianya dibuktikan, tiada lagi alasan untuk mana-mana pihak melayani kerenah ‘ke sana sini’ PAS.

Akhirnya, ianya hanyalah PRK di dua Parlimen yang dahulunya dimenangi UMNO/BN. Tetapi ianya berpotensi membawa kesan yang paling bermakna kepada Pakatan Harapan dan hubungannya dengan PAS sebagai parti pembangkang. Bagi yang ingin PAS kembali ke politik rasional dan waras, keluar dari orbit tersendirinya, biarlah ianya terantuk dahulu. Mungkin selepas terantuk baru mereka akan sedar. Sekadar mungkin.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 
Rabu, Mei 25, 2016

PANAS!! : PARTI PAS SEOLAH-OLAH MEMBERI NAFAS KEPADA UMNO/BN

Kesedian Parti Amanah Negara (AMANAH) bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar 18 Jun depan dibuat selepas melihat PAS seolah-olah memberi nafas kepada Umno/BN.

Justeru, Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub berkata atas nama Pakatan Harapan, parti serpihan PAS itu mengambil tanggungjawab untuk bertanding.

"Jangan cakap bersedia (dicalonkan dan bertanding), saya menghormati pandangan dan pencalonan yang dibuat maknanya AMANAH akan mengambil tanggungjawab itu atas nama Pakatan Harapan bukan AMANAH sahaja.

"Kita konsisten menentang kezaliman Umno tapi apabila melihat PAS seolah-olah memberi nafas kepada Umno-BN ini yang kita tak setuju dan kita nekad tanding (dalam pilihan raya akan datang)," kata Salahuddin ketika dihubungi Malaysiakini.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad semalam memaklumkan selain Salahuddin presidennya Mohamad Sabu dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin antara nama yang dicalonkan untuk bertanding pada PRK parlimen Sungai Besar.

Bagaimanapun, Khalid dilapor berkata, calon yang bakal bertanding di kerusi itu belum diputuskan kerana pihaknya masih lagi membuat tinjauan terhadap pengundi di Sungai Besar.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu, malam Ahad lalu, berkata walaupun terdapat laporan bahawa PAS dan PKR berselisih berhubung calon, namun hubungan semasa antara mereka masih macam biasa.

Beliau juga mengulangi ikrarnya bahawa PAS akan tetap bertanding di parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun depan.

Jumaat lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru pertandingan satu lawan satu antara “calon rakyat” dengan BN pada dua pilihan raya kecil bulan depan itu.

Bekas perdana menteri 22 tahun itu menyeru orang ramai memberi kemenangan besar kepada lawan BN, seperti PAS.

Beliau bagaimanapun mempunyai kebimbangan terhadap 'pengkhianatan' PAS menarik diri dan memberikan kemenangan percuma kepada BN.

Sementara itu mengulas apakah nama-nama berkenaan mendapat restui sekutu Pakatan Harapan, Salahuddin mengesahkan DAP Selangor telah memberi maklum balas mereka.

"Persetujuan secara umum memang kita dengar sendiri dalam beberapa pertemuan yg kita adakan bersama tetapi secara rasminya kita akan bawa dalam majlis presuden dalam masa terdekat," kata Salahuddin.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang adalah juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun ini manakala penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun.

mk

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 
Selasa, Mei 24, 2016

PANAS!! : PARTI ISLAM (AMANAH) SEDIA LAWAN PAS DAN UMNO/BN DI 2 PRK

  AMANAH

Kenyataan Media AMANAH: Rundingan Gagal, AMANAH Sedia Tanding Prk Sg. Besar dan Kuala Kangsar 

1. AMANAH menghargai usaha yang dijalankan oleh beberapa pimpinan PKR untuk berunding dengan Pas demi menentukan hanya satu lawan satu di kedua-dua kerusi PRK yang akan diadakan tidak lama lagi.

2. Namun demikian adalah semakin nyata bahawa usaha rundingan ini telah gagal atas sebab pendirian tegas Pas mempertahankan kedua-dua kerusi berkenaan sebagai milik tradisi mereka.

3. AMANAH sudah menjangka bahawa Pas akan menolak apa-apa usaha untuk meminta mereka menarik diri dari bertanding sama ada di Sg. Besar ataupun Kuala Kangsar. Ini adalah kerana Pas yakin mereka cukup kuat untuk memenangi dua kerusi tersebut atas kekuatan diri mereka sendiri tanpa bantuan dari mana-mana pihak. Oleh itu penarikan diri akan dilihat sebagai pengakuan bahawa Pas tidak sekuat yang didakwa selama ini.

4. Pas juga menyedari bahawa AMANAH sudah bersedia untuk bersaing dengan mereka di dua kerusi berkenaan. Pilihan raya kecil ini dilihat sebagai peluang keemasan untuk membuktikan bahawa AMANAH tidak mempunyai sokongan dan daya tarikan di kalangan masyarakat Melayu khususnya. Oleh itu adalah tidak mungkin Pas menarik diri.

5. Kesedian AMANAH untuk berhadapan dengan Pas di dua kerusi tersebut juga diketahui umum. Sekiranya Pas menarik diri maka ianya akan dilihat sebagai bukti bahawa Pas takut berhadapan dengan AMANAH.

6. Oleh itu AMANAH mengesyorkan PKR menerima kenyataan bahawa Pas tidak akan menarik diri dan tumpuan diberi untuk mengukuhkan cabaran PH di dua kerusi tersebut. Sudah cukup masa dan usaha ditumpukan kepada perundingan dengan Pas. Umum mengetahui bahawa Pas menolak usaha ini dan oleh itu persoalan 3 penjuru yang bakal berlaku bukan hasil kehendak dan sikap PH.

7. AMANAH mengharapkan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan disegerakan untuk memutuskan parti mana yang akan mewakili Pakatan Harapan pada kedua-dua PRK tersebut.

8. AMANAH berpendapat, sukar bagi PKR untuk bertanding menentang PAS pada PRK ini. Oleh itu, AMANAH bersedia untuk mewakili PH dalam kedua-dua PRK ini dan mengucapkan terima kasih kepada DAP Selangor atas sokongan terbuka mereka untuk AMANAH mewakil PH di Sg. Besar.

"Harapan Baru"
KHALID ABDUL SAMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara

23 Mei 2016

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 
Isnin, Mei 23, 2016

PANAS!! : ULAMA PARTI ISLAM (AMANAH) JAWAB FITNAH PENYOKONG PAS DAN UMNO

Tuduhan Syiah dipecat kesatuan ulamak fitnah kata Ustaz GhaniTuduhan Syiah dipecat kesatuan ulamak fitnah kata Ustaz Ghani

Timbalan Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah), Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin hari ini menafikan tuduhan yang berlegar di alam maya bahawa beliau penganut Syiah dan kini dipecat dari menjadi anggota sekretariat kesatuan ulama' sedunia.

"Ada yang menuduh saya Syiah, saya tegaskan di sini saya bukan Syiah," kata beliau ketika menyampaikan kertaskerja di Nadwah Ulama' Menghadapi Cabaran Baru (NUNJI) di sebuah resort di Beserah.

Menurut beliau sepanjang 25 tahun mengajar pengajian Islam di universiti tidak pernah beliau ditohmah berfahaman Syiah.

"Sepanjang berkhidmat saya dianugerah khidmat cemerlang, tapi bila sertai parti Amanah ada pulak tuduh saya Syiah." katanya.

Mengenai tugasannya sebagai anggota sekretariat kesatuan ulama' sedunia' beliau berkata baru saja pihak ibu pejabat memaklumkan untuk meneruskan tugas seperti biasa.

"Beberapa hari lepas Syeikh Qurrah beritahu saya anta masih anggota Sekretariat Kesatuan Ulama' Sedunia, ada pula pihak sebarkan saya di pecat, ini fitnah," katanya.

Beliau menasihati sesiapa yang ingin menyebar perkembangan mengenai dirinya harus mendapat pengesahan dari beliau sendiri dan bukannya mengutip dari sumber tidak berautoriti.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 
Ahad, Mei 22, 2016

PANAS!! : BERITA BAIK UNTUK PARTI ISLAM (AMANAH) DI 2 PRK

Gimik pelancaran gerak kerja parti Amanah di PRK Kuala KangsarGimik pelancaran gerak kerja parti Amanah di PRK Kuala Kangsar

Dalam keadaan jarang berlaku, orang Umno akan berkempen atas tiket Parti Amanah Negara (Amanah) khususnya pada dua pilihan raya kecil serentak Jun ini, kata Mohamad Sabu.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, ia merupakan trend dan gelombang politik terkini sedang berlaku ekoran penolakan ahli Umno terhadap presiden mereka yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan segala skandal yang berlaku.

Pertemuan dengan jentera di Kuala KangsarPertemuan dengan jentera di Kuala Kangsar"Bukan soal nama dia Najib. Yang masalahnya sebab dia jadi Perdana Menteri. Segala akibat daripada skandal yang lakukan telah menyusahkan rakyat.

"Tidak pelik pada pilihan raya kecil ini nanti orang Umno akan berkempen atas tiket Amanah. Inilah trend politik yang sedang berlaku di mana parti yang berbuat baik akan disokong, yang buat jahat akan ditentang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah perdana sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar di Taman Jasa di sini malam tadi.

Mengulas lanjut Mohamad berkata, itulah sebabnya wujud gerakan Deklarasi Rakyat yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendesak Najib meletak jawatan.

Mohamad berkata, gerakan ini biarpun dipelopori ahli, pemimpin dan bekas pemimpin Umno, namun kini boleh bekerjasama dengan pembangkang atas matlamat yang sama iaitu negara ini diselamatkan dengan Najib perlu dijatuhkan.

"Sebab itu pada pilihan raya ini tolak Umno dengan penasihat-penasihatnya sekali.Mohd Sabu ceramah di Kuala KangsarMohd Sabu ceramah di Kuala Kangsar
"Rakyat perlu tunjuk signal kepada Najib," katanya.

Turun sebagai underdog
Terdahulu ketika berucap kepada jentera Perak, Mohamad berkata Amanah jika dipilih untuk bertanding mewakili Pakatan Harapan pada PRK Kuala Kangsar mahupun Sg. Besar ini, akan turun sebagai 'underdog'.

"Kita parti baru tujuh bulan. Kita akan turun sebagai underdog. Jangan sesekali kita angkuh.

"Kita perlu kerja kuat dapatkan sebanyak mungkin undi orang Melayu, Cina, India dan undi Umno," katanya.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 
Sabtu, Mei 21, 2016

SOALAN PANAS!! KEPADA AHLI PAS..DARI DATO HUSAM MUSA.

Di mana Islamnya Pas jika tiada akhlak, kata Husam Musa. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh. Di mana Islamnya Pas jika tiada akhlak, kata Husam Musa. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.

Dalam Dialog Bersama Husam Musa malam tadi, pemimpin Pas yang lantang mengkritik kepimpinan parti itu mempersoalkan sejauh mana Pas masih mengamalkan nilai Islam.

“Saya nak tanya pada orang-orang Pas di mana Islamnya Pas selepas Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia? Tolong senaraikan termasuk Mursyidul Am Pas (Datuk Dr Haron Din),” soalnya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).

Menyenaraikan beberapa nama pemimpin Pas Pusat seperti Pengerusi Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib, Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok dan Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan; beliau memberitahu dirinya menerima serangan peribadi selepas menegur kepimpinan kerajaan Pas negeri Kelantan.

“Saya diserang macam-macam, lari duit balak. Boleh orang-orang kita (Pas) ngaji agama begitu. Saya berdiri tegak lawan pembulian.

“Saya buat lawatan, balak telah dicuri. Lima bukit sudah digondol,” dedahnya selain turut menyebut nama Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali serta Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Ustaz Dr Riduan Mohd Nor.

Pada masa sama, Husam juga menyelar Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berhubung penyerahan surat pemecatannya.

“Saya minta Datuk Taki hantarlah surat pemecatan itu. Saya nak bagi pada anak cucu. Saya nak beritahu Datuk Taki, tulislah elok-elok. Presiden Pas boleh buanglah Setiausaha Agung macam itu,” bidasnya sambil memberitahu berlaku kesilapan nama ayah pada sepucuk surat yang telah diterimanya daripada Pas.

Menjawab soalan moderator yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar tentang tempoh yang terlalu lambat untuk Husam membuat keputusan memilih mana-mana parti pembangkang, beliau mengakui dirinya lemah.

“Saya tidak kuat. Saudara (moderator) boleh provok, (tapi) tak boleh ubah saya. Mungkin saya salah tapi apa yang penting, saya mendapat gambaran membaca apa yang ada dalam radar. Ada sebab-sebab tersendiri. Setakat ini saya boleh berpuas hati.

“Untuk maju ke depan tidak semestinya isytihar masuk parti,” tambah bekas Naib Presiden Pas yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu dalam dialog lebih dua jam anjuran Free Public Forum Malaysia (FPF).

Untuk rekod, Dr Sanusi pada 6 Mei iaitu sehari sebelum pembuangan undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak mengesahkan Husam dipecat daripada menjadi ahli Pas berkuat kuasa 23 April lalu.
Menurutnya lagi, Husam didapati telah melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan Pas.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 
Jumaat, Mei 20, 2016

PANAS!! : KENAPA SOKONG DEKLARASI RAKYAT? YB KHALID SAMAD JAWAB KEMAH.

Khalid Abdul SamadKhalid Abdul Samad

Tindakan menyokong Deklarasi Rakyat yang diketuai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mohamad adalah sebahagian daripada langkah taktikal bagi tujuan mencapai reformasi sistem pentadbiran negara yang lebih besar seperti diperjuangkan parti pembangkang selama ini.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Abdul Samad berkata, penglibatan sebahagian pemimpin pembangkang khususnya dari Amanah adalah dengan matlamat yang jelas dan bukan bermaksud menyokong agenda Tun Mahathir semata-mata.

"Kedudukan Tun M bagi mengepalai Deklarasi Rakyat ini adalah perlu untuk menentukan ianya menarik perhatian rakyat umum selain daripada yang sudah bersama pembangkang, khususnya Pakatan Harapan.

"Ianya merupakan tindakan taktikal dan tidak bererti kami menerima beliau sebagai pemimpin. Keberkesanan taktik ini terbukti dengan adanya sejumlah 1.27 juta tandatangan terkumpul setakat ini," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Penjelasan itu dibuat beliau sebagai reaksi Amanah terhadap 'warkah dari penjara' oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melahirkan kebimbangan terhadap penglibatan pemimpin pembangkang bersama Tun Mahathir dalam Deklarasi Rakyat.

Amanah, kata Khalid menghormati pandangan dan nasihat yang diberikan Anwar dan sentiasa berwaspada terhadap agenda semua pihak, termasuk agenda Tun M yang diakui berbeza dengan agenda parti itu.

Biarpun demikian, kandungan Deklarasi Rakyat kata Khalid tidak bercanggah atau menghalang pencapaian agenda Amanah untuk melakukan perubahan total sistem pentadbiran negara, malah ia membantu.

"Berdasarkan pernilaian ini kami akan terus bersama Deklarasi Rakyat tetapi mengambil kira kekhuatiran Anwar. Oleh itu isu reformasi dan menjatuhkan Umno BN akan dipertingkatkan lagi sehingga ianya turut ditonjolkan bersama dengan isu menuntut Najib meletak jawatan.
"Ini akan diusahakan dengan dirancakkan sekali program-program di atas platform Pakatan Harapan yang turut membawa isu Deklarasi Rakyat," katanya.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 
Khamis, Mei 19, 2016

PANAS!! : DATUK HUSAM MUSA JAWAB ISU BAIAHNYA DENGAN PARTI PAS.

Husam Musa menyifatkan baiah sudah terbatal selepas Pas berubah. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.Husam Musa menyifatkan baiah sudah terbatal selepas Pas berubah. Gambar Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh.

Bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa menyifatkan baiah yang dibuat oleh beliau dan lain-lain dengan Pas sudah terbatal selepas Pas berubah.

Katanya, Pas sekarang sudah mengkhianati apa yang dahulunya telah dipersetujui.
Husam berkata demikian dalam dialog bersama beliau di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur malam ini.

Orang ramai penuh sesak di dewan itu untuk mendengar dan mengetahui ke mana hala tuju beliau selepas di pecat oleh Pas.

Menjelang dialog ini, petang tadi media Pas, Harakahdaily melaporkan, Adun Salor itu tidak terlepas dari baiahnya untuk meletakkan jawatan sebagai Adun selepas dipecat dari parti itu.

Menurut Harakahdaily, bukan sekadar melompat parti, sebaliknya seseorang wakil rakyat juga perlu meletakkan jawatan apabila dipecat keahlian sepertimana ikrar dalam baiah.

Ia terkandung dalam baiah dan sumpah antara lain menyebut, "bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, wallahi wabillahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi Adun/anggota parlimen apabila saya keluar atau dipecat dari parti."

Menurut Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, orang ramai sebelum ini hanya difahamkan wakil rakyat yang melompat parti sahaja yang terikat dengan baiah.

"Sedangkan ia juga mengikat wakil rakyat yang keluar atau dipecat daripada parti. Sumpah yang dibuat mereka turut disertakan dengan tandatangan di hadapan Tok Guru (Nik Aziz).

"Bukan sahaja menyertai lain, wakil rakyat yang keluar atau dipecat daripada parti juga perlu meletak jawatan sebagai YB," katanya.

Hudud hanya permainan

Dalam dialog malam ini juga Husam mendakwa, Hudud hanya menjadi barang mainan sesetengah pihak sahaja.

"Pemimpin Pas beritahu, Umno kononnya nak luluskan tahun 2015 lalu. Mana dia Akta 355 sekarang," tanya Husam dalam dialog itu.

Bagi beliau, hudud hanya tipu muslihat Umno untuk memecahkan Pas dan Pakatan Rakyat sahaja.
"Sekarang apa dah jadi. Semua senyap saja," kata Husam di majlis itu.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 
Rabu, Mei 18, 2016

LIVE!! : DIALOG BERSAMA HUSAM MUSA

KLIK SINI

PANAS!! : LAGI HUJAH POWER YB KHALID SAMAD..UNTUK TARIK SOKONGAN RAKYAT MALAYSIA.

Khalid Abdul SamadKhalid Abdul Samad

Parti politik pembangkang tetap akan meneruskan agenda untuk menumbangkan rejim Umno-BN bukan sekadar menjatuhkan Najib Razak, tegas Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad.

Menjawab sentimen anti Mahathir di sebalik Deklarasi Rakyat dalam satu debat di ibu negara malam tadi, beliau berkata, rakyat perlu bangkit menentang pemimpin zalim yang sedang memerintah bukan menentang pemimpin pencen.

"Tujuan kita ialah keluarkan satu kenyataan yang boleh dipersetujui semua pihak. Dulu dia (Mahathir) ada kuasa, sekarang tidak. Apa kita nak takut?
" Dia ada tipu helah, tidak bererti kita (pembangkang) tidak boleh mengatasi agenda Mahathir. Walau apa agenda dia, agenda kita akan diteruskan.

"Deklarasi Rakyat tidak menghalang kita untuk menjatuhkan Umno-BN. Saya nak tahu, tunjukkan pada saya apa yang anda tak setuju (dalam deklarasi)?" soalnya kepada barisan panel anti deklarasi di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).

Mengulas tuduhan kononnya Pakatan Harapan bersikap dayus kerana boleh bersama Mahathir dalam deklarasi itu, Khalid berkata, kerjasama dengan pihak lain tidak dapat dielak ketika sukar bertindak sendirian.

"Kalau kita mahu ungkit semua, kita tidak boleh kerjasama dengan orang lain. Kita sebenarnya cuba buat yang terbaik, cari perkara asas untuk kita berkerjasama. Mahathir sendiri cakap tak cukup kuat untuk menjatuhkan Najib seorang diri.

"Betul petisyen ini kemungkinan besar tidak mengubah kerajaan tetapi adakah menghalang rakyat untuk menjatuhkan Umno? Tidak," tegasnya di hadapan lebih 100 hadirin termasuk ahli Otai Reformasi dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Mengakui beliau sendiri tidak akan memaafkan Mahathir atas segala kepincangan yang berlaku, Khalid juga beberapa kali membandingkan sikap Pas dengan pihak yang menolak peranan Mahathir dalam deklarasi itu.

"Saya teringat parti lama (Pas) dulu, tetap nak hudud. Kita kena realistik, sedar hakikat pada masa ini. Kita cuba nak menyatu-padukan lebih ramai rakyat termasuk mereka yang tidak sokong pembangkang.

"Ini untuk membantu kita (menarik sokongan) pengundi Melayu. Kita mahu pecahkan kongkongan minda Melayu. Sebelum ini, kita buat macam-macam, setakat itulah saja," jelas Ahli Parlimen Shah Alam itu dalam 'Debat Perdana - Deklarasi: Mana Pergi Rakyat' anjuran SAMM.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 
Selasa, Mei 17, 2016

2 PRK PANAS!! : HUJAH POWER DARI YB KHALID SAMAD..RAKYAT WAJIB BACA.

Foto Saya

Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar: Perlunya Diutamakan Pakatan Harapan
MUQADDIMAH

Pilihan Raya Sarawak telah berlalu. Banyak pengajaran yang boleh diperolehi. Namun bagi saya pengajaran yang terpenting adalah ‘ketiadaan’ Pakatan Harapan secara sebenar-benarnya dalam pilihan raya tersebut. Yang bertanding adalah hanya sekadar 3 parti yang bertindak secara bersendirian, masing-masing dengan agenda dan perkiraan masing-masing.

Maka dengan itu berlakulah pertembungan antara anggota Pakatan Harapan, khususnya DAP dan PKR di beberapa kerusi. Ramai kecewa dengan keadaan ini. Di mana, tanya mereka, kesatuan pakatan parti pembangkang yang akan menandingi BN?

Pada masa yang sama, berlaku juga pertindihan antara PAS dengan setiap anggota PH, iaitu PKR, DAP dan juga AMANAH; tetapi ianya tidak begitu menimbulkan kemarahan atau kehairanan di kalanagan masyarakat dan pemerhati politik negara. PAS sudah di luar orbit politik rasional. Sibuk dengan dirinya sendiri dan blok ketiganya sambil semua parti pembangkang lain mengusahakan kesatuan dan kerjasama.

Ramai tidak hairan apabila PAS bertanding secara tiga penjuru dengan parti komponen Pakatan Harapan. Itu sesuatu yang sudah dijangka. Sudah pasti yang mewujudkan blok ketiga sudah merancang untuk mengadakan pertandingan tiga penjuru. Namun, pertandingan antara parti komponen Pakatan Harapan, itu sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

PRK SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR

Setelah selesai pilihan raya negeri Sarawak, kita dibentangkan pula dengan dua pilihan raya kecil di Semenanjung. Di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Dikesempatan ini, saya ucapkan takziah kepada dua keluarga yang telah kehilangan anggota keluarga yang dikasihi. Semoga roh mereka dirahmati dan diberkati Allah. Pemergian mereka secara mengejut dan bukan sesuatu yang diingini. Namun, pilihan raya kecil tetap perlu dilakukan.

Semestinya dalam menghadapi pilihan raya kecil ini, masyarakat ingin melihat samada Pakatan Harapan benar-benar merupakan satu ikatan yang kukuh yang mampu menandingi BN. Ianya bagaikan peluang kedua untuk membuktikan kesungguhan untuk mewujudkan satu kerjasama dan gabungan politik yang kukuh untuk menandingi BN. Dan ianya merupakan peluang yang disediakan diambang pilihan raya umum ke 14 yang mana sekiranya gagal sekali lagi, maka PH akan menghadapi PRU ke 14 dalam keadaan keutuhan yang terus dipertikai rakyat.

Dengan bersandarkan peluang terakhir ini, maka perlulah memanfaatkannya untuk menentukan bahawa Pakatan Harapan dilihat sebagai gabungan yang kuat, yang berkerjasama dan bertindak sebagai satu pasukan yang mantap. Bagi yang melihat pada matlamat jangka masa panjang, iaitu PRU ke 14, kedua-dua pilihan raya kecil ini adalah peluang keemasan untuk mengukir dalam minda Negara bahawa Pakatan Harapan mantap dan kukuh serta merupakan satu-satunya entiti yang mampu menandingi BN dan mengalahkannya.

PRU 14 SASARAN SEBENAR

PRU 14 hanya setahun lebih sahaja lagi. Sepatutnya persoalan bagaimana boleh dimanfaatkan 2 PRK ini untuk mengukuhkan kedudukan PH menuju PRU 14 menjadi tumpuan semua. Bukan sekadar “menang pilihan raya kecil dengan apa cara sekalipun” tanpa mengambil kira kesan dan akibat tindakan tersebut terhadap PRU 14. Adalah diinginkan supaya tema PRU ke 14 adalah pilihan hanya antara PH dan BN. Maka, ke arah itu keutuhan PH perlu dizahirkan melalui dua pilihan raya kecil ini.

Terdapat dua masalah utama yang dihadapi dan perlu diselesaikan sebelum PRU ke 14. Yang pertama ialah masalah kesatuan dan keutuhan PH yang masih tidak kelihatan. Ini telah saya dijelaskan di atas.

Masalah kedua adalah persoalan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai blok ke tiga. Adalah perlu diberikan kesedaran kepada yang tidak bersama PH, samada untuk bersendirian atau untuk mengadakan Blok ke 3, bahawa rakyat akan menolak mereka. Ini adalah supaya usaha penyatuan pembangkang akan dipertimbangkan secara serius setelah tersungkur dalam pilihan raya kecil ini. Jika tidak, sehingga bila-bila mereka akan angkuh dan taasub dengan diri mereka sendiri.

Jika diberikan laluan kepada PAS dalam pilihan raya kecil seperti yan dicadangkan oleh beberapa pihak, demi mengelak pertembungan 3 penjuru dengan PAS, apakah yang akan berlaku semasa PRU 14? Sekiranya PAS menang mereka akan dakwa mereka menang atas kekuatannya sendiri dan mereka bertambah angkuh dan sombong. Mereka terus tidak akan berunding dan masalah 3 penjuru akan terpaksa dihadapi dalam PRU 14.

Dan sekiranya PAS kalah akan mula proses tuduh menuduh antara satu sama lain dengan dakwaan terdapat sabotaj dan sebagainya. Maka pada PRU 14 akan tetap terpaksa menghadapi 3 penjuru dengan PAS.

Oleh itu tidak wajar untuk mana-mana pihak cuba mengelak dari menyelesaikan masalah blok ketiga ini. Ini merupakan peluang terbaik menyelesaikan masalah keangkuhan dan kekarutan konsep blok ke 3 melalui pilihan raya kecil ini sehingga ianya tidak akan disebut lagi menjelang PRU ke 14.

Maka melalui pencapaian kedua-dua matlamat ini, iaitu membuktikan keutuhan PH dan kesongsangan konsep blok ke 3, ianya menyediakan suasana yang lebih baik untuk menghadapi PRU 14. Dan inilah sepatutnya apa yang ditumpukan iaitu memanfaatkan pilihan raya kecil ini demi menyediakan suasana yang lebih baik untuk PH menghadapi PRU 14.

PAKATAN POLITIK DAN ALMARHUM TGNA

Masih saya ingat dengan jelas kata-kata Almarhum TGNA dalam muktamar PAS 2008. Ianya muktamar selepas kemenangan besar PAS, DAP dan PKR dan pembentukan PR. Sebelum sahaja PR dibentukkan, diadakan usaha kerjasama dengan UMNO oleh beberapa pimpinan PAS sehingga menyebabkan Almarhum TGNA marah dan berang. Almarhum menyebut di dalam ucapannya, “letakkan kedua-dua kaki dalam sampan yang sama! Mana mungkin satu di sampan ini dan satu lagi di sampan yang lain? Kalau di dua sampan yang berlainan, maka apabila ianya bergerak, maka kita akan jatuh dalam air”.

Dulu kata-kata Almarhum ditujukan pada PAS. Namun hari ini kata-kata Almarhum tersebut perlu saya tujukan kepada mereka yang masih ingin berpaut kepada PAS sedangkan PAS tidak bersama Pakatan Harapan. Berikan tumpuan dan komitmen kepada PH dalam tempoh setahun dua ini supaya PH dapat mengalahkan BN dalam PRU 14. Jangan diterus perasaan berbelah bahagi kerana dengan itu hanya akan memberikan mesej yang bercelaru kepada rakyat.

KESIMPULAN

Berdasarkan penghujahan seperti di atas, maka adalah disyorkan supaya dibiarkan sahaja berlakunya 3 penjuru antara BN, PH dan PAS sekiranya PAS meletak juga calon mereka. Selain menegaskan PH sebagai pakatan yang utuh, pada masa yang sama juga menunjukkan bahawa sebagai Blok ke 3 atau sebagai parti yang bersendirian, PAS menjadi semakin tidak releven. Supaya dengan itu mereka akan perbetulkan sikap mereka menjelang PRU ke 14.

Sekiranya apa yang dihujahkan di atas diterima, iaitu PH perlu bertanding dan tiga penjuru turut mempunyai manfaatnya, maka parti yang mewakili PH di dua kerusi ini, bagi pandangan saya, semestinya AMANAH. Ini adalah kerana dua kerusi tersebut merupakan kerusi majoriti Melayu Islam melebihi 60%. Dengan bertanding di dua kerusi ini AMANAH akan mengetahui sejauh mana penerimaan masyarakat Melayu Islam terhadapnya. Sekiranya bermasalah maka masih sempat untuk ditangani dan diperbetulkan sebelum PRU ke 14. Kedudukan AMANAH di dalam PH sepatutnya adalah sepertimana PAS dalam PR sebelum ini. Dan sememangnya AMANAH adalah pecahan dari PAS yang terbentuk di atas ketidak sanggupan PAS untuk memenuhi peranannya dalam PR.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 
Isnin, Mei 16, 2016

PRK : PAKATAN HARAPAN AKAN MENANG CEMERLANG WALAUPUN PARTI PAS MASUK BERTANDING.

Mohamad SabuMohamad SabuDemi megembalikan keyakinan rakyat bahawa Pakatan Harapan satu-satunya saingan kepada BN, Parti Amanah Negara (Amanah) akan memastikan tiada pertembungan antara ketiga-tiga parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, itu antara syor yang akan dikemukakan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan berhubung PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Ini bertujuan mengukuhkan kedudukan Pakatan Harapan sebagai satu-satunya saingan yang serius terhadap BN yang bertujuan menggantikannya sebagai kerajaan dan bukan sekadar meletakkan Pakatan Harapan sebagai pembangkang kuat mahupun sekadar penasihat," katanya pada sidang media di Wisma Amanah semalam.

Mohamad berkata, Amanah belum memutuskan soal calon kerana sebarang keputusan berkenaan PRK ini hanya akan dimuktamadkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Bagaimanapun ujarnya, Amanah mempunyai senarai pendek calon-calon berkaliber yang sedia untuk di ketengahkan.

Ketika ditanya peluang Amanah jika berlaku pertembungan beberapa penjuru termasuk dengan Pas, Mohamad merujuk sejarah PRK Bukit Selambau pada 2009 di mana PKR yang mewakili Pakatan Rakyat ketika itu menang dengan cemerlang walaupun berlaku pertandingan tiga penjuru.

Ditanya jika ada gesaan pemimpin tertentu agar Amanah tidak bertanding dan memberi laluan kepada Pas, Mohamad berkata ia akan dibincangkan di mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan.

"Parti dalam Pakatan Harapan hanya ada tiga, DAP, Amanah dan PKR. Tidak perlu dan jangan ada usaha mencari formula mahupun pendekatan yang lain," tegasnya.

Ketika diminta mengulas gesaan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar Amanah mengukur baju di badan sendiri, Mohamad dalam nada berseloroh mahu Pas juga berbuat parkara sama.

"Sama-sama la ukur baju, kalau kita nak buat warna pink, ukur la warna pink, tak ada masalah," kata Mohamad.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar berkenaan ditetapkan serentak, dengan hari penamaan calon pada 5 Jun, manakala hari pengundian ditetapkan pada 18 Jun.

Dua kerusi itu kosong selepas kematian penyandangnya, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan MP Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, dalam nahas helikopter pada 5 Mei di Sarawak.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 
Sabtu, Mei 14, 2016

PANAS!! : DATUK HUSAM MUSA CABAR PEMIMPIN PARTI PAS.

Islam ajar jangan terburu buru kata HusamIslam ajar jangan terburu buru kata Husam

Adun Salor, Datuk Husam Musa malam tadi mengakui telah jatuh cinta kepada satu parti setelah di"cerai"kan oleh parti asal beliau tetapi tidak dapat umumkan sekarang kerana masih dalam edah.

"Masa dalam edah ni tak boleh sesiapa masuk meminang apa lagi di khalayak ramai macam ni," kata Husam merujuk kepada pelawaan Pengerusi Amanah Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah di majlis makan malam Selamatkan Malaysia anjuran Amanah Pasir Puteh di sebuah resort di Tok Bali malam tadi.

Wan Rahim yang berucap sebelum itu mencadangkan supaya beliau segera menyarung sut oren sebagai tanda menyertai Amanah dan meminta sehelai baju berlogo Amanah dihadiahkan kepada Husam.

Seorang peserta makan malam kemudian membawa baju warna oren untuk diserah kepada Husam namun beliau hanya mengambil baju tersebut tapi tidak memakainya.Lebih seribu hadir di makan malam pertama kehadiran Husam selepas dipecat PasLebih seribu hadir di makan malam pertama kehadiran Husam selepas dipecat Pas

Dalam ucapannya beliau terus menyatakan belum menerima sebarang surat berhubung pemecatannya dan hanya mengetahui hal tersebut daripada media atau pihak lain.

"Ada orang minta saya merayu, tapi apa yang saya nak rayu kerana kesalahan saya pun sehingga ini tidak diberitahu," kata beliau.

Berkenaan tuduhan beliau juga kononnya menerima rasuah berkaitan balak beliau mencabar mana-mana pemimpin negeri untuk mendedahkan akaun masing-masing untuk dinilai rakyat.

"Datuk Ahmad Yakob, Datuk Nik Amar Abdullah atau mana-mana pemimpin boleh umum akaun bank masing-masing untuk tunjuk kedudukan kewangan masing-masing.

"Saya boleh dedahkan akaun saya, mereka buka akaun mereka, kita tengok berapa banyak duit saya ada sehingga terus menerus buat fitnah," kata beliau.

Amanah Pasir Puteh mendapat pujian penasihat Amnah atas kejayaan mengerakkan parti peringkat akar umbiAmanah Pasir Puteh mendapat pujian penasihat Amnah atas kejayaan mengerakkan parti peringkat akar umbiBerkenaan kempen turunkan Najib melalui gerakan Selamatkan Malaysia, beliau yakin sokongan besar akan diberi oleh rakyat.
"Sekarang dah dapat 1.27 juta tandatangan dan kita akan serah kepada Yang Dipertuan Agong dan selepas ini kita akan menggerakkan banyak lagi usaha sehingga gerakan ini menjadi kenyataan," katanya.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 
Jumaat, Mei 13, 2016

PRK : PARTI ISLAM (AMANAH) MAHU PH TANDING DAN CALON DARI (AMANAH)

Abbas AzmiAbbas AzmiPemuda Amanah Negeri Selangor mahu Pakatan Harapan mencadangkan agar calon dari Amanah bertanding bagi kerusi Parlimen Sungai Besar dalam pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Ketua Pemudanya, Abbas Azmi berkata, Amanah mempunyai calon yang sesuai untuk bertanding melawan BN dan Pas di Sungai Besar.
" Amanah mempunyai beberapa nama calon yang kesemuanya mempunyai kelebihan yang tersendiri dan kami percaya akan diterima oleh rakyat setempat.

"Sewajarnya calon Amanah diberi laluan untuk mewakili Pakatan Harapan pada PRK ini
"Kami bersedia apa juga kemungkinan sama ada bertemu dua penjuru atau tiga penjuru pada pilihanraya kecil kali ini dan dengan izin Allah jua, Amanah akan memberi satu tamparan yang hebat pada calon dari parti lawan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Abbas berkata Pemuda Amanah negeri itu sudahpun menggerak kerja bertemu masyarakat dan pengundi.

"Kita telah pun lakukan edaran bantuan makanan asas ke rumah fakir miskin, edaran flyers bagi memperkenalkan misi dan visi parti dan akan diperbanyakkan lagi program kemasyarakatan.

Setakat hari ini Pas menegaskan akan meletakkan calon untuk bertanding di kedua-dua kerusi yang didakwa menjadi milik tradisinya iaitu Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Ini bermakna, parti itu menolak sebarang perundingan dengan Pakatan Harapan walaupun Amanah dilapor telah menyatakan kesudian untuk berbincang dengan Pas bagi mengelak pertembungan sesama parti pembangkang.

Parlimen Sungai Besar sebelum ini diwakili Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon, manakala Parlimen Kuala Kangsar diwakili Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, kedua-duanya dari BN.

Kedua-dua mereka antara yang maut dalam tragedi helikopter terhempas ketika penerbangan dari Betong ke Kuching, Sarawak pada 5 Mei lalu.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 
Khamis, Mei 12, 2016

PANAS!! : ADUN PAS KEDAH LETAK JAWATAN DALAM PARTI PAS.

Amiruddin letak jawatan YDP Pas tapi masih kekal AdunAmiruddin letak jawatan YDP Pas tapi masih kekal Adun

Adun Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah hari ini mengesahkan meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Pas kawasan Kuala Kedah.

"Peletakan jawatan ini hanya melibatkan jawatan Yang Dipertua Pas kawasan sahaja dan saya masih kekal sebagai ahli Pas, ketua cawangan Pas Taman Sri Putra dan Adun Pas kawasan Anak Bukit, " kata beliau dalam satu kenyataan yang disahkan setiausaha Amanah Kedah melalui status facebooknya.

Menurut Amiruddin, beliau dengan penuh rasa berat hati, maklumkan bahawa satu surat peletakan jawatan telah dihantar kepada setiausaha Pas kawasan, saudara Rashidi Razak semalam (9/5/16).

"Rasional kenapa tindakan ini dambil telah saya jelaskan sepenuhnya kepada Pesuruhjaya Pas Kedah," katanya
Menurutnya, perjalanan sebagai Adun Pas Anak Bukit akan dpantau sepenuhnya oleh jawatankuasa pusat khidmat wakil rakyat Anak Bukit dan saya telah dan akan terus memberi kerjasama kepada mereka.

Peletakan jawatan ini katanya tidak ada kaitan langsung dengan cadangan untuk melompat ke mana-mana parti politik lain dan saya akan terus menjadi ahli Pas dan berada di tepian gelanggang dan berdoa agar suatu hari nanti jika kudrat dan situasi mengizinkan untuk kembali bersama-sama sahabat-sahabat lain menerajui tampuk pimpinan setidak-tidaknya di peringkat kawasan atau negeri.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Badan Perhubungan Pas Negeri Kedah yang telah memberi tunjuk ajar dan berkongsi ukhuwwah selama bertugas di pelbagai peringkat parti di Kedah.

"Mohon keampunan atas keterlanjuran dan kekhilafan untuk sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan agar saya sentiasa istiqamah bersama perjuangan Islam sehingga akhir hayat," kata kenyataan itu.

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 
Selasa, Mei 10, 2016

PANAS!! : PECAT DATUK HUSAM MUSA AKAN MEMBERI KESAN KEPADA PARTI PAS.

Roslan Abdul Rahman

KUALA KRAI - Pemecatan Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa oleh Jawatankuasa Tatatertib parti itu sudah dijangka terutama dalam kalangan penganalisis politik tempatan.

Ketua Kawasan Amanah Kuala Krai, Roslan Abdul Rahman berkata, Husam individu penting dalam kerajaan Kelantan pada era pemerintahan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, beliau banyak memberi sumbangan hingga berjaya mengangkat nama kerajaan negeri sepanjang menjawat jawatan exco.

“Begitu juga dalam parti, sehingga beliau diangkat sebagai Naib Presiden Pas.

“Pemecatan beliau sudah tentu akan memberi kesan sedikit sebanyak kepada masa depan politik Pas,” katanya.

Roslan berkata, sebagai seorang pemimpin yang mempunyai pengalaman politik begitu lama, beliau yakin Husam akan terus memilih jalan membela rakyat.

Jawatankuasa Tatatertib Pas memutuskan pemecatan ke atas Adun Salor itu setelah bersidang pada 23 April lalu.

Pemecatan dibuat setelah Husam melakukan tindakan dan perbuatan bersalahan dengan Fasal 82(1)(b),(c),(d) dan (f) Perlembagaan Pas.

sh

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my

https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000001591 

Isnin, Mei 09, 2016

PANAS!! : TERKINI MAKLUMAT SALAH GUNA KUASA NAJIB RAZAK DI DEDAHKAN.

Campur Tangan Perdana Menteri Dalam Urusan Pentadbiran Malaysia Building Society Berhad

Saya telah mendapat satu salinan surat dari Tan Sri Haji Shukry Mohd Salleh, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri kepada Dato’ Ahmad Zaini Othman, CEO Malaysia Building Society Berhad (MBSB) bertarikh 20 Oktober 2015 yang disertakan bersama.

mbsbkumnokepong

Surat tersebut mengarahkan supaya MBSB mengenepikan notis kebankrapan terhadap Datuk Rizuan Abdul Hamid, Ketua Umno Kepong berhubung pembangunan 10 unit banglo di Bukit Tunku. Selain itu, surat itu secara jelas menyatakan arahan agar MBSB menyelesaikan tuntutan pinjamannya terhadap Datuk Rizuan Abdul Hamid di luar mahkamah.

Datuk Rizuan Abdul Hamid adalah salah seorang Ketua Bahagian Umno yang paling lantang membela Dato’ Seri Najib Tun Razak. Beliau menjadi popular apabila mengikrarkan beliau berani mati untuk Dato’ Seri Najib Tun Razak semasa Mesyuarat UMNO Bahagian Kepong tahun lalu seperti dilaporkan Awani http://www.astroawani.com/berita-politik/saya-berani-mati-untuk-najib-ketua-umno-kepong-70947

MBSB pula adalah sebuah anak syarikat Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) yang memiliki 65% saham di dalam MBSB. Oleh itu, MBSB adalah pembiaya rumah milik rakyat yang perlu dilindungi dari campur tangan politik.

Saya telah membuat semakan awal dan berpendapat surat ini adalah benar dan tulen berdasarkan maklumat yang saya perolehi setakat ini.

Oleh yang demikian, saya mengingatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak supaya berhenti campur tangan di dalam urusan mana-mana badan atau syarikat berkepentingan awam sama ada campur tangan itu secara langsung atau tidak langsung. Beliau juga perlulah mengeluarkan arahan kepada semua anggota Jemaah Menteri supaya tidak mengeluarkan surat-surat arahan seperti ini dan menghentikan segala campur tangan di dalam mana-mana badan atau syarikat berkepentingan awam.

Saya kesal kerana seolah-olah Perdana Menteri masih belum belajar dari skandal 1MDB yang telah menjejaskan nama baik dan kedudukan kewangan negara kerana suburnya budaya ahli politik campur tangan di dalam pengurusan syarikat atau badan berkepentingan awam.

Paling dikesali adalah apabila Perdana Menteri boleh mengarahkan sebuah bank mengenepikan tindakan kebankrapan ke atas seorang Ketua Bahagian Umno pada ketika beribu-ribu rumah rakyat miskin disita dan dilelong setiap minggu sementara pemiliknya jatuh muflis hanya kerana gagal membayar beberapa ribu.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my

BISNES ONLINE 100%

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive