Tiada persempadanan semula dengan SPR sedia ada - DSAI

DSAI_SPRPETALING JAYA 17 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak boleh diadakan persempadanan semula kawasan pilihan raya ketiika masih diterajui pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia ada.

Katanya, SPR sehingga hari ini masih gagal menyelesaikan pendedahan ratusan penyelewengan dan salah laku sepanjang pilihan raya umum ke-13 pada Mei 2013.
“Mengapa SPR dalam format yang ada sekarang ini diberi kuasa untuk meneruskan persempadanan semula?
“Dia (SPR) tidak ada wibawa. Dia (SPR) terlibat dalam kes penipuan. Masih tidak selesaikan pembersihan senarai daftar pemilih.

“(Dengan pimpinan lama) adakah masih mahu teruskan dengan tanggungjawab baru? kata Anwar pada seidang media di ibu pejabat KEADILAN, semalam.

Pakatan Rakyat melalui KEADILAN, Pas, DAP termasuk pasukan Pemantau Bersih sebelum ini mendedahkan ratusan penyelewengan, malah 60 petisyen keputusan turut dibawa ke mahkamah pilihan raya.
Justeru tegas Anwar, persempadanan semula yang dibenarkan dalam tempoh 10 tahun tidak boleh dijalankan oleh SPR dan pengerusinya harus meletakkan jawatan serta-merta.

Cadangan ini pernah disuarakan sebelum ini oleh bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah yang mendesak ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof diberhentikan serta merta.

KEADILAN sebelum ini melalui pasukan khas bagi mengkaji maklumat dan sistem persempadanan semula menegaskan, tiga kriteria utama perlu diselesaikan SPR seblum cadangan itu dipertimbangkan.

Antaranya, jurang perbezaan pengundi antara parlimen dikurangkan sebanyak 15 peratus, jumlah kerusi di Sabah dan Sarawak kekal sekurang-kurangnya 26 peratus daripada keseluruhan jumlah kerusi parlimen dan satu-satu kawasan parlimen tidak sepatutnya melebihi tiga Majlis Perbandaran.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini menggunakan alasan bahawa proses itu pernah dijalankan pada 1958, 1974, 1984 dan 1994.

Justeru kata Anwar, cadangan SPR menggesa Pakatan Rakyat menerima persempadanan semula kononnya ia menguntungkan semua pihak tidak masuk akal.

“Pendirian KEADILAN dan Pakatan Rakyat dari awal sama seperti pendirian Bersih. Kita membantah cadangan SPR,” tegas Anwar.

KeadilanDaily
Previous
Next Post »

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes