Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Mei 09, 2016

ANALISIS : PAKATAN HARAPAN PERLU AMBIL PENGAJARAN PRN SARAWAK.

Sungai Besar dan Kuala Kangsar dijangka hadapi pilihan raya kecilSungai Besar dan Kuala Kangsar dijangka hadapi pilihan raya kecil

Parti-parti pembangkang dituntut supaya mengambil pengajaran pilihan raya Sarawak untuk mempastikan mereka tidak bertembung sesama sendiri di dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar nanti.

CEO Ilham Centre Hisomuddin BakarCEO Ilham Centre Hisomuddin Bakar
Penganalisis Ilham Centre, Hisomuddin Bakar berkata, peratusan keluar mengundi di Sarawak dan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya itu membuktikan satu lawan satu antara pembangkang dengan Barisan Nasional (BN) adalah jalan penyelesaiannya.

"Bagi saya kadar keluar mengundi yang kecil di Sarawak adalah satu protes dari pengundi menolak pertandingan sesama sendiri dan sikap parti politik yang mementingkan parti mereka sendiri berbanding bercakap soal kebajikan rakyat keseluruhannya.

"Ketika parti Umno lemah dengan pelbagai skandal, parti pembangkang pula bergaduh sesama sendiri," kata Hisomuddin kepada Malaysia Dateline.

Selain marah kepada pertandingan sesama sendiri, pengundi juga sudah letih dengan politiking yang terlalu kuat antara dan dalaman parti politik, katanya.

"Saya namakan ia sindrom fatiq atau letih yang kini semakin membesar sehingga mencapai 30% dari jumlah pengundi," katanya lagi.

Bagi Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, pusat kajian bebas yang berwibawa itu, pertandingan tiga penjuru juga akan menyukarkan usaha Pakatan Harapan (PH) untuk mewujudkan sistem dwi parti di negara ini.

"Cadangan ini bukan Pakatan Harapan sahaja tetapi semua parti pembangkang termasuk PAS," kata beliau.

Pakatan Harapan dicadangkan agar turut berbincang dengan PAS agar formula menang-menang boleh dicapai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa memanggil satu pilihan raya kecil selepas kedua-dua ahli parlimen kawasan berkenaan meninggal dunia dalam kemalangan helikopter ketika membuat kempen dalam pilihan raya Sarawak.

Ini kerana semua 222 ahli Parlimen mengangkat sumpah jawatan pada penggal pertama Parlimen ke-13 pada 24 Jun 2013. Dalam tempoh tiga tahun selepas itu pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.
Pakar Perlembagaan Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata, mengikut Perkara 54 fasal 1 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa jika kekosongan luar jangka berlaku dalam Dewan Rakyat, maka ia hendaklah diisi dalam masa 60 hari selepas tarikh pengosongan jawatan dibuat.

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi yang juga ahli parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak petang Jumaat lalu.

Turut terkorban adalah Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang juga ahli parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

Dalam pilihan raya umum 2013 lalu, kedua-dua kawasan itu ditandingi oleh PAS melawan calon BN namun kedua-dua calon PAS tewas.

Calon PAS di Kuala Kangsar, Drs Khalil Idham Lim tewas di tangan Wan Mohamad Khairil dengan majoriti 1082 manakala calon PAS Mohamad Salleh Husin tewas kepada Noriah dengan majoriti 399 undi sahaja.

Pada dasarnya, kerusi yang ditandingi oleh PAS akan ditandingi oleh Amanah bagi mewakili Pakatan Harapan dalam pilihan raya selepas pakatan baru itu dibentuk selepas pecahnya Pakatan Rakyat.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my

BISNES ONLINE 100%

16 ulasan:

  1. Awal-awal bloggers PH dah berbeza pendapet, MSO cadang PKR, Greenboc cadang Kuali belum tahu lagi ego DAPig...tak perlu belajar jauh2, letakkan sikap ego ketepi selesailah masalah PH. Masing2 dengan ego masing-masing. Harapan jadi Hancur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laaa Pas punya ego xsebut pulak.benggong punya macai walakontol

      Padam
    2. PAS tiada kena mengena dengan Pakatan Hancur, yang bersikap ego ialah PKR dan DAPig, jangan libatkan PAS kenapa DAPig hilang 6 kerusi.

      Padam
    3. Btl tu,Pas xda kena mengena pun dgn pH malah xda nilai pun.masuk prn sarawak pun utk kalah apa guna nya

      Padam
    4. KahKahkahkah.1:59 perasan. KahKahkahkah.mmg pkr dap xda nk libatkan Pas pun tp apasal Pas sendiri plak perasan Pas terlibat.kahKahkahkah.malu Laaaa Pas.org xlayan die,die terhegeh2 layan org lain.kahKahkahkah

      Padam
    5. Tak payah nak havoc sgt.. saya cabar PH bertanding 3 penjuru dgn PAS dan BN..

      Padam
  2. macai pan bodoh bacalah stkmen kat atas tu dah lah bodoh malas nak baca pulak tulah hotak ingat nak fitnah aja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hapa Pas meroyan ni.rilexla.Sapa yg fitnah ni.Sapa fitnah pil kuda?Sapa fitnah matsabu tolak hudud???

      Padam
  3. Pengumuman PAS utk bertanding melawan UMNO di k kangsar dan sg besar membuktikan PAS tak mahu berUG dgn UMNO.. manakala tindakan PH bersekongkol dgn Tun M, Muhyidin dan mukhriz utk jatuhkan najib agar UMNO dapat diselamatkan dari kekalahan pd PRU 14 pula utk membuktikan bhw PH bakal berUG dgn PM baru jika najib berjaya dijatuhkan..!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xyah nk perasan,sapa sokong pas skrg ni,org2 tua xda gigi je la masih sokong pas..dulu pas menang sbb dlm team pr.skrg pas dah jadi balaci umno nk pecahkan undi ph,xpa Amamah lawan pas dan umno kita tgk hasilnya nt...sbl tu soalan atas jwb dlu.mana video matsabu tolak hudud???

      Padam
    2. Pemutihan yg dilakukan hanya yg dah confirmed G17 org.. dan pengikut atau baca balaci mereka katalah lebih kurang 20 org setiap G.. so baru 340 org.. maksimium pun secara kasarnya 400 org.. Sedangkan jumlah ahli PAS 1,100,000.. in shaa Allah dalam sebulan ni boleh dapat 500 org ahli baru trmasuk di Sarawak.. jadi nilai 1,100,000 nampaknya tidak berganjak..

      Padam
    3. Ala tulis mcmtu aku pun blh.ahli pas dah cecah 2.6bilion tp kira sekali dgn jin2. Kahkahkahkahkah. Mana bukti nya.ckp tanpa bukti hanya walakontol dan walaunta aje percaya.kahkahkahkahkah

      Padam
    4. 1,100,100.. kami berbangga dan bersyukur walau ditohmah dgn berbagai cacian oleh PAN ahli PAS makin bertambah lagi dan lagi.. kita tunggu pengumuman terbaru.. malah yg hadir ceramah PAN semakin berkurangan.. alhamdulillah.

      Padam
    5. Biar betul ni wanrosli, xcayala xkan 1,100,100 je kot.rsnye lebih kot mau dlm 1,100, 1000. Kahkahkahkah

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...