Panas!!! Gagal selesai beban rakyat, Najib perlu letak jawatan PM

PUTRAJAYA 10 JAN: Datuk Seri Najib Tun Razak perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri jika tidak lagi mampu mentadbir negara terutama dalam menyelesaikan isu kenaikan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nazree Yunus. berkata Najib bukan sahaja gagal menyelesaikan beberapa isu utama membabitkan kepentingan rakyat dan beliau juga dilihat sebagai pemimpin yang boros.

nazree yunus 1Katanya, pentadbiran Najib pada ketika ini jelas tidak berkemampuan untuk melaksanakan idea bernas dan efektif yang memberi manfaat, sebaliknya rakyat semakin terbeban.

“Mungkin Najib perlu memikirkan cadangan ini (meletak jawatan) andai beliau tidak mempunyai ‘political will’ yang kuat hingga gagal menjayakan beberapa hasrat integriti dan pentadbiran ‘good governance’.

“Jika seorang pemimpin diberi amanah dan kuasa, namun tidak ada kekuatan untuk melakukan perubahan menjadi lebih baik bagi keseluruhan rakyat, maka ia tidak berguna.

“Beri sahaja laluan kepada pemimpin baru yang lebih berkelayakan dan berkemampuan untuk menjadi orang nombor satu dalam negara,” katanya selepas menghantar memorandum Aduan Rakyat AMK kepada wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), di sini, pagi tadi.

Nazree berkata, sifat boros Najib bukan sahaja disedari pemimpin pembangkang tetapi turut diakui mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Kenyataan Tun (Mahathir) jelas menunjukkan bahawa beliau bersetuju andai dikatakan Najib sebagai seorang yang boros dan perbelanjaannya perlu disemak semula.
“Dalam keadaan rakyat dihambat kenaikan harga barang dan kos sara hidup, maka adalah tidak wajar seorang Perdana Menteri melakukan pemborosan termasuk isu jet peribadi,” katanya.

Dr.-Mahathir-MohamedSemalam, Mahathir dalam satu rancangan bual bicara bersama RTM berkata beliau tidak memerlukan jet mewah dan besar sewaktu mentadbir negara, selama 22 tahun.

Beliau berkata demikian ketika ditanya jika Najib membuat perbelanjaan berlebihan untuk membeli jet dan Mahathir juga secara sinis berkata kerajaan pusat pada hari ini mungkin lebih kaya daripada zaman pemerintahannya, maka pimpinan Najib perlu menaik taraf sistem penerbangan.
-NFN-


Selangorkini
Previous
Next Post »

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes