Presiden Pas, Datuk Seri Abndul Hadi Awang dikecam dan didakwa berbohong apabila mendakwa pemimpin AMANAH sekarang adalah kumpulan yang mahu meminda perlembagaan Pas untuk mengurangkan peranan Majlis Syura Ulamak bagi membolehkan Pas bekerjasama dengan DAP ketika berada dalam Pas dahulu.
Bekas Pengerusi Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Pemuda Pas Pusat (Juham), Nor Azmir Zakaria berkata, adakah seorang ulamak yang kerap menipu dan memfitnah masih boleh dianggap ulamak?
“Ana tak tahu. Ana bukan ulamak. Tapi ana dah move on. Tak sanggup ana. Nanti Tuhan tanya, kenapa anta masih ikut manusia yang menipu dan memfitnah?” kata Azmir dalam tulisan di facebook beliau mengulas laporan media mengenai kenyataan Hadi itu.
Dalam laporan Sinar Harian itu, Hadi berkata, bekas pemimpin Pas yang kini menubuhkan Amanah cuba membawa usul meminda perlembagaan Pas, bagi mengurangkan peranan Majlis Syura Ulamak sebagai badan tertinggi parti kepada badan penasihat.
Menurutnya, cadangan itu cuba dijadikan usul dalam Muktamar 2015 dan mendapat bantahan akar umbi termasuk ditolak dalam mesyuarat Pusat kerana ia bercanggah dengan perlembagaan Pas.
“Sebab itu kita tolak kerjasama dengan Amanah. Ini pertama kali saya dedahkan, dia nak ubah perlembagaan parti, sedangkan Majlis Syura Ulamak adalah badan teratas untuk buat keputusan muktamad. Ini menyebabkan ahli Pas menolak, dan selepas ditolak, dia tubuh parti baharu,” katanya, pada sidang media, selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pas kawasan Pokok Sena ke 41, di Kompleks Pas Pokok Sena, semalam, lapor Sinar.
Hadi juga berkata, “Mana boleh kurangkan kuasa yang diberikan kepada Majlis Syura, ia adalah hukum tertinggi dalam perlembagaan Pas, yang kita rujuk kepada al-Quran, hadis termasuk golongan ulama. Asas perlembagaan itu jelas bercanggah.”
Menurut Azmir, jawatankuasa untuk mengkaji dan perkasa perlembagaan ini hanya 4-5 orang sahaja anggotanya.
“Ada yang background ustaz, dan ada yang istiqamah masih kekal dalam Pas hingga kini,” katanya.
Yang menganggotai jawatankuasa pindaan perlembagaan tu bukan Luham (Lajnah Undang-undang & Hak Asasi Manusia).
Luham tak ada kena mengena langsung, kata Azmir, seorang peguam muda.
Katanya, jawatankuasa ini berkampung tiap-tiap hujung minggu dan juga ada masanya waktu kerja.
“Arahan pula datangnya direct dari Jawatankuasa Pas Pusat. Manakala presidennya pula masa itu yang pasti bukanlah Lim Kit Siang.
“Ana tak tahulah pula kalau arahan Pas Pusat tu melalui Lim Kit Siang,” katanya.
Beliau juga menyindir dengan berkata, “ana tak tahu pula Presiden Pas ketika itu ada arahkan kami untuk ‘meminda perlembagaan parti itu bagi memudahkan kerjasama dengan parti lain khususnya DAP’ seperti yang disebut dalam Sinar Harian tu.”
Seorang anggota jawatankuasa ini, Dr Zulqarnain Luqman pula berkata, tujuan cadangan pindaan perlembagaan itu dibuat adalah “untuk jelaskan kedudukan Majlis Syura supaya tidak bertindih dengan Jawatankuasa Pusat.”
“Tuduhan untuk kurangkan kuasa Majlis Syura itu bohong,” kata beliau.
Sebelum ini, bekas AJK Pas Pusat, Khalid Samad telah menerangkan panjang lebar perkara ini dalam satu tulisan beliau di sini.
Katanya, di antara perkara yang ingin dipinda adalah tempoh pemilihan pimpinan yang ingin dilanjutkan kepada setiap 3 tahun dan bukan setiap 2 tahun seperti sekarang. Ini terdapat dalam fasal 25 (2), katanya.
Begitu juga jumlah AJK PAS Pusat yang dipilih ingin ditambah dari 18 ke 24 orang. Jumlah AJK PAS Pusat yang dilantik turut ingin ditambah dari 6 ke 8 orang.
Ini bermakna jumlah AJK PAS Pusat keseluruhannya ditambah dari 24 ke 32 orang. Ini terdapat dalam fasal 25 (5), kata beliau.
Selain dari itu, katanya, turut ditimbulkan untuk dipinda adalah keanggotaan Ahli Majlis Syura Ulama (Fasal 8).
“Perkara yang ingin dilakukan adalah untuk menentukan mereka yang dilantik oleh AJK PAS Pusat bukan terdiri dari AJK PAS Pusat itu sendiri.
“Begitu juga yang dilantik oleh Dewan Ulama Pusat semestinya selain dari anggota Dewan Harian Dewan Ulama Pusat.
“Ini bertujuan untuk mengelak dari berlakunya pertindihan dan ‘conflict of interest’ atau pertembungan kepentingan.
“Maka kesemuanya merupakan perkara biasa, tiada perubahan dasar, sepertimana boleh dibaca di dalam lampiran yang disertakan,” katanya.
mdl
Yang tak menipu tu Madey je, sebab dah disucikan segala penipuan oleh Haprak yang bengap...kehkehkeh
BalasPadamSaman la kalau berani
Mungkin TGHH tak menipu pasal pinda-meminda ni. Mungkin dia salah faham pasal usul tu. Boleh jadi dia tak baca fasal usul tu sebaliknya orang baca untuk dia dan dia faham macam tu..cuba paparkan usul tersebut kat sini...baru ada pencerahan...
BalasPadamKeluar parti Pas, hilang aqidah - Hadi Awang
BalasPadamPengkhianat parti Pas wajib dihapuskan - Hadi Awang
Hadi mana paham Perlembagaan Pas sendiri? Cakap Hadi langsung tak ikut Perlembagaan Pas sendiri. Kekeke.
Penggubal perlembagaan Pas sendiri, Hadi Awang dah cop kapir harbi dan pengkhianat. Kesian. Kekeke.
Sebab? Gubal klausa membenarkan ahli keluar parti, malah dengan kuasa muktamar bubarkan parti! Kekeke.
China Komunis dah mula tunjuk taring. Kleptokrat Sial Najib Tun Razak patut bertanggungjawab. Pegawai Melayu Islam yang ditugaskan memeriksa keselamatan tapak projek ditolak dengan kasar oleh taiko komunis CCP! Malangnya dengan aduan polis, ingat dapat perlindungan? Rupanya terus hilang kerja! Taiko China Communist Party dah dapat lesen besar bawah Umno - BN. Waspada wahai orang Melayu dengan projek CCP - Umno - BN. Tanah dipijak kini milik China Komunis!
BalasPadamJangan main dgn komunis..cai.Sensitif!!
PadamHehehehehe...
Tun klepet pernah dan selalu mggelar cina dapigs cina komunis!!!!
Hehehehehe
Ko nie serupa mantan pengerusi spr yg mengutuk bekas2 bosnya iaitu tun klepet sendiri.Seronok mengutuk tapi tak sedar bekerja bawah tun klepet...hehehehe
Jadi hati2 mengutuk klu tarak bukti...
Jgn jd mcm tun klepet...macai2 doj kata dia dah berubah tapi mulut dia msh mcm dulu2 jugak...
Klu mulut msh mcm dulu....sifat..sikap..nafsu sbg perasuah..salahguna kuasa..penipu..pencuri msh mcm dulu jugak....hehehehehe
Klu kedai roti Loaf dia tak mampu jaga sehingga jd bangkrap...bgmana rakyat harap nak jaga negara????
Melabur dlm bmf forex pon rugi dan gagal.Mas asyik gagal..Perwaja gagal.Nak cakap apa lagi!!!!
Yg dia tak gagal ialah dpt menjadikan anak2nya jutawan billionaire segera dgn rasuah dan salahguna kuasa.
Dan dia juga mampu memiliki syarikat2 bernilai jutaan hengget serta rmh2 agam di dlm dan di luar negara.
Dan dia juga mampu 2 kali sebulan menunggang kuda2nya di argentina dgn jet peribadi.Ko Ado??!!!hehehehehe
Bgaimana sekaya itu????
Hasil menyamun wang rakyat dan wang negara....
Skrg dia tgh seronok menunggang para macai haprak dan macai2 doj sebagai kuda yg diupah dgn bunga dan taik...
KAHKAHKAHAKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH
Dah meroyan pada Tun, meroyan pula Dap. Kekeke. Kesian macai. Kes di atas itu realnews kesan MCA yang jadi agen Parti Komunis China bawa CCP - Umno - BN. Kekeke. Macai fakenews Kleptokrat Sial Najib Tun Razak carilah berita sahih. Jangan sebar kalau belum semak. Kekeke. Macam CCP masuk rekrut budak Melayu Umno tu macai salah sekor yang makan sup babi dan kursus kat China ke? Kekeke. Menyondol Tun je sampai meroyan. Kekeke.
PadamMeroyan ker...hehehe
PadamCuma kata jgn sebut komunis...sensitif!!!!
Tu gelaran tun klepet kpd dapigs...hehehehe
Yg kuat menipu...tun klepet.
BalasPadamKata dapigs rasis..komunis..anti islam dsbnya..
Tapi demi anak..waris..proksi dan kroni dia sanggup comolot dgn kit sial...hehehe
Mgkin dia seronok dpt bersama dgn dapigs ttp kebanyakan org bawahan dapigs dah cukup mual dan meluat musuh no1 mrk skrg jadi bapak tiri mrk....hehehehehe
Penipu..penyamun..diktator..perasuah dah jd penasihat haprak dan bakal peeM haprak.Ok jugaklah...skrg2nya ada motivasi kpd macai2 doj bersandarkan harapan....hehehe
Tak tahulah setakat mana seronoknya macai2 doj krn dlm pgayR pon dah ada kebangkitan kalangan bawahan yg turut tak puas hati krn seolah2 dipermainkan dgn bertuankan musuh yg ingin mrk penjarakan krn rasuah dan salahguna kuasa.
Klu tun klepet tidak menyerahkan kuasa kpd paklah suatu ketika dulu...dia mmg akan kalah dgn gerakan reformasi.
Skrg reformis kembali marah dgn perlantikan tun klepet sebagai peeM.Maka akan berlaku sesuatu yg menyedihkan kpd macai2 doj sekalian slps pru14...hehehehehe
Skrip meroyan tak ada hina dan maki selain Tun ke? Kekeke. Tun lagi popular dan pilihan ramai daripada Kleptokrat Sial Najib Tun Razak. Kekeke. Cuba kutuk pemimpin lain. Kekeke. Tak jalan macai kalau kutuk, hina dan maki Tun selagi KLCC Twin Tower, Putrajaya dan KLIA masih beroperasi. Kekeke. Buat malu Melayu Islam Umno sahaja macai. Kekeke.
PadamMalangnya Melayu Islam dan Cina tempatan yang berniaga. Dikejar LHDN dicukai GST dan pelbagai masalah lain. Tetapi syarikat China Komunis ditaja China Communist Party (CCP) dikecualikan daripada cukai GST. Dengan projek hutang yang ditunda selama 7 tahun lebih 55,000,000,000 (55b) dan tanpa beban GST. Kera China Komunis CCP di hutan, Kleptokrat Sial susukan. Habis anak di rumah (Melayu Islam dan Cina Tempatan) mati dicekik oleh cukai GST dan barang dirampas kalau tak ikut peraturan! Hebatkan Malaysia? China Komunis projek tak selamat pun siap tolak sampai jatuh Pegawai Pemeriksa Keselamatan bangsa Melayu agama Islam. Kekeke.
BalasPadamdah pandai menipu lebai sorang ni...
BalasPadamAgak2 husam tipu tak pasal 90 juta tu?
PadamSyukurkah Pas berjaya membenam mereka2 yg nak ubah perlembagaan Pas sehingga mereka kini melutut kpd DAP mintak perlindungan..