Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Julai 22, 2017

PKR Kelantan yakin Harapan mampu cipta sejarah

PKR Kelantan
iklan : www.jomservis.blogspot.my Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan yakin gabungan baharu Harapan yang berjaya membentuk struktur baru pada 13 Julai lalu akan mampu mengambil alih pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Dari kiri berbaju oren Ustaz Che Ibrahim Mohamed, pengerusi Amanah Ketereh, berbaju biru  Ab Aziz Ab Kadir pengerusi PKR Ketereh dan berbaju merah  Zulkifli Zakaria Ketua Penerangan Bersatu Kelantan.
Pengerusi majlis pimpinan negeri (MPM), Ab Aziz Ab Kadir berkata pembentukan barisan pimpinan baharu itu jelas dapat mewakili semua pihak untuk mentadbir negara.
"Penggabungan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir Mohamad membolehkan orang Melayu meletakkan kepercayaan sepenuhnya.
"Manakala wakil-wakil kelompok bukan Melayu yang diwakili DAP dan PKR akan membolehkan semua kaum memberi sokongan padu," katanya di majlis rumah terbuka Pakatan Harapan (Harapan) Parlimen Ketereh semalam.
PKR Kelantan 2
Ab Aziz Ab Kadir memberi sumbangan duit raya kepada kanak-kanak di majlis rumah terbuka Parlimen Ketereh semalam.
Bagi peringkat Parlimen Ketereh, beliau bersyukur kerana kesepakatan parti-parti dalam Harapan jelas terlaksana dengan baik dan harmoni.
"Kita di Ketereh telah beberapa kali mengadakan perjumpaan parti-parti dalam Harapan dan sekarang program-program telah dapat disusun secara bersama.
"Program sambutan rumah terbuka hari raya ini, kita dapat jayakan secara bersama dan saya rasa kawasan ini pertama di Kelantan yang dilaksanakan oleh Harapan," katanya.
Gerakan berikutnya menurut beliau adalah menjelaskan kepada pengundi berkenaan persetujuan yang telah dicapai oleh pimpinan Harapan.
"Gerakan penerangan hendaklah ditujukan kepada persetujuan yang telah dicapai mengenai apa yang akan dilaksanakan bila Harapan menang.
"Janji kita selepas 100 hari adalah akan menghapuskan GST, menstabilkan harga petrol, memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat.
"Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh, memerangi rasuah hingga ke akar umbi, menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja Skandal 1MDB dan memulihkan Felda." katanya.
Sementara itu ketua Amanah parlimen Ketereh, Che Ibrahim Mohamed mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis rumah terbuka tersebut.
"Alhamdulillah lebih 2000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan rumah terbuka ini," katanya.
mdl
Picture
      

4 ulasan:

  1. Kemana perginya Wan Rohing kaki lebong?

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Bukan ke wang rohing pernah lebong rakyat kelantan bahawa 10 adun kelantan nak ikut husang musang?

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...