PANAS!!! : MEMO KEPADA AGONG..

Barisan pemimpin Amanah  (dari kiri) Salahuddin, Anuar dan Mujahid  mewakili Amanah untuk  menyerahkan memorandum bantahan Akta MKN kepada  wakil YDP Agong di Istana Negara hari ini.Barisan pemimpin Amanah (dari kiri) Salahuddin, Anuar dan Mujahid mewakili Amanah untuk menyerahkan memorandum bantahan Akta MKN kepada wakil YDP Agong di Istana Negara hari ini.

Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini memohon perkenan Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu untuk menolak Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diluluskan Dewan Negara, 3 Disember 2015.

Permohonan itu dinyatakan dalam memorandum yang diserahkan kepada pegawai perhubungan Istana Negara, Mohd Husni Yusup petang tadi.

Husni memberi jaminan akan memanjangkan memorandum tersebut kepada Tuanku Sultan untuk diambil perhatian.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, sewaktu menyerahkan memorandum tersebut, Husni sendiri mengakui Majlis Raja-raja meminta kerajaan mengkaji semula MKN sewaktu bersidang pada 17 Februari lalu.

Beliau merakam setinggi-tinggi perhargaan kepada Majlis Raja-raja yang mengambil kira kerisauan rakyat berhubung MKN dan merayu agar Yang Di-Pertuang Agong mengambil langkah yang pro aktif.

“Memorandum ini satu penegasan demi masa depan negara bahawa Tuanku Sultan harus membuat satu tindakan yang lebih proaktif kerana ini bukan masalah Raja-raja Melayu, bukan masalah parti politik tapi masalah negara.

“Kita melihat ini kepentingan negara. Maka Amanah hari ini mengambil tanggungjawab menyerahkan memorandum kepada Tuanku,” kata beliau kepada pemberita selepas penyerahan.

Turut bersama beliau ialah Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa dan setiausaha Agung Mohd Anuar Tahir.

Sementara itu, kira-kira 100 orang berkumpul di luar istana bagi mendengar ucapan pimpinan parti sementara memorandum diserahkan.

Antara pemimpin yang berucap ialah Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad yang juga ahli Parlimen Shah Alam, Pengerusi Amanah Terengganu Raja Kamarul Baharin Shah yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan Exco Pemuda Faiz Fadzil.

Presiden Amanah Mohad Sabu pula berucap selepas selesai sesi penyerahan memorandum.
Pada 17 Februari lalu, Majlis Raja-raja berpandangan beberapa peruntukan dalam RUU MKN perlu diperhalusi selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyembahkan taklimat mengenai rang undang-undang itu pada Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-240 di Istana Negara di Kuala Lumpur.

Rang Undang-undang MKN 2015 yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Disember lalu dan kemudiannya diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember.

Seramai 107 ahli Parlimen menyokong, manakala 74 ahli Parlimen menolak RUU itu ketika sesi pengundian belah bahagi dilakukan.

Banyak pihak sebelum ini melahirkan kebimbangan bahawa RUU MKN akan memberi kuasa yang luas kepada Perdana Menteri sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai kawasan keselamatan atau 'security area'.

mdl

IKLAN PENAJA

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan. Anda nak tahu? Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement

Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini. Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

klik link sini : http://autod9.com/army


 
http://iklanviral.blogspot.my
 
 http://www.kelabsimkad.com/
Previous
Next Post »

10 ulasan

Write ulasan
An Anonymous
AUTHOR
20 Mac 2016 7:57 PG delete

Usaha yg murni kita sokong..

Tapi macamana plk dgn pemimpin parti yg beli bungalow dgn harga diskaun? Setuju ke idak nih?..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
20 Mac 2016 12:22 PTG delete

Mcam ne lak pimimpin yg tak byar duit caruman yik n skandal balak?lgi teruk mb tu tak turun2 bila hudud tak jadi..kahkahkah walakontol2...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
20 Mac 2016 7:43 PTG delete

Setuju la mcm rasuah balak kelantan la

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
20 Mac 2016 9:42 PTG delete

Oh tak tahu lg rupanya.. x pe aku update kau ..

Duit caruman YIK dah settled 100% manakala tiada bukti berlakunya skandal balak di kelantan.. malah kerajaan negeri kelantan telah diiktiraf sebagai kerajaan yg bersih serta cekap dan terdapat anugerah buat itu..

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
20 Mac 2016 9:42 PTG delete

Bila dah berlakunya jualbeli sebuah bungalow mewah di sebuah negeri di utara tanahair secara "rela hati" tu paham2 je lah macammana ianya boleh jadi begitu mudah berlaku..

Di mana katanya pembelinya ialah seorg Ketua Menteri (dgn harga RM2.8juta sdgkan harga pasaran RM6.5juta) dan penjualnya pulak seorang rakan kepada kontraktor/developer yg berjaya membeli tanah pembangunan yg asalnya utk pembangunan rumah mampu milik yg digezet oleh BN (dgn harga RM11juta sdgkan harga pasaran RM22juta)... 

Kalau dak paham lagi tak tahu lah nak kata apa.. tapi kalau masih tak paham, confirmed apa?? Confirmed bangang..

Kita tunggu respon dari kuda tunggangan DAP aka PAN mengenai isu rumah bungalow di utara tanahair.. ada atau tidak kata2 nista yg akan terhambur keluar spt yg dihamburkan pd TGHH dan PAS..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
20 Mac 2016 11:34 PTG delete

Ingat pas,ingat pasik(pasik dgn fasik dkat2 kn?)

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
21 Mac 2016 11:26 PTG delete

Camne dengan rasuah balak kelantan.
Cmne dengan duit guru2 yik...hudud mana hudud?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23 Mac 2016 1:04 PTG delete

Ydp harus buat keputusn berdasar fakta bukan auta. Tiada gunanya sistem negara hanya boneka

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
25 Mac 2016 7:09 PG delete

Dah jwb dah sebelum ni.. mmg PAN lembab pun. Lambat paham..

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
25 Mac 2016 7:10 PG delete

Apasal aku tgk baju oren tu sama dgn warna baju sami buddha...??

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes