Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Mei 09, 2016

PANAS!! : TERKINI MAKLUMAT SALAH GUNA KUASA NAJIB RAZAK DI DEDAHKAN.

Campur Tangan Perdana Menteri Dalam Urusan Pentadbiran Malaysia Building Society Berhad

Saya telah mendapat satu salinan surat dari Tan Sri Haji Shukry Mohd Salleh, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri kepada Dato’ Ahmad Zaini Othman, CEO Malaysia Building Society Berhad (MBSB) bertarikh 20 Oktober 2015 yang disertakan bersama.

mbsbkumnokepong

Surat tersebut mengarahkan supaya MBSB mengenepikan notis kebankrapan terhadap Datuk Rizuan Abdul Hamid, Ketua Umno Kepong berhubung pembangunan 10 unit banglo di Bukit Tunku. Selain itu, surat itu secara jelas menyatakan arahan agar MBSB menyelesaikan tuntutan pinjamannya terhadap Datuk Rizuan Abdul Hamid di luar mahkamah.

Datuk Rizuan Abdul Hamid adalah salah seorang Ketua Bahagian Umno yang paling lantang membela Dato’ Seri Najib Tun Razak. Beliau menjadi popular apabila mengikrarkan beliau berani mati untuk Dato’ Seri Najib Tun Razak semasa Mesyuarat UMNO Bahagian Kepong tahun lalu seperti dilaporkan Awani http://www.astroawani.com/berita-politik/saya-berani-mati-untuk-najib-ketua-umno-kepong-70947

MBSB pula adalah sebuah anak syarikat Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) yang memiliki 65% saham di dalam MBSB. Oleh itu, MBSB adalah pembiaya rumah milik rakyat yang perlu dilindungi dari campur tangan politik.

Saya telah membuat semakan awal dan berpendapat surat ini adalah benar dan tulen berdasarkan maklumat yang saya perolehi setakat ini.

Oleh yang demikian, saya mengingatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak supaya berhenti campur tangan di dalam urusan mana-mana badan atau syarikat berkepentingan awam sama ada campur tangan itu secara langsung atau tidak langsung. Beliau juga perlulah mengeluarkan arahan kepada semua anggota Jemaah Menteri supaya tidak mengeluarkan surat-surat arahan seperti ini dan menghentikan segala campur tangan di dalam mana-mana badan atau syarikat berkepentingan awam.

Saya kesal kerana seolah-olah Perdana Menteri masih belum belajar dari skandal 1MDB yang telah menjejaskan nama baik dan kedudukan kewangan negara kerana suburnya budaya ahli politik campur tangan di dalam pengurusan syarikat atau badan berkepentingan awam.

Paling dikesali adalah apabila Perdana Menteri boleh mengarahkan sebuah bank mengenepikan tindakan kebankrapan ke atas seorang Ketua Bahagian Umno pada ketika beribu-ribu rumah rakyat miskin disita dan dilelong setiap minggu sementara pemiliknya jatuh muflis hanya kerana gagal membayar beberapa ribu.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN


IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my

BISNES ONLINE 100%

16 ulasan:

  1. Nt hadi berkata,"jgn tuduh pm kita tanpa bukti tanpa bwk 4 org saksi tu fitnah".kekekekekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti mungkin rafizi kata sbb najib masuk campur dlm pentadbiran ini lah punca gagalnya Langkah Kejang beliau..

      Padam
    2. Langkah kajang balik.kahkahkahkahkah. Xnk sebut perlembagaan ker.kahkahkahkahkah. Wanrosli oi cerdiklah sikit kata bijak pandai minum susu omega pandai remove komen2. Kahkahkahkahkah. Tp jelas vanggang nya.kahkahkahkahkah

      Padam
    3. Jawab je lah Langkah Kajang gagal kan senang tak payah aku ungkit lagi..

      Padam
    4. Salah tu.patut wanrosli tanye,pan ada perlembagaan x.kahkahkahkahkah.. Ataupun pan ada swimming pool x.kahkahkahkahkah

      Padam
    5. Sian wanrosli kene bantai pasal perlembagaan terus alergic nk sebut perlembagaan. Kahkahkahkahkah

      Padam
  2. Sampai sekarang mana perlembagaan PAN yg katanya ala islam (liberal kut)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkahkah.xtahan gelak tgk kebodohan wanrosli Kahkahkahkah

      Padam
    2. Kalau PAN bijak mana perlembagaannya..

      Padam
    3. Laa bodoh nya wanrosli. Google la sendiri xkan itu pun nk ajar.kahkahkah.kata pandai tp nmpak bodoh

      Padam
    4. Mana yg kata ada prinsip islamnya..? Ada ke perlembagaan PAN sebut perjuang islam?..

      Padam
    5. Apa punya bodoh wanrosli sekor ni.xpernah aku jumpa manusia sebodoh ini.kahkahkahkah

      Padam
  3. langkah kajang gagal tkpe

    langkah najib berjaya melangkah kepala hadi

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...