SAMM sah serah individu baling botol kepada polis..Terbaik!!!!



KUALA LUMPUR 1 JAN: Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengesahkan berjaya menahan dan menyerahkan individu terlibat dalam kejadian membaling botol minuman plastik ke arah polis ketika Perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) berlangsung di Dataran Merdeka, malam tadi.

Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan, berkata tindakan itu perlu dilakukan demi mengelakkan perhimpunan yang disertai kira-kira 10,000 orang itu dicemari dengan kejadian tidak diingini sekaligus memburukkan nama rakyat yang menyertai perhimpunan bagi menyatakan bantahan kenaikan kos sara hidup dengan aman.

ambang2o14“Kami tidak berkompromi dengan pihak yang cuba menimbulkan suasana huru-hara dalam perhimpunan sebab itu kami serahkan pemuda itu kepada polis bertugas malam tadi di Dataran Merdeka. “Berhimpun secara aman itu adalah hak yang dilindungi perlembagaan tetapi bertindak ganas tetap menyalahi undang-undang dan membahayakan orang ramai dan anggota keselamatan sendiri,” kata Edy Noor ketika dihubungi Selangor Kini hari ini.

 Kata beliau lagi, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu turut mengesahkan bahawa individu itu adalah yang bertanggungjawab membaling botol minuman plastik terhadap anggota keselamatan. “Individu yang membaling botol itu tidak memakai baju warna hitam sebaliknya memakai baju jersi Chelsea berwarna biru. “Ada ramai saksi nampak memang dia seorang sahaja yang baling botol dan masa dia ditahan dia sendiri pun tidak menafikannya,” kata Edy Noor lagi.

Selain dari kejadian membaling botol minuman plastik, SAMM mengesahkan perhimpunan malam tadi berjalan aman dan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini. samm“Tahniah kepada orang ramai khususnya golongan anak muda yang mampu mengawal emosi mereka ketika menyertai perhimpunan walaupun kecewa dengan tindakan kerajaan yang tidak memikirkan tekanan akibat peningkatan kos sara hidup,” katanya lagi.

SAMM turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak polis yang memberikan kerjasama bagi membolehkan perhimpuan berjalan lancar. EZY

 Selangorkini
Previous
Next Post »

1 ulasan:

Write ulasan
Syok Bola
AUTHOR
3 Januari 2014 3:52 PTG delete

Bagusla tiada keganasan ataupun perkara yang tidak di ingini berlaku.

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes