PANAS!! : AKAN MENJADI FENOMENA "SELAMATKAN MALAYSIA JATUHKAN NAJIB"

Salahuddin Ayub3Salahuddin Ayub3

Tumpuan harus diberi terhadap usaha memastikan Datuk Seri Najib Razak berundur dengan melepaskan jawatan Perdana Menteri pada kadar segera, tegas Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.

Ujarnya, usaha bagi tujuan menyelamatkan Malaysia daripada terus terjebak dalam pelbagai masalah dan kepincangan perlu melibatkan sokongan semua pihak tanpa mengira fahaman politik.

“Kita yakin dan percaya dengan menjatuhkan Najib dan BN saja rakyat dapat melaksanakan agenda reformasi dalam ekonomi, politik dan sosial di negara ini. Kita mahu menggunakan saluran demokrasi supaya Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

“Walau berbeza parti politik tetapi tentunya kita mahu melihat perubahan lebih baik buat tanah air kita dan tentunya kepada generasi masa depan,” jelasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline, hari ini.

Mengulas pidato pemimpin Pas, Datuk Husam Musa dalam pelancaran kempen Selamatkan Malaysia di Kulai, 27 Februari lalu, beliau berkata, gagasan besar melibatkan gabungan banyak pihak termasuk agamawan, ahli akademik, NGO dan aktivis itu, satu langkah permulaan bagi mencapai hasrat Malaysia yang lebih baik dan sejahtera pada masa depan.

“Sambutan orang ramai begitu menggalakkan. Bahkan difahamkan, ahli dan penyokong Pas, Umno serta mereka yang di atas pagar juga turut hadir. Sebabnya, kita semua tidak mahu Malaysia terus terdedah kepada ancaman bahaya akibat salah guna dan penyelewengan kuasa kepimpinan sedia ada.

“Kita mahu kempen Selamatkan Malaysia menjadi satu fenomena. Rakyat mahu melihat satu perubahan besar kepada negara. Bukan hanya disuarakan pihak pembangkang tetapi termasuk daripada tokoh pemimpin Umno serta bekas pegawai tinggi kerajaan,” tambahnya.

Ditanya tentang poster daripada pihak Pas yang viral di media sosial juga menggunakan ungkapan ‘Selamatkan Malaysia’, beliau menyambut baik kesedaran parti yang dipimpin oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu kerana kempen berkenaan bertujuan untuk menyelamatkan negara bukannya parti politik semata-mata.

“Untuk selamatkan Malaysia, lupakan perbezaan parti politik. Namun, kalau Presiden (Pas) pun sudah begitu, mahu bersendirian apa boleh buat. Biarlah mereka dalam dunia mereka,” jawab Salahuddin ringkas.

Jawatankuasa Kempen Selamatkan Malaysia dipengerusikan Mazlan Aliman dengan penglibatan semua pihak tanpa mengira latar belakang politik, agama dan kaum bagi mengembalikan Malaysia diurus tadbir secara telus oleh pemimpin yang berintegriti.

Hampir 1,000 peserta hadir dalam pelancaran kempen Selamatkan Malaysia di Kulai, Sabtu lalu termasuk artis tempatan seperti Abby Abadi.

mdl

IKLAN PENAJA

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan. Anda nak tahu?

Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement

Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini. Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

klik link sini : http://autod9.com/army


 
http://iklanviral.blogspot.my/
 
air-asia-free-ticket 
Previous
Next Post »

8 ulasan

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
1 Mac 2016 12:24 PTG delete

Tapi hadi nak selamatkan Najib...camne tu?

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
1 Mac 2016 1:11 PTG delete Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
avatar
An Anonymous
AUTHOR
1 Mac 2016 1:13 PTG delete

TGHH nak selamatkan ahli UNNO.. bukan najib..

TGLGE nak selamatkan mat sabu.. bukan islam...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
1 Mac 2016 4:28 PTG delete

Lge selamatkan anak melayu kene rogol pemimpin melayu xsebut ke bro,smpi lge sgup kena penjara. Munafik punya manusia pas ni.tu la buka minda sikit jgn byk sgt tgk video german
Wakaka

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
1 Mac 2016 4:30 PTG delete

Laaa.nape admin remove komen walakontol ni. Nk jg baca komen2 walaunta ni dpt nilaikan sejauh mana level otak mrk

Reply
avatar
borhan sharif
AUTHOR
2 Mac 2016 1:29 PG delete

SELAMATKAN MALAYSIA, JATUHKAN UMNO.....

Reply
avatar
borhan sharif
AUTHOR
2 Mac 2016 1:29 PG delete

SELAMATKAN MALAYSIA, JATUHKAN UMNO.....

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
3 Mac 2016 2:17 PTG delete

Betul mmg tuan guru korang tu pernah selamatkan gadis melayu tu.. tapi itu tidak bermakna PAS mudah utk dicucuk hidung oleh DAP mcm PAN..

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes